Anda di halaman 1dari 5

Konstruktivisme di dalam bilik darjah.

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran yang menerangkan bagaimana


pengetahuan disusun dalam minda pelajar.Pelajar dengan aktif mengembangkan pengetahuan
dengan sendiri tanpa belajar dari persekitarannnya.Dalam pendekatan konstruktivisme ini
pelajar belajar sendiri tanpa bergantung kepada gurunya.Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep
pengajaran dan pembelajaran yang lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid
tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada
mereka .

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
Konstruktivisme.Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman dan pandangan
diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal
walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menekankan penglibatan murid dalam semua aktiviti pengajaran dan
pemudahcaraan. Bagi menguatkan lagi teori konstruktivisme beliau mengatakan bahawa guru
harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan.

Ahli konstruktivisme berpandangan bahawa setiap orang murid mempunyai peranan


dalam menentukan apa yang mereka pelajari.Mereka diberi penekanan untuk membentuk
kemahiran dan pengetahuan iaitu dengan mengaitkan pengalaman lampau dengan kegunaan
masa hadapan.. Murid bukan sahaja diberi nota sahaja tetapi penekanan diberi kepada proses
pemikiran.
Sebagai seorang pendidik guru harus memikirkan prinsip pemikiran konstruktivisme bagi
mempertimbangkan pembelajaran murid.Dalam pendekatan konstruktivisme, guru berperanan
sebagai pemudahcara.Dengan cara ini murid membina pengetahuan secara sendiri berdasarkan
pengalaman mereka. Peranan guru hanya pembimbing dalam tugasan murid. Guru berperanan
sebagai petunjuk untuk para pelajar berdasarkan garis panduan yang sesuai. Murid akan
menjawab soalan guru yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar. Menerusi peranan ini,
prinsip-prinsip teori Konstruktivisme akan diaplikasikan.
Pada pandangan ahli konstruktivisme, mereka menganggap peranan guru di dalam
kelas adalah sebagai pengurus atau fasilitator untuk menangani masalah disiplin dengan
sempurna. Guru harus mengharungi murid-murid yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza dan perlu diberi perhatian. Murid diberi peluang untuk membina keputusan
sendiri.tentang perkara yang mereka pelajari. Dalam proses ini murid lebih bertanggungjawab
dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya sekiranya guru
berperanan objektivisme, murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh
guru tersebut.
Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial – para pelajar perlu berinteraksi
dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan juga dengan para pendidik tentang subjek yang
sedang dipelajari, iaitu pembelajaran secara berkumpulan dititikberatkan. Hal ini adalah kerana
para psikologi seperti Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran merupakan proses yang
dinamik dan sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh individu-individu yang berlainan
perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina pengetahuan yang kukuh asasnya.
Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian semasa dalam kelas.
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme pengetahuan tidak diterima secara pasif
tetapi dibina secara aktif oleh pelajar. Manakala fungsi pembelajaran adalah bersifat penyesuaian
dan bertanggungjawab untuk mengorganisasi dunia pengalaman dan bukan untuk menemui
dunia realiti.Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan
guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru
seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza
dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian
sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk
memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi
sesuatu konsep atau pengetahuanGuru boleh menggunakan teori konstriktivisme dalam kelas
dengan memberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.Dalam teori ini murid diberi
peluang mengemukakan pandangan alternatif rakan mereka.

Saya sebagai guru bahasa ,menggunakan 4 mazhab dalam sistem pengajaran


saya.mazhab. Iaitu behavouris, kognitif, sosial dan humanis. .Saya telah menurut kata-kata
Piaget dalam pengajaran saya.Dalam pelajaran saya selalu menyusunkan isi kandungan
pengajaran mengikut perkembangan kanak-kanak.Biasanya latihan yang saya berikan adalah dari
tahap senang kepada susah .Sebagai guru saya lebih memberi tumpuan terhadap perkembangan
kanak-kanak dalam memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran di peringkat
sekolah rendah. Ini kerana murid-murid saya hanya boleh memahami konsep pembelajaran yang
berasaskan pengalaman konkrit.

Biasanya PdPc saya dimulakan dengan memperkenalkan konsep-konsep yang mudah


agar murid mempunyai tahap capaian minda yang benar-benar bersedia untuk belajar. Apabila
murid telah bersedia untuk belajar dan menerokai sesuatu tajuk, maka saya menstrukturkan
pembelajaran kepada tahap yang mudah kepada yang sukar. Namun begitu, saya masih
membimbing murid yang sukar memahami pelajaran yang agar objektif tercapai.

Sesuatu tajuk yang baharu saya memperkenalkannya melalui paparan video, audio visual
dan sebagainya. Dengan ini murid-murid dapat menghayati konsep yang hendak disampaikan
dan dasar pemikiran murid juga dapat dibuka dengan luas berbanding hanya mendengar sesuatu
perkara dan hanya berasaskan pengetahuan yang amat terkongkong.

Bagi mengatasi pelbagai sikap murid,saya menyediakan bahan pembelajaran yang dapat
memotivasikan murid agar kesediaan murid untuk belajar dapat diwujudkan. Saya biasanya akan
diberikan peneguhan seperti tepukan ,sticker dan hadiah sebagainya untuk memotivasikan
murid-murid. Ini dapat membangkitkan semangat ingin tahu murid dan mewujudkan suasana
hampir sebenar satu-satu situasi dalam pembelajaran juga amat membantu. Proses ini
menyebabkan murid mempunyai perasaan seronok dengan tajuk yang dipelajari dan
pembelajaran akan berjalan dengan berkesan.

Namun di dalam sesebuah bilik darjah, terdapat murid yang lemah dan pasif dalam
segala aktiviti. Oleh itu, pelajaran yang hendak diajar perlu disusun iaitu penyampaian
pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Tahap kecekapan minda
murid ini, perlu diasah dan diasuh agar dapat mengikut pelajaran seperti murid-murid yang aktif
lain. Saya membimbing murid menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal yang kreatif atau
lebih tepat lagi menggunakan alat multimedia serta menggunakan contoh-contoh khusus yang
berkaitan untuk membimbing murid supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapatkan
impak yang berkesan.

Selain itu, saya juga menerapkan ilmu berasaskan teori konstruktivisme sesuai bagi
murid yang telah mempunyai tahap kematangan dan kemahiran berfikir. PdPc saya adalah
berpusatkan murid. Saya menyediakan peluang-peluang untuk murid dapat membina
pengetahuan dan membentuk kemahiran yang mana mereka dapat menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan pengalaman masa depan. Teori Pembelajaran
konstruktivisme menggunakan pendekatan menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau
strategi-strategi inkuiri dan kemahiran meta-kognitif yang lain.

Justeru itu,saya memberi ruang kepada pelajar untuk menerokai tajuk-tajuk pelajaran
untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Saya hanya bertindak sebagai fasilitator untuk
memberikan panduan dan menyelesaikan masalah yang timbul ketika sesi pembelajaran sedang
berjalan. Saya juga bertindak sebagai orang yang meyampaikan maklumat secara berstruktur
serta membimbing pengajaran agar pelajar memperoleh alat-alat pembelajaran. Dalam proses ini,
saya sentiasa bersedia dengan sumber-sumber yang diperlukan kerana maklumat yang
disampaikan tidak distrukturkan boleh menyebabkan murid-murid akan keluar dari tajuk atau
objektif pembelajaran tidak tercapai.
Kesimpulannya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan
memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dan murid dapat menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep
atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai
kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban
guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau
fasilitator.

Anda mungkin juga menyukai