Anda di halaman 1dari 1

Mencari kerosakan PC (Troubleshoot)

Komputer peribadi akan mengalami kerosakan, walaupun segala tindakan yang terbaik
dilakukan. Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus,
perisian yang kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan
pengguna yang kurang mahir yang bertindak terlalu-mengikut perasaan sehingga
menyebakkan sistem.

Setiap kali pemasangan perkakasan atau perisian pada sistem Windows, struktur registry
akan mengalami perubahan. Sekiranya perkakasan atau perisian dari jenis yang kurang
baik, versi beta dan tidak pernah dicuba, komputer boleh meragam. Tindakan seterusnya
adalah dengan membuang program atau perkakasan itu dan pasang semula registry
yang dibuat sebelum ini. Begitulah yang biasanya dilakukan dan membuat satu salinan
registry satu tindakan yang bijak. Permasalahan pada registry nanti boleh dibaiki dengan
cepat dan mudah.

Untuk mencari kerosakan secara lebih sistematik, dua carta direka bagi memudahkan
tugas. Cara-cara mencari kerosakkan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja,
sekirangya ada cara yang ebih baik, sila gunakan. Yang penting, kerosakan dapat dibaiki
dengan cepat dan dengan cara yang sistematik.

Anda mungkin juga menyukai