Anda di halaman 1dari 2

Menunjukkan Respon Positif Terhadap Usaha yang Ditunjukkan oleh Murid.

Pendidikan di Malaysia adalah satu bentuk usaha yang berterusan ke arah


mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan manusia,
masyarakat dan negara. Pendidikan berkualiti dan berimpak tinggi adalah matlamat kementerian
dalam melakukan transformasi pendidikan. Golongan pendidik memainkan peranan penting
dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa.Pelbagai kaedah penyampaian harus
digunakan oleh guru bersesuain dengan perubahan minat, tingkah lau, dan kemahiran pelajar
agar ia dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah
penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan
penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987).
Salah satu peranan guru yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam akademik ialah
memberi respon positif terhadap usaha yang ditunjukkan oleh murid. Respon itu membawa
maksud komunikasi dan interaksi pelbagai hala diantara guru dan murid-murid dan ia menjadi
teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hubungan yang positif antara guru dan murid
akan mewujudkan iklim kelas yang seronok dan memberi impak kepada hasil pengajaran dan
pembelajaran yang positif. Sikap guru yang mengamalkan prinsip diktator perlu dielakkan
supaya murid berasa seronok untuk hadir ke sekolah dan mudah untuk menerima ilmu yang
disampaikan tanpa tekanan.
Respon positif ini didatangkan dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah dengan
menunjukkan keprihatinan yang positif kepada murid atau keprihatinan kepada murid ini dengan
menunjukkan sifat terpuji seperti sentiasa menonjolkan diri sebagai seorang yang penyayang,
bersemangat ketika mengajar dan pandai berjenaka akan mempengaruhi perhatian pelajar
terhadap guru. Guru perlu mengenali personaliti setiap anak muridnya di dalam kelas. Hal ini
demikian kerana kebanyakkan murid agak malu dan segan untuk meluahkan masalah dan
perasaan kepada guru secara bersemuka. Namun dengan cara guru mengenali personaliti murid -
murid ini, mereka tidak akan merasa segan dan takut lagi untuk mendekati guru sekiranya
menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi yang perlu diluahkan.Keprihatinan kepada
murid juga boleh didatangi dengan memberikan motivasi kepada murid yang tengah mencuba
sedaya upaya untuk memahami proses pembelajaran dan pengajaran dengan menggalakkan lagi
usaha dan juga membantu murid dengan kata-kata yang positif supaya murid tidak berputus asa.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan ialah, Memuji secara ikhlas memuji
dengan cepat, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang
spesifik dan memuji jawapan atau respon yang spontan. Kaedah sesuai diguna pakai untuk smua
jenis murid tanpa mengira tahap prestasi murid di dalam kelas.
Seterusnya ialah memberikan ganjaran atas usaha yang ditunjukkan oleh murid. Kaedah
ini berdasarkan Teori Pelaziman Operan Skinner. Terdapat lima jenis proses dalam teori
Pelaziman Operan Skinner salah satu daripadanya ialah peneguhan positif. Peneguhan ialah
perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin
(1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya,
untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi. Peneguhan ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat
mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dianggap sebagai suatu unsur penting untuk membolehkan murid
melibatkan diri secara aktif di samping menjadikan proses pembelajaran dapat berlangsung
dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamaruddin Hj. Hussin, 1993).
Murid yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik akan diberikan ganjaran yang
memotivasikan murid murid lain untuk bersaing secara sihat semasa proses pembelajaran dan
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai