Anda di halaman 1dari 4

PIX1003: FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Tugasan Individu

Disediakan oleh:

Ahmad Syukri bin Sahiddan (U2004418/1)

Pensyarah:

Dr. Ghazali Darussalam


Kami diberikan tugasan berkumpulan untuk memberi pembentangan
berdasarkan topik yang dipilih daripada silibus kami. Kumpulan kami, yang terdiri
daripada saya, Ahmad Syukri bin Sahiddan, Nik Abdul Hadi bin Nik Nazri dan
Nurul Aiman Fadhilah binti Zulkifli, memilih untuk memberi pembentangan untuk
topik Falsafah Pendidikan Barat Moden: Progresivisme. Topik Progresivisme ini
sangatlah menarik untuk dipelajari dalam zaman moden kini kerana pemikiran ini
bermula pada tahun 1870-an dan sudah ada ideologi-ideologi yang sangatlah
disanjung di dalam pembelajaran pada masa kini.

Dalam pembentangan kumpulan kami, saya ditugaskan untuk


membentangkan tentang ciri-ciri pendidikan progresivisme. Untuk bahagian saya,
saya perlu menjelaskan tentang beberapa perkara seperti: tujuan pendidikan
progresivisme, kurikulum pendidikan progresivisme, metode pendidikan
progresivisme dan juga peranan pelajar dan pengajar di dalam pembelajaran
progresivisme. Pengenalan tentang sejarah dan tokoh-tokoh progresivisme telah
dibentangkan oleh Aiman Fadhilah, secara kesimpulannya progresivisme
bermula dengan pragmatisme yang kemudian berkembang untuk menjadi
ideology tersendiri iaitu progresivisme.

Bahagian saya bermula dengan tujuan pendidikan progresivisme.


Progresivisme adalah sebuah idologi yang melatih seorang insan agar mereka
dapat bekerja pada masa hadapan. Untuk capai tujuan ini, pendidikan haruslah
mengembangkan bakat dan minat seorang pelajar dengan sepenuhnya. Dengan
ini, guru-guru di sekolah haruslah mengasah bakat pelajar dan memberi prioriti
akan minat seorang pelajar supaya mereka tidak terasa bosan terhadap
pendidikan. Sebagai pelajar bersifat progresivisme, mereka perlu miliki
keterampilan, alat dan pengamalan social dan pengalaman “problem-solving”.

Seterusnya, saya membentangkan tentang kurikulum pendidikan


progresivisme. Dalam fahaman progresif, cara pengajaran ‘child-centred’ atau
‘student-centred’ digunakan. Dengan cara ini, minat seseorang pelajar adalah
permulaan dan pengakhiran bagi pembelajaran progresif. Tanpa seorang pelajar
itu meminati sebuah topik atau subjek pembelajaran tidak akan dapat bermula
jadi seorang pengajar yang mengikuti pembelajaran progresif ini pelulah
memberi perhatian sepenuhnya untuk menarik minat pelajar. Bak kata Imam
Barnadib, kurikulum progresivisme adalah kurikulum yang tidak baku dan dapat
direvisi, sehingga yang cocok adalah kurikulum yang berpusat pada pengalaman.
Daripada petikan ini, kita dapat memahami bahawa, kurikulum pendidikan
progresivisme dapat diubah suai mengikut keperluan untuk menarik minat pelajar
dan masih dapat memberi pengalaman yang penting untuk masa hadapan
seorang pelajar.

Metode Pendidikan Progresivisme terdiri daripada: pendidikan aktif,


monitor kegiatan pelajar, penelitian ilmiah, pemerintahan pelajar, kerjasama
sekolah dan keluarga dan sekolah sebagai laboratorium pembaharuan
pendidikan.

Pendidikan aktif di sini bermaksud pendidikan progresif adalah


pembelajaran yang fokus kepada penyertaan pelajar di dalam aktiviti kelas.
Seperti ditulis sebelum ini, pendidikan progresif berasaskan ‘student-centred’
bermaksud pelajar adalah fokus dan guru hanyalah sebagai panduan untuk
seorang pelajar. Pendidikan aktif ini juga adalah cara ‘hands-on learning’ yang
mementingkan pelajar mengambil bahagian dan mendapat pengalaman untuk
menyiapkan sesuatu tugasan.

Monitor kegiatan pelajar pula bermaksud, guru-guru adalah sebagai


pendorong dan panduan supaya pelajar tidak mengikuti kegiatan yang tidak
berfaedah.

Penelitian ilmiah, memberi fokus terhadap penyusunan konsep dan


membantu pelajar untuk memahami subjek-subjek yang dipelajari secara
langkah demi langkah supaya tidak stress akan subjek yang susah.

Pemerintahan pelajar, memperkenalkan pelajar sekolah terhadap


persekitaran yang diperintah secara demokrasi. Dengan perkenalan ini, pelajar
dapat memahami situasi dan status masyarakat selepas habis sekolah.
Kerjasama sekolah dan keluarga adalah penting untuk memberi peluang
bagi ibu bapa memerhati akan status anak-anak mereka di dalam sekolah.

Sekolah sebagai laboratorium pembaharuan pendidikan bermaksud


sekolah adalah tempat untuk mencuba pelbagai jenis aktiviti supaya dapat
memberi pembaharuan pendidikan di dalam sebuah masyarakat.

Akhir sekali, peranan pelajar dan pengajar di dalam pembelajaran


progresivisme. Falsafah progresif menganggap bahawa subjek yang diajar
adalah aktif dan bukan pasif. Seorang pelajar di dalam sekolah adalah seperti
dunia kecil daripada masyarakat besar, aktiviti dalam kelas fokus kepada praktis
untuk menyelesaikan masalah dan persekitaran sekolah mestilah kooperatif dan
demokratik. Setiap pelajar adalah unik dan sangat berbeza dengan orang
dewasa yang bekerja. Seorang anak muda mempunyai alir pemikiran sendiri,
keinginan sendi, harapan dan kerisauan sendiri yang beza dengan orang dewasa.
Pengajar pula ada tiga peranan penting iaitu sebagai fasilitator, motivator dan
kaunselor. Guru sebagai fasilitator adalah seorang yang sedia untuk memberi
bantuan terhadap proses pembelajaran seorang pelajar. Sebagai motivator pula
adalah seorang yang mampu memupuk semangat belajar seorang pelajar. Guru
sebagai kaunselor yang membantu pelajar mengenal pasti dan atasi maslah
yang dihadapinya.

Sebagai kesimpulan, kumpulan saya membentang topik Falsafah


Pendidikan Barat Moden: Progresivisme. Di dalam pembentangan kami saya
ditugaskan membentang bahagian ciri-ciri pendidikan progresivisme di mana
saya memberi penerangan terhadap pelbagai perkara seperti diatas. Dengan
pembentangan ini saya dapat pelbagai ilmu baharu kerana saya jarang
memikirkan kenapa pembelajaran saya di sekolah berlaku sebegitu.
Pembelajaran di Malaysia semakin mengambil sedikit pengajaran daripada aliran
progresivisme ini dan sangat membantu saya sebagai seorang guru pada masa
hadapan. Saya harap dapat menjadi seorang guru yang dapat
mempertimbangkan segala teori falsafah pendidikan supaya kelas saya tidak
bosan kepada pelajar saya pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai