PROGRAM:
MASIH ADA YANG SAYANG
( SEMPENA AIDILFITRI )
ANJURAN:
BADAN KEBAJIKAN SK SUNGAI BAGING
KELAB GURU SK SUNGAI BAGING
TAHUN:
2017
KERTAS KERJA CADANGAN
PENGENALAN :
Program Masih Ada yang Sayang sempena Aidilfitri merupakan salah satu program yang
diadakan dalam usaha memberi bantuan yang selayaknya diperolehi oleh murid-murid yang
memerlukan di SK Sungai Baging bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ia juga diwujudkan
rentetan dari rasa tanggungjawab pihak Badan Kebajikan SK Sungai Baging dalam melaksanakan
misi Bantulah Mereka sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak pentadbiran sekolah.Moga
dengan terlaksananya program ini dapat memberikan keringanan dan peluang bagi murid-murid
yatim dan miskin merasai keriangan dan kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Insyaallah.
OBJEKTIF:
1. Membantu murid-murid SK Sungai Baging dari kalangan anak-anak yatim dan murid
miskin merasai kehidupan yang lebih baik seperti rakan-rakan yang lain sempena
Aidilfitri.
2. Memberi kesedaran kepada mereka ( murid yatim dan miskin) bahawa mereka amat
dihargai dan disayangi oleh masyarakat disekeliling.
3. Menyemai rasa kasih dan sayang kita kepada anak-anak yatim dan murid murid miskin.
4. Memberi peluang kepada mereka merasai kegembiraan dan keriangan dalam merayakan
Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang lebih baik.
SASARAN :
Anak-anak yatim 5 orang
Murid-murid miskin 25 orang
Jumlah 30 orang ( rujuk lampiran )
SASARAN TAJAAN :
PIBG,KGKT Agensi-agensi berkaitan, NGO dan sumbangan perseorangan
ANGGARAN PERBELANJAAN :
JUMLAH RM 4500.00
PENUTUP :
Semoga program ini akan berjaya dilaksanakan dan mendapat sokongan dari pihak terlibat.
Segala kerjasama yang diberikan dan sumbangan yang diinfaqkan akan mendapat keberkatan
dari Allah.
Sekian,terima kasih
.
(SOLEHAH BINTI IBRAHIM) (NORFIDAH BINTI MOHAMMAD)
Setiausaha Kelab Guru Dan Staf GPK Hal Ehwal Murid
SK SUNGAI BAGING SK SUNGAI BAGING
Disahkan oleh,
.
BADRULSHAM BIN HJ WAHAB
Guru Besar,
SK Sungai Baging
SK PERAMU JAYA,26600 PEKAN
Dengan ikhlas saya/kami bersetuju untuk memberi sumbangan /barangan bagi menampung
perbelanjaan program Masih ada yang sayang ( sempena Aidilfitri ) SEPERTI BERIKUT:
1. TUNAI :