Anda di halaman 1dari 2

RTM di sisi melalui RTM Mobile

TANJONG MALIM, 18 April- Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyambut ulang tahun
yang ke-66nya dengan pelancaran aplikasi 'streaming' secara langsung di telefon pintar mudah
alih yang dikenali sebagai 'RTM Mobile'.

Bagi lebih mendekati masyarakat mulai bulan November 2011, Seksyen RTM Online
mengambil langkah provokasi dengan memperkenalkan RTM Mobile. Ia membolehkan
masyarakat menonton dan mendengar siaran RTM walau dimana jua mereka berada melalui
mobile gajet dan telefon pintar.

Pelancaran RTM Mobile ini telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim."Ia mewujudkan satu sistem siaran 'Internet Protocol
Television (IPTV) melalui telefon bimbit dan setiap yang memiliki telefon bimbit 2G atau 3G
boleh mendapat siaran TV1, TV2 dan TVi. Ini menjadi salah satu perkhidmatan untuk rakyat,"
katanya Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam ucapannya semasa melancarkan RTM Mobile sempena
ulang tahun RTM ke-66 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada hari Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata pelancaran
RTM Mobile ini mengukuhkan jenama RTM di medan digital dan sejajar perubahan zaman.
Tambah beliau, “RTM Mobile memberi kepelbagaian medium kepada orang ramai dan mampu
meningkat jumlah penonton dan pendengar”.

Di samping itu, dalam ucapan Datuk Seri berkata, mulai 1 Mei, semua stesen penyiaran
televisyen di negara ini yang mendapat hak penyiaran kandungan sukan bercirikan kepentingan

1
negara perlu berkongsi kandungan tersebut dengan semua stesen televisyen bebas ke udara yang
tidak memperolehi hak penyiaran.

"Sukan kenegaraan di mana daya tarikannya itu menyeluruh seperti sukan Olimpik,
badminton, bola sepak...kita tidak benarkan monopoli oleh satu stesen melainkan semua stesen
boleh berkongsi dan boleh disiarkan menerusi saluran masing-masing," katanya. Beliau
bertambah lagi, langkah itu bagi membolehkan semua kandungan sukan yang digemari oleh
rakyat Malaysia disiarkan secara meluas oleh stesen-stesen televisyen di negara ini tanpa
dimonopoli oleh stesen tertentu sahaja.

Siaran televisyen dan radio berkenaan boleh diakses secara terus di www.rtm.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai