Anda di halaman 1dari 3

Isu Pendidikan

MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI


MALAYSIA

Pengenalan

Persaingan masyarakat dunia yang hebat dalam abad ke-21 dan perubahan daripada
era masyarakat inudtri kepada era masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru
kepada institusi Pendidikan Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan
terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pengunnaan Information
Communication Technology (ICT) memberi kesan yang besar ke atas perubahan sistem dan
pengurusan pendidikan di Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku ini perlu dimanfaatkan
untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharuni perubahan
abad ke-21.

Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan


bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan
perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan
mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.

Oleh itu, pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu perkara wajib untuk
membolehkan negara maju bergerak ke hadapan. Justeru itu, para guru di alaf baru juga perlu
bersiap sedia dengan pengetahuan mengenai komputer.

Isu-isu penggunaan ICT dalam pendidikan

1. Penerimaan ICT Dalam Kalangan Guru

Natijahnya, masih terdapat golongan guru yang belum bersedia menerima perubahan.
Guru perlu dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran ICT supaya dapat melakukan inovasi
dalam PdPc. Dari segi pembangunan kurikulum, didapati masih kurang bahan bantu
mengajar yang efektif. Kos pembangunan perisian yang tinggi serta ketidakselarasan
maklumat menyebabkan kekeliruan perangkaan pendidikan.

2. Penyediaan Prasarana ICT

Kos yang terkibat dalam penyelesaian prasarana ICT dalam pendidikan menjadi isu
kerana kos yang terlibat adalah tinggi. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara
bandar dan luar bandar juga berlaku. Di luar bandar, peralatan ICT yang using masih
digunakan dan mempunyai jangka hayat yang pendek. Selain itu, tiada kompentensi dalam
pengurusan pengoperasian peralatan ICT di sekolah. Jika nerlaku kerosakan, untuk membaik
pulih mengambil jangka masa yang lama kerana tiada pakar ICT di sekolah. Rangkaian jalur
lebar yang dibekalkan oleh KPM juga tdak setabil dan tidak mencapai minimun standard
kelajuan yang dikhendaki.

3. Nilai dan Etika Dalam Pengunaan ICT

Guru dan pelajar yang menggunakan ICT perlu menghayati etika, menghargai hak
harta intelek, meningkatkan profesionalisme, menghindari penyalahgunaan maklumat dan
menghindarkan diri dari laman web yang berunsur negatif. Isu keselamatan ICT juga
terancam dengan serangan siber yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ancaman ini termasuklah beberapa jenis virus komputer dan penipuan internet.

4. Peranan Guru

Peranan guru dalam menggunakan ICT adalah sangat penting untuk memastikan
keberkesanan penggunaan teknologi dalam proses pendidikan. Guru perlu sentiasa peka
dengan arus teknologi dalam proses pendidikan. Sikap negatif segelintir guru yang telah biasa
menggunakan kaedah lama adalah cabaran bagi menggunakan ICT dalam pendidikan. Justeru
itu, sikap positif guru dalam menggunakan teknologi perlu diserap dalam diri guru. Di
sampimg itu, pengetahuan guru mengenai teknologi juga perlu suapaya guru dapat berkongsi
idea dan menyampaikan pengajaran kepada murid dengan lebih baik.
Manfaat ICT dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan

Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam


pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Menerusi penggunaan ICT, peluang pembelajaran yang sama dapat diberikan kepada semua
murid yang mempunyai pelbagai keupayaan. Penggunaan ICT juga dapat meningkatkan
motivasi murid dan membolehkan mereka melakukan pembelajaran sendiri. Murid boleh
mengakses maklumat yang sukar diperoleh serta mengumpul maklumat yang memerlukan
masa yang lama untuk dikumpulkan. Dengan pemggunaan ICT, suasana pembelajaran juga
lebih menyeronokkan. Ia juga meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dengan
pelaksanaan eksperimen yang sukar dilaksanakan dengan cara biasa. ICT memberi peluang
kepada murid belajar secara efisien dengan bimbingan yang minimun.

Kesimpulan

Proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar
setiap murid mampu dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terutamanya menfokuskan kepada
tindakan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran. PPPM menggariskan bahawa ICT berpontensi besar memacu dan
meperkukuh proses penagajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk memaksimakan potensi
murid menguasai kemahiran abd ke-21. Usaha berterusan dari semua pihak daripada semua
pihak adalah perlu bagi mencapai matlamat ditetapkan sekali gus persediaan untuk mengorak
lamgkah memacu pembangunan modal insan.

Anda mungkin juga menyukai