Anda di halaman 1dari 17

PEMERINTAH ISLAM DAN EKONOMI

Konsep Pemerintah dan Negara Dalam Islam

Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Untuk melaksanakan cara hidup ni, ia
memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun berdasarkan kepada ajaran yang
telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat manusia yang
tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah mempunyai kuasa politik
untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam masyarakat dapat dilaksanakan
dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan dasar yang telah ditentukan. Apabila
anggota masyarakat mematuhi dan melaksanakan segala prinsip dan dasar ditetapkan
oelh pemerintah, maka akan wujud satu negara. Apabila pemerintah itu menentukan
prinsip dan dasar yang dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan
pemerintah atau kerajaan Islam dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam.
Kemuncak kepada kerajaan Islam ini ialah khalifah, imam atau ketua negara.

Tugas utama pemerintah Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi
dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam negara berkenaan
berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipertahankan.
Justeru itu, pemerintah dan negara adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir
kehidupan manusia iaitu mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem bernegara, mereka
yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan sempurna kerana
mereka mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan kepada hukum ketuhanan.
Manusia sebagai hamba Allah, tidak berhak membatalkan hukum ketuhanan ini. Dengan
keyakinan yang sedemikian, negara Islam dapat diwujudkan kerana segala perancangan
dan perlaksanaan mudah dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan
masyarakat daripada pihak pemerintah sehingga kepada rakyat biasa. Dalam hal yang
sedemikian, maka kebanyakkan ahli fikir menyatakan bahawa negara Islam adalah
bersifat demokratik.

Antara perlaksanaan konsep musyawarah yang penting adalah pemilihan ketua


negara atau khalifah. Khalifah juga boleh dipanggil sebagai amir atau imam. Para ulama
sepakat mengatakan bahawa adalah satu kemestian bagi orang Islam untuk memilih
seorang ketua bagi memudahkan urusan negara. Khalifah atau ketua negara itu akan
bertanggungjawab membentuk satu sistem pemerintahan supaya menjaga kebajikan
kerohanian dan kebajikan kebendaan rakyatnya. Manakala tuga setiap rakyat adalah
untuk mematuhi pemerintah. Oleh kerana itu, pemerintah perlu terlibat dalam membentuk
dasar dan strategi yang boleh membantu meningkatkan kebajikan rakyatnya. Antara dasar
dan strategi berkenaan yang berkaitan dengan ekonomi adalah melalui dasar fiskal dan
kewangan. Pemerintah juga bertanggungjawab dalam melaksanakan strategi dan dasar-
dasar yang lain dalam memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang menunjukkan hak pemerintah


mengawasi serta memandu rakyat dalam pelbagai lapangan kehidupan. Contohnya Surah
4 : 59, 5: 52, 3: 139 dan sebagainya.

1
Fungsi Pemerintah dalam Ekonomi

1. menghapuskan kemiskinan, mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan


ekonomi yang optimum.
Allah menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber
dan ia adalah amanah Allah. Manusia perlu menggunakannya
secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan daripada
pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan
sentiasa berada dalam gunatenaga penuh.
Perancangan penggunan tenaga perlu dilakukan seperti latihan-
latihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan.
Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya,
sekolah dsb ke arah pencapaian matlamat tersebut.

2. Mengekalkan kestabilan Nilai Benar Wang


Ia penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi
juga berkaitan dengan keadilan sosial.
Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam kegiatan
masyarakat
Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil
o Terkurang nilai
o Terlebih nilai

3. Menjamin keadilan sosial dan ekonomi


Aspek pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masy.
Hub ant pekerja & majikan
Setiap transaksi ekonomi dll

4. Memastikan kesaksamaan agihan pendapatan & kekayaan


Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan ant kaya & miskin.
Pemerintah akan menjalankan pelbgi dasar termasuklah percukaian
agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air,
elektrik, pendidikan dsb.

5. Memelihara undang-undang & ketenteraan


Penggubalan undang-undang agar wujud ketenteraman
Penguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi termasuklah
pihak polis.
Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat pertahankan tanah
air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam

6. Menyelaras hubungan Antarabangsa


Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam
Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek
sosial, politik dsb.

2
STRUKTUR SISTEM FISKAL

Dalam islam lebih beri tumpuan kpd agihan selepas kegiatan pengeluaran &
pemasaran dlm ekon.
Kenapa- biasanya gol yg mempunyai lebih sumber & produktiviti yg lbh tinggi
cenderung dpt pulangan dan pendapatan yang lebih byk.
Sekiranya tiada cmpurtangan pemerintah, akan beri kesan yang tidak seimbang
o Gol miskin tertindas
Juga sis. Pasaran bebas tidak mengagihkan kekayaan & pendapatan dengan adil &
saksama

Struktur sistem fiskal


o Gabungan institusi dan alat
o Berperanan mengumpulkan hasil & belanjakan hasil bg pihak pemerintah.
o Institusi utama: baitulmal
o Baitulmal berperanan bukan shj dalam sumbangan formal malah terlibat
dlm sumb tak formal
o Sumb. Formal
Sumb yang wajib, ada sistem tersendiri & ada kriteria tertentu dlm
kumpulkannya.
E.g zakat, cukai dll
o Manakala sumb tak formal
Sumb sukarela dan tiada kaedah/kritiria
Bergantung kepada diri individu tersebut (dptkan pahala)
E.g sadaqah, waqaf dll

HASIL KERAJAAN
1. Zakat
- hasil kerajaan yang utama
- salah satu rukun Islam
- ibadah wajib
- kenakan atas aset yang mendatangkan pulangan ekonomi
i- setelah cukup sempurna dipegang dalam setahun (haul)
ii- melebihi nilai minimum (nisab)
- kenakan atas harta samada gunakan atau tidak
- aset-aset yang dikenakan termasukah
i. tanaman
ii. ternakan
iii. emas & perak
iv. gaji, saham dll

- kadar yang dikenakan adalah berbeza


- rumusnya kadar zakat adalah rendah tetapi beban zakat diagihkan secara meluas
dlm masyarakat.

3
2. Kharaj
- sewa atau cukai tanah oleh kerajaan ke atas penggunaanya
i- tanah milikan Islam
ii- tanah bagi neg yang menaungi kerajaan Islam
- kadarnya samada kadar tetap atas keluasan tanah atau hasil kel.
- ia juga bergantung kpd kualiti tanah, kewujudan saliran air, kedudukan serta
kemampuan membayar.

3. Ushur (cukai perdagangan cukai kastam)


- saidina umar
- kenakan atas pedagang asing yang mengeksport ke negara Islam
- tanpa tunggu haul
- nisab : 200 dirham atau 20 mithqal
- org Islam luar juga kena ushur tetapi lbh rendah

4. Jizyah
- atas penduduk non-muslim
- kadar ikut status e.g kaya & miskin, tua & muda dll

5. Hasil bukan cukai

Hasil kebajikan
i- waqaf
ii- wasiat
iii- sedeqah
iv- nazar

musyarakah serta ijarah dll

6. Cukai-cukai tambahan
alasan-alasan
i- tak mencukupi kutipan formal
ii- pembiayaan yang besar dlm pentadbiran
iii- jika agihan masih tidak setara

PERBELANJAAN KERAJAAN
Prinsip Asas perbelanjaan Kerajaan

1. Perbelanjaan mestilah bertujuan utk mencapai objektif-objektif yang telah


dinyatakan dengan jelas oleh syara

Objektif-objektif syariah adalah spt berikut:


Pertahankan drpd ancaman musuh
Keselamatan dalam negara

4
Agihan kekayaan yang adil
Kecukupan brg asasi
Penyebaran dakwah di kalangan manusia
Perlaksanaan hukum Allah
Pentadbiran negara yang baik dll.

Perbelanjaan yang terlibat adalah secara langsung

2. Perbelanjaan tambahan boleh dilakukan bagi menyediakan keadaan dimana


pencapaian objektif syariah di atas lebih mudah dicapai

Perbelanjaan yang terlibat termasuklah


Kestabilan dalam ekonomi
Perlindungan alam sekitar
R&D
Penyediaan insentif

Bertujuan utk memudahkan pencapaian objektif syariah.

3. Perbelanjaan yang merangkumi pembiayaan kegiatan yang telah dipersetujui oleh


rakyat supaya dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya kegiatan-kegiatan yang
tidak dapat dilaksanakan oleh swasta.
e.g pembinaan sekolah, hospital, balai polis dll

Implikasinya
Perbelanjaan kerajaan tidak tetap sifatnya
o Aspek kuantiti
o Aspek kategori
Lebih bergantung kpd suasana semasa dan zaman ketika itu.

Objektif-objektif syariah adalah spt berikut:


Pertahankan drpd ancaman musuh
Keselamatan dalam negara
Agihan kekayaan yang adil
Kecukupan brg asasi
Penyebaran dakwah di kalangan manusia
Perlaksanaan hukum Allah
Pentadbiran negara yang baik

Kategori Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan khas
o Berkaitan dengan agihan zakat
Perbelanjaan Am
o Tidak berkaiatan dengan agihan zakat.

5
1. Perbelanjaan Khas
Perbelanjaan ini bukan shj utk capai objektif syariah tetapi juga kpd asnaf yang
tetapkan
Objektif syariah dalam agihan zakat adalah
o Mencapai agihan kekayaan dengan adil
o Kecukupan barangan keperluan asasi
o Penyebaran dakwah di kalangan manusia
Zakat mesti dibelanjakan atau agihkan kpd lapan kategori iaitu
o Fakir
o Miskin
o Amil
o Muallaf
o Gharimin
o Ibn Sabil
o Fi Sabilillah
o Al Riqab

Keutamaan adalah kpd golongan fakir kerana


Mrk perlu sekurang-kurangnya keperluan asasi spt makanan,
perumahan, pakaian pendidikan dll
Mrk terima bukan shj dalam aspek penggunaan (bayaran pindahan)
tetapi juga aspek pengeluaran (spt bantuan modal, pembinaan
industri, pembelian saham-saham amanah dll)

2. Perbelanjaan Am
Perbelanjaan utk pentadbiran
o e.g gaji kakitangan kerajaan spt gabenor, khalifah, hakim, guru, pegawai
dll
Perbelanjaan utk pembangunan kemudahan awam
o e.g jalanraya, sistem perairan, sekolah dll
Kebajikan umum

Keutamaan perbelanjaan kerajaan mestilah berasaskan manfaat kpd rakyat dan bukannya
bagi tujuan perbelanjaaan bertujuan pembaziran.

Belanjawan Kurangan
normalnya belanjawan adalah berimbang iaitu G=T
namun dalam keadaan tertentu, G > T belanjawan kurangan
o e.g berlaku malapetaka alam, peperangan dll
Langkah-langkah meningkatkan hasil kerajaan
o Naikkan kadar cukai atau memperkenalkan cukai tambahan
o Dalam suatu tempoh tertentu shj (bersifat sementara)
Keadaan belanjawan kurangan boleh diatasi melalui pinjaman luar negara tetapi
masaalah pengenaan kadar bunga (diharamkan dalam Islam)
Gunakan tabungan negara spt drpd institusi kewangan tempatan.

6
Karajaan juga boleh melaksanakan secara meluas pelaburan dan perniagaan
berasaskan musyarakah dan mudharabah
Penjualan bon-bon Islam, sijil pelaburan kerajaan dll

KESAN ZAKAT DAN BUKAN ZAKAT KE ATAS KOMPONEN


PERBELANJAAN AGREGAT (AE)

Dasar fiskal dijalankan bertujuan mengutip hasil negara dan membelanjakan hasil
tersebut utk memaksimumkan kebajikan ekonomi & kebajikan rohani rakyatnya.
Kebajikan rohani merupakan kebajikan yang paling utama dalam sesebuah negara
Islam disamping kebajikan ekonomi.
Gabungan kedua-dua kebajikan ini akan melahirkan Al-Falah iaitu kejayaan di
dunia dan akhirat

Objektif Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi yang tinggi & gunatenaga penuh
Kestabilan ekonomi
Agihan pendapatan dan kekayaan yang adil dan saksama

Alat-alat Dasar Fiskal


Terdapat banyak alat-alat yang boleh digunakan oleh pemerintah dan digunakan
secara berkesan
Darjah keberkesanan alat tersebut diukur berdasarkan sejauhmana objektif-
objektif ekonomi dijangka boleh dicapai setelah alat berkenaan digunakan
Secara umumnya ada dua alat
o Zakat
o Bukan zakat
Kategori tersebut dilakukan kerana alat fiskal melalui zakat adalah melibatkan
kadar zakat yang tetap (2.5%) tetapi alat fiskal melalui bukan zakat kadarnya
berubah-ubah bergantung kepada pemerintah
Model yang digunakan dalam analisis ini melibatkan model Keynesian yang
mudah
Model IS-LM dan model perbelanjaan agregat digunakan. Model ini diubahsuai
agar unsur kadar bunga ditolak dan digantikan dengan pembolehubah lain.
(nisbah keuntungan pengusaha n)
Ekonomi diandaikan tertutup (tanpa melibatkan eksport & import). Oleh itu
perbelanjaan agregat adalah bersamaan dengan penggunaan (C), pelaburan (I) &
perbelanjaan kerajaan (G).

A. Zakat
memberi kesan kpd semua komponen AE iaitu C, I dan G dan juga penawaran
agregat dalam jangkamasa pendek dan jangka masa panjang.

7
KESAN ZAKAT KE ATAS PENGGUNAAN (C)

Pada asasnya dikutip daripada gol kaya dan berada dan hasil kutipan diagihkan
kpd asnaf tertentu terutamanya fakir & miskin.
Jika sistem zakat dilaksanakan, penggunaan gol fakir & miskin akan meningkat.
Oleh itu MPC dan APC orang miskin lbh tinggi drpd gol kaya
MPC dan APC agregat akan meningkat dalam negara.
Buktinya keluk AE akan meningkat ke atas akibat peningkatan dalam C.

C, S C=Y
Cz = a0 + bzY

C0 = a0 + b0Y

az
a0

O
Y0 Yz Y

Kajian telah dibuat oleh M.Metwally dimana beliau telah membuktikan pernyataan
tersebut secara matematik.

Andaian-andaian penting dalam analisis ini.


Zakat dikenakan ke atas aset-aset yang berkembang dan juga pelbagai jenis
pendapatan
Orang yang terima zakat adalah kecil bilangannya
zakat sentiasa dikutip tanpa ikut perkembangan ekonomi setelah mencapai nisab
aset tertentu. Kadar zakat adalah tetap (2.5 %)
MPC dan APC orang yang terima zakat adalah > mereka yang bayar
Orang Islam kuat imannya dan sentiasa berusaha membayar zakat. Tiada cubaan
utk mengelat utk membayar zakat. Jika ia berlaku perlu satu undang-undang
penguatkuasaan

C1 = a1 + b1Y1 ..................................................................(8.1)

C2 = a2 + b2Y2 ..................................................................(8.2)

8
Y1 = Y ..........................................................................(8.3)

Y2 = (1- )Y ...................................................................(8.4)

Tingkat penggunaan agregat sebelum dilaksanakan sistem zakat ialah C0 di mana:-

C0 = C1 + C2

= (a1 + b1Y1) + (a2 + b2Y2)

= a1 + b1Y + a2 + b2 (1-)Y

= a0 + [b1 + b2 (1-)]Y

= a0 + b0Y ....................................................................(8.5)

Jika kadar zakat ke atas pendapatan golongan kaya ialah , maka jumlah zakat dalam
negara ialah:-
Z = Y1

= Y .........................................................................(8.6)

Jika jumlah zakat ini dikutip dari golongan kaya dan diagihkan semula kepada
golongan miskin, maka pendapatan dan penggunaan golongan kaya merosot dan
golongan miskin meningkat. Penggunaan agregat selepas zakat adalah seperti berikut:-
Cz = C1z + C2z

= a1 + b1( - Y) + a2 + b2 [(1-) + ]Y

= a0 + [ b1(1 ) + b2 (1- + ) ]Y

= a0 + bzY ....................................................................(8.7)

Didapati bahawa nilai bz dalam persamaan (8.7) adalah lebih tinggi dari nilai b0
dalam persamaan (8.5). Maka ini bermakna bahawa fungsi penggunaan agregat selepas
zakat (Cz) adalah lebih curam dari fungsi penggunaan agregat sebelum zakat (C0).
Perbezaan kecerunan tersebut dapat dibuktikan secara algebra apabila nilai
kecenderungan mengguna sut selepas zakat (MPCz) lebih besar dari nilai kecenderungan

9
mengguna sut sebelum zakat (MPC0) seperti yang ditunjukkan dalam persamaan-
persamaan berikut:
MPC0 = b0 = (dC0)/(dY) = b1 + b2 (1-) .............................( 8.8)

MPCz = bz = (dCz)/(dY) = b1(1 ) + b2 (1- + ) ...........(8.9)

MPCz MPC0 = (b2 b1) > 0 ..........................................(8.10)

KESAN ZAKAT KE ATAS PELABURAN (I)

Zakat dikenakan ke atas harta yang boleh digunakan utk maksud pengeluaran
o Tanpa mengira samada harta itu benar-benar digunakan atau tidak
o e.g : simpanan atau tabungan
boleh dianggap aset kewangan
apabila ia dilaburkan, maka ia dianggap sebagai pelaburan.
Oleh itu kedua-dua tabungan & pelaburan akan dikenakan zakat dengan kadar 2.5
peratus setahun.
Jika tabungan tidak dilaburkan, maka nilainya akan menyusut sebanyak 2.5 %
pada setiap tahun dengan andaian tiada inflasi. Ini kerana jika berlaku inflasi pada
tahun tersebut, maka nilai kemerosotan nilai tabungan akan merosot dengan kadar
yang lebih besar.
Utk elakkannya, tabungan perlu dilaburkan agar keuntungan daripada pelaburan
supaya keuntungan dari pelaburan dapat menampung susutan nilai aset akibat
zakat dan inflasi di atas.
Andaikan jumlah aset wang = H
o Pegang tunai (Lp) atau laburkan (Im)

H = Im + Lp .......................................................(8.15)

Kadar pelaburan (rm) dan andaikan pulangan dijangka m = rm Im

m = rmIm ...........................................................(8.16)
Zakat (Zm) dikenakan ke atas aset (H) dan pulangan atas pelaburan (rm)
Dengan kadar zakat =

Maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah,

Zm = (Im + Lp) + (rmIm)

atau Zm = Lp + (1 + rm)Im ........................................(8.16)

10
Pulangan bersih daripada tabungan & I adalah;

mb = m - Zm

= rmIm - Lp - (1 + rm)Im

= (rm - - rm)Im - Lp ................................... (8.17)

m
m = rmIm
rmH
F
m
mb = -H + rm(1 )Im
(rm rm)H D

O
Im0 H Im

-H C

Iaitu hubungan pelaburan antara r dan I

Oleh itu adalah rasional pastikan aset dilaburkan sebahagian dan tabungan sebahagian
yang lain utk pastikan nilai A tidak menyusut.

(rm - - rm)Im = Lp
atau (rm - - rm)Im = (a Im)
atau rm(1 )Im = H
atau Im = H ..............................................(8.18)
rm(1 )

Persoalan berapakah peratusan nilai aset yang perlu dilaburkan?

11
Sila uji persamaan tersebut jika e = 2.5%, berapakah pelaburan yang dibuat
jika;

r = 10 %
r = 20 %
r = 30%

Perbandingan kesan zakat ke atas pelaburan dan dalam keadaan ekonomi konvensional.
Konvensional : pulangan atas pelaburan hanyalah bergantung kpd kadar pulangan
pelaburan semata-mata.

Tetapi dalam sistem ekonomi yang mengamalkan pembayaran zakat, ia juga


bergantung kpd kadar zakat.

KESAN ZAKAT KE ATAS PERBELANJAAN KERAJAAN (G)

Kutipan zakat yang menyeluruh (pelbgi aset) dijangkakan boleh mendatangkan


hasil kerajaan yang besar
o Kerana kadar dan asas zakat yang rendah
o Oleh itu hampir keseluruhan kegiatan ekonomi & pegangan aset termasuk
dlm lingkungan yang dikenakan zakat.
o Kesannya hasil yg dikutp adalah besar & kaedah agihan zakat di kalangan
penerima boleh dipelbagaikan.
Jika agihan zakat secara langsung kpd penerima, maka ia menjadi bayaran
pindahan
Dan jika secara tidak langsung
o Masih memberi manfaat kpd penerimanya. Contohnya pelaburan dlm
industri tertentu yang mana keuntungan dlm insustri tersebut boleh
diagihkan kpd asnaf-asnaf terutamanya fakir-miskin
o Boleh menyediakan peluang pekerjaan kpd asnaf.

Apabila ia dilaburkan oleh kerajaan maka ia dinamakan perbelanjaan kerajaan (G)


dan bukannya bayaran pindahan
G boleh bertambah apabila pelaburan hasil zakat ditingkatkan.
Boleh digambarkan dalam model mudah.
o Andaikan semua zakat pendapatan diagihkan secara langsung kpd
penerimanya
o Zakat pendapatan dibayar oleh mrk yang berada dan diagihkan dalam
bentuk bayaran pindahan kpd gol fakir-miskin.
o Pendapatan yang dikenakan zakat bukan sahaja pendapatn daripada tenaga
buruh, tetapi juga termasuklah pendapatan sewa dan pendapatan drpd
keuntungan pelaburan.

Y=W+S+R
Dimana;

12
Y = pendapatan
W = pendapatan tenaga buruh (upah)
S = pendapatan sewa
R = penadapatan keuntungan pelaburan

Jika kadar zakat = e


Pendapatan yang layak bayar zakat = y maka jumlah zakat dikutip
adalah bersamaan ey . Jumlah zakat ini dipindahkan dari mereka yang
berpendapatan tinggi kpd mereka yang berpendapatan rendah. Ia
merupakan bayaran pindahan ke atas ekonomi melalui perubahan ke atas
penggunaan (C) spt yang telah dibincangkan sebelum ini.

Katakan zakat harta seperti aset kewangan tidak diagihkan secara langsung
tetapi dilaburkan dahulu utk dapatkan pulangan
Ia dinamakan G
G = e [A]
Dimana A = nilai aset yang termasuk dalam pembayaran zakat.
Terdapat juga sebahagian hasil zakat tidak diagihkan dlm bentuk bayaran
pindahan dan G tetapi menjadi rizab bg menampung keperluan agihan
sekiranya hasil zakat merosot apabila berlakunya keadaan ekonomi yang
merosot.

KESAN BUKAN ZAKAT KE ATAS PERBELANJAAN


AGREGAT(AE)
Kerajaan Islam boleh mengenakan pelbagai bentuk cukai bukan zakat
o e.g kharaj, ushur, jizyah dan beberapa cukai tambahan termasuklah cukai
pendapatan
kadarnya boleh dipinda-pinda oleh pemerintah mengikut keperluan semasa dan
biasanya lebih tinggi berbanding kadar zakat.
Kesan zakat adalah berbeza dengan kesan bukan zakat. Ini adalah disebabkan
beberapa faktor:
i- Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam dan rela dibayar umat Islam.
Sedangkan cukai pendapatan kebanyakannya dibayar oleh penduduk
bukan Islam dan bukan tuntutan agama. Mereka membayarnya dengan
perasaan terpaksa dan bukan kerelaan hati
ii- Kadar zakat ditetapkan oleh syariah manakala kadar pembolehubah bukan
zakat boleh dipinda-pinda oleh pemerintah. Pemerintah yang adil akan
mengenakan kadar cukai yang adil sekurang-kurangnya setara dengan
kadar zakat.
iii- Hasil zakat perlu diagihkan kepada asnaf yang telah ditetapkan yang
mengutamakan fakir & miskin. Walaupun wujud asnaf fisabilillah yang
boleh digunakan utk perbelanjaan kerajaan, tetapi perlu utamakan
golongan fakir & miskin. Ini bermakna perlu utamakan agihan pendapatan
dan kemudiannya pembangunan negara. Hasil bukan zakat pula boleh
digunakan utk tujuan pembangunan walaupun maksud agihan pendapatan

13
diambilkira. Oleh itu ia merupakan sumber utama dalam pembangunan
negara

KESAN BUKAN ZAKAT KE ATAS PENGGUNAAN

Apabila cukai bukan zakat sebahagian besarnya adalah cukai pendapatan, maka
cukai ini menjejaskan pendapatan bolehguna secara agregat dalam ekonomi.
Jika sebahagian hasil kutipan tersebut diagihakan kpd golongan fakir & miskin,
maka pendapatan bolehguna mereka tetapi telah menjatuhkan pendapatan
bolehguna golongan berada.
Akhirnya penggunaan agregat akan jatuh disebabkan kejatuhan pendapatan
bolehguna.
C = a + bYd
Dimana Yd = Y T

KESAN BUKAN ZAKAT KE ATAS PELABURAN

Cukai dikenakan ke atas pendapatan pelaburan dan bukan ke atas modal


pelaburan itu sendiri.
Semakin tinggi kadar cukai, semakin kuranglah minat penguasa membuat
pelaburan. Semakin tinggi kadar cukai semakin kuranglah pelaburan oleh
pengusaha.
Jika dikenakan cukai yang khas ke atas aset / modal pelaburan, kesannya tidaklah
besar kerana pemiliknya akan menyorokkan aset tersebut. Ini adalah kerana ia
bukan satu bentuk ibadah yang bertanggungjawab kpd Allah.

KESAN BUKAN ZAKAT KE ATAS PERBELANJAAN KERAJAAN

Saiz perbelanjaan kerajaan mempunyai hubungan yang positif dengan saiz hasil
cukai. Semakin besar hasil dikutip, semakin besarlah saiz perbelanjaan kerajaan
Isu berapa banyak hasil cukai boleh dikutip memandangkan ia bergantung kpd
kadar cukai (t) dan tingkat pendapatan (Y) iaitu
T = t(Y) dimana T = hasil cukai.
Masalahnya apabila kadar cukai dinaikkan, tingkat pendapatan akan berubah
kerana pihak pekerja akan mengurangkan penawaran mereka di pasaran dan pihak
pengusaha terpaksa mengurangkan pelaburan dan perkembangan perusahaan
mereka dan ini akan membawa kpd kejatuhan pendapatan dan mempengaruhi
jumlah hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Persoalannya apakah tingkat kadar cukai yang adil?

Isu ini telah lama diutarakan oleh pemikir-pemikir sebelum ini.


Imam Abu Yusof dalam kitabnya Kitab-al-kharaj menyatakan kadar cukai yang
tinggi akan melemahkan semangat utk bekerja dan berusaha. Manakala cukai
yang rendah dan adil bukan sahaja memberi ganjaran di akhirat, tetapi juga boleh
meninggikan hasil cukai itu sendiri disebebkan negara tersebut menjadi makmur.

14
Panel (d) Panel (a)

(W/P) SNt2 T

SNt1

(W/P)1 E1 Uk1 Uk2


(W/P)2 E2 M
T2

T1 P
MPN(A1,B1) T0

MPN(A2,B2) N
O O
N2 N1 N t0 t1 tm t3 t3
t

Y
Y
T1 T2
Y=f(N,A1,B1) T0
F G
H
Y1 Y1

Y=f(N,A2,B2) KCS2

J KCS1
Y2
Y2 KCS0
K
O O t0 t t2 L t
N2 N1 N 1 tm t3

Panel (c) Panel (b)


RAJAH 8.5 Perubahan Pendapatan Negara dan Hasil Cukai Akibat
Perubahan Kadar Cukai

Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah pada kuran 14, telah menyatakan
bahawa pada awal sesuatu dinasti pemerintahan, hasil cukai adalah banyak

15
melalui kadar yang rendah tetapi pada akhir dinasti, kadar cukai adalah tinggi
tetapi hasil cukai adalah rendah.
o Ini kerana pada awalnya pemerintahan adalah adil dan kadar cukai adalah
rendah. Rakyat membayar cukai dengan rela dan bersungguh-sungguh
dalam pekerjaan dan ekonomi mereka yang akhirnya negara akan
makmur. Oleh itu hasil kutipan zakat menjadi semakin bersar.
o Namun apabila masa berlalu, pemerintah cenderung menaikkan kadar
cukai yang bertujuan utk berbelanja ke arah pembangunan yang
membazir. Kesannya rakyat akan mengurangkan aktiviti pekerjaan dan
ekonomi mereka. Akhirnya jumlah hasil yang dikutip semakin
berkurangan.
Mesejnya ialah insentif utama dalam menggerakkan ekonomi adalah
merendahkan kadar cukai seberapa yang boleh agar setiap rakyat akan berusaha
bersungguh-sungguh utk meningkat pendapatan mereka.
Ringkasnya sistem percukaian memberi kesan kpd beberapa aspek:
i- hasil cukai
ii- pendapatn negara
iii- tingkat penggunaan
iv- tingkat pelaburan & perbelanjaan kerajaan

Analisis secara sistematik boleh digambarkan dalam rajah.


i- Panel a adalah panel yg menunjukkan hub ant kadar cukai dan hasil cukai
ii- Panel b adalah panel yg menunjukkan hub ant kadar cukai dengan
pendapatan
iii- Panel c : fungsi pengeluaran agregat
iv- Panel d : pasaran buruh.
Keadaan asal: kerajaan kenakan kadar cukai yang rendah dan adil
o Pada
o Pelaburan adalah menggalakan- buruh bekerja dengan modal
yang optima
o Daya pengeluaran buruh adalah tinggi
o Fungsi pengeluaran:
o Dimana
o Daya keluaran buruh =
o Keluk penawaran buruh =
o Keseimbangan pasaran buruh=
o Tingkat upah (w/p) =
o Tingkat gunatenaga (N) =
Katakan pemerintah cenderung menaikkan kadar cukai yang tinggi
yang bertujuan kemewahan dan membazir
Kesannya meningkatkan beban kpd pembayar cukai dan pengusaha
kurang bersemangat utk bekerja dan berusaha.
Akibatnya i- pekerja kurangkan masa kerja mereka
ii- pengusaha kurangkan permintaan terhadap modal
iii- keresahan rakyat menyebabkan barakah merosot
o keluk pengeluaran agregat berkurang

16
dimana :
o keluk daya kel buruh beralih ke bawah
o keluk penawaran buruh beralih ke bawah
o upah berkurang =
o tingkat gunatenaga =
o tingkat pendapatan =
o tingakt t yg pelbagai dengan tingkat Y akan membentuk keluk
respon cukaiiaitu keluk RS panel b
Dalam panel b, ditunjukkan beberapa Keluk Cukai Sama (KCS)
pada pelbagai tingkat hasil cukai
KCS menunjukkan kombinasi t dan Y yang menghasilkan jumlah
cukai yang sama iaitu To = tY utk KCSo
Jum cukai pada KCS1 dan KCS2 adalah masing = T1 dan T2
dimana T2>T1>To
Didapati pada tingkat hasil cukai To, kadar cukai yang boleh
dibuat adalah to dan t2 manakala T1 dicapai dengan kadar cukai t1
dan t3
Jumlah cukai yang tertinggi boleh dikutip adalah T2 apabila nilai t
= tm
Hub ant t dan T digambarkan keluk OMN dalam panel a.
Hasil cukai maksimum = iaitu dengan kadar cukai yang
optimum =
Keluk OMN dinamakan keluk Khaldun-Laffer. Idea ini
berdasarkan Ibn Khaldun dan dikembangkan oleh Laffer. Jika
kadar cukai terlalu tinggi, jumlah hasil cukai rendah spt rajah.
Kps kerajaan optimum pd
Kadar rendah, kps kerajaan pd
Sebab seperti yang sampaikan oleh Khaldun dan Abu Yusof
Adakah kerajaan Islam memilih tingkat kadar cukai yg optimum?
Sebenarnya kerajaan Islam tidak cenderung
mengenakan kadar cukai yang optimum kerana
perkara yang penting adalah kesejahteraan rakyat dan
negara dan bukan cenderung memaksimumkan hasil
cukai.
Kerana walaupun pada tingkat yg optimum, jumlah
tenaga buruh dan pendapatan negara akan menjadi
rendah. Kesannya kebajikan masyarakat akan terjejas.
Kerajaan Islam akan menentukan kadar cukai yang
adil yang mana tidak terlalu rendah dan tidak juga
terlalu tinggi. Di Rajah t = t1 supaya
Hasil cukai =
Pendapatan negara =
Gunatenaga =
Kadar upah =
Jika semua hasil cukai dibelanjakan oleh kerajaan, maka G = T1.

17

Anda mungkin juga menyukai