Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN Latihan kebakaran biasanya diadakan sekali setahun bagi memenuhi aspek keselamatan pelajar di IPG Kampus Pulau Pinang. Demonstrasi ini dilakukan oleh Pegawai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pulau Pinang bertempat di gelanggara dan padang IPG Kampus Pulau Pinang. Ceramah ini diadakan pada 13 October 2011. Waktu ceramah dijalankan ialah pada pukul 2.30 hingga 5.30 petang. 2.0 OBJEKTIF CERAMAH Tujuan utama ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga kampus tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran. Antara objektif ceramah ini dilakukan ialah untuk memastikan warga kampus mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui cara-cara mengelak dan memadamkan kebakaran. Warga kampus diberi pendedahan tentang tindakan yang perlu diambil jika berlaku sebarang kebakaran. Tambahan pula, aktiviti ini dilakukan untuk mengenal pasti masa yang diperlukan untuk mengosong bangunan semasa kecemasan. 3.0 KANDUNGAN CERAMAH Pegawai bomba dan penyelamat memberi ceramah di gelanggara. Mereka memberi pendedahan tentang jenis bahan-bahan bakar dan boleh

menyebabkan kebakaran. Contohnya, minyak tanah juga dikenali dengan nama kerosene atau paraffin, ialah cairan hidrokarbon yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Nama kerosene diturunkan dari bahasa Yunani keros ( , wax). Tujuan kegunaan nya pada suatu ketika dahulu ialah digunakan

dalam lampu minyak tanah tetapi sekarang digunakan sebagai bahan bakar mesin jet. Kerosene juga digunakan untuk membasmi serangga seperti semut. Ethanol atau dikenali sebagai alkohol banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Bahan ini banyak digunakan sebagai pelarut dalam dunia farmasi dan industri makanan dan minuman.

Selain itu, penggunaan elektrik yang tidak diiktiraf oleh SIRIM atau manamana pihak berkuasa boleh mendatangkan kebakaran. Ini disebakan oleh bahan yang digunakan untuk membuat komponen elektrik tidak tepat, selamat dan berkualiti. Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar tetapi boleh menghasilkan pengaliran haba yang baik. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, bahan tersebut akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Suhu dan bahang yang mengalir akan menyebabkan bahan-bahan disekitarnya terbakar dengan sendiri. Hal ini mencetus kepada kerosakan laluan litar pintas. Tambahan pula, overloading penggunaan kepada litar letrik plag atau soket juga mencetus kebakaran. Punca seterusnya ialah puntung rokok. Abu pada hujung rokok mampu menularkan kebakaran besar. Abu pada hujung rokok masih mempunyai haba dan akan bertindak dengan bahan yang mudah bakar jika terkena. Malah dengan bantuan oksigen, api yang kecil atau haba dapat menyambar apa sahaja. Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan pengunaan tepat dalam konteks ini. Mercun atau bunga api juga boleh mendatangkan kebakaran. Percikan api sahaja boleh melakukan kemusnahan yang teruk. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain. Lilin, colok, ubat nyamuk juga menyebabkan kebakaran jika tidak dikawal atau diletakan di tempat yang tidak selamat. Pengunaan dapur yang tidak betul juga terlibat dalam punca kebakaran. Mengikut statistik yang dilakukan oleh jabatan bomba tahun 2011, penyalahgunaan elektrik merupakan kadar punca yang paling tinggi diikuti dengan puntung rokok. Jumlah kebakaran pada tahun 2011 ialah 9455.( http://www.bomba.gov.my/images/stories/statistik/no3%20april2011.jpg) Pencegahan kebakaran dapat mengurangkan risiko kemusnahan harta benda dan juga keselamatan. Alat pencegah kebakaran amat penting bagi memadamkan kebakaran kecil. Pengguna haruslah mengetahui label yang terdapat pada alat pencegah kebakaran kerana api boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Selain itu, kita harus menyediakan laluan-laluan khas

yang mencukupi untuk menyelamat diri. Pihak berkuasa juga harus menyediakan pelan, poster dan notis pengunsian bangunan. Seterusnya mengadakan latihan pengusian bangunan fire drill secara berkala dan juga memeriksa peralatan elektrik. Pihak bomba dan penyelamat bukan sahaja memberi penerangan yang berkesan melalui ceramah mereka malah melakukan demonstrasi tentang cara-cara menangani kebakaran kecil. 4.0 REFLEKSI KENDIRI Melalui ceramah tersebut, apa yang saya pelajari amat bermakna di dalam hidup saya. Walaupun saya tidak pernah mengalami situasi dalam kebakaran yang sebenar, saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya kebakaran yang sebenar berlaku. Pengetahuan yang saya pelajari merangkumi semua aspek yang amat diperlukan jika kebakaran berlaku. Saya mempelajari bagaimana kebakaran terjadi dan merebak dengan cepatnya. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah elektrik, puntung rokok, tindakan kimia dan bahan bakar. Saya sedar bahawa alatan elektrik yang diluluskan selamat amat penting bagi mengelakkan kebakaran. Antara alat elektrik tersebut ialah

charger telefon bimbit, cerek elektrik dan sebagainya. Punca kegagalan elektrik menyumbangkan angka yang tertinggi dalam kebakaran. Oleh itu, saya harus berhati-hati dalam memilih alatan elektrik yang disahkan selamat. Selain itu, saya amat kagum melihat aksi jabatan bomba melakukan demonstrasi kebakaran. Mereka memaparkan tindakan yang wajar untuk menangani kebakaran. Tambahan pula, mereka juga menunjuk cara-cara untuk meredakan kebakaran sekiranaya ia menyambar badan. Saya mempelajari teknik-teknik tersebut seperti melemaskan. Melemaskan

dilakukan dengan menghalang udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran. Seterusnya ialah menyejukan. Sifat air yang sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan suhu ke tahap rendah.

Apabila suhu menjadi rendah, maka nyalaan api akan terpadam. Tahap yang seterusnya ialah memutuskan rantai tindak balas. Teknik ini dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan. Demonstrasi ini amat berguna kepada saya kerana memberi saya pengetahuan yang berguna. Antara kelemahan yang didapati ialah, keadaan cuaca terik di padang boleh menghalang fokus kepada aktiviti ini. Keadaan cuaca terik menyebabkan saya berasa tidak selesa dan ini menyebabkan saya tidak dapat membuka mata dengan sepenuhnya kerana silaun cahaya matahari yang terik. Aktiviti ini dapat membekalkan pengalaman yang berguna apabila saya menjadi guru kelak. Melalui aktiviti ini, saya bersedia menghadapi kemalangan jika berlaku di sekolah. Saya dapat membantu murid-murid jika kebakaran berlaku. Selain itu, saya juga dapat menyebarkan pengetahuan yang berguna ini kepada keluarga dan jiran tetangga. 5.0 PENUTUP Ceramah dan demonstrasi ini sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat untuk membendung segala hal yang tidak diingini berlaku. Selain itu, saya juga mengetahui cara-cara untuk memadamkan kebakaran kecil supaya tidak merebak. Cara-cara menyelamatkan diri juga dipelajari dalam ceramah ini. Dengan erti kata lain, aktiviti ini amat bermanfaat terutamanya kepada bakal guru untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku di sekolah.

PROGRAM IFTAR RAMADHAN 1.0 PENGENALAN Program Iftar Ramadhan ialah salah satu daripada aktiviti BIG Sem 2. Program ini diadakan pada 8 Ogos dan 22 Ogos 2011 jam 2.00 hingga 6.00 petang di surau Al Falah, IPG Kampus Pulau Pinang. Saya telah bertugas pada 8 Ogos pukul 2.00 selepas tamat kelas hingga 4.00 petang. Selepas tugas kumpulan saya tamat, kumpulan yang kedua pula yang akan mengambil tugas mengantikan kami. Pada 22 Ogos pula, saya telah bertukar jadual tugas iaitu pada pukul 4.00 hingga 6.00 petang. 2.0 OBJEKTIF AKTIVITI Objektif aktiviti ini ialah untuk memupuk kesediaan berbakti secara suka rela kepada komuniti. Meningkatkan kemahiran perancangan dan pengurusan program. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarkat atau komuniti setempat. 3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI 3.1 Penglibatan dan persepsi Saya melibatkan diri untuk melakukan aktiviti ini dengan melakukan pelbagai tugasan yang disediakan untuk kami jalankan. Saya telah ditugaskan untuk menguoas kulit telur rebus untuk dimasak di dalam kuah sambal. Selain itu, saya telah membersihkan pingan mangkuk serta cawan. Setelah barang tersebut dibersihkan, tugas saya yang seterusnya ialah menghidangkan lauk-lauk untuk para warga IPG yang ingin datang untuk menjamu juadah berbuka. Sebelum itu, saya juga menyapu lantai untuk memastikan keselesaan para tetamu yang hadir. Tugasan ini dilakukan secra berkumpulan. Saya amat berbanga dengan kumpulan saya kerana dapat melakukan aktiviti tersebut dengan lancar. Taqnpa bantuan daripada mereka, sya tidak mampu untuk menghabiskan semua tugasan tersebut.

3.2 Analisis SWOT Pada pandangan saya, aktiviti ini bukan sahaja merapatkan jurang antara kami tetapi juga membuka pandangan luar mengenai adat dan budaya Islam kepada kaum yang bukan Islam. Mereka berpeluang untuk memahami dengan lebih dalam mengenai puasa bukan sahaja melalui pemerhatian malah dapat melibatkan diri dalam aktiviti iftar ini. Umat bukan Islam berpeluang menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama adalah peluang yang amat baik untuk mengeratkan perpaduan di antara berbilang kaum di Malaysia. Antara kekangan yang dihadapi ialah kurang alatan untuk memasak menyebabkan bukan semua orang berpeluang membantu dengan sepenuhnya. Kami terpaksa bergilir-gilir untuk menjalankan tugas. Contohnya, pisau untuk memotong sayur dan buah tidak mencukupi. Hanya dua tiga orang sahaja yang dapat menjalankan tugas tersebut. Di situ, terdapat beberapa sinki untuk membasuh tetapi malangnya, hanya dua sinki sahaja yang boleh digunakan. Untuk menangani masalah ini, pihak surau telah menyediakan beberapa besin besar dipenuhi dengan air untuk membasuh. Membasuh pingan mangkuk dengan menggunakan air yang terhad tidak mencukupi untuk membasuh pingan dengan bersih. Ini menyebabkan banyak pingan mangkuk serta cawan masih kotor dan berminyak. Oleh itu, kami telah ditugaskan untuk membersih semula pingan mangkuk serta cawan dengan mengunakan kain. Kain yang ada juga tidak mencukupi untuk membersih pinagn mangkuk tersebut. 4.0 REFLEKSI KENDIRI Saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengejarkan iftar ini pada bulan yang mulia di sisi Islam. Amalan bergotong royong ini digandakan pahala pada bulan yang mulia itu. Secara jujurnya, memang agak penat untuk melakukan aktiviti berat ini pada bulan puasa kerana saya menahan diri daripada makan dan minum. Tambahan pula, saya baru sahaja tamat kelas dan terpaksa terus ke surau untuk membantu. Namun begitu, saya sedar yang aktiviti ini bukan lah dilakukan setiap kali dan hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja.

Amalan ini dapat merapatkan hubungan persaudaraan di antara kami. Memang terdapat beberapa perselishan faham dan juga persilisihan idea diantara kami namun, aktiviti ini masih berjalan dengan lancar apabila kami bekerjasama. Kerjasama yang baik diantara kami telah menyumbangkan kepada jamuan beruka puasa di surau yang melibatkan warga IPG. Kami amat berbanga dengan kelancaran aktiviti inI. 5.0 PENUTUP Segala amalan yang telah saya lakukan, saya berharap harga amalan saya diterima oleh Allah swt dan juga memberi kebaikan kepada orang ramai. Saya juga berharap agar aktiviti ini diadakan lagi pada tahun hadapan kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada aktiviti tersebut.

JUALAN BAZAAR RAMADHAN 1.0 PENGENALAN Jualan Bazaar Ramadhan telah diadakan pada 7 Ogos 2011 dan 15 Ogos 2011 pada pukul 4.00 hingga 7.00 petang. Jualan ini diadakan di gelanggara. Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Saya menawar diri untuk bertugas pada 7 Ogos. Kumpulan saya yang terdiri daripada Tengku, Auni dan Zalina. Kami menjual cupcakes dan agar-agar. Kumpulan yang lain pula menjual Roti J dan puding cocktail. Terdapat pula kumpulan yang menjual kerongsang. 2.0 OBJEKTIF AKTIVITI Objektif aktiviti ini ialah untuk memupuk kesediaan berbakti secara suka rela kepada komuniti. Meningkatkan kemahiran perancangan dan pengurusan program. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarkat atau komuniti setempat. 3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI 3.1 Penglibatan dan persepsi Sebelum jualan ini diadakan, saya bersama kumpulan saya berbincang mengenai makanan yang akan dijual di bazaar tersebut. Beberapa cadangan telah dikemukakan. Akhirnya kami bercadang untuk menjual cupcakes dan agar-agar. Kami juga berbincang mengenai pembuatan makanan tersebut. Kami menghadapi masalah untuk menyediakan makanan tersebut kerana tidk mempunyai peralatan yang mencukupi di hostel. Oleh itu, ibu Tengku secara sukarela menolong kami membuat cupcakes dan agar-agar. Kami juga ada membuat cupcakes sendiri untuk menambah bilangan untuk jualan. Kami bertungkus lumus membuat cupcakes berserta icingnya di bilik Auni. Jualan kami mendapat sambutan yang mengalakan. Kami dapat keuntungan melalui jualan tersebut. Ramai yang datang untuk membeli juadah berbuka puasa. Mereka berpuas hati dengan makanan kami. 3.2 Analisis SWOT

Antara kekuatan yang ditunjukan dalam jualan ini adalah makanan ynag dijual mendapat sambutan yang mengalakkan. Hampir kesemua jualan kami laris dijual. Selain itu, harga ynag ditawarkan juga berpatutan menyebabkan ramai yang membeli makanan kami. Tambahan pula, rasanya yang enak menyebabkan ramai orang yang bertandang ke gerai jualan kami. Kami juga ramah melayan pelanggan kami. Mereka berasa selesa dengan layanan kami. Kami juga mendapat sokongan dan bantuan daripada tutor kami iaitu Miss Yeoh. Kami amat bertuah kerana tutor kami sanggup turun ke padang untuk membantu meringankan beban kami. Tanpa sokongannya, kami tidak mampu untuk melariskan lagi jualan kami. Terdapat beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku ketika jualan ini berlangsung seperti kehabisan roti dan telur untuk jualan Roti J. Malah, orang yang membeli bekalan tersebut sangat lambat untuk bertindak. Banyak masa dihabiskan begitu sahaja apabila menungu orang tersebut. Jika hal ini tidak berlaku, kami dapat menambah lagi jualan yang ada. Terdapat banyak bekalan habis kerana kami tidak menyangka jualan kami mendapat sambutan yang menggalakkan. 4.0 REFLEKSI KENDIRI Saya berasa aktiviti jualan ini amat memberangsangkan. Saya amat bangga dengan apa yang dapat kami semua kecapi. Saya juga tidak menyangka kami akan mendapat untung yang memberangsangkan dalam tempoh yang singkat pada jualan ini. Walaupun saya agak penat berniaga ketika berpuasa, namun saya amat berpuas hati kerana jualan kami berjalan dengan lancar. Tutor kami iaitu Ms Yeoh juga turun padang untuk membantu kami menjual. Dia amat menyokong kami menjalankan aktiviti ini. Saya dapat melihat kami semua bersemangat dan bersatu padu dalam aktiviti ini.

GOTONG-ROYONG 1.0 PENGENALAN Kami telah melakukan aktiviti gotong-royong di Rumah Orang Tua Jubli Perak, Jln Sg Dua, Pulau Pinang pada hari Khamis, 20 Oktober 2011. Aktiviti gotong royong ini adalah sebahagian daripada Program BIG. Gotong-royong ini telah diadakan pada waktu 2.00 petang hingga 5.00 petang. Aktiviti ini banyak memberi impak positif dalam diri kami seperti kerjasama dan perpaduan serta menghormati orang tua.

2.0 Objektif aktiviti Objektif aktiviti ini ialah untuk memupuk kesediaan berbakti secara suka rela kepada komuniti. Meningkatkan kemahiran perancangan dan pengurusan program. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarkat atau komuniti setempat. 3.0 Pelaksanaan aktiviti 3.1 Penglibatan dan Persepsi Ini adalah penglibatan saya yang pertama ke rumah ornag tua. Keadaan di sana adalah di luar jangkaan saya. Kami telah di bahagikan kepada 2 kumpulan. Saya telah ditempatkan di pesakit wad bersama-sama dengan rakan yang lain. Keadaan di wad orang tua amatlah menyedihkan. Pada pandangan saya, mereka teramatlah uzur dan hanya menunggu untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di sana. Apa yang menyedihkan, mereka sangat berasa sunyi dan dipinggirkan oleh kuam keluarga mereka. Saya ditugaskan untuk melapkan katil dan meja mereka. Oleh itu, saya berpelunag mengenali mereka. Kebersihan di sana berada di tahap memuaskan kerana tidak banyak habuk dan kotoran untuk dibersihkan. Saya memerhati mereka memerlukan bantuan untuk bergerak, makan dan minum

serta duduk. Saya amat kagum dengan doktor dan jururawat yang telah menjaga dab merawat mereka. Tanpa mereka, orang tua tersebut tidak akan mampu menjalankan kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai