Anda di halaman 1dari 8

Tiga pelajar menang pingat emas di China

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI


31 Mac 2015

Abdul Rashid turut menyambut ketibaan tiga


pelajar yang berjaya memenangi pingat emas
di Beijing, China semalam.

Dari kiri, Kumuthasshri, Sugheson dan


Durrghashini menunjukkan sijil penyertaan
serta pingat emas yang dimenangi.
BAYAN LEPAS - Tiga bekas pelajar Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ramakrishna
di sini, muncul pemenang pingat emas dalam
pertandingan 35th Beijing Youth Science
Creation di China 25 Mac lalu.

S Durrghashini, P Kumuthasshri dan G


Sugheson yang berusia 13 tahun memenangi
pertandingan itu melalui ciptaan kotak sejuk
beku mesra alam yang direka sejak dua tahun
lalu.

Sugheson yang kini berada di Sekolah


Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul
berkata, idea itu tercetus apabila menyedari
kotak sejuk beku yang ada di pasaran memberi
kesan kepada alam sekitar.

“Kotak sejuk beku ini diperbuat dari bahan


buangan pertanian antaranya hampas tebu,
serbuk kayu, tangkai jagung serta hampas
kelapa. Ia amat selamat digunakan dan mesra
alam.
“Kami mengambil kira-kira dua bulan untuk
menyiapkannya. Idea ini timbul apabila
melihat keadaan alam sekitar sekarang ini
yang semakin tercemar,” katanya ketika
ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang (LTAPP) semalam.

Mereka tiba dari China kira-kira jam 10.40


pagi semalam sambil diiringi ibu bapa masing-
masing.

Mereka memenangi pingat emas berserta sijil


penyertaan dalam pertandingan yang disertai
lebih 1,000 orang dari seluruh dunia.

Kumuthasshri, pelajar tingkatan satu SMK


Perempuan St George berkata, harga kotak
sejuk beku mesra alam itu lebih murah dari
yang ada di pasaran.

“Kotak ini istimewa kerana mampu bertahan


sehingga 24 jam untuk menyimpan haba selain
selamat kerana bahan yang digunakan dari
buangan pertanian.
“Bukan sekadar haba, ia mampu untuk
menyimpan bahan sejuk antaranya air batu,
ubat, ais krim dan susu. Harganya amat murah
iaitu antara RM15 hingga RM20. Ia juga boleh
dikategorikan sebagai peti sejuk bergerak,”
katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah


Timur Laut, Abdul Rashid Abdul Samad
bangga dengan pencapaian pelajar terbabit
kerana berjaya mengharumkan nama negara di
peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pasukan Malaysia adalah peserta


termuda antara 300 pasukan seluruh dunia
yang menyertai pertandingan itu.

“Ini bukan kejayaan pertama mereka. Dengan


produk yang sama, sebelum ini mereka
memenangi pertandingan Inovasi Sains di
Institut German Malaysia, Bangi pada tahun
2013.

“Tahun lalu juga, mereka memenangi banyak


pertandingan antaranya mendapat pingat emas
dalam pertandingan Escosa, pertandingan
pencipta muda Asean serta pertandingan
pencipta muda Malaysia.

Beliau berkata, ketiga-tiganya berjaya


menewaskan beberapa negara besar antaranya
Itali, Amerika Syarikat, Korea dan China.

“Saya berharap ramai lagi anak muda


menceburi bidang ini. Pencapaian mereka
amat membanggakan kerana mengharumkan
nama sekolah, negeri sekaligus negara.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia


mampu bersaing dengan negara lain. Tiada apa
yang mustahil, apa yang penting, berusaha.
Saya harap selepas ini mereka akan mencipta
lebih banyak bahan untuk pertandingan,”
katanya.
Perkukuh STEM berjaya tarik minat pelajar –
Kamalananthan
15 Jun 2015 12:54 AM
2 0 Google +0

P. KAMALANANTHAN (tiga dari kanan)


bersama tiga murid yang berjaya memenangi
pingat emas dalam pertandingan inovasi ketika
mengadakan lawatan ke SJKT Jalan Yahya Awal
di Johor Bahru, Johor, semalam. UTUSAN/RAJA
JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 14 Jun – Kementerian
Pendidikan komited mengukuhkan mata pelajaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) sekali gus mahu lebih ramai pelajar
menceburi bidang berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan
berkata, ini kerana penguasaan pelajar dalam mata
pelajaran terbabit didapati amat
memberangsangkan.
Menurutnya, sebagai contoh, murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal dan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail (SSI) di sini berjaya memenangi
pertandingan reka cipta di Korea Selatan, baru-
baru ini.
“Hari ini kita sudah boleh nampak bagaimana kita
melonjakkan bidang sains di negara ini dan keja-
yaan mereka itu perlu dijadikan contoh serta
diharap ia mampu melonjakkan semangat pelajar
lain.
“Jadi, kementerian pendidikan akan terus memberi
fokus terhadap STEM,” katanya kepada pemberita
di sini hari ini.
Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan
pelajar SJKT Jalan Yahya Awal dan SSI yang
memenangi pingat emas di World Invention
Innovation 2015 di Seoul, Korea Selatan pada awal
bulan ini.
Pada pertemuan tersebut, pelajar terlibat masing-
masing sembilan daripada SJKT Jalan Yahya Awal
dan dua daripada SSI mengadakan demonstrasi
sekali gus memper- kenalkan produk-produk yang
dihasilkan mereka.
Kamalanathan berkata, kejayaan pelajar berkenaan
juga menunjukkan betapa mereka menguasai
bidang sains walaupun masih muda.
Tambahnya, kemenangan pingat emas menerusi
empat penciptaan antaranya meja mudah membaca
dan botol air dua dalam satu itu juga bukan sahaja
mengharumkan nama negara di persada
antarbangsa, malah membuktikan pendidikan
SJKT negara ini bermutu.
“Terdapat sebanyak 524 buah SJKT di seluruh
negara dan apabila orang di luar sana bertanyakan
apakah mutu keluaran SJKT, maka, saya boleh
jawab, inilah dia pencapaiannya iaitu menang
pertandingan reka cipta,” katanya.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekol
ah/perkukuh-stem-berjaya-tarik-minat-
pelajar-8211-kamalananthan-
1.103117#sthash.LaZ7Ec8e.dpuf

Anda mungkin juga menyukai