Anda di halaman 1dari 6

Beberapa isu terkini dalam pendidikan telah menjadi perbualan di kalangan warga pendidik.

Mungkin
isu-isu
ini
perlu
ditangani
dengan
segera.
Antaranya
:A. Kajian dalam bentuk R & D dalam sesuatu program
Adalah amat penting dilakukan R & D terlebih dahulu atau diadakan program percubaan
sebelum dilaksanakan sesuatu program baru. Kadangkala didapati seuatu program itu dibuat
secara ad-hoc sahaja.
Elakkan keputusan tergesa-gesa yang banyak menimbulkan masalah khususnya kepada
pelaksana dasar.
Contoh: Makmal komputer, program PPSMI (Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris)
dan Tingkatan 6 setaraf dengan kolej yang melibatkan guru-gurunya berada dalam
DG 44.

B. Mengembalikan dan memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa


pendidikan dan mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa
Melayu.

C. Percepatkan proses atau tempoh masa memproses kenaikan guru-guru time-based


dan kenaikan pangkat guru.
Contohnya: Seseorang guru DG 41 yang sudah cukup 10 tahun perkhidmatan layak untuk
kenaikan ke DG 44. Tetapi proses kenaikan itu memakan masa 2-5 tahun untuk
pelantikan ke DG 44. Majoritinya, guru DG 41 terpaksa menunggu 12 ke 15
tahun untuk menjawat ke DG 44. Ini sudah lari dari konsep asal time-based.
Cadangan : Sekiranya guru-guru itu sudah cukup syarat dan time-based nya, terus
membuat permohonan dan lantikan. Sepatutnya tahun ke-11 atau ke-12,
lantikan ke gred baru telah boleh dibuat. Tidak perlu menunggu pekeliling atau
surat dari jabatan yang kadangkala melambatkan proses lantikan ini.

D. Perbanyakkan Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dengan kapasiti pelajar


sekitar 600 ke 800 orang sahaja.
Rasionalnya:
1. Membuka peluang kenaikan pangkat guru-guru.
2. Memudahkan pengurusan sekolah dalam pelbagai aspek
3. Tumpuan kepada mendisiplinkan pelajar dapat difokuskan

4. Memberi pilihan kepada ibubapa menghantar anak ke sekolah yang bersesuaian


5. Mewujudkan persaingan sihat antara sekolah
6. Bilangan pelajar dalam bilik darjah dapat dikurangkan

E. Mewujudkan juruteknik di sekolah bagi menyelenggarakan peralatan dan


pendawaian elektrik dan komputer serta alat-alat elektronik yang dibekalkan ke
sekolah oleh jabatan. Kadangkala kipas dan lampu seringkali juga rosak.
Rasional :
1. Kadangkala perbekalan alatan tidak ikut keperluan sekolah.
2. Tidak ada pihak di sekolah yang mahir mengendalikan/baikpulih/memantau alatan yang
dibekalkan hingga akhirnya rosak dan merugikan.

G. Institusi sekolah gagal melahirkan nilai murni, nilai insan dan modal insan dalam
diri pelajar. Pencapaian akademik menggalakkan tetapi sahsiah pelajar rendah.
Cadangan : Kurikulum baru digubal menjurus kepada keseimbangan akademik dan
kerohanian perlu disegerakan.
Mungkin ada cadangan dan dipanjangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin


pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti
satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira
kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan
program pendidikan sendiri;

Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah
mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;

Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;

Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di


negara maju adalah terhad;

Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan
penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;

Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
pemberian bantuan; dan

Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh
pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran
Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji
semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di
kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan
aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui
sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi
cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain
menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel
mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta.
Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang
berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai
isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan
Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan; akses
kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan
penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang
relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat
banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat
pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Struktur
Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya
termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati
keperluan, misalnya: Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia
tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; Tidak terdapat
keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan
wujudnya pelbagai haluan; Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan
persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum
Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan Selaras dengan
perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)
dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru.
KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer
sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah
yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: pembekalan
komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian
komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan
untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan
guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran
kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer
menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input
pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan
pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah
bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged
school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh
tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di
Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini
menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau
peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak
menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang

mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau


pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan
pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. Tenaga
pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu
dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik
yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri
daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah
di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau
kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan
(mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan
di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun.
Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.
Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan
maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula
dipertikaikan. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar
yang bertaraf dunia, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau
bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan
matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana
penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar,
khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak
faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan
yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan
juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau
globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan
melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer.
Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilainilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan.
Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin
diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang
lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan
budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai
peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih
terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar
menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang
baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak,
ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadijadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di
atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar
Pendidikan Kebangsaan, antaranya: Kepimpinan sekolah masih tidak dapat
berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran
(instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah
terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan
pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan
khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan
sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada
realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta
keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum
terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia

setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi


antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran
dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem
penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek
pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak
bersepadu.Lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih
terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan
yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan
ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,
kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik
darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran
dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan

Anda mungkin juga menyukai