Anda di halaman 1dari 59

BUKU SOALAN DAN JAWAPAN

BERKAITAN DENGAN
PERATURAN KEWANGAN YANG
BERKUATKUASA

i.

OBJEKTIF

PENUTUP

ISI KANDUNGAN

a. Tuntutan Perjalanan
b. Tuntutan Pertukaran
c. Tuntutan Perpindahan
d. Tuntutan Pakaian Seragam
e. Tuntutan Penceramah
f. Tuntutan Elaun Lebih Masa
g. Mengunjungi Wilayah Asal
h. Tuntutan Perubatan
i. Bayaran Balik
j. Panjar Wang Runcit

ii. PERTANYAAN DAN JAWAPAN :

v.

Muka Surat

OBJEKTIF

Buku Soalan Dan Jawapan Berkaitan Dengan


Peraturan Kewangan Yang Berkuatkuasa ini
disediakan untuk rujukan pegawai-pegawai di
Pusat Tanggungjawab (PTJ).

SOALAN DAN JAWAPAN

a. Tuntutan Perjalanan

SOALAN DAN JAWAPAN


Pegawai telah menghadiri Lawatan Bersama Dato' KP ke PO Sarawak
pada 29 Jun -1 Julai 2011 dan Mesyuarat Banci Ekonomi di JP
Sarawak pada 2-3 Julai 2011. Oleh itu, pegawai menuntut 4 Elaun
Makan kerana ianya berturut. Tuntutan Perjalanan ini hendaklah
dituntut dalam TNT bulan Jun atau Julai 2011? Ini kerana pegawai
telah menuntut di dalam TNT Jun 2011.

Jawapan:
Bulan Julai. Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan 100 (b), Hanya
satu tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang
Pengangkutan Awam boleh dibuat bagi satu-satu bulan. Jika
perjalanan dimulakan pada atau hamper hujung bulan dan
disempurnakan dalam bulan berikutnya, hitungan kilometer pergi
dan balik hendaklah dianggap sebagai perjalanan bagi bulan
perjalanan itu disempurnakan

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Arahan Perbendaharaan 100 (b)

SOALAN DAN JAWAPAN


Kod Objek Lanjut apakah yang digunakan bagi bayaran Elaun Harian,
Tuntutan Kilometer dan bayaran tol di dalam Tuntutan Perjalanan
Pekerja Sambilan Harian ?
Jawapan:
Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2004, kod
objek lanjut yang sesuai digunakan adalah i) Bayaran Tol 21199, ii)
Tuntutan Perjalanan 21104 dan iii) Elaun Harian 21101.

Terdapat beberapa orang (ahli sektor swasta) Ahli Jawatan Kuasa


Mempromosikan Persefahaman dan keharmonian di Antara Penganut
Agama (JKMPKA) menuntut tuntutan perjalanan menghadiri mesyuarat
di Kuala Lumpur selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun
2009. Soalannya, bolehkah tuntutan perjalanan mereka dan Elaun
Mesyuarat mereka disatukan dan dibayar didalam modul Tuntutan
Perjalanan?
Jawapan:
Tuntuan perjalanan dan Elaun Mesyuarat hendaklah dibayar
menggunakan Modul Baucar Bayaran dengan Invois tanpa Pesanan
Tempatan. Modul Tuntutan Perjalanan hanya melibatkan tuntutan
kakitangan awam di bawah kod Objek 21000 .

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil.5


Tahun 2004

Pekeliling Perbendaharaan Bil.5


Tahun 2004

SOALAN DAN JAWAPAN

Pegawai telah menghadiri kursus INTAN di Kampus Wilayah Selatan


Johor pada 09-12 Januari 2012. Pegawai ini telah bertolak ke Johor dari
Kuala Lumpur pada hari ahad 08 Jan 2012 dan sampai pada malam
hari. Adakah pegawai layak menuntut elaun lojing pada malam
tersebut. Surat tawaran kursus tersebut mengarahkan beliau melapor
diri pada 09 Jan 2012 mulai jam 08.00-10.30 pagi. Dimaklumkan
pegawai tersebut tidak dimaklumkan bahawa penginapan disediakan
pada malam 08 Jan 2012. Mohon Penjelasan.
Jawapan:
Elaun lojing tidak layak dituntut kerana penginapan telah disediakan
dan beliau sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan kepastian
daripada jabatan samada penginapan disediakan atau tidak sebelum
membuat keputusan sendiri.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil.3


Tahun 2005

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah Elaun Makan bagi Urusan Rasmi Perlu Dikira 24 Jam atau
Lebih? Cth : Bertolak Jam 0800 pagi dan dikira 0810 pagi keesokkannya
bagi Temph 24 Jam atau mesti tepat 0800 pagi pada keesokkanya.
Adakah kelayakan ini mesti di ikut seperti di Pekeliling atau bergantung
kepada kawalan dalaman sesuatu jabatan?
Jawapan:
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2003,
perenggan 4.1.1, seorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di
luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai
dari waktu bertolak layak menuntut elaun makan sebagaimana kadar
yang telah ditetapkan

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil.3


Tahun 2003

SOALAN DAN JAWAPAN

Pegawai kami telah menuntut elaun lebih masa dan elaun harian
kerana menjalankan tugas di luar pejabat melebihi 8 jam/25km.
Mengikut kebiasaan bahagian kami, akan membayar kedua-dua elaun
tersebut. Adakah tatacara ini menepati prosedur kewangan yang betul?
Mohon khidmat nasihat tuan untuk pekeliling yang menjelaskan keduadua elaun tersebut layak dituntut.
Jawapan:
Pegawai tersebut layak menuntut elaun makan dan ELM berdasarkan
surat Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 15 November 2001. Di
samping itu, pegawai juga layak menuntut elaun bertugas rasmi di luar
pejabat seperti Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, dan Elaun
Perjalanan Kenderaan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Surat Jabatan Perkhidmatan Awam


bertarikh 15 November 2001

10

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang pegawai menuntut elaun km menggunakan kenderaan bukan milik beliau


tetapi mempunyai surat kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik
kenderaan berkenaan?
Jawapan:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1984, perenggan 2 menyatakan, Ketua
Jabatan apabila menimbangkan permohonan untuk menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan daripada pegawainya yang menggunakan kenderaan selain daripada
kepunyaannya sendiri semasa menjalankan tugas-tugas rasminya hendaklah
menggunakan panduan-panduan yang berikut: (i) kenderaan Jabatan tidak dapat
diadakan bagi kegunaan pegawai; (ii)Pegawai hendaklah mengesahkan kenderaan yang
dipinjam itu berada di dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum dan semasa
digunakan bagi tujuan-tujuan rasmi oleh pegawai yang berkenaan; (iii)tuan punya
kenderaan tersebut tidak ada menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan ke atas
kenderaan yang sama di sepanjang tempoh tuntutan dibuat oleh pegawai. Sekiranya
tuan punya kenderaan juga ada menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan dengan
menggunakan kenderaan yang sama, maka tuntutan pegawai yang meminjam
kenderaan itu hendaklah dikira selepas tuntutan tuan punya kenderaan itu dan
kadarnya hendaklah mengikut kumpulan ratusan kilometer yang berikutnya;
(iv)sekiranya ayat kedua di (iii) di atas berkenaan, kenyataan tuntutan Elaun Perjalanan
Kenderaan tuan punya kenderaan itu hendaklah diperolehi dan disematkan bersama
tuntutan pegawai yang meminjam kenderaan tersebut; dan (v)setiap permohonan
adalah disokong oleh Ketua Bahagian atau Unit di mana pegawai itu ditempatkan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun


1984

11

SOALAN DAN JAWAPAN


Pegawai menghadiri kursus di tempat-tempat yang jaraknya diluar
kawasan Ibu Pejabat (lebih 25 km). Persoalannya, 1) Layak atau tidak
tuntutan perjalanan dibayar dari rumah ke tempat kursus sedangkan jarak
daripada pejabat ke tempat kursus lebih dekat. 2)Adakah jarak terdekat
terpakai untuk tuntutan perjalanan pergi ke kursus. 3) Sekiranya tambang
gantian lebih rendah daripada tuntutan perjalanan, layak atau tidak
pegawai pegawai berkenaan menuntut tuntutan berkenaan walaupun
tuntutan lebih tinggi.
Jawapan :
Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005, perenggan 4.1.4 (e)
seseorang pegawai yang memilih untuk menggunakan kenderaannya
sendiri layak menuntut Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan
balik sekali sahaja bersamaan dengan tambang lazim perkhidmatan
pengangkutan awam yang sepatutnya dinaiki mengikut kelayakan dengan
syarat dinyatakan di dalam baucar tuntutan yang ia telah menggunakan
kenderaannya sendiri. Walau bagaimanapun, perenggan perenggan 3,
Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan agar
tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pegawai itu teratur,
munasabah dan berpatutan termasuk menentu dan mengesahkan
bahawa jalan yang perlu diikuti serta cara pengangkutan yang hendak
digunakan oleh seseorang pegawai untuk berkursus.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan
Tahun 2005

Bil.3

12

b. Tuntutan Pertukaran

13

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang Pegawai di Jabatan Bantuan Guaman Telah Bertukar Dari


Mahkamah Syariah WP Putrajaya Ke Jabatan Bantuan Guaman
Langkawi. Untuk Pengetahuan Tuan/Puan, beliau masih baru dalam
perkhidmatan iaitu kurang dari 2 tahun. Adakah beliau layak untuk
menuntut elaun pertukaran tersebut?
Jawapan :
Berdasarkan perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaaan Bil.4 Tahun
1995, seorang pegawai layak menuntut elaun pertukaran sekiranya
pegawai memohon untuk bertukar atau pegawai bertukar ke luar
stesen. Walau pun beliau baru 2 tahun berkhidmat, beliau layak
menuntut elaun pertukaran jika mematuhi syarat di dalam pekeliling
tersebut.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaaan Bil.4


Tahun 1995

14

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah ahli keluarga kakitangan kerajaan yang telah meninggal dunia


(masih dalam perkhidmatan) dapat membuat tuntutan pertukaran luar
stesen iaitu keluar dari kuarters ke kampung selepas kematian
kakitangan kerajaan tersebut?
Jawapan :
Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003,
perenggan 5, tuntutan yang boleh dibuat adalah perbelanjaan tambang
kapal terbang untuk membawa jenazah pegawai tersebut bagi
dikebumikan di kampungnya (termasuk tambang bagi semua ahli
keluarga yang masih dalam tanggungan pegawai). . Pasangan pegawai
atau seorang ahli keluarga kemudian dibenarkan kembali ke tempat
pegawai berkhidmat untuk urusan pemindahan barang-barang atas
tanggungan Kerajaan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Surat Pekeliling Perkhidmatan


Bilangan 3 Tahun 2003, Perenggan
5.

15

SOALAN DAN JAWAPAN

Jabatan ini menerima permohonan pertukaran luar stesen dari pegawai bertukar masuk ke
Jabatan ini. Mengikut permohonan tersebut, pegawai telah bertukar ke Jabatan ini pada 1
April 2009 tetapi menunggu isteri dan anak-anak bertukar pada 1 September 2009 sebelum
mengemukakan tuntutan pertukaran. Persoalannya, bilakah tarikh kuatkuasa permohonan
pertukaran dikira, adakah 1 April 2009 atau 1 September 2009 iaitu sehingga keluarga
datang bersama? Sekiranya tarikh permohonan berkuatkuasa pada 1 April 2009, tuntutan
tersebut telah melebihi 1 tahun dan tidak menepati Pekeliling Perbendaharaan Bil.4/1995.
Adakah memerlukan kelulusan khas Perbendaharaan atau sekadar Pegawai Pengawal
Jabatan? Adakah tuntutan ini memerlukan kelulusan pembayaran di bawah AP58(a) dan
apakah kesan-kesan pembayaran di bawah AP58(a) kepada Jabatan kerana Jabatan telah
dimaklumkan bahawa YB KSN tidak membenarkan pembayaran di bawah AP58(a) pada
tahun 2010. Dimohon pihak puan dapat memberi maklumbalas mengenai persoalan
tersebut. Kerjasama puan dalam perkara ini amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Tarikh kuatkuasa pertukaran pada 1 April 2009 dan permohonan untuk tuntutan pertukaran
boleh dilakukan dalam tempoh setahun dari tarikh pertukaran ( para 3.1.17 Pekeliling
Perbendaharaan Bil.4/1995 berkaitan) ii. Pegawai sebenarnya boleh menuntut bayaran
pertukaran perseorangan terlebih dahulu selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan
Bil.4/1995, para 3.1.5. Walaubagaimanapun, jika pegawai terlepas pandang dan tuntutan
telah melebihi setahun, perlu mendapat kelulusan khas Perbendaharaan. iii. Setelah
mendapat kelulusan Perbendaharaan, tuntutan ini memerlukan kelulusan pembayaran di
bawah AP58(a) dari Pejabat Perakaunan (pejabat ini) melalui online. Untuk makluman,
terdapat pembayaran melalui AP58(a) yang telah dilakukan pada tahun ini.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil.4/1995

16

SOALAN DAN JAWAPAN

KUP Pahang yang baru bertukar dari Sabah ke PUUN Pahang mulai 15 November
2011. Beliau Memangku Gred Utama 'C'. 1. Adakah beliau layak menuntut Elaun
Ganguan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1988 ? (Beliau tidak menuntut di
Sabah sebelum bertukar ke Pahang) Beliau berasal dari semenanjung (Pulau
Pinang). 2. Adakah beliau juga layak menuntut TUNTUTAN PERTUKARAN KELUAR
STESEN mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.4/1995) ?
Jawapan:
Merujuk kepada para 4.1 pada pekeliling berkenaan Elaun Gangguan adalah
dibayar di atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. Kadar yang dilayakinya akan
ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Oleh
itu, sebelum pegawai itu bertukar ia bolehlah, sekiranya perlu, dibayar Elaun
Gangguan secara pendahuluan, sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya
ketika itu. Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar berasaskan kepada gaji
terakhir yang diterima oleh pegawai itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke
wilayah asaInya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke wilayah yang
sama, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan, berasaskan
kepada pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, jabatan
beliau di Sabah yang sepatutnya membayar baki atau keseluruhan amaun Elaun
Gangguan. Elaun pertukaran ke luar stesen layak dituntut oleh pegawai
sebagaimana peruntukan pada para 3(d) dalam Pekeliling Perkhidmatan bil. 6
Tahun 1987. Syarat-syarat dan kadar-kadar tuntutan pertukaran keluar setesen
hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan bil. 4 Tahun 1995.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perkhidmatan bil. 6 Tahun


1987

Pekeliling Perbendaharaan bil. 4 Tahun


1995

17

SOALAN DAN JAWAPAN

Mengikut Pekeliling Pembendaharan Bil.4 tahun 1995 para 3.1.17 iaitu


pegawai yang bertukar boleh membuat tuntutan pertukaran di dalam
tempoh satu tahun dari tarikh melaksanakan arahan pertukaran
tersebut. Seorang Pegawai Syariah Gred LS 48 Jbg Kelantan telah
bertkar ke JBG Ibu Pejabat pada 19 Disember 2011. Beliau telah
menghantar tuntutan pertukaran tersebut pada bulan Februari 2012.
Persoalan saya, bagaimanakah bayaran perlu dibuat samaada
dikenakan bayaran dibawah AP58(a) kerana tuntutan tersebut telah
melangkaui tahun semasa perlaksanaan pertukaran?
Jawapan:
Tuntutan pegawai yang diarahkan bertukar pada tahun 2011 adalah
melibatkan pembayaran di bawah AP58(a) kerana pembayaran
tersebut adalah berkaitan dengan tanggungan-tanggungan yang kena
dibayar pada tahun 2011. (Rujukan: En. Oong Kee Keang/88823603,
Bah. P'grsan Kew. Strategik, Perbendaharaan)

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

AP58(a) adalah merujuk kepada


kebenaran Akauntan Negara bagi
membayar/
menyelaras bauacr perbelanjaan
mengurus yang dikemukakan
dalam tahun kewangan
semasa,
berkaitan
dengan
pertanggungan-pertanggungan
yang kena dibayar pada atau
sebelum hujung tahun kewangan
yang lama

18

SOALAN DAN JAWAPAN

Pegawai di Jabatan ini diarahkan bertukar dari Kota Kinabalu, Sabah ke


Lawas, Sarawak. Surat Pertukaran ke JPNIN Sarawak yang dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat JPNIN adalah bertarikh 23 Disember 2011. Surat
Arahan Penempatan yang dikeluarkan oleh JPNIN Sarawak bertarikh 30
Disember 2011 dan penempatan adalah berkuatkuasa mulai 3 Januari
2012 di Bahagian Lawas, Sarawak. Pegawai telah melapor diri di JPNIN
Sarawak pada 30 Disember 2011. Tuntutan Pertukaran dihantar untuk
dibayar pada 3 April 2012. Adakah tuntutan pertukaran ini dibayar
dibawah AP58(a) atau tidak. Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Merujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995 para 3.1.17 iaitu
tuntutan pertukaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu tahun
daripada tarikh melaksanakan arahan pertukaran, sekiranya pegawai
melaksanakan pertukaran pada 03 Januari 2012, tuntutan pertukaran
tersebut tidak perlu di bayar di bawah AP58(a).

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4


Tahun 1995

19

SOALAN DAN JAWAPAN


Seorang kakitangan JBG Johor telah dinaikkan pangkat daripada
Pembantu Syariah LS17 kepada Penolong Pegawai Syariah LS27 pada 16
Mei 2012. Beliau dikehendaki melapor diri di JKSM pada 16 Mei 2012
dan seterusnya diwajibkan menghadiri kursus di JKSM dari 16 - 18 Mei
2012. Pada 18 Mei 2012 beliau mendapat surat penempatan di Ibu
Pejabat JBG dan dikehendaki melaporkan diri pada 21 Mei 2012.
Apabila beliau melaporkan diri di Ibu Pejabat JBG beliau telah
ditempatkan di JBG Sibu dan beliau memohon penangguhan sehingga
3 Jun 2012 bagi menyelesaikan kerja-kerja di pejabat lama. Mengikut
peraturan biasa, beliau perlu membuat tuntutan pertukaran di luar
stesen tetapi bagaimana pula dengan tuntutan beliau semasa
menghadiri kursus selama 3 hari di JKSM? Mohon pandangan dan
penjelasan lanjut apakah yang layak dituntut oleh kakitangan tersebut.
Jawapan:
Pegawai boleh menuntut elaun pertukaran memandangkan beliau
perlu bertukar dari Johor ke Sibu. Bagi tuntutan ketika berkursus
selama 3 hari di JKSM Putrajaya, Ketua Jabatan bertanggungjawab
untuk menentukan samada pegawai ini menghadiri kursus pendek di
dalam negeri (di luar kawasan ibu pejabat) atau kursus pendek di
dalam negeri (di dalam kawasan ibu pejabat) kerana pegawai pada
mulanya ke Putrajaya untuk melapor diri. Sekiranya menganggap
pegawai hadir ke Putrajaya kerana melapor diri, maka pegawai boleh
menuntut elaun seperti di Para 4.2 PP Bil. 3 Tahun 2005 dan jika
anggap pegawai hadir berkursus, maka pegawai berkenaan boleh
menuntut elaun seperti di Para 4.1 dalam pekeliling yang sama.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3


Tahun 2005

20

SOALAN DAN JAWAPAN

Jabatan Perpaduan Negeri Sarawak telah mengarahkan pertukaran


pegawai dari Kuching Ke Sarikei. Surat arahan pertukaran dikeluarkan
oleh Jabatan Perpaduan Negeri Sarawak bukan dari Ibu Pejabat.
Adakah pegawai ini layak menuntut elaun pertukaran/perpindahan ?
Jawapan:
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 4 Tahun 1995, pegawai
yang bertukar di luar stesen adalah layak untuk menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan pertukaran
tersebut. Tentang arahan pertukaran dari Ibu Pejabat atau arahan
dalaman tidak dinyatakan di dalam pekeliling berkenaan.
Walaubagaimanapun pegawai boleh merujuk kepada Ibu Pejabat untuk
memastikan adakah beliau layak untuk menuntut elaun pertukaran
hanya dengan surat arahan pertukaran Jabatan Perpaduan Sarawak

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil 4


Tahun 1995

21

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang pegawai gred LS44 telah menuntut elaun lapor diri untuk
jawatan sekarang(LS44) dan ibu pejabat telah membayr tuntutan
tersebut. kini beliau ditempatkan di JBG Sabah dan beliau ingin
menuntut elaun pertukaran daripada JBG Perak ke JBG Sabah. adakah
beliau layak menuntut elaun pertukaran berkenaan?
Jawapan:
Tuntutan melapor diri seperti di dalam PP Bil 3 Tahun 2003, para 13
tambang
perjalanan
bagi
lantikan
pertama.
adalah
Walaubagaimanapun berdasarkan kepada gred jawatan pegawai
adalah LS44. Manakala bagi menuntut elaun pertukaran dari Perak ke
Sabah, pegawai boleh merujuk PP Bil 4 Tahun 1995. Jika pegawai
memenuhi syarat-syarat seperti yang dinayatakn dalam PP berkenaan
maka tuntutan boleh dibuat.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil 3


Tahun 2003

Pekeliling Perbendaharaan Bil 4


Tahun 1995

22

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang Pegawai Awam yang bertukar pada pertengahan tahun dan


membuat tuntutan pertukaran pada tahun berikutnya dalam tempoh
setahun tarikh kuatkuasa pertukaran dianggap bayaran tersebut
diklasifikasikan sebagai bayaran dibawah AP 58 (a); ii. Bagaimana pula
tafsiran bayaran tuntutan pertukaran yang berkuatkuasa pada awal
tahun berikut tetapi resit-resit hotel dan lain-lain resit berkaitan
melibatkan tarikh pada penghujung tahun dan awal tahun yang
berikutnya. Adakah dikra sebagai bil dbawah AKB atau AP 58 (a). Terima
kasih.

Jawapan:
Sekiranya urusan pertukaran selesai dalam tahun 2013, tuntutan
tersebut dibayar pada tahun semasa 2013 dan tidak dianggap
pembayaran di bawah AP58(a).

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

AP58(a) adalah merujuk kepada


kebenaran Akauntan Negara bagi
membayar/
menyelaras bauacr perbelanjaan
mengurus yang dikemukakan
dalam tahun kewangan
semasa,
berkaitan
dengan
pertanggungan-pertanggungan
yang kena dibayar pada atau
sebelum hujung tahun kewangan
yang lama

23

SOALAN DAN JAWAPAN

Pegawai kami telah diarahkan bertukar dari BPA Melaka ke BPA Sabah
pada 25 Mac 2013. Persoalannya, elaun perpindahan mengikut kadar
semenanjung atau kadar Sabah? Mohon penjelasan.
Jawapan:
Kadar perkiraan yang perlu digunakan adalah seperti di dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil 4 Tahun 1995 iaitu di Lampiran F-1 ms
22.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil 4


Tahun 1995

24

SOALAN DAN JAWAPAN


Jika pegawai di arah bertukar kerana penutupan bahagian atau jabatan,
adakah kita dibenarkan untuk membayar segala elaun berkaitan
perpindahan dan bertukar walaupun pegawai belum mencapai 5 tahun
perkhidmatan.
Jawapan :
Elaun-elaun yang berkaitan adalah layak dituntut dengan syarat ada
arahan pertukaran dan mematuhi kepada Pekeliling Perbendaharaaan
Bilangan 5 Tahun 1995.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling
Perbendaharaaan
Bilangan 5 Tahun 1995.

25

c. Tuntutan Perpindahan

26

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang pegawai JP telah memohon bertukar balik ke Sabah dan diluluskan dengan syarat
tidak boleh menuntut Elaun Perpindahan(Peraturan Jabatan). Oleh yang demikian beliau ingin
memohon Tambang Mengunjungi Wilayah Asal sebagai alternatif tetapi tiket balik ke Sabah
sahaja (One Way Ticket). Adakah ini dibolehkah?
Jawapan:

Berikut merupakan Jawapan dari JPA: Untuk makluman tuan, kelayakan tuntutan elaun
bertukar/ berpindah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995 (PPb4/1995) serta Surat Edaran JPA (S) 63/163/(30)
bertarikh 23 Ogos 1994 dan Surat Edaran JPA (S) 63/163/(40) bertarikh 10 November 1994.
Berdasarkan perenggan 3.1.15, PPb4/1995 menyatakan "kementerian/ jabatan/ agensi boleh
menyedia atau mengaturkan kemudahan kenderaan pengangkutan barang-barang dan
kenderaan perjalanan bagi pegawai serta keluarganya. Ini termasuk menggunakan kemudahan
tempahan kapal terbang, kereta api atau bas melalui Waran Perjalanan Udara..." Sehubungan
itu, merujuk kepada perkara yang dibangkitkan, kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah
Asal hanya layak digunakan dalam tempoh pegawai bertukar wilayah dan tidak boleh
digunakan bagi urusan pertukaran/ perpindahan pegawai. Kemudahan tambang kapal terbang
bagi pegawai yang bertukar merupakan salah satu unsur bagi Elaun Pertukaran/ Perpindahan
di bawah PPb4/1995. Dalam kes pegawai yang memohon bertukar/ berpindah tetapi tidak
memenuhi syarat kelayakan tuntutan bertukar/ berpindah atas permohonan sendiri, pegawai
tidak layak diberi tuntutan Elaun Pertukaran/ Perpindahan termasuklah kemudahan tambang
kapal terbang. Semoga penjelasan yang diberikan dapat memudahkan dan melicinkan urusan
pentadbiran pihak tuan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995


(PPb4/1995)

Surat Edaran JPA (S) 63/163/(30) bertarikh 23


Ogos 1994

Surat Edaran JPA (S) 63/163/(40) bertarikh 10


November 1994.

27

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang pegawai di JBG Pahang mndapat kenaikan pangkat dan di


tempatkan di JBG Langkawi. Adakah beliau boleh menuntut elaun
pengangkutan barang menggunakan perkhidmatan kapal laut bagi
mengangkat barang-barang beliau dari Pahang ke Langkawi.
JAWAPAN:
Pegawai tersebut layak untuk membuat tuntutan menggunakan
perkhidmatan kapal laut . Merujuk kepada Pekeliling Perpendaharaan
Bil.4 Tahun 1995 para 3.1.8 pengangkutan barang-barang melalui
kapal laut hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan
perkhidmatan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4


Tahun 1995

28

SOALAN DAN JAWAPAN


Seorang pegawai menetap di kuartes kerajaan dan telah diarah
bertukar dari Putrajaya ke Sabah. Pegawai tersebut layak membawa
barang-barang persendirian ke jabatan baru. Soalan saya, bolehkah
pegawai tersebut menghantar sebahagian barang-barang tersebut ke
tempat lain contohnya kampung dan kosnya ditanggung oleh kerajaan.
Jawapan :
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 1995,
perenggan 4.1.1 dan 4.1.2, syarat dan keadaan perpindahan rumah
adalah berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah
Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh
Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu; atau
berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke
rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan; (
Door to Door ). Dalam hal ini ini, pegawai hanya layak untuk
menghantar barang secara sehala sahaja iaitu ke tempat baru di mana
pegawai diarahkan untuk berpindah.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan

Bilangan 4 Tahun 1995

29

d. Tuntutan Pakaian Seragam

30

SOALAN DAN JAWAPAN

Berapakah kadar maksimum untuk bayaran menjahit serta kain bagi


pakaian seragam untuk pemandu dan lain-lain.

Jawapan :
Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil 6 Tahun 2002, Para 2 (iii)
menyediakan kain berkualiti dan membenarkan kakitangan sendiri
menguruskan jahitan sendiri dengan memuntut bayaran upah jahit
yang disokong resit atas kadar maksimum berikut iaitu Sepasang
seluar panjang dan baju RM 100.00, Sepasang baju kurung wanita
RM70.00, Overall RM100.00 dan Overcoat RM60.00

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil 6


Tahun 2002.

Pekeliling Perbendaharaan Bil.6


Tahun 2011

31

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang Pegawai Syariah Gred LS41 dari JBG Melaka telah membeli
pakaian seragam (Gown/Bib/Wing Collar & Baju Putih) dan baju kot
pada 08 Oktober 2011 (resit pembelian bertarikh 08 Oktober 2011).
Beliau mengemukakan resit tersebut kepada Ibu Pejabat untuk
tuntutan bayaran balik pada 13 Disember 2011 dan diterima oleh
IbuPejabat pada 15 Disember 2011. Kelulusan KP bagi tuntutan
bayaran tersebut pada 05 Januari 2012 dan Kew.8 dikeluarkan pada
10 Januari 2012. Soalan : Adakah tuntutan bayaran tersebut boleh
dilakukan? Mohon penjelasan dan pandangan daripada tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
Jawapan :
Tuntutan bayaran tersebut boleh dibuat di bawah pembayaran
AP58(a).

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

AP58(a) adalah merujuk kepada


kebenaran Akauntan Negara bagi
membayar/
menyelaras bauacr perbelanjaan
mengurus yang dikemukakan
dalam tahun kewangan
semasa,
berkaitan
dengan
pertanggungan-pertanggungan
yang kena dibayar pada atau
sebelum hujung tahun kewangan
yang lama.

32

SOALAN DAN JAWAPAN

Pohon pandangan dan penjelasan dari pihak tuan /puan berkenaan


tuntutan elaun pakaian seragam Pembantu Am Pejabat bagi tahun
2012 kerana gred PAP bagi skim SBPA telah bertukar dari gred N1
kepada gred N5-1.Adakah PAP masih layak menuntut elaun pakaian
seragam pada tahun ini.
Jawapan :
Skim SBPA telah ditangguhkan dan skim SSM masih diguna pakai
maka tiada perubahan pada gred pegawai. Pegawai tersebut masih
layak untuk menuntut semua elaun yang layak dituntut dalam skim
SSM.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

33

e. Tuntutan Penceramah

34

SOALAN DAN JAWAPAN

Jabatan telah menjemput pegawai daripada SIRIM Berhad untuk


memberi ceramah berkaitan ISO jabatan. Adakah bayaran elaun
penceramah yang perlu dibayar kepada pegawai SIRIM tersebut
mengikut kadar Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 19 Tahun 2002
atau Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005?
Jawapan :
Pekeliling yang perlu dirujuk adalah Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil.19 Thn 2002 kerana SIRIM bukanlah badan Kerajaan . Pekeliling
Perbendaharaan Bil.2 Thn 2005 terpakai untuk pegawai Kerajaan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Surat Pekeliling Perbendaharaan


Bil.19 Thn 2002

35

SOALAN DAN JAWAPAN

Bahagian Latihan JKSM dengan kerjasama Bahagian Teknologgi


Malkumat Dan Komunikasi JKSM telah mengadakan Bengkel
Pelaksanaan Dan Penggunaan e-Syariah JKSM di bilik latihan JKSM pada
5-8 Mac 2012. Seorang pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi JKSM telah dijemput ntuk memberikan ceramah dalam
bengkel tersebut. Bolehkan jabatan membayar elaun penceramah
tersebut?
Jawapan :
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005, para 2,
Semua pegawai tetap, kontrak, sementara, sambilan dan sangkut yang
memberi syarahan/ceramah sambilan atau menjadi fasilitator sambilan
adalah layak dibayar saguhati mengikut kadar seperti yang dinyatakan
dalam pekeliling berkenaan. Para 3 (iv) pula menyatakan urusetia yang
memberi syarahan/ceramah atau menjadi fasilitator dalam program
yang dianjurkannya tidak layak bayaran saguhati di bawah Pekeliling ini.
Sekiranya pegawai yang memberi ceramah tidak terlibat dengan
penganjuran program tersebut maka pegawai layak dibayar saguhati.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2


Tahun 2005, perenggan 2

36

Saya ingin bertanyakan mengenai bayaran penceramah bagi


penceramah yang hanya memberikan ceramah kurang daripada satu
jam. Adakah beliau layak menuntut tuntutan tersebut?

SOALAN DAN JAWAPAN

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2


Tahun 2005, perenggan 3 (v).

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Jawapan :
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005, para 3
(v) bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi
setiap setengah jam yang genap sekiranya waktu syarahan/ceramah
yang ditetapkan oleh penganjur kursus/bengkel/majlis rasmi
melebihi satu jam - setengah jam yang dimaksudkan dalam pekeliling
ini adalah setengah jam selepas satu jam sebagai contoh ceramah
berlangsung selama 1 jam 30minit, 30minit itu boleh dibayar
saguhati.

37

f. Tuntutan Elaun Lebih Masa

38

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang pegawai menuntut elaun lebih masa pada 22 Oktober 2011


(Sabtu) dari pukul 10 pagi hingga 11 malam. Jumlah jam kerja lebih
masa bagi hari tersebut ialah 13 jam. Saya ingin bertanya, 1 jam yang
perlu ditolak dari 13 jam tersebut adalah pada kadar waktu siang
atau waktu malam?
Jawapan :
Bagi tuntutan elaun lebih masa bagi setiap 8 jam dan ke atas sehari,
perlulah ditolak 1 jam daripada jumlah jam lebih masa pada hari
berkenaan. Ini dikira sebagai waktu rehat. Dalam hal ini, 1 jam
perlulah ditolak setelah pegawai menjalankan tugasan lebih masa
selepas 8 jam iaitu jam yang ke-9.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Perintah Am Bab G - Waktu


Bekerja dan Lebih Masa

Pekeliling Perkhidmatan
Bil.10/1997

Pekeliling Perkhidmatan
Bil.13/2005

Pekeliling Perbendaharaan
Bil.3/2003

39

SOALAN DAN JAWAPAN

Layakkah seseorang pemandu itu menuntut elaun lebih masa


sekiranya pemandu menghantar pegawai menghadiri Majlis
Penutupan Kejohanan Karate Remaja & Kadet Dunia Ke-7 anjuran
Jabatan Ketua Menteri Melaka dan pemandu menghantar pegawai
ke Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka?
Jawapan :

Pemandu boleh menuntut Elaun Lebih Masa sekiranya mendapat


kebenaran Ketua Jabatan, majlis tersebut adalah majlis rasmi dan
tuntuan lebih masa tersebut adalah di luar waktu bekerja biasa
pemandu.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

40

SOALAN DAN JAWAPAN

Bolehkah tuntutan elaun lebih masa dibuat pada perhimpunan hari


pekerja di bukit jalil yang jatuh pada hari sabtu bagi kumpulan
sokongan?
Jawapan :

Tidak boleh. Kerja lebih masa bermaksud kerja-kerja yang dijalankan


di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada
seseorang kakitangan iaitu menjalankan tugas-tugas rasmi yang
berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya atau tugas rasmi
bagi jabatannya. Menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja bukanlah
satu tugas rasmi.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

41

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang pegawai Kumpulan Sokongan diarah bertugas pada hari


Kelepasan Am yang cutinya jatuh pada hari Ahad (1 Mei 2011). Cuti
Am dibawa ke hadapan iaitu hari Isnin (2 Mei 2011). Adakah kadar
kiraan pada 1 Mei 2011 dikira sebagai kadar hari hujung minggu atau
dikira hari Kelepasan Am? Bagi 2 Mei 2011, dikira sebagai kadar
kiraan Kelepasan Am atau hari hujung minggu.
Jawapan :
Kadar pada 1 Mei 2011 dikira sebagai kadar hujung minggu. Jika Hari
Kelepasan Am jatuh pada Hari Rehat Mingguan, maka Hari Kelepasan
Am itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Sebagai contoh,
sekiranya Hari Rehat Mingguan anggota ditetapkan pada hari Ahad,
dan Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Ahad tersebut, maka Hari
Kelepasan Am akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Isnin. Jika
Ketua Jabatan menghendaki anggota bertugas pada hari Ahad, maka
pegawai adalah layak dibayar ELM atas kadar Hari Rehat Mingguan,
dan jika dikehendaki bertugas pada hari Isnin, maka anggota adalah
layak dibayar ELM atas kadar Hari Kelepasan Am.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Perintah Am Bab '

42

g. Mengunjungi Wilayah Asal

43

SOALAN DAN JAWAPAN

Seorang Pegawai di JBG telah menuntut tambang wilayah asal dari Sibu
ke Johor Bahru. Manakala seorang dari anak beliau menuntut dari
Kuching ke Johor Bahru. Adakah beliau layak menuntut tambang
wilayah untuk anak beliau dari Kuching ke Sibu?
JAWAPAN:
Tidak boleh kerana merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bill.22
Tahun 2008 para 4(b) menerangkan pelaksanaan kemudahan Tambang
Mengunjungi Wilayah Asal adalah seperti tambang perjalanan pergi dan
balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke
ibu negeri wilayah asal atau bandar utama di wilayah asal.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan


22 Tahun 2008.

44

SOALAN DAN JAWAPAN

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.22 tahun 2008, perkara 4(b)


menyatakan tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari
tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah
asal atau bandar utama di wilayah asal; perkara 4(c) menyatakan
kadar tambang adalah meliputi keseluruhan kos tambang
pengangkutan termasuk tambang kapal terbang yang merangkumi
harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans
penumpang dan surcaj bahan api. Persoalannya, bolehkah pegawai
menuntut tambang teksi dari tempat tinggal pegawai di wilayah
berkhidmat ke Lapangan Terbang dan pulang semula ke tempat
tinggal pegawai di wilayah berkhidmat seperti yang dinyatakan di
perkara 4(b) dan 4(c)?
JAWAPAN:
Tidak boleh. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.22 Tahun
2008, perenggan 4.c, kadar tambang adalah meliputi keseluruhan
kos tambang pengangkutan termasuk tambang kapal terbang yang
merangkumi harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang,
insurans penumpang dan surcaj bahan api. Perbelanjaan lain seperti
penginapan, makan dan sebagainya adalah tanggungan pegawai
sendiri.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22


Tahun 2008, perenggan 4.C.

45

h. Tuntutan Perubatan

46

SOALAN DAN JAWAPAN

Seseorang pegawai yang


melanjutkan pengajian (Master) di
University, bawah tajaanya di luar Negara, tempoh (melebihi 12
bulan) ingin menuntut bayaran passport dan pemeriksaan perubatan
beliau dan keluarga. Adakah pegawai berkenaan layak menuntut
kembali bayaran berkenaan hanya seorang atau sekeluarga?
Jawapan :
Pegawai tersebut boleh menuntut bayaran passport untuk diri sendiri
dan juga keluarga. Bagi pemeriksaan perubatan sekiranya dilakukan
di hospital swasta, yang boleh dituntut adalah untuk pegawai sahaja
(pengesahan dari Bahagian Latihan JPA).

Perbendaharaan

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling
Bil.3/2003

47

SOALAN DAN JAWAPAN

Bagi perbelanjaan ubat, alat, perkhidmatan & rawatan. rawatan yang


dilakukan di Hospital Pusrawi. Nama rawatan tersebut ialah Pistula.
Apakah kod yang sesuai digunakan?. Apakah dokumen sokongan
yang patut ada untuk tuntutan ini?
Jawapan :
Terlebih dahulu PTJ perlu merujuk kepada Bahagian Perkembangan
Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengetahui apakah
itu ubat/alat/perkhidmatan /rawatan PISTULA dan adakah bayaran
ubat/
/alat/perkhidmatan/rawatan PISTULA tersebut boleh dituntut oleh
pegawai? Dan sekiranya rawatan tersebut boleh dituntut, Ketua
Jabatan adalah bertanggungjawab bagi melaksanakan peraturan bagi
pembiayaan kos kemudahan perubatan. Dokumen sokongan boleh
dirujuk dalam pekeliling perkhidmatan tersebut berdasarkan kategori
jenis permohonan/
tuntutan. KOD 15199

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Perintah Am Bab F Tahun 1974

Pekeliling
Perkhidmatan
Perkhidmatan Bilangan
21
Tahun 2009

48

SOALAN DAN JAWAPAN

ILIM ada menerima tuntutan perjalanan perubatan bagi salah seorang staf ILIM di
Cawangan Timur, Terengganu. Beliau bertugas di ILIM Cawangan Timur, Besut,
Terengganu dan membuat rawatan anak beliau di Hospital Universiti Sains
Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. rawatan tersbut dibuat di Hospital berkenaan
kerana hosp dan klinik berdekatan tidak dapat memberikan rawatan untuk anak
beliau. Persoalan saya, adakah bayaran ini boleh dibuat dan sekiranya boleh
pekeliling manakah yang perlu dirujuk?
Jawapan:
Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka
di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesyen
mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa
seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawaipegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut
elaun-elaun seperti dalam Bab B Perintah-perintah Am seolah-olah dia atau
keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan resmi. Tetapi sekiranya pegawai
itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari seorang pegawai perubatan di
tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan maka elaun-elaun
seperti di atas tidak boleh dituntut. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21
Tahun 2009 iaitu Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Perintah Am Bab F,- di bawah Rawatan


Untuk Pegawai-pegawai.

Perintah-perintah Am Bab B

Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2003

49

Adakah bayaran balik bagi consultation fee, administrative fee dan


registration fee bagi kemudahan perubatan dibenarkan?

SOALAN DAN JAWAPAN

Perintah Am B dan 9 Bab F


(1974)

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Jawapan:

Berdasarkan kepada Kemudahan Di Bawah Perintah Am B dan 9 Bab


F (1974) Tuntutan balik perbelanjaan bagi ubat dan perkhidmatan
rawatan yang diperoleh berasaskan preskripsi/surat Pegawai
perubatan Kerajaan atau Doktor Hospital Universiti dan disahkan
tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan atau Universiti
dibenarkan dituntut

50

Pekeliling
4/2001

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Bil.

Bil.

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah layak membuat tuntutan bayaran perubatan (suntikan vaksin


hepatitis A di hospital swasta sebelum pegawai bertolak keluar
negara atas urusan rasmi

Pekeliling
21/2009

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Jawapan:
Untuk makluman Pekeliling Perkhidmatan BIl 4 Tahun 2001 telah
dibatalkan oleh Pekeliling Pekhidmatan Bil 21 Tahun 2009
Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan. Para 8
dalam pekeling berkenaan menyatakan bahawa permohonan
perbelanjaan bagi pembekalan ubat, alat, perkhimatan perubatan
dan rawatan penyakit buah pinggang yang diperolehi di hospital/
klinik/ agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut :
i) Mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan; dan ii) Kemudahan
perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh
hospital/ klinik Kerajaan; dan iii) Perakuan keperluan kemudahan
perubatan dan pengesahan oleh pegawai perubatan Kerajaan
mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan iv) Permohonan
dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09 Sekiranya
pegawai menepati tatacara seperti yang dinyatakan, maka beliau
layak menuntut.

51

i. Bayaran Balik

52

SOALAN DAN JAWAPAN


Pegawai dikenakan bayaran balik (Denda Pegawai Awam) sejumlah
RM3,800.00 atas kehilangan Laptop Jabatan. Kod caj yang digunakan
adalah 76106. i. Bolehkah denda tersebut dibayar secaran ansuran
dua kali bayar. ii. Bolehkah bayaran dibuat secara potongan gaji.
JAWAPAN:
Pembayaran balik denda tersebut boleh dibayar secara ansuran
melalui potongan gaji pegawai. Walau bagaimanapun, kelulusan
daripada Ketua Jabatan adalah diperlukan dan permohonan perlu
dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan jabatan pegawai untuk
tujuan rekod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Tambahan
jawapan: Adalah dimaklumkan bahawa bayaran balik tidak akan
memberi kesan kepada prestasi, peluang kenaikan pangkat, berkursus
dan sebagainya ke atas seseorang pegawai kerana ia bukan
merupakan tindakan tatatertib. Tujuan direkodkan adalah bagi
memastikan pegawai tidak melakukan kesalahan yang sama
berulangkali dan jika berulang kali dilakukan maka tindakan yang lebih
tegas boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat berdasarkan
rekod dalam Buku Perkhidmatan. Kaedah bayaran balik kehilangan
secara ansuran boleh dirujuk di bawah AP 327.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

53

SOALAN DAN JAWAPAN

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Saya ingin bertanya samada pembayaran boleh dibuat atau tidak bagi pegawai Gred
Pekeliling
Jusa B (Ketua Bahagian) yang menuntut bayaran balik bagi talian telefon (rumah). Perbendaharaan Bil.
Untuk makluman jua, pegawai tersebut telah dibekalkan talian telefon bimbit.
3/2001

Pekeliling
Jawapan :
Perbendaharaan Bil
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 /2001, perenggan 3 (i), bagi Gred 12/1994
Jusa B adalah layak untuk dibekalkan talian telefon bimbit dan talian telefon rasmi
rumah. Manakala Pekeliling Perbendaharaan Bil 12/1994, perenggan 4.4, Pegawai
Pengawal adalah bertanggungjawab mengawasi dan menentukan bahawa
perbelanjaan bagi pemasangan dan penggunaan telefon adalah terhad kepada
keperluan urusan rasmi sahaja. Dengan itu tuntutan bayaran balik bagi talian telefon
(rumah) boleh dibuat dan perkara bagi perenggan 4.4 perlu diambil kira.

54

SOALAN DAN JAWAPAN

Adakah staf yang diberi kebenaran untuk memandu kereta jabatan sedangkan
jawatan hakikinya adalah PAP atau PAR layak untuk menuntut bayaran balik lesen
memandu?
Jawapan :
Pemandu adalah layak untuk menuntut bayaran balik lesen memandu. Sekiranya
staf bukan pemandu tetapi telah diarahkan menjalankan tugas memandu
sepanjang masa, maka pegawai tersebut layak untuk menuntut bayaran balik lesen
memandu dengan kebenaran/pengesahan dari Ketua Jabatan. Bagi staf yang hanya
memandu bergantung kepada keperluan jabatan, maka ianya tidak layak menuntut
bayaran balik lesen memandu kerana telah dibayar elaun tugas memandu
kenderaan.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 12 Tahun 2007

55

j. Panjar Wang Runcit

56

SOALAN DAN JAWAPAN

Berapakah had maksimum yang boleh dituntut melalui Panjar Wang


Runcit untuk satu bekalan atau perkhidmatan (dalam satu resit)?
Untuk makluman tuan/puan, jumlah wang panjar jabatan ini adalah
sebanyak RM 500.00 sahaja.
Jawapan :
AP97(d) menyatakan dengan seberapa yang boleh semua
pembayaran bil yang tidak melebihi RM500.00 hendaklah dibuat
daripada panjar wang runcit jabatan yang melakukan perbelanjaan
itu. Arahan ini tidak menghalang bil yang lebih besar jumlahnya
dibayar daripada wang runcit jika praktikal dan berfaedah.
Walaubagaimanapun asas yang dinyatakan pada para 3 (a) dalam
Garis Panduan Tuntutan Pembayaran Melalui PWR oleh JANM
bertarikh 16 Ogos 2010 hendaklah dirujuk.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Arahan Perbendaharan 97.

Surat Jabatan Akauntan Negara


Malaysia,
Ruj:
ANM/POPA/SPA/4/2.12
Jld.4(5) bertarikh
16 Ogos 2010.

57

SOALAN DAN JAWAPAN

Boleh atau tidak Majlis Jamuan Raya 1 Malaysia yang dianjurkan oleh
Jabatan dijalankan dengan menggunakan Panjar Wang Runcit ?

Jawapan :
Tidak boleh. Kelulusan daripada Perbendaharaan adalah diperlukan
untuk tujuan ini.

PERATURAN DAN
PEKELILING YANG
BERKUATKUASA

Arahan Perbendaharan 97.

Surat Jabatan Akauntan Negara


Malaysia,
Ruj:
ANM/POPA/SPA/4/2.12
Jld.4(5) bertarikh
16 Ogos 2010.

58

PENUTUP

Buku Soalan Dan Jawapan Berkaitan Dengan


Peraturan Kewangan ini diharap dapat
memberi manfaat kepada semua pegawai di
PTJ untuk memastikan Peraturan Kewangan
dipatuhi.

59

Anda mungkin juga menyukai