Anda di halaman 1dari 2

1) Teknologi lebih merujuk kepada ilmu yang bersifat praktikal dan berbeza daripada

istilah sains yang merujuk kepada ilmu yang bersifat teoretis. Teknologi dapat dikaitkan
dengan aspek-aspek yang berkaitan pembangunan, penggunaan alatan, jentera yang
berorentasikan untuk memudahkan urusan manusia dalam menjalani kehidupan seharian..

2) Hubungan teknologi dengan manusia adalah manusia telah berinteraksi dengan


teknologi sejak zaman purbakala lagi. Pelbagai jenis teknologi telah dicipta sejak
daripada itu dan manusia terus mencipta dan berinovasi untuk mencipta teknologi baru.
Menurut Democritus , pembinaan rumah bermula dengan meniru burung layang-layang
dan perbuatan mengait baju bermula dengan meniru labah-labah. Ini boleh dikatakan
bahawa manusia meniru persekitarannya bagi menghasilkan teknologi.

3) Sifat teknologi ini boleh dikatakan sebagai peralatan yang memudahkan urusan
manusia. Ia juga merupakan alat yang boleh digunakan secara terus menerus tanpa
menanggung sebarang risiko kerosakan yang tinggi. Teknologi juga sering mengalami
perubahan dari semasa ke semasa bagi memudahkan lagi urusan manusia.

4) Pada pendapat saya, teknologi dapat mengancam manusia itu sendiri terutama dalam
pembuatan makanan. Penggunaan teknologi moden ke atas penghasilan arak jelas
bertentangan terutamanya agama islam. Di samping itu penggunaan bahan tambah ke
dalam makanan seperti aiskrim, jem dan lain – lain perlu diperhatikan supaya tidak
mempunyai kandungan haram di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai