Anda di halaman 1dari 4

Cadangan Jawapan Bahasa Melayu bagi Tahun 4 - Pemahaman

Jawapan
1. C 6. C 11. C 16. B
2. B 7. B 12. A 17. A
3. C 8. B 13. D 18. D
4. C 9. A 14. C 19. C
5. A 10. C 15. A 20. B

Soalan 21 Soalan 22
(a) i) rangkap a) Kamu melintas jalan bila?
ii) sebidang b) 1) SALAH
iii) Sebuah 2) BETUL
iv) sebilah 3) BETUL
4) SALAH
c) (i) ambil angin
(ii) berganding bahu
Soalan 23
a) Di rumah Kiki terdapat dua tandas.
b) Kiki dan keluarga akan berkumpul semasa hujung minggu di ruang tamu.
c) i) 
ii) x
iii) 
iv) x

Soalan 24
a) tinggal berjiran

b) Mei Li suka berkawan dengan Aina dan Kavitha kerana mereka baik hati dan suka
membantu apabila Mei Li mempunyai masalah.

c) Pada pendapat saya, ciri-ciri rakan yang baik ialah sanggup berkongsi segala masalah dan
tidak menceritakan kepada orang lain. Selain itu, rakan yang baik akan menolong kita
semasa kita menghadapi masalah. (Jawapan yang munasabah boleh diterima. )
Soalan 25
a) Tanda-tanda penyakit tangan, kaki, dan mulut ialah sakit kepala, deman, ulser di tekak dan
mulut, serta ruam di tapak tangan, kaki dan lutut.

b) i) mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas keluar dari tandas.
ii) Memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betulnya./
Tidak membawa anak ke tempat awam semasa berlakunya wabak penyakit ini.

c) Pada pendapat saya, sekiranya kanak-kanak yang sihat dibiarkan bermain dengan
kanak-kanak yang telah dijangkiti penyakit ini, kanak-kanak yang sihat itu
berkemungkinan besar akan dijangkiti penyakit ini kerana penyakit ini amat mudah
berjangkit. / Jawapan yang munasabah juga boleh diterima.

___________________________________________________________________________
Cadangan Jawapan Bahasa Melayu - Penulisan
Bahagian A- Bina Ayat
 menyusun meja
 mengelap tingkap
 mengecat dinding
 mengangkat sebungkus plastik sampah – kereta sorong
 mengutip
 membersihkan longkang
 mengelap meja

Bahagian B- Ulasan
1. cara-cara menjaga kesihatan diri
2. kesihatan diri
3. seimbang
4. aktiviti bersukan atau kecergasan diri
5. memastikan kebersihan diri dan persekitaran
6. rehat
7. menjaga kesihatan diri
Bahagian C (Contoh)
1) Aku Sehelai Baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada
sebuah patung dan diletakkan di dalam almari cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda.
Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku,
mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku
sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba
menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit.
Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun
sudah terlambat kerana sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi
penghuni setia almari usang.

2) Tulis sebuah catatan tentang aktiviti yang kamu jalankan pada hujung minggu
bersama ahli keluarga.

Sabtu, 20 Mac 2015


6 pagi
                Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya (solat berjemaah /
sembahyang berjemaah)berjemaah bersama keluarga. (Kemudian)Kemuadian, saya pergi
ke dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan.

7.30 pagi
                Saya dan adik serta ayah (berjoging) berjogging di taman rekreasi. Kami berjoging
untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Selepas berjoging, kami berehat seketika
di pondok sambil berbual-bual.

8.30 pagi
                Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai sarapan, saya membantu ibu
mengemas meja.

10.00 pagi
                Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya mengulangkaji pelajaran
serta menyiapkan kerja sekolah. Abang membantu saya menyiapkan kerja sekolah.

                Usai menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya berehat seketika. saya
mengambil peluang ini dengan menonton televisyen bersama abang dan adik-adik saya.
2.00 petang
                Selepas makan (tengah hari) tengahari, ayah mengajak saya sekeluarga ke Mesra
Mall. Di sana, saya bermain badminton dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di
Pasaraya TMC.

5.00 petang
                Selepas (solat asar) solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama kawan-
kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang.
               Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi.

7.00 malam
               Selepas itu, saya bersama keluarga makan malam. Selesai makan, saya
mengulangkaji pelajaran. Selepas mengulangkaji, saya mengemas buku dan menyalin jadual
kerana esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam.
                Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur.

Anda mungkin juga menyukai