Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Pada tahun 2013, Datuk Seri Muhyiddin Yasin yang merupakan menteri dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah
akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Utusan
Malaysia, 2010). Pengumuman yang dilakukan ini adalah berdasarkan sudah tiba masanya
untuk mata pelajaran Sejarah diberikan penekanan yang lebih walaupun rekod pencapaian
mata pelajaran Sejarah SPM dianggap baik namun realitinya ia masih kurang diminati
(Haili Dohlan, 2010).

Sehubungan dengan itu, bagi membincangkan isu ini khususnya dalam mencari
kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dan mampu untuk menarik minat
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Penggunaan Information and Communication
Technology (lCT) dilihat mampu menjadi alat pemudah cara dan dapat mengurangkan
kebergantungan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat konvensional (Mohd
Ekram Al Hafis, 2014). Kaedah konvensional merupakan proses pengajaran dan
pembelajaran hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu di antara guru dan pelajar. Di
samping itu, ia juga lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta-fakta yang
diberikan oleh guru (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Jika diteliti, mata pelajaran sejarah
bukanlah subjek yang berteraskan hafalan, tetapi berteraskan kepada kefahaman tentang
sesuatu fakta atau peristiwa. Namun begitu dengan penggunaan kaedah yang sesuai dan
menarik secara langsung dapat menarik minat pelajar sekaligus dapat meningkatkan
kefahaman mereka.

Oleh itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah amat
digalakkan kerana ianya mampu menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Antara salah
satunya ialah menggunakan peta pemikiran yang berterasakan ICT dalam sesi pengajaran
pembelajaran. Penggunaanya mampu membantu pelajar mengesan maklumat sebanyak
90% oleh otak dalam bentuk visual dan 40% daripada semua gentian saraf yang
bersambung ke otak adalah dihubungkan ke retina. Hasilnya, hampir 36000 mesej visual
didaftarkan oleh mata pelajar setiap jam (Eric Jennsen, 1996). Selain itu, alat visual ini juga
memberi murid bentuk visual untuk menyambung otak dengan minda dalam ikatan yang
sama untuk membuat sambungan dan corak dan turut memberi guru alat pencorakan
praktikal untuk menyatukan kandungan pembelajaran dengan proses berfikir. Tambahan
pula, alat visual ini boleh digunakan untuk menggalakan pelbagai jenis pemikiran yang
berbeza seperti pemikiran kritis, kreatif, analitikal dan sebagainya. Penggunaan alat visual
ini dalam ICT mampu untuk memberikan kefahaman yang jelas dan tidak hanya
bergantung kepada sistem konsep pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan hafalan
malah kreativiti ini dapat membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan, ceria dan berkesan kepada pelajar
(Abdul Rasid, 2012).

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1 PENDIDIKAN ABAD KE-21

Pendidikan abad ke-21 sangat menekankan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
yang terkini yang boleh diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar pada abad ke-21 yang dilahirkan secara zahirnya dengan pelbagai kemudahan jenis
gadget dan aplikasi yang sangat memberikan manfaat, maklumat dan pengetahuan kepada
mereka. Kepelbagaian aplikasi yang muncul pada hari ini masih lagi menjadi tanda tanya
disebabkan oleh kebanyakan para guru masih lagi meneruskan tradisi kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lapuk. Hal ini secara tidak langsung memberikan cabaran yang
utama bagi para guru dalam mempersiapkan bahan pengajaran. Sekolah- sekolah yang ada
di Malaysia sudah dilengkapi dengan peralatan teknologi yang canggih seperti komputer
dan internet yang boleh membantu para guru melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan tidak membosankan.

Multimedia yang disediakan di sekolah oleh pihak kerajaan adalah antara teknologi
pendidikan yang kerap digunakan oleh para guru. Multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah melibatkan pelbagai bentuk bahan bantu mengajar (BBM) yang
berbentuk digital seperti gambar, video, audio, grafik dan animasi. (Rozinah Jamaludin
2005). Aplikasi multimedia tersebut lebih mudah difahami dan menarik untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah penggunaan multimedia ini kini telah
diperluaskan kepada bidang-bidang pengkhususan kerjaya yang melibatkan bidang
pendidikan. Sistem Pendidikan yang menggunakan bahan multimedia merupakan satu
trend terkini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun perkembangan teknologi
maklumat ini masih mempunyai kekurangannya yang tersendiri sehingga masih lagi
menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai golongan masyarakat (Rossafri Mohamad
& Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya 2007).

Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah


bukanlah untuk penggantikan tenaga pengajar sepenuhnya tetapi ianya adalah untuk
menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat masih lagi tidak sering
dengan perkembangan teknologi masa kini. Selain itu, penggunaan multimedia ini
dijadikan sebagai alat pemudah cara bagi meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk
terus mendalami ilmu pengetahuan dari penggunaan multimedia. Tambahan pula, mata
pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
Sejarah sebelum ini digunakan dalam bentuk ceramah, serta menggunakan papan hitam
yang berpandukan buku teks semata-mata. Justeru itu, pelajar-pelajar akan kurang
diberikan peluang untuk melibatkan diri secara aktif malah kaedah pengajaran yang mereka
terima agak membosankan (Rossafri & Wan Ahmad 2007). Jika dibandingakan dengan
negara-negara Eropah, proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah sudah lama
menggunakan alternatif multimedia yang sememangnya membantu mereka menarik
perhatian para pelajara untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan dengan
bantuan multimedia yang ada (Lee 2013).

Justeru itu, penggunaan multimedia adalah salah satu langkah yang mencipta
kreativiti seorang guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Pekembangan penggunaan multimedia sejak kebelakangan di Malaysia telah
banyak membantu para guru di Malaysia sebagai alat bahan bantu mengajar yang semakin
popular. Hal ini telah membolehkan para pelajar di Malaysia meperoleh kepelbagaian
maklumat di hjung jari mereka sahaja (Jamalludin & Zaidatun 2003). Selain itu,
penggunaan teknologi multimedia juga memberikan banyak faedah kepada pelajar dan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norliza Hussin et. all 2013).
2.2 PETA PEMIKIRAN I-THINK

I-Think merupakan singkatan kepada Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif).


Peta pemikiran ini mula diperkenalkan melalui program i-Think. Tujuan program ini
diperkenalkan adalah untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.
Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis kepada sepuluh buah sekolah sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Peta pemikiran i-Think adalah salah satu cabang
alat berfikir yang dikembangkan secara visual yang mudah diaplikasi dan difahami
merentas kurikulum melalui lapan bentuk peta pemikiran. Peta pemikiran yang kerap
dilaksanakan turut membantu pelajar dalam membudayakan kemahiran berfikir (Khalidah
et. all 2015)

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut menjelaskan bahawa penggunaan


peta pemikiran sebagai satu cabang alat berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat memupuk pelajar untuk berfikir serta menaakul. Setiap peta pemikiran mempunyai
proses pemikiran yang tertentu. Lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan dalam
Program i-Think adalah Peta Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih, Peta Dakap, Peta Alir, Peta
Buih Berganda, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian. Berikut adalah lapan contoh peta
pemikiran i-Think;

Rajah 1: Lapan Peta Pemikiran i-Think


Melalui pendekatan dengan memperkenalkan program i-Think, penggunaan peta
pemikiran dalam mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan rangsangan visual dalam
kalangan pelajar agar lebih kreatif dalam penulisan sekaligus dapat meningkatkan
kemahiran pelajar berkomunikasi secara lisan dan menggalakkan pelajar untuk belajar
secara yakin dan kendiri (Norfadilah 2000). Penggunaan peta pemikiran juga dapat
memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan pelajar dapat
mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik (Abdul
Rahim 2000). Ia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian
lampau menunjukkan bahawa masih ramai pelajar menghadapi kesukaran mengingati fakta
Sejarah dalam jangka masa yang panjang (Khairuddin 2011). Hal ini adalah kerana, mata
pelajaran Sejarah mempunyai banyak idea yang abstrak serta konsep yang sukar untuk
difahami. Konsep ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan daya
pemikiran seseorang individu dan membentuk daya intelektual pelajar. Dengan
menggunakan kaedah peta minda, segala nota Sejarah yang dipenuhi dengan fakta dapat
dipendekkan dengan menggunakan pelbagai simbol, warna, corak dan sebagainya. Hal ini
akan memudahkan pelajar untuk mengingati segala fakta yang telah dipelbagaikan melalui
peta pemikiran ini.

Walaubagaimanapun, guru merupakan individu yang bertanggujawab dan


berperanan dalam menghasilkan produk pelajar yang berkemahiran dan berkualiti melalui
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah lebih
kreatif semasa merancang pengajaranya berdasarkan keupayaan dan kebolehan pelajar.
Selain itu juga, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya dan ini menuntut kemahiran pengajaran yang tinggi dalam kalangan guru.
Kehadiran kecanggihan ICT dalam melaksanakan program i-Think ini dapat menambah
lagi bahan bantu mengajar untuk para guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran untuk para pelajar. ni akan memberi impak yang lebih berkesan ke arah
mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri (Anuar Ahmad et. al 2015).
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Perubahan yang amat pesat sedang dialami sistem pendidikan di Malaysia pada
masa kini ekoran perkembangan teknologi multimedia. Pelajar sekolah kini banyak
menerima pengaruh dalam dunia ICT seperti komputer dan internet yang menjadi medium
untuk memperoleh ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Oleh itu, dalam pendidikan Sejarah
seringkali berhadapan dengan tanggapan bahawa mata pelajaran sejarah adalah mata
pelajaran yang membosankan dan kurang diminati berbanding mata pelajaran lain
disebabkan cara pengajaran dan pembelajaran yang membosankan sehinggakan pelajar
kurang memberikan tumpuan untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Penggunaan set
peraturan seperti autokratik dan tegas dengan cara memaksa, mengherdik, meninggikan
suara ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk mendisiplinkan murid tidak
diperlukan lagi malah guru sepatutnya perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab
dengan murid-murid (Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail, 2013).

Jika dilihat isu utama yang sering dikaitkan dengan kelemahan-kelemahan yang ada
pada sesi pengajaran di sekolah adalah disebabkan oleh pengajaran yang hanya masih
bersifat konvensional. Pengajaran yang bersifat seperti ini masih lagi digunakan walaupun
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat perubahan. Hal ini selari dengan
pendapat Hariyono (1995), dimana hal seperti ini masih lagi berlaku disebabkan guru
sejarah jarang memerhatikan sama ada maklumat tersebut dapat membangkitkan minat atau
semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham sejarah. Ini bermakna sistem
pendidikan sudah mengalami perubahan tetapi sesi pengajaran dan pembelajaran masih lagi
terikat dengan kaedah dan cara yang dahulu.

Walaupun pelbagai kaedah yang telah digunakan untuk menyelesaikan isu ini
seperti kaedah Mneumonik contohnya. Kaedah ini merupakan kaedah yang membantu
pelajar untuk mengaitkan sesuatu bahan atau rangkaian kata berdasarkan huruf pangkal
untuk mengingati dengan sesuatu makna (Rahil, Jami’ah, dan Kasnani, 2000). Selain itu
juga, penggunaan Sistem Trek yang digunakan seperti mencatat fakta-fakta pembelajaran
dan menyalin semula mengikut urutan masa turut tidak berjaya menarik minat pelajar untuk
belajar mata pelajaran Sejarah (Mohd Ekram Al Hafis, 2014). Kaedah-kaedah yang
dinyatakan ini merupakan kaedah konversional yang tidak menggunakan ICT dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui pendidikan abad
ke-21, ICT amat berguna sekali bagi membantu kaedah pengajaran dan pembelajaran hari
ini.

4.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan Information and


Communication Technology (ICT) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan pelajar di dalam mata pelajaran Sejarah bagi memudahkan pelajar mengingati
fakta sejarah serta menarik minat mereka untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah yang
diminati.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam mencapai tujuan di atas beberapa objektif telah dikenalpasti iaitu;

1. Tahap keupayaan guru sejarah mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Sejarah?

2. Sejauhmanakah penggunaan peta pemikiran sebagai alat berfikir dapat digunakan


untuk menyelesaikan masalah mudah kehilangan minat di kalangan murid terhadap mata
pelajaran Sejarah?

3. Kebaikan dan keburukan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Sejarah?

6.0 SKOP KAJIAN

Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, skop kajian adalah bersifat umum.
Pemilihan untuk menjalankan kajian dengan kaedah seperti menggunakan alat visual
khususnya peta pemikiran i-Think yang menggunakan ICT dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Kajian ini akan menggunakan model pembelajaran
kognitif sebagai model untuk mejalankan kajian bagi mata pelajaran Sejarah.
7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Menurut teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (2000), yang telah
menghuraikan sehingga lapan kecenderungan potensi seseorang untuk belajar. Lazimnya,
setiap individu akan mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua kecerdasan yang lebih
menonjol berbanding dengan kecerdasan lain. Semua kecerdasan boleh dikembangkan
melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran (Roselan 2003). Kepelbagaian ini
menuntut kreativiti guru untuk membantu pelajar belajar dengan cara dan gaya yang sesuai
serta memenuhi minat dan kemampuan murid (Salhah 2009).

Sehubungan itu, kajian ini dilakukan kerana beberapa kepentingan. Antaranya, hasil
kajian ini dapat menjelaskan tentang keupayaan guru sejarah terhadap pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan penggunaan ICT. Hal ini demikian kerana
melalui pembelajaran menggunakan ICT mampu memberikan keseronokan kepada pelajar
yang berpusatkan murid dapat memenuhi kepelbagaian kecerdasan murid. Sekiranya guru
mengamalkan kaedah pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menarik minat pelajar untuk belajar mata pelajaran sejarah.

Selain itu, hasil kajian ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis peta pemikiran yang
sering digunakan oleh guru untuk melaksanakan pembelajaran. Hal sedemikian, kajian ini
akan dapat membantu guru-guru dalam merancang penggunaan bahan bantu mengajar
dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu,
kajian ini juga diharapkan dapat menjadi bahan rujukan kepada para pengkaji yang
berminat dengan amalan pembelajaran menggunakan peta pemikiran sebagai alat berfikir
yang berteraskan ICT dalam mata pelajaran sejarah. Justeru, hasil daripada kajian ini akan
berupaya membantu pelbagai pihak dalam menangani permasalahan dan isu murid kurang
minat terhadap mata pelajaran sejarah.
8.0 TEORI DAN MODEL PEMBELAJARAN

Dalam kajian yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah, dijangkakan penggunaan peta pemikiran i-Think akan lebih memudahkan pelajar
untuk belajar dan menguasai tajuk bagi mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga dijangka
akan dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan seterusnya
meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Rajah 2: Kerangka Konsep Kajian yang diadaptasikan dari Haslina Binti Mohd Ismail
(2012)

Berikut merupakan kerangka konsep kajian untuk dijadikan Guide kepada


pemilihan teori dan model pengajaran dengan menggunakan peta pemikiran. Melalui
kerangka konsep kajian ini juga dapat memberikan satu jangkaan dapatan kajian, hasil
penggunaan peta pemikiran i-Think dapat sesi pengajaran dan pembelajaran.
TEORI PEMBELAJARAN

Teori Kognitif

Teori Kognitif merupakan satu teori yang merujuk kepada kegiatan mental seperti
berfikir, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan lain-lain.
Pendekatan Kognitif ini pula membawa maksud pendekatan yang memberikan perhatian
yang khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran, keupayaan berfikir
secara kritis dan kretif serta kemahiran belajar dan motivasi. Berdasarkan teori ini,
pembelajaran itu adalah proses melibatkan penerimaan dan penyusunan semula struktur
kognitif kepada bentuk-bentuk yang lebih bermakna dan mudah diingati oleh seseorang.

Teori ini bermula apabila menerangkan sistem minda pelajar akan berkembang jika
berlakunya interaksi atau berhubung dengan persekitarannya. Minda dan pemikiran itu
akan sentiasa berkembang dan berubah hasil daripada penyerapan dan penyimpanan
maklumat-maklumat baru. Selain itu, menekankan maklumat dalam minda sentiasa
diproses dan diadaptasi apabila terdapat maklumat baru yang diterima dan proses itu
dinamakan proses pembelajaran. Maklumat baru yang digunakan beberapa kali akan
menjadi kekal dan disimpan dalam ingatan jangka masa panjang untuk satu tempoh yang
lama. Apabila maklumat tersebut diperlukan kembali, ia akan diaktifkan semula dan
dibawa ke ingatan aktif untuk digunakan kembali. Jika sesuatu pembelajaran itu
memberikan kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari diingati dan
dihubungkaitkan dengan sistem minda yang sedia ada malah akan lebih kekal dalam
ingatan.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajarannya yang tersendiri sama ada secara
bersendirian, berkumpulan, berserta bantuan visual yang banyak, melalui pendengaran
sahaja atau bergantung kepada pembacaan buku teks. Lantaran itu, guru haruslah bijak
menyesuaikan dan menggabungkan gaya pembelajaran pelajar dengan teknik pengajaran
supaya dapat membentuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Di samping itu
juga, terdapat juga teori yang lain sesuai digunakan dalam kajian ini. Antara teori yang
dimaksudkan ialah teori Konstruktivisme.
Teori Konstruktivisme

Bermula daripada pandangan Kognitif maka lahirlah satu pandangan tentang cara
atau gaya seseorang manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Konstruktivisme ialah
pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu tersebut tidak
pasif dalam memahami sebarang pengetahuan ilmu yang disampaikan oleh seseorang guru.
Pengetahuan yang diterima akan disesuaikan dengan bentuk pengetahuan baru dalam
mindanya dan membantuan interaksi sosial dengan gurunya.

Menurut Nik Azis Nik Pa (1999), Konsturktivisme adalah tidak lebih daripada satu
komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Hal ini
membawa maksud sesuatu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu adalah hasil
daripada kegiatan yang dilakukan oleh individu tersebut. Pengetahuan yang tidak boleh
dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain.
Sebaliknya, setiap individu membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan
pengalaman secara terpilih. Selain itu, menurut Sushkin. N. (1999), teori ini lebih
memberikan penekanan kepada pelajar berbanding guru. Perkara ini disebabkan pelajarlah
yang seharusnya berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperolehkan kefahaman
tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar haruslah berkemahiran dalam
membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah yang timbul.

Berdasarkan maksud dan pandangan di atas, teori ini membawa satu fahaman yang
pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman yang diperolehi sedia ada. Proses ini menunjukkan pelajar dapat
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk
membina satu perkara yang baru. Pengukuhan penggunaan teori ini di dalam kajian ini
dapat dilihat apabila Jean Piaget memperkenalkan empat perkembangan minda kanak-
kanak dengan merujuk jadual di bawah;
Tahap Perkembangan Umur Ciri-Ciri

Deria Motor 0-2 Refleksi tingkah laku yang mudah untuk


membentuk paten tingkah laku

Mula menggunakan deria motor untuk memahami


dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Pra-Operasi 2-7 Bermulanya pengenalan simbol, bahasa dan


imaginasi

Pemikiran logik secara egosentrik

Operasi Konkrik 7-11 Bermulanya pemikiran logik berkenaan fizikal

Tiada keupayaan secara abstrak

Operasi Formal 11+ Kanak-Kanak mampu berfikir secara abstrak

Boleh menyelesaikan masalah operasi songsang


dan masalah abstrak

Jadual 1: Tahap Pekembangan Kanak-Kanak

Berdasarkan jadual di atas, teori ini memberikan gambaran terhadap tahap


perkembangan kanak-kanak adalah berbeza sekali mengikut peredaran umurnya dan
memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Dalam konteks pembelajaran, pelajar akan membina ilmu
pengetahuan dan memberi makna kepada pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman
sendiri melalui proses aktif yang berlaku dalam otak. Oleh itu, pemahaman dan makna ilmu
pengetahuan adalah bergantung pada cara ia dibentuk dalam minda pelajar. Pembelajaran
konstruktivisme ini menekankan pelajar tidak diberikan nota semata-mata sebaliknya
pelajar perlu menjana sendiri ilmu baru berdasarkan ilmu pengetahuan yang diberi.
Menurut Nair, S dan Muthiah, M (2005), pendekatan konstruktivisme ini sangat penting
dalam proses pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada.
Secara rumusnya, hasil daripada proses dalam minda akan diserapakan dengan
kaedah pembelajaran yang berkesan dengan penghasilan ilmu baru yang lebih bermakna
kepada pelajar. Di samping itu, pelajar berpeluang untuk membina ilmu pengetahuan baru
dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi sebenar.

Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran Ekspositori adalah satu model pembelajaran yang melibatkan


guru memberikan penekanan terhadap pengajaran di samping menyajikan bahan pelajaran
kepada pelajar dengan keadaan yang telah tersusun rapi dalam bentuk yang terakhir.
Penekanan guru dalam model pembelajaran ini sangat penting terutamanya dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam bilik darjah kerana pelajar akan mendengar
penerangan terlebih dahulu dan mendengar dengan teliti sehingga faham dan ingat fakta
yang diberikan. Oleh itu, Model Ekspositori dapat dirumuskan sebagai model cara
penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita dan demontasi dengan tujuan untuk
menyampaikan sesi pengajaran.

Pengenalan dan Pelajar Mengingat


Pelajar Mendengar
penerangan isi dan Merekod Isi
Penerangan
pelajaran Penting

Jadual 2: Model Eksporitasi

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat model ini menyatakan guru akan
menerangkan konsep, fakta, hukum ataupun prinsip sesuatu mata pelajaran contohnya mata
pelajaran sejarah. Menurut Mok Soon Sang (2002), model ini menunjukkan cara
penyampaian adalah seperti berikut:

I. Menerangkan, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku


teks.

II. Menerangkan sambil mendemontrasikan cara melukis atau membina peta


pemikiran.
III. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-
kemahiran yang dipelajari

IV. Menerangkan sesuatu konsep dengan bahan bantu mengajar (BBM)

Pendekatan ini sangat sesuai untuk mengajar mata pelajaran Sejarah kerana bahan-
bahan pelajaran Sejarah dapat disusun oleh tenaga pelajar dan disampaikan kepada pelajar
khususnya dengan lebih efisen. Apabila digunakan oleh tenaga pengajar yang mempunyai
daya pengajaran yang kreatif untuk berinteraksi dengan para pelajar, pendekatan
ekspositori sangat efektif untuk mengajarkan bab-bab dalam mata pelajaran Sejarah.
Pendekatan pembelajaran ekspositori yang tidak bagus akan terjadi apabila tenaga pelajar
hanya menumpukan perhatian pada bahan pelajaran menyampaikannya dengan sangat
sedikit berinteraksi dengan para pelajar. Hal ini kebiasaannya sering kali terjadi kepada
guru yang belum berpengalaman dan hanya memberikan tumpuan perhatian pada gaya
pengajarannya sendiri dan penyampaian bahan pelajaran. Selain itu, kecendurangan guru
yang tidak memiliki pengalaman hanya lebih tertumpu kepada bahan pengajaran dengan
memberikan ceramah serta kurang perhatian terhadap pelajar.

Pendekatan pembelajaran model ekspositori dalam mata pelajaran sejarah juga


dapat dilihat membantu tenaga pengajar untuk menjimatkan masa ketika penyampaian si
pelajaran kerana kebanyakan para pelajar akan mendengar sahaja ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan. Penyampaian tenaga pengajar ketika menyampaikan
isi pelajaran, para pelajar boleh mebuat catatan ringkas berdasarkan pemahaman masing-
masing. Di samping tenaga pengajar dapat menjimatkan masa, pelajar juga dapat
menjimatkan masa mereka dengan meringkaskan pemahaman secara bersturktur dan
teratur. Oleh itu, model ekspotori ini merupakan salah satu model yang boleh memerikan
kesan dalam penyampaina kemahiran, konsep dan prinsip seperti yang terdapat dalam mata
pelajaran Sejarah.
PERBINCANGAN

Anda mungkin juga menyukai