Anda di halaman 1dari 14

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

SULIT
021 / 031
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2006
50 minit

021 / 031

JABATAN PELAJARAN PERAK


______________________________________________________

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2006


LEARNING TO SCORE
SET 3

BAHASA MELAYU SJK


Kertas 1
Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2.

Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3.

Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas ini mengandungi 14 halaman bercetak.


Arahan
Am
021 / 031

2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

SULIT

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat pilihan jawapan A,B,C
dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.
Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
1

Datuk membeli tiga biji durian di pasar tetapi hanya makan________ durian.
A

sepangsa

sejalur

seulas

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
2

Bapa ______________ dahan pokok dengan menggunakan sebilah parang.


A

mencantas

memangkas

memotong

menetak

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Soalan 3 dan 4 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
3

Sarang burung tempua yang dibuat daripada ______________ kering itu cantik
rupanya.

pepohon

rerumput

rerumpun

rerambut

Sarang burung itu _______________ pada dahan pokok dan berbuai-buai ditiup angin.
A

tergayut

tersangkut

tergantung

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
5

Anggota tentera memberi tabik hormat _______________ memandang Jalur Gemilang


yang sedang dinaikkan.
A

lalu

tetapi

sambil

kerana

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Soalan 6 dan soalan 7 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
6

Sani dan Kamal lari bertempiaran kerana angin bertiup _______________ .


A

kencang

deras

laju

Simpulan bahasa yang sesuai bagi lari bertempiaran adalah ________________.


A

langkah kanan

langkah bendul

langkah kiri

langkah seribu

Soalan 8 dan Soalan 9 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6
8

Anak lembu sedang _______________ manakala si ibu pula meragut rumput.


A

menyondol

menyusu

menghisap

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Lembu tersebut mempunyai ________ tanduk yang tajam.


A

sekaki

sebilah

sepasang

setangkai

10 Encik Muthu mengarahkan pekerjanya menyusun kerusi yang telah digunakan itu
semula seperti ________.
A

sukarela

sedia kala

sukacita

Soalan 11 dan Soalan 12 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7
11 Air batu di dalam gelas itu akan ________ sedikit demi sedikit.
A

cair

larut

lebur

hancur

12 Kai Meng menyedut ais dalam gelas menggunakan _________


A

penghisap minuman

penyedut minuman

penyalur minuman

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Soalan 13 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8
13 Puan Kamalia __________ air untuk mencelur ulam.
A

memasak

menjerang

merebus

menanak

14 Ampun tuanku, segala perintah tuanku telah __________ laksanakan. kata


Bendahara Tun Perak kepada baginda sultan.
A
patik
B

hamba

sahaya

Soalan 15 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9

15 Parameswari duduk ___________ ibunya sambil melihat hadiah yang dimenangi oleh
abangnya.
A
di antara
B

di celah

di sudut

di sisi

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

16 Maklumat tentang pertandingan itu boleh kamu baca pada _______________ di


hadapan bilik guru, kata Puan Salmi kepada Hashimah.
A
papan tanda
B

papan iklan

papan kenyataan

17 ____________ peniaga terlalu mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira


nilai-nilai kebajikan terhadap pelanggannya.
A

Separuh

Sebahagian

Sesetengah

18 Makanan yang terhidang di atas meja ________________ kain merah itu khas untuk
tetamu undangan.
A

dialas

pengalas

mengalas

beralas

19 _____________ muda itu sedang menggayakan fesyen terbaharu.


A

Sukarelawan

Peragawan

Olahragawan

Soalan 20 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

20 Pesawah itu _________ padi yang telah disabit untuk meleraikan buah padi
daripada tangkainya.
A

membanting

memukul

menghempas

Soalan 21
Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.
21 Hujan pada musim tengkujuh kali ini menyebabkan bandar Shah Alam dilanda banjir
kilat.
A

panas

kering

kemarau

lembab

Soalan 22
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.
22 Ke mana perginya Siew Chin, sekelip mata sahaja sudah lesap?
A

Kalau tak silap, dia akan pergi sebentar lagi.

Ke pejabat, berjumpa Puan Kalsom

Dia tidak jadi pergi ke situ.

Sebentar lagi dia akan balik.

Soalan 23
Pilih ayat tanya yang paling sesuai dengan ayat yang diberikan.
23

Abang sedang menyabit rumput di halaman rumahnya.


A

Bilakah abang menyabit rumput di halaman rumah?

Siapakah yang menyabit rumput di halaman rumah?

Bagaimanakah rumput di halaman rumah di sabit?

Apakah yang sedang dilakukan oleh abang di halaman rumah?

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24 Puan Chong merendam pakaian yang kotor itu di dalam baldi.
A

Pakaian kotor itu merendam Puan Chong di dalam baldi.

Di dalam baldi Puan Chong merendam pakaian yang kotor.

Baldi yang kotor di dalam merendam pakaian Puan Chong.

Pakaian kotor itu Puan Chong merendam baldi di dalam.

25 Ahli Bulan Sabit Merah sedang memberikan bantuan kecemasan kepada


mangsa kemalangan.
A
B
C
D

Bantuan kecemasan sedang memberikan ahli Bulan Sabit Merah mangsa


kemalangan.
Mangsa kemalangan memberikan bantuan kecemasan kepada ahli Bulan Sabit
Merah.
Sedang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan oleh ahli
Bulan Sabit Merah.
Mangsa kemalangan sedang diberikan bantuan kecemasan oleh ahli Bulan Sabit
Merah.

Soalan 26 hingga Soalan 28


Pilih ayat-ayat yang betul.
26 I

Segala usahanya berbaloi dengan hasil yang diperoleh.

II

Wak Seman sungguh berbangga kerana anak-anaknya pandai belaka.

III

Puan Norlida adalah guru bahasa Inggeris Kelas 3 A.

IV

Encik Lim membelikan sepuluh batang pensel untuk anaknya.

I dan II sahaja

I dan IV sahaja

II dan III sahaja

III dan IV sahaja

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

27 I

Bajunya dibuat dari kain sutera.

II

Ramai kanak-kanak bermain di padang di waktu petang

III

Banyak orang tidak dapat hadir ke majlis itu kerana hujan lebat.

IV

Tolong berikan kad jemputan ini kepada bapa awak.

I dan II sahaja

I dan III sahaja

II dan IV sahaja

III dan IV sahaja

28 I

Mawi mengikut ibunya di pasar.

II

Emak menghadiahkan Amin sebungkus gula-gula.

III

Gadis itu nampak ayu apabila bertudung.

IV

Kerjasama daripada pihak polis amat diperlukan untuk mencegah kegiatan


jenayah di taman itu.

I dan II sahaja

I dan II sahaja

II dan IV sahaja

III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
29 I

Pokok pinang itu condong akibat ribut semalam.

II

Menara Pisa yang condong di Itali merupakan tujuh benda ajaib di dunia.

III

Pak Mail memotong dahan jambu dengan parang condong.

IV

Dia condong melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.

I dan II sahaja

II dan III sahaja

II dan IV sahaja

III dan IV sahaja

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

10

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

30 I

Daun kelapa itu diraut untuk dijadikan penyapu lidi.

II

Daripada raut wajahnya, tergambar kesedihan hatinya.

III
IV

Peniaga yang tamak itu mengambil kesempatan menaikkan harga barangan untuk
meraut keuntungan.
Jangan raut daun lalang yang tajam itu.

I dan II sahaja

II dan III sahaja

I dan IV sahaja

III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sirih puan di hujung pasak,


Gobek berada di palang bumbung;
Walaupun tuan berilmu banyak,
Jangan pula berlagak sombong.
Perahu kota belayar ke Daik,
Singgah berhenti di Batu Pahat;
Hendaklah kita berbuat baik,
Jangan sekali berlaku jahat.
Anak Deli mengasah pahat,
Matanya tajam terlalu bisa;
Jangan sekali berlaku jahat,
Tetap dikenang orang sentiasa.
Terlompat-lompat si anak pacat,
Di tepi huma orang bersila;
Jika terlihat orang yang cacat,
Jangan dihina atau dicela.
Berkodi-kodi si kain kasa,
Anak pemadat duduk berpantun;
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang beradat kita bersantun.

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

11

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

31

32

33

34

35

Apakah yang tidak harus dibuat oleh seseorang yang banyak ilmu itu?
A

Rendah diri.

Bersopan santun.

Bantu-membantu.

Berlagak sombong.

Jika orang berbudi kepada kita, apakah yang mesti kita buat kepadanya?
A

Kita mesti mencelanya.

Kita patut berbahasa.

Kita patut beradat.

Di manakah perahu kota itu berhenti?


A

Deli.

Daik.

Batu Pahat.

Balik Pulau.

Apakah peralatan yang dinyatakan dalam puisi di atas?


A

Keris.

Pasak.

Pisau.

Pahat.

Nyatakan amalan yang sentiasa dikenang orang?


A

Sombong.

Berbudi.

Jahat.

Cacat.

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

12

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Sekolah Jenis Kebangsaan Bestari
Sekolah Jenis Kebangsaan Bestari telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian
Hadiah yang ke-22 pada hari Khamis, 16 November 2006. Majlis bermula pada pukul 9.00
pagi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN kawasan Indah Berseri.
Banyak ibu bapa, guru, dan murid hadir dalam majlis itu.
Sebelum majlis bermula, Yang Berhormat dan dif-dif jemputan telah dibawa ke sebuah
bilik untuk menyaksikan pameran kraf tangan hasil ciptaan murid-murid menggunakan
bahan terbuang. Beliau memuji murid-murid sekolah ini kerana begitu kreatif memanfaatkan
bahan-bahan terbuang.
Encik Ryan Khoo, selaku guru besar telah memberikan ucapan alu-aluan. Beliau amat
berterima kasih kepada semua hadirin kerana meluangkan masa ke majlis ini. Yang
Dipertua PIBG turut berucap. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana
berjaya menganjurkan majlis gilang-gemilang ini. Encik Robert Chong turut memaklumkan
bahawa pihak jawatankuasa akan melancarkan tabung pembinaan makmal komputer untuk
mengumpul dana bagi tujuan ini. PIBG juga merancang membina tiga buah pondok bacaan
dan taman sains di sekitar kawasan sekolah.
Dato Suhaili Salam telah menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau
berbangga akan kesungguhan pihak sekolah dan PIBG yang melaksanakan pelbagai
program untuk kepentingan murid-murid sekolah. Beliau turut menyumbang wang sebanyak
RM10 000 bagi memulakan projek itu.
Sebaik-baik sahaja ucapan selesai, persembahan tarian dan nyanyian pula menyusul.
Kemudian, acara penyampaian hadiah diadakan. Yang Berhormat dijemput untuk
menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan dalam pelajaran. Dua puluh orang yang mendapat 7A dalam
peperiksaan UPSR pada tahun lepas turut menerima hadiah.
Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Semua hadirin menikmati jamuan yang
diadakan. Keseluruhannya, majlis berjalan lancar.
Disediakan oleh,
Rachel Wong
.................................
(Rachel Wong)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Jenis Kebangsaan Bestari.

36

Siapakah yang merasmikan majlis tersebut?


A

Encik Robert Chong.

Encik Ryan Khoo.

Dato Suhaili Salam.

Rachel Wong.

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

13

BAHASA MELAYU KERTAS 1 SJK: SET 3

37

Pilih susunan atur cara Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang betul
A
B
C
D

38

39

40

Ucapan guru besar ucapan Yang Berhormat persembahan murid


penyampaian hadiah jamuan.

Melawat bilik pameran ucapan guru besar ucapan Yang Berhormat


persembahan murid penyampaian hadiah.

Ucapan guru besar ucapan Yang Dipertua PIBG ucapan Yang Berhormat
persembahan murid penyampaian hadiah jamuan.

Ucapan guru besar ucapan Yang Dipertua PIBG ucapan Yang Berhormat
persembahan murid penyampaian hadiah bersurai.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan melancarkan dana untuk


A

membina pondok bacaan.

membina taman sains.

membina makmal komputer.

Apakah tujuan majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ini diadakan?
A

Untuk melihat hasil kraf tangan murid-murid sekolah menggunakan bahanbahan terbuang.

Untuk menghiburkan para hadirin dan memberikan ganjaran kepada muridmurid yang berjaya.

Untuk mendedahkan beberapa projek di sekolah dengan hasrat mendapat


sumbangan daripada Yang Berhormat.

Untuk memaklumkan perkembangan sekolah dan memberi penghargaan


kepada murid-murid yang berjaya.

Perkataan memberangsangkan dalam petikan di atas bermaksud


A

terbaik.

meningkat.

menonjol.

menggalakkan.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE 2006


Jabatan Pelajaran Perak.

14

Anda mungkin juga menyukai