Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Syukur dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama dalam Majlis Graduasi Sri
Angkasa SMK Lutong kali ke-4 tahun 2017. Hasil usaha sama dan sokongan padu semua pihak
maka terlaksanalah satu majlis berprestij pada tahun ini.

Majlis Graduasi Sri Angkasa diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan
kepada putera puteri tingkatan 5 dan 6 atas SMK Lutong atas kesabaran dan kesungguhan
mereka belajar di sekolah ini sehingga tamat persekolahan. Majlis ini juga sebagai perangsang
kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, malah
diharapkan majlis ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna
dalam lipatan sejarah para graduan.

Majlis Graduasi ini dan peperiksaan yang bakal ditempuhi merupakan satu langkah kearah
jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di masa hadapan para graduan terpaksa melalui pelbagai
ranjau kehidupan sebenar yang lebih sukar. Semangat perjuangan yang gigih perlu ada. Selain
itu, kekuatan iman dan agama juga perlu diperkukuh. Bagi meneruskan perjalanan dengan
penuh yakin dan tabah.

Kepada semua pelajar yang bakal menamatkan zaman belajar di SMK Lutong, diharap
sentuhan majlis ini dapat membuatkan para pelajar tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang
telah dicurahkan oleh barisan pendidik SMK Lutong. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar. Saya berharap, anakanda putera dan
puteri graduan dapat meneruskan pembelajaran di mana jua selepas SPM dan STPM nanti dan
seterusnya mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada putera puteri graduan agar
dapat membuktikan bahawa putera puteri graduan mampu meneruskan kejayaan yang lebih
gemilang untuk sekolah ini. Pada saat akhir ini berusahalah dengani ltizam yang tinggi dan
penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan
dan seterusnya melakar sejarah yang membanggakan kepada bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai