Anda di halaman 1dari 7

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG SEMPANG

DAN KG RAKAIANNYA.

Tarikh : 18.02.2018
Masa : 8.30 PG
Tempat : Surau KG Sempang

PERKARA BUTIRAN CATATAN


/
PEMBACA

Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR


RASUL S.A.W

Pembuka Bicara
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis


sambutan maulidur rasul peringkat Kampung
Sempang dan Kampung Rangkaian tahun 1439 H,
2017/2018 masihi.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat
yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat
tinggi..

1. Yang berusaha,
Tuan Haji Mohammad Bin Sah, Pengerusi Masjid
Jamek Kampung Sempang dan selaku Ketua
Kampung Sempang dan Kampung Rangkaian.

2. Yang di berbahagia,
Tuan Haji Mohd Aidil Bin Masih Penghulu Mukim
Kambau.

3. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita Ustaz


Nurul

4. Yang dihormati,
Barisan AJK Masjid Jamek Kampung Sempang

5. Yang dihormati,
Tuan-tuan Haji, puan-puan Hajah dan para hadirin
dan hadirat sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal,
didorong dan digerakkan minda dan deria rasa,
untuk kita sama-sama berkumpul di Masjid Kampung
Sempanag bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul
peringkat Kampung Sempang dan Rangkaian.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekalian,


Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan
rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan
Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di
samping menguatkan semangat perpaduan dan
silaturrahim, selaras dengan tema sambutan
Maulidur Rasul tahun 1439 Hijrah; Kesatuan Ummah
Kesejahteraan Negara”

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dilafazkan oleh Encik Sabri Bin Ayub Pembantu
Imam Masjid Kampung sempang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


……………………………………………………………

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Encik Sabri Bin Ayub atas
bacaan doa itu tadi.
Seterusnya marilah kita bersama-sama mendengar bacaan
ayat suci Al-Quran yang akan dibacakan oleh Adik Razin
Bin Zainal. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
…………………………………………………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan berzanji. Oleh itu


majlis menjemput kumpulan berzanji Kampung Sempang
yang akan diketui oleh Encik Mohammad Sah Iman 2
Masjid Kampung Sempang. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

…………………………………………………………….

Terima kasih diucapankan kepada kumpulan berzanji


Kampung Sempang.

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan


alu-aluan daripada Tuan Haji Mohammad Bin Sah,
Pengerusi dan merangkap ketua Kampung Sempang dan
rangkaian. Dipersilakan.
…………………………………………………………..

Terima kasih Tuan haji Mohammad Sah atas ucapan


sebentar tadi.

Aturcara majlis pada hari ini, diteruskan lagi dengan


ucapan daripada, Tn Hj Mohd Aidil Bin Masih, Penghulu
Mukim Kampung, dipersilakan.
……………………………………………………………
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn
Hj Mohd Aidil Bin Masih, Penghulu Mukim Kampung ,
atas ucapan beliau itu tadi.
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pagi ini, marilah kita
melihat persembahan nasyid yang akan oleh Kumpulan
Nasyid Alhijaz dari sekolah Rendah Sempang. Untuk
makluman para hadirin dan hadirin sekalian, kumpulan
nasyid ini telah dibimbing Cikgu
……………………………………………………………
Terima kasih kepada Kumpulan AlHijaz atas persembahan
itu tadi.

Majlis maulidur rasul 1439 H di bawah tema Kesatuan


Ummah Kesejahteraan Negara diteruskan lagi dengan
mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita.
Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar
mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di
sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Ustaz ...............
untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan

.........................ceramah........................................................

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA


KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh


dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di
sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai
umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Al-fadzil Ustaz ……………….

Pemberian cenderamata

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,


Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk
memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi
menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat
sekolah tahun 1439 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang


berusaha Tuan haji Mohammad Bin Sah, untuk menjemput
dan mengiringi yang berbahagia Tuan Haji Mohd Adil Bin
Masih untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz


...................... untuk menerima cenderamata penghargaan
dipersilakan

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd


Aidil Bin Masih Penghulu Mukim kambau yang telah sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUP

Limau purut berbuah sarat


Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat
Isyarat untuk menjamu selera

Hadirin yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan


yang telah disediakan. Saya Mohd Khairuddin Bin
Jamaluddin mewakili warga kerja sambutan maulidur rasul
Kampung Sempang menyusun sepuluh jari diatas
kekurangan yang terdapat di dalam sambutan pada kali ini.
Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang
dan lemah atas kelemahan diri sendiri. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai