Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU : 20 HARI : ISNIN TARIKH : 1/08/2022


MATA
Sains
PELAJARAN STRATEGI PdP
KELAS Pembelajaran Berasaskan
Tahun 6
Inkuiri /
MASA Pembelajaran Berasaskan
9.30 pg – 10.30 pg
Masteri /
TAJUK Pembelajaran Berasaskan
Unit 6 : Daya
Projek
STANDARD 6.1 Daya dan kesannya Tgfu
KANDUNGAN Pendekatan Bersepadu
STANDARD Murid boleh: Pembelajaran Kontekstual /
Kecerdasan Pelbagai
/
PEMBELAJARAN 1. Menyatakan daya adalah tolakan dan tarikan yang
bertindak ke atas sesuatu objek dengan menjalankan
aktiviti. Pdp Abad 21 /
2. Menjelaskan
/ dengan contoh kesan daya dengan aktiviti. Kreativiti dan Inovasi
3. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK, /
penulisan atau lisan. Pemikiran Kritis
/
AKTIVITI Sains dan Teknologi
Menggunakan aplikasi Ahaslides untuk proses PdP . /
Penyelesaian Masalah
1. Semua murid-murid diminta untuk menggunakan aplikasi /
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Literasi Teknologi
Ahaslides menggunakan tablet atau telefon masing-masing.
(KBAT)
Maklumat /
Murid yang tidak mempunyai telefon akan disediakan oleh
Mengaplikasi /
guru.
2. Bahan pengajaran seperti video, slides dan nota ringkas
Menganalisis
disediakan dan diserahkan kepada murid-murid.
3. Guru mebentangkan objektif dan standard pembelajaran. /
Menilai
4. Penilaian Pra akan diedarkan kepada murid-murid.
5. Murid memilih sendiri topik yang akan diberi pengkhususan /
khas melalui tinjauan menggunakan Ahaslides. Mencipta
6. Murid ditugaskan untuk membuat nota dan dibentangkan
semasa kelas mengikut kreativiti masing-masing.
7. Sebelum pembentangan nota dilakukan, murid-murid ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
membuat pembandingan sesama mereka untuk mencetus Bahasa Melayu /
minda sesama murid-murid. Kelestarian Alam Sekitar
8. Murid digalakkan untuk bertukar pendapat dan kefahaman Nilai Murni
semasa pembentangan dijalankan. Sains Dan Teknologi /
9. Hasil pembelajaran dari topik ini, pelajar diminta untuk Patriotisme
membuat pembentangan dalam kumpulan mengunnakan
kreativiti masing-masing.
PENTAKSIRAN
10. Murid akan diarahkan untuk membuat penilaian kendiri, BBM
Prestasi kemahiran /
penilaian rakan sebaya dan Exit Card untuk penilaian dan Buku Teks /
Senarai semak /
refleksi PdP Tablet/Telefon /
rubrik /
Laptop/Projector
portfolio / /
Penilaian
Buku DSKPkendiri / /
Kertas-pensel
Digital Video /
Animasi /

REFLEKSI
___ /___ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran.
___ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan
telah diberi bimbingan susulan dan pemulihan pada
___________________________.

Aktiviti P&P dibawa ke ______________________.


OBJEKTIF

Pada akhir P&P, murid-murid akan dapat:


I. Menyatakan daya adalah tolakan dan tarikan yang bertindak ke atas sesuatu objek dengan
menjalankan aktiviti.
II. Menjelaskan dengan contoh kesan daya dengan aktiviti.
III. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK, penulisan atau lisan.

KANDUNGAN AKTIVITI

Bilik darjah terbalik (AhaSlides).

Sebelum kelas dijalankan, kesemua bahan pengajaran daya dan kesannya akan disediakan
oleh guru untuk murid-murid seperti video, nota ringkas atau slide pembentangan. Seterusnya
murid-murid akan belajar dengan bahan yang telah disediakan di rumah atau semasa di kelas
mengikut tempo pemahaman mereka sendiri. Semasa di kelas, guru akan mebentangkan objektif
dan standard pembelajaran yang dikhendaki. Dalam masa yang sama juga guru akan membuat
penilaian tentang tahap kefahaman murid-murid sebelum proses Pdp berjalan.

Dengan menggunakan aplikasi Ahaslides, guru akan membuat tinjauan untuk kesuluruhan
kelas untuk topik yang didapati lemah sebahagian daripada kelas. Dengan tinjauan ini, guru dapat
memberi lebih tumpuan yang lebih kepada topik yang telah diundi sebahagian besar kelas
seterusnya mebantu pelajar yang lemah dan kurang jelas tentang konsep pembelajaran dan
menilai semula kefahaman murid-murid supaya mereka faham dan jelas.

Murid-murid juga diminta untuk membuat nota mereka masing-masing dan akan
dibentangkan semasa sesi pengajaran dan mereka juga diminta untuk membuat pembandingan
sesama murid-murid. Dengan langkah ini, murid yang mahir dalam mata pelajaran daya dan
kesannya dapat membantu murid yang lemah dan masih mencari-cari rentak untuk kefahaman
konsep topik ini. Pelajar yang masih lemah dalam topik ini boleh merujuk kepada guru.
Pertukaran pendapat semasa kelas juga digalakkan semasa PdP dijalankan.

Proses terakhir menggunakan Ahaslides ini ialah penghasilan pembelajaran hasil dari PdP
yang telah mereka lalui. Dalam kumpulan atau pasangan, murid-murid akan diminta untuk
membuat pembentangan pembelajaran menggunakan kreativiti mereka masing-masing. Mereka
boleh membuat pembentangan dalam bentuk slide, video atau juga audio. Dapatan dari proses ini
boleh menilai tahap kefahaman dan juga kreativiti murid-murid dalam penghasilan bahan
pembelajaran.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Aktiviti yang paling aktif dalam bilik darjah ialah menggunakan pendekatan bilik darjah
interaktif. Ia merangkumi kerja berpasukan, kreativiti dan kepimpinan yang sihat. Salah satu alat untuk
mengajar secara interaktif ialah dengan menggunakan AhaSlides. AhaSlides ialah alat percuma dengan
templat pendidikan yang membolehkan pelajar menjawab soalan guru, mengundi dalam tinjauan
pendapat anda dan bermain kuiz serta permainan terus daripada telefon mereka

Kelas terbalik menyongsangkan pengalaman pembelajaran tradisional. Daripada memberikan kuliah


sebagai aktiviti bilik darjah utama, pelajaran dikongsi di luar kelas untuk semakan individu sebagai kerja
rumah. Sebaliknya, masa kelas ditumpukan kepada perbincangan dan projek interaktif. Faedah utama
adalah seperti berikut:

 Bilik darjah menjadi persekitaran pembelajaran yang positif


 Bilik darjah membolehkan pelajar belajar mengikut rentak mereka sendiri dan memberi pendidik
lebih banyak masa untuk mengajar pelajar individu, bukannya keseluruhan kelas.
 Pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran tersebut pada masa dan tempat yang paling sesuai
dengan keperluan mereka.

PENTAKSIRAN

Murid akan diberikan kuiz pendek untuk mengukur tahap kefahaman pembelajaran yang mereka lalui
sebelum dan selepas PdP. Hasil kerja yang berkualiti oleh murid-murid akan disimpan dan dijadikan
sebagai bahan contoh atau pameran supaya ia dapat meningkatkan motivasi murid untuk memberikan
komitmen yang maksima ketika proses PdP dijalankan. Murid akan diarahkan untuk membuat penilaian
kendiri, penilaian rakan sebaya dan Exit Card untuk penilaian dan refleksi PdP. Data refleksi yang
terkumpul akan dianalisis dan dikaji untuk penambahbaikan untuk PdP seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai