Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN C

TOPIK 1
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Penduduk Kampung Seri Alam hidup bagai aur dengan tebing. Jika ada majlis kendurikendara, mereka bermuafakat dan membantu tuan rumah yang mengadakan majlis
tersebut.
Ketika jambatan di kampung mereka roboh, merka bertungkus lumus membaiki
jambatan tersebut. Mereka tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan sematamata. Mereka juga sentiasa mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan
kampung. Mereka juga sedar bahawa rakyat yang sihat lahir daripada Negara yang
bersih.
Selain itu, penduduk Kampung Seri Alam juga menggunakan masa yang terluang
untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti bercucuk tanam di belakang
rumah. Jadi, mereka tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, mereka
boleh menjualnya di pasar tani untuk menambah pendapatan keluarga.

TOPIK 2
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Aisyah dan Salmah baru sahaja melaksanakan tugas mengemaskan Makmal Sains.
Rakannya, Siti mendapati mreka agak kepenatan. Melihat keadaan itu, Siti segera
ke kantin untuk membeli minuman. Kemudian, dia memberikan minuman itu kepada
Aisyah dan Salmah.
Aisyah dan Salmah amat berbesar hati menerima pemberian daripada rakannya itu.
Justeru, mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Siti. Setelah
meneguk air minuman, mereka menutup tingkap lantas mengunci makmal sains
tersebut.
Ketika pulang ke rumah, Aisyah terlihat Siti berjalan seorang diri. Aisyah meminta
ayahnya memberhentikan kereta berhampiran Siti. Aisyah keluar daripada kereta
bapanya lalu mengajak Siti menaiki kereta bapanya untuk pulang.

TOPIK 3
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Aku mengajak mereka masuk ke kelas. Aku memberikan ucapan salam mengucapkan
terima kasih atas kehadiran rakanku itu. Kemudian, aku memberikan taklimat awal
tentang aktiviti keceriaan yang bakal akan dilakukan. Aku telah melantik Ali sebagai
ketua kumpulan untuk memudahkan mereka menjalankan tugas.
Setelah itu, kami mulai bekerja dalam kumpulan. Hampir empat jam lamanya,
barulah kerja siap. Kini, semua sampah sarap serta sisa aktiviti kami bersihkan.
Hasilnya, kelas kami bertambah cantik dan ceria.
Aku bersyukur dan gembira kerana rakan-rakanku begitu bersemangat membantu
menceriakan kelas. Setelah mengucapkan terima kasih, aku membelanja mereka
dengan juadah mi goreng yang dimasak oleh ibuku.

TOPIK 4
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu, dia terlihat seorang lelaki
tua bertongkat hendak melintas jalan. Tanpa membuang masa, Halim menyapa dengan
mesra dengan mengucapkan salam. Kemudian, Halim menuntun lelaki tua itu melintas
jalan dengan berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan.
Lelaki tua itu amat berbesar hati atas pertolongan Hassan. Dia menyeluk sakunya
lalu menghulurkan wang RM5 kepada Halim. Akan tetapi, Halim menolaknya dengan
sopan kerana dia tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Semasa menaiki bas, Halim mendapati seorang wanita terpaksa berdiri kerana
ketiadaan tempat duduk. Lantas, Halim segera bangun dan memberikan tempat
duduknya kepada wanita itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Halim.
Meskipun berdiri, Halim masih sempat berbual-bual mesra dengan wanita itu untuk
bertanya khabar.

TOPIK 5
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Pagi itu, Rahim dan Borhan bertugas di pintu pagar sekolah. Mereka diarahkan oleh
Cikgu Razak supaya mencatat nama murid-murid yang datang lewat ke sekolah.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, dari jauh kelihatan Sani berlari-lari menuju ke pagar
sekolah. Hari ini Sani terlewat sampai di sekolah. Walaupun Sani rakan baik mereka,
namun namanya tetap dicatatkan. Sani tidak berasa kecil hati kerana dia akur akan
kesalahannya.
Selepas itu, mereka meronda di kawasan tandas pula. Tiba-tiba mereka tercium akan
bau asap rokok. Asap itu datang dari sebuah tandas yang tertutup. Rahim melarang
Borhan mengetuk pintu tandas itu, sebaliknya meminta Borhan memanggil Cikgu
Razak. Tidak lama kemudian, Cikgu Razak pun tiba.
Dua orang murid itu telah ditangkap atas kesalahan merokok. Murid-murid tersebut
telah mengerling Rahim dan Borhan apabila mengetahui bahawa mereka yang
melaporkan kejadian itu kepada Cikgu Razak. Namun begitu, Rahim dan Borhan tidak
gentar akan ancaman mereka malah berasa bangga menjalankan tugas sebagai
pengawas sekolah.

TOPIK 6
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Kalau hendak dikira,memang memenatkan badan kerana latihan sangat lasak. Akan
tetapi, Azman tetap tekun dan gigih berlatih seni silat itu. Hanya inilah caranya dia dapat
mengekalkan warisan bangsanya kerana seni mempertahankan diri ini merupakan
satu-satunya jati diri bangsanya.
Semenjak melibatkan diri dalam seni silat ini, perangai Azman turut berubah. Dia
amat mematuhi arahan guru silatnya. Dia juga mulai bertegur sapa dengan rakan
seperguruan serta orang lain. Dia tidak lagi bersikap sombong dan mulai menyanjungi
rakannya.
Perubahan sikapnya ini menyebabkan dia dilantik menjadi salah seorang pengawas
sekolah. Namun begitu, dia tidak berasa bangga. Sebaliknya, dia sedaya upaya
melaksanakan tugas dengan sempurna. Kadang-kadang, memang ada remaja nakal
yang mencabar kesabaran dirinya. Walau bagaimanapun, dia tetap tenang dan
bertindak bijak untuk mengelakkan sebarang pergaduhan.

TOPIK 7
Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian,
tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.
Firdaus baru sahaja berhijrah kerana bertugas di bandar. Ketika duduk keseorangan
begini, tiba-tiba dia teringat akan kampung halamannya.
Masyarakat kampungnya sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Apa-apa
sahaja tugas yang hendak dilakukan, hamper kesemuanya turun untuk membantu.
Mereka juga tidak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk mengadakan kenduri
kendara. Hal ini kerana masyarakat kampungnya akan menghulurkan sumbangan
berupa wang dan tenaga. Mereka juga sering bertanya khabar dan mengambil tahu
akan jiran-jirannya. Jika ada penduduk di kampungnya sakit, mereka pasti akan
menziarahinya. Jadi kehidupan mereka sangat muhibah dan harmonis.
Inilah cabaran Firdaus di Bandar. Mereka suka menyendiri dan mementingkan diri
sendiri. Akan tetapi, Firdaus berazam dan bertekad untuk mengubah keadaan itu. Dia
percaya, jika dia memulakan langkah untuk menyapa dan bermanis muka, pasti
jirannya juga akan bersikap sedemikian. Lambat-laun, impiannya untuk mewujudkan
masyarakat yang harmonis akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai