Anda di halaman 1dari 3

Eh kau kalau takde duit boleh minta dengan aku la!

Habis bergema
dewan selera Kak Jenai.
Eh kau sibuk apasal ah? Kau ingat kau baik sangat ke ha? Dah konfem
masuk syurga ke ? Lawan tetap lawan. Pakai tagline pembangkang nampak.
Tapi betul, lawan tetap lawan.
Baju kau itu, aih, ketat semacam la. Kalau nak beli yang labuh sikit, yang
mahal skit, aku boleh pinjamkan duit la weh! Dua dua ni macam anjing dengan
kucing.
Tak payah la kau nak bajet pemurah hati kat sini..blah la kau, bapak aku
duit berlambak la
Eh kau la blah, menyemak je. Buat sakit mata tau orang tengok
Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan lagi tengah hari tu. Drama dua orang ni
tak habis habis mengisi panggung Sabtu di dewan selera Kak Jenai. Dah lali dah
kadang-kadang. Selalu tegur tegur ni berakhir dengan sorak sorakan yang lain.
Yang kononnya pro Islamic support Mus, yang liberal skit support Teja. Teja, nama
adaptasi Khatijah. Ayu sebenarnya. Tapi tu la..
Anta ni Mustak malu ke orang tengok. Cuba la bawak berbincang
Ala Abang Man.tak boleh biar orang macam ni Mus mendengus.
Apa anta dapat bila tegur macam tu? Kepuasan nafsu ? Pertanyaan
Abang Man dibiarkan bergantung tidak bertali.
Zufar Musthakeem. Tidak terlalu tinggi tatkala berdiri dalam kalangan yang
rendah dan tidak terlalu rendah tatkala berdiri dalam kalangan yang tinggi.
Sedang sedang. Extrovert. Bekas busker tegar. Dulu dulu selalu habiskan hujung
minggu di KL Sentral, betul betul bersebelahan mesin Touch and Go ke train KTM
KL sentral. Penumpang ke Sungai Gadut, ke Pelabuhan Klang, ke Rawang dan ke
destinasi destinasi yang lain pasti akan dihalwakan telinga mereka dengan
persembahan jalanan Musthakeem.
Walaupun bukan busking untuk dapatkan duit saku, tapi boleh tahanlah. Rezeki
turun mencurah-curah. Bukan tak ramai yang hulurkan seringgit dua. Boleh la
reload prepaid, boleh buat modal bergayut dengan pujaan hatinya, Zita. Zita
pula, ah anak dara orang, kita kuburkan sahaja nama tu di sini.
Lepas SPM, ok bapak la sebelum SPM dah pandai melepak dan busking. Lepas
SPM Musthakeem diterima menyambungkan pelajaran ke Taylors Univerisity.
Taylors ok, bukan tailor. Tapi kalau Tailor pun apa salahnya? Double standard,
huh! Yang masuk universiti sosial ni, orang kata la sosial, sama ada pandai gila,
kemudian dapat tajaan mana mana badan penaja, ataupun sama ada tak berapa
pandai sangat, cukup cukup makan akademiknya tapi anak orang kaya. Bila duit
ada, sume jalan!

Belajar kat sini kena pandai pilih kawan Nasihat Abang Man, senior dua
tahun Musthakeem. Selepas sesi suai kenal yang tiba tiba pada suatu malam.
Kawan dengan sesiapa sama je bro, kita kena pandai jaga diri! Ganas!

Lawan tetap lawan. Tetapi Abang Man memilih untuk senyum.


Malam-malam kita ada gathering dengan brothers dekat dewan Selera
Kak Jenai, tahu?
Selalu gathering buat apa? Jamming?
Nak tahu kena datang la Trick!

Itu la antara detik awal. Musthakeem berkenalan dengan Abang Man. Kemudian
dengan beberapa brothers lain. Memang di Taylors Universitiy tu lejen la sosial
dia. Muslim atau bukan muslim macam sama je. Sama naik. Yang pergi kelas
pakai boxer. Yang pakai baju labuh lepas peha, kemudian dah macam tak pakai
seluar pun ada. Yang malam malam berselerakan botol botol arak di pekarangan
tasik kenamaannya. Tapi husnudzhon jela, sume tu bukan Muslim. Belum disapa
hidayah.
Saya cuma tunai tanggungjawab saya je Bang Man. Mencegah
kemungkaran! Kening sebelah kiri sedikit terangkat. Muka merah menyala.
Masih panas. Kalau pakai kanta pembesar, mungkin boleh nampak kepulan asap
barannya keluar dari telinga kiri dan kanan.
Yela, tapi bukan macam tu caranya. Concern tu dah bagus Tangan kanan
menggosok belakang Mus. Sambil pandangan jauh dilontar ke kanvas langit.
Kosong.
Dalam hadis pun ada kan Bang, kena cegah kemungkaran, sama ada
dengan tangan, lisan atau hati. Dan orang yang mencegah dengan hati selemah
lemah iman. Tak kan nak biar tengok je, minah tu. Islam, tapi pakai baju
mengalahkan yang non-Muslim, ish, rimas la saya bang, budak kelas saya tu, dia
ok nye!
Ketulan ketulan batu kecil dikutip dari kaki lima. Satu demi satu dibaling
menyerong ke dalam tasik. Balingan side throw tu menyebabkan ada batu yang
spining dan menyentuh permukaan air beberapa kali sebelum terus karam di
tengah tengah tasik. Not bad. Water surface tension yang kuat sebenarnya
menyebabkan fenomena ni boleh berlaku. Hydrogen bond antara molekul
molekul air merupakan antara intermolecuar forces yang paling kuat, atau yang
terkuat. So what?
Selepas beberapa biji batu dibaling puas, Abang Man membetulkan posisinya.
Kedua tangan ke belakang. Selesa. Tenang.
Cuba anta tengok kat sana Mus Mulut memuncung ke langit, hitam
pekat. Bintang bintang masih menyombongkan diri untuk tampil. Atau
sebenarnya malas nak berhadapan dengan manusia manusia yang derhaka pada
Tuhan. Kalau tampil pun, akan jadi bahan hidangan mata pelaku maksiat di
sepanjang tepi tasik pada malam itu.
Ada apa?
Mana pergi bintang?
Entah la. Orientasi lari kot

Haa. Sebenarnya bintang ada je kan, cuma kita mungkin tak nampak
sebab udara kotor sangat Abang Man bermadah. Kadang kadang manusia tu
baik je, ada potensi besar untuk berkilau, tetapi kebaikan dan kemurniaan hati
nuraninya dicemari oleh persekitaran, cara dia dibesarkan, kawan kawan dia dan
environment. Agak unfair la kalau kita judge diorang macam tu je Tepat! Bukan
tahi bintang yang memanah tetapi kata kata Abang Man, memanah tepat ke
jantung Mus. Sakit. Rasa macam, ah tak dapat nak diayatkan!
Nak backup si minah tu la abang ni? Matanya menatap Abang Man. Tak
puasa hati.
Tak backing sesapa pun
Langit masih gelap dan kosong. Di sepanjang tepi tasik itu, boleh tahan ramai
jugaklah pasangan kekasih bercangkerama. Majoritinya bukan Muslim. Bukan
nak bersangka buruk, tapi memang dah tak ada peluang nak bersangka baik.
Aksi aksi liar pun makin menjadi bila jam di tangan mnunjukkan waktu makin
menuju ke tengah malam dan ke pagi hari. Sindrom tengah malam agaknya,
hormone liar, tak tahu malu dirembeskan bertalu talu.
Anta perasan tak zaman dakwah Rasulullah awal awal di Mekah tu,
Rasulullah tak ada pulak kan sibuk nak hancurkan berhala, larang orang minum
arak ke apa.. kan? Halus, menyusuk tapi.
Maksudnya?
Sebab Rasulullah tahu, masalah masalah sosial, khurafat sume tu kesan
kesan daripada satu masalah je. Satu je. Nak tahu apa?
Haa apa? Mata membulat.
Masalah hati
Deep.
Tiba-tiba scene dia dengan Teja bermain di fikiran. Rasa bersalah datang bertubi
tubi. Mencucuk dari segenap sisi.
Dan by the way, dalam hadis yang anta maksudkan semalam tu,
bukannya mencegah kemungkaran. Tapi Rasulullah sebut yughayyir, mengubah.
Beza sangat tu..

--(Teks hadis)
Dalil kita betul tidak semestinya kita betul. Dalil betul, tetapi cara faham kita
tidak pernah sunyi dari kesalahan. Semua nak ikut Rasulullah, ikutlah betul betul.
Study seerah baginda, kita akan temukan cinta di samping usaha menegakkan
kebenaran. No offense!

Anda mungkin juga menyukai