Anda di halaman 1dari 3

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pensyarah Puan Mariam, barisan hakim yang arif lagi

bijaksana, dan rakan-rakan yang dikasih sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Impak ICT Dalam Pendidikan.

Hadirin sekalian,

ICT teknologi maklumat dan komunikasi menurut kamus dewan edisi keempat adalah satu proses pengaliran,penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Persoalannya, apakah impak ICT dalam pendidikan. Dalam konteks ini, marilah bersama-sama saya, merungkai persoalan ini satu per satu dengan lebih teliti dan lagi mendalam.

Penggunaan ICT dalam pendidikan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran selain meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini demikian kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumatmaklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat

menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT adalah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Hadirin yang saya muliakan,

Impak Penggunaan ICT adalah dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT , pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Para hadirin yang dikasihi,

Impak ICT dalam pendidikan boleh dilihat dalam kewujudan pendidikan maya. Kemunculan pendidikan maya menawarkan lebih banyak peluang pendidikan kepada semua dari pelbagai lapisan masyarakat. Pendidikan Maya menawarkan kursus-kursus asas seperti kursus muzik, kursus sains asas dan sebagainya. Seorang boleh berkomunikasi dengan pendidik melalui e-mel dan dia boleh memuatturunkan segala pembelajaran yang berkaitan. Dengan itu, pendidikan sepanjang hayat dapat dijalankan oleh warga tua ada pesara untuk

menimba ilmu pengetahuan dengan lebih senang dan bermakna. Pendidikan ICT lebih menjimatkan masa dan kos seperti kos pengangkutan ke tempat belajar, kos kursus dan sebagainya. Pelajar boleh berkongsi maklumat dan informasi melalui laman sosial.

Hadirin-hadirin yang dihormati,

Di sini saya ingin menegaskan penggunaan ICT mendatangkan banyak impak yang tidak dapat dijangka-jangkakan. Dengan adanya penggunaan ICT dalam pendidikan, maka setiap lapisan masyarakat dapat menjalankan proses pendidikan dengan lancar dan berjaya. Pihak sekolah dan kerajaan boleh berganding bahu untuk mengimplementasikan kempen atau kursus tentang penggunaan ICT dalam pendidikan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai