Anda di halaman 1dari 2

Suka saya memetik satu rangkap bait yang berbunyi, mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif,


masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Itulah cabaran yang keenam
yang jelas telah terkandung di dalam wawasan 2020.
Mohon bicara. Terima kasih kombinasi hakim yang adil lagi bijaksana yang
mendokong kepaksian keadilan, para hadirin dan hadirat yang saya muliakan. Saya
tujukan pidato ini buat para guru yang tercinta serta rakan-rakan sepejuang
sekalian.
Hadirin dan hadirat sekalian.
Di Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa pendidikan merupakan
keprihalan mendidik. Cemerlang pula diertikan sebagai bersinar dengan terang,
berkilauan dan gilang-gemilang. Negara pula dirujuk sebagai suatu masyarakat
yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan manakala
terbilang pula dirujuk sebagai yang terkenal dan terkemuka. Maka jika digabungkan
kata-kata ini maka muncullah satu makna untuk memberi peringatan yang sangat
keramat kepada kita semua iaitu bertapa pentingnya pendidikan untuk majukan
Negara untuk nusa dan bangsa tercinta.
Buai laju-lagu sampai cucur atap ,
Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.
Berdirinya saya dihadapan ini adalah untuk menyatakan 3 indikator yang
menyokong tajuk ini yang saya akan kupas satu persatu sebentar lagi.

Indikator pertama, Pendidikan adalah wadah anjakan paradigma manusia.


Cabaran dunia global masa kini memperlihat keupayaan Malaysia bersaing dengan
Negara maju dalam pelbagai bidang merangkumi sektor perindustrian, pembuatan,
automobil dan sebagainya. Gahnya Negara pada hari ini adalah rentetan sejarah
kecemerlangan anak bangsa bermula dengan ketokohan Tunku Abdul Rahman,
kebijaksanaan Tun Abdul Razak, keprihatinan Tun Hussein Onn, keterampilan Tun Dr
Mahathir, kewibawaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di samping pemimpin lain
yang berjasa. Mereka tegak disokong dengan latar belakang pendidikan yang
mantap, sahsiah yang dikagumi, disempurnakan lagi dengan kepintaran yang
menjadi mekanisme untuk mengubah Malaysia dari sebuah Negara kecil yang
sering diperlekehkan menjadi sebuah Negara yang disegani, dihormati dan stabil
dari segi ekonomi, politik, sosial dan punya budaya yang unik. Ironinya, Negara
besar yang dahulunya menjadikan Malaysia sebagai taklukan kini menganggap
Malaysia sebagai contoh dan rakan dalam membangunkan Negara mereka.
Sementara itu, tokoh-tokoh ilmuan islam seperti Al-Biruni, Al-Tabrani, Al-Razi dan Al-

Farabi misalnya turut mencatatkan kecemerlangan dalam sejarah keagungan dunia


sekaligus menjulang kegemilangan empayar islam pada zaman tersebut. Nah,
lihatlah betapa pendidikan mampu mengubah martabat bukan sahaja individu
malah menjadikan sesebuah Negara itu lebih dihormati.

Pendidikan melahirkan intelek berwibawa dan pemimpin berkarisma.

Konklusinya, Negara yang mempunyai potensi untuk dimajukan jika tidak disokong
dengan sistem pendidikan yang mantap umpama tanah subur di ladang yang tidak
diusahakan. Benih yang baik juga jika tidak disemai, dibaja dan dijaga dengan
sempurna tidak akan memberi apa-apa makna. Tegasnya pendidikan yang berkesan
akan melahirkan generasi berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan berdaya
saing untuk meletakkan nama Negara duduk sama rendah berdiri sama tinggi di
mata dunia. Oleh itu marilah kita bersama-sama memartabatkan sistem pendidikan
Negara. Justeru Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang.

Anda mungkin juga menyukai