Anda di halaman 1dari 104

PERINTAH-PERINTAH AM

BAB G

WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA

PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut telah


dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha
Mulia Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan
Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132
Perlembagaan.

(Berkuatkuasa mulai 1 Februari 1974)


WAKTU BEKERJA

1
1
1) WAKTU BEKERJA PEJABAT

2) WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT


(Giliran/Pusingan Kerja)

3) WAKTU BEKERJA TERPUTUS-PUTUS

4) WAKTU BEKERJA YANG BERLAINAN


1) WAKTU BEKERJA PEJABAT
P.A. 1, BAB G
Kecuali dengan kebenaran daripada Ketua
Pengarah Perkhidmatan awam, semua pejabat
hendaklah memakai Waktu Bekerja Pejabat
seperti berikut :-

a) Di negeri-negeri di mana hari Jumaat


adalah cuti mingguan, waktu bekerja
pejabat adalah :-
Waktu Bekerja
• Hari Bekerja Penuh :- 8.00 pg – 5.00 ptg

• Waktu Makan : - 1.00 t/h – 2 ptg


pada hari bekerja
penuh
b) Di negeri-negeri di mana hari Jumaat
bukan cuti mingguan, waktu bekerja
pejabat adalah :-

Hari Bekerja Penuh - 8.00 pg – 5.00 ptg

Waktu Makan - 1.00 t/h – 2 ptg


(kecuali hari Jumaat) pada hari bekerja
penuh
Waktu Makan - 12.15 t/h – 2.45 ptg
(hari Jumaat –
Semenanjung)
Sabah dan Sarawak - 11.30 pg – 2.00 ptg
(i) Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat
(WBB) mula diperkenalkan pada tahun 1998
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1
Tahun 1998 hanya untuk kawasan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan Waktu Bekerja 5 Hari


Seminggu bermula pada tahun 2005,
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
13 Tahun 2005.
Sambungan
Pelaksanaan di semua agensi Kerajaan
Persekutuan di seluruh negara melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 yang
berkuatkuasa mulai Jun 2007.

Tempoh Waktu Pejabat WBB adalah seperti


berikut:-
Tempoh Waktu Pejabat WBB

Negeri Hari Tempoh Waktu Pejabat


(Sehari)

Perlis, Pulau Pinang,


Perak, Selangor, Negeri Isnin - Khamis 9 jam
Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Jumaat 7 jam 30 minit
Lumpur, Labuan dan
Putrajaya)

Kedah, Kelantan dan Isnin - Khamis 9 jam


Terengganu
Ahad 7 jam 30 minit
(iii) WBB ini mempunyai 3 Waktu Peringkat
I) WP1,
II) WP2
III) WP3.

Manakala Waktu Pejabat dibuka dari jam


7.30 pagi hingga 5.30 petang.

(iv) Waktu Peringkat, Waktu Bekerja dan Waktu


Rehat adalah ditetapkan seperti jadual-
jadual di bawah:-
Waktu Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur dan Putrajaya)

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.30 ptg
Waktu Bekerja Berperingkat di Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg
Waktu Bekerja Berperingkat di Sarawak

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.30 ptg
Waktu Bekerja Berperingkat di
Kedah, Kelantan dan Terengganu

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Ahad- Rabu 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg- 2.00 ptg 2.00 ptg - 3.00tg

WP2 Ahad-Rabu 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 3.30 ptg

Ahad-Rabu 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg
WP3
Khamis 8.30 pg – 12.15 tgh 1.00ptg. –2.00 ptg 2.00 ptg – 4.00 ptg
OBJEKTIF WBB

Objektif WBB ialah :

(i) Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada


orang awam

(ii) Memanjangkan tempoh masa perkhidmatan


kepada orang awam

(iii) Mempertingkatkan sistem penyampaian


kepada orang awam
(iv) Memberi pilihan masa bekerja kepada
pegawai mengikut Waktu Peringkat yang
sesuai dengan keperluan pegawai dan
keluarga.

(v)
Mengurangkan masalah kesesakan lalu
lintas melalui pergerakan secara
berperingkat semasa pegawai pergi dan
balik daripada pejabat.
PELAKSANAAN WBB

(i) WBB wajib dilaksanakan di semua agensi


Kerajaan Persekutuan d seluruh negara
kecuali bagi pegawai yang tidak
mengamalkan waktu pejabat biasa seperti
waktu bekerja giliran.
sambungan

(ii) Bagi menjamin keberkesanan WBB,


pegawai hendaklah membuat perancangan WP
dengan memilih WP1 atau WP2 atau WP3 bagi
setiap bulan dalam setahun dengan menggunakan
borang berkenaan, tertakluk kepada persetujuan
Ketua Jabatan.
(iii) Bagi perkhidmatan kaunter yang
perlu dibuka secara berterusan, Ketua
Jabatan boleh membuat penyesuaian
kepada Waktu Rehat pegawai dengan
syarat masa rehat pegawai diganti pada
hari yang sama.
TARIKH KUATKUASA
Pelaksanaan WBB berkuatkuasa mulai
1 Jun 2007

PEMAKAIAN

(i) Tertakluk kepada penerimaan oleh Pihak


Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun
dan Pihak Berkuasa Tempatan masing-
masing.

(ii) Sekiranya pelaksanaan WBB diterima, maka


WBB adalah wajib dilaksanakan.
P.A. 5, BAB G
Mematuhi Waktu Bekerja

Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan


sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu
bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa
yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang
hendak meninggalkan pejabatnya di waktu
bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran daripada pegawai yang menjaganya
sebelum berbuat demikian.
2) WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN / PUSINGAN KERJA )

KERJA SEHARI BIASA


(P.A. 6 BAB ‘G’)
Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja
sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa
bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam
melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah
Am 7. Bila sesuatu jenis kerja itu tidak
bersambung terus menerus maka Waktu Bekerja
sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan
jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam.
KERJA SEMINGGU
(P.A. 7 BAB ‘G’)

Pekerjaan dalam seminggu hendaklah


mengandungi enam masa bekerja atau giliran
iaitu terdiri dari 5 masa bekerja sebanyak 8
jam sekali dan satu giliran sebanyak 6 jam
sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi
satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN)

Waktu Bekerja Giliran seseorang pegawai


adalah ditentukan tertakluk kepada asas-
asas berikut -

Masa Kerja termasuk Masa Rehat dalam


seminggu hendaklah berjumlah 46 jam;
Masa Kerja tidak termasuk Masa Rehat
dalam seminggu hendaklah berjumlah 45
jam;

Masa Kerja sehari untuk hari pertama


hingga hari kelima hendaklah berjumlah 9
jam termasuk Masa Rehat;

Masa Kerja sehari untuk hari keenam


hendaklah berjumlah 6 jam;
Masa Rehat selama 1 jam hendaklah
diberi apabila bekerja selama 8 jam pada
hari pertama hingga hari kelima; dan

Hari Rehat Mingguan hendaklah diberi 1


hari dalam seminggu mengikut jadual
gilirannya.
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN/PUSINGAN KERJA)

WAKTU BEKERJA BIASA (Terus – Menerus)

5 giliran/pusingan x 8 jam = 40 jam

1 giliran/pusingan x 6 jam = 6 jam

46 jam
WAKTU REHAT (MAKAN)

5 giliran/pusingan x 1 jam (Rehat) = 5 jam

Jumlah Waktu Bekerja sebenar


dalam seminggu adalah -

46 jam – 5 jam = 41 jam

CATATAN:

Peraturan P.A. Bab ‘G’, S.P.P. Bil. 1/1980


CONTOH WAKTU BEKERJA GILIRAN
(TERUS MENERUS)

a) Giliran / Pusingan 1
Hari Waktu Bekerja
Ahad 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Isnin 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Selasa 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Rabu 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Khamis 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Jumaat 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Separuh
Sabtu - Hari Rehat Mingguan
Catatan :
Waktu Bekerja dari jam 2 ptg – 4 ptg pada Hari Bekerja
Separuh dikira sebagai kerja lebih masa (2 jam)
CONTOH WAKTU BEKERJA GILIRAN
(TERUS MENERUS)

b) Giliran / Pusingan 2
Hari Waktu Bekerja
Ahad 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Isnin 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Selasa 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Rabu 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Khamis 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Jumaat 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Separuh
Sabtu - Hari Rehat Mingguan
Catatan :
Waktu Bekerja dari jam 10 mlm – 12 mlm pada Hari
Bekerja Separuh adalah dikira sebagai kerja lebih masa
CONTOH WAKTU BEKERJA GILIRAN
(TERUS MENERUS)

b) Giliran / Pusingan 3
Hari Waktu Bekerja
Ahad 12.00 mlm-8.00pg Hari Bekerja Penuh
Isnin 12.00 mlm- 8.00pg Hari Bekerja Penuh
Selasa 12.00mlm-8.00pg Hari Bekerja Penuh
Rabu 12.00 mlm-8.00pg Hari Bekerja Penuh
Khamis 12.00 mlm-8.00pg Hari Bekerja Penuh
Jumaat 12.00 mlm-8.00pg Hari Bekerja Separuh
Sabtu - Hari Rehat Mingguan
Catatan :
Waktu Bekerja dari jam 6.00pg – 8.00pg pada Hari
Bekerja Separuh adalah dikira sebagai kerja lebih masa
3) WAKTU BEKERJA TERPUTUS-
PUTUS

Waktu Bekerja Terputus-putus seseorang


pegawai adalah ditentukan tertakluk
kepada asas-asas berikut -

Masa Kerja sehari boleh lebih daripada 8


jam tetapi tidak melebihi 12 jam termasuk
sekurang-kurangnya 1 jam Masa Rehat.
Masa Kerja tidak termasuk Masa Rehat
dalam seminggu hendaklah berjumlah 41
jam.

Masa Kerja termasuk Masa Rehat dalam


seminggu hendaklah berjumlah 46 jam.

Hari Rehat Mingguan hendaklah diberi 1


hari dalam 1 minggu.
Contoh:

Waktu Kerja - 6.00 pagi – 9.00 pagi (3 jam)

Bebas dari tugas - 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)

Waktu Rehat - 11.00 pg – 12.00 t/hari (1 jam)

Waktu kerja - 12.00 t/hari – 2.00 ptg (2 jam)

Bebas dari tugas - 2.00 ptg – 4.00 ptg (2 jam)

Waktu kerja - 4.00 ptg – 6.00 ptg (2 jam)

12 jam
WAKTU KERJA SEHARI

Waktu Kerja = 7 jam

Waktu Rehat = 1 jam

Bebas dari tugas = 4 jam


12 jam
WAKTU KERJA SEMINGGU

Waktu Kerja = 41 jam

Waktu Rehat = 5 jam

Bebas dari tugas = 20 jam


4) MENGADAKAN WAKTU BEKERJA YANG
BERLAINAN

Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu


bekerja yang berlainan daripada P.A. 1 dan 2
hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran
daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia. Contoh membuka pejabat jam
10.00pagi dan tutup pejabat jam pada jam 7.00
malam
(Istana Budaya, Balai Seni lukis Negara dll)

P.A. 4, BAB G
HARIMINGGUAN
HARI MINGGUANMENGIKUT
MENGIKUTAGAMA
UGAMA
PERINTAH
(P.A. 8AM 8 BAB
BAB ‘G’) G

Di mana sesebuah Jabatan dikehendaki


memberi perkhidmatan selama 7 hari
dalam seminggu, Ketua Jabatan patutlah,
bila ini dapat dilaksanakan dengan mudah
tanpa menganggu perkhidmatan,
mengatur hari bertugas pegawai-
pegawainya sebegitu cara supaya tiap-
tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat
mingguannya mengikut ugamanya.
MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT
(P.A. 10 BAB ‘G’)

Di mana seseorang pegawai yang


berugama Islam tidak dapat diberi hari
Rehat Mingguan pada hari Jumaat maka
masa yang berpatutan bolehlah diberi
kepadanya untuk menunaikan
sembahyang Jumaat.
LEBIH MASA
PEGAWAI / ANGGOTA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA
DI BAWAH SSB

Kumpulan Sokongan

[Perenggan B 24(b) Lampiran D6,


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun
1991, muka surat 1341].
PEGAWAI / ANGGOTA YANG TIDAK
LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA
DI BAWAH SSB

Kumpulan Pengurusan & Profesional

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Anggota dalam perkhidmatan Polis,


Penjara, Bomba dan Tentera.

[Perenggan B 24 (b) Lampiran D6,


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun
1991, muka surat 1341].
BILA BAYARAN LEBIH MASA
BOLEH DIBAYAR

Apabila pegawai dalam Kumpulan


Sokongan dikehendaki/diarah oleh Ketua
Jabatan bekerja -

Melebihi tempoh masa bekerja


yang ditetapkan (Waktu Bekerja
pejabat atau giliran/pusingan
kerja)
BILA BAYARAN LEBIH MASA
BOLEH DIBAYAR

Pada Hari Rehat Mingguan

Pada Hari Kelepasan Am

Di luar Waktu Bekerja Biasa


Pegawai
KERJA-KERJA YANG MELAYAKKAN
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja Lebih Masa yang


ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Pejabat
atas kepentingan awam atau
kepentingan perkhidmatan.

Kerja-kerja Lebih Masa tidak boleh


dilakukan secara sewenang-wenang
oleh seseorang pegawai untuk maksud
dibayar Elaun Lebih Masa.
KERJA-KERJA YANG MELAYAKKAN
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja Lebih Masa itu hendaklah


bagi kerja-kerja bersifat rasmi sahaja,
iaitu menjalankan tugas-tugas bagi
jawatannya atau jabatannya, tetapi
bukan untuk menjalankan tugas-tugas
bersifat peribadi/personalnya.
CORAK / JENIS KERJA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Meliputi jenis tugas seperti


perkhidmatan kaunter, pemerosesan,
penyeliaan dan pengawasan dengan
tertakluk kepada syarat-syarat kerja
seperti berikut -

Kerja-kerja kecemasan;
CORAK/JENIS KERJA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja mustahak dan tidak boleh


ditangguhkan pada hari berikutnya
oleh sebab penangguhan itu boleh
memudaratkan perkhidmatan;

Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat


oleh anggota melebihi bidang tugas
biasanya;
CORAK/JENIS KERJA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja yang perlu diuruskan


dalam jangkamasa yang terhad.

[Perenggan B24, Lampiran D6,


P.P. Bil. 9 Tahun 1991]
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

Takrif yang berikut akan dipakai bagi


menentukan jenis-jenis kerja yang
boleh dibayar bayaran lebih masa.

“Kerja Siang” bermakna sebarang


giliran bertugas tambahan yang
dikerjakan di antara jam 6 pagi
hingga 10 malam.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

“Kerja Malam” bermakna sebarang


giliran bertugas tambahan yang
dikerjakan di antara jam 10 malam
hingga 6 pagi.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

“Kerja Kecemasan” bermakna sebarang


tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan
sebagai tugas kecemasan yang
memerlukan tenaga pekerja lebih daripada
biasa. Masa seseorang pegawai sedang
bertugas biasa yang diistiharkan sebagai
kecemasan akan dianggap sebagai
termasuk dalam kerja kecemasan.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi


memulihkan semula perhubungan-
perhubungan atau perkhidmatan-
perkhidmatan penting yang terputus
atau terganggu, atau memelihara
perhubungan-perhubungan atau
perkhidmatan-perkhidmatan tersebut
daripada terganggu atau terancam.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap


berakhir bila perhubungan-perhubungan
telah tersambung semula atau
perkhidmatan-perkhidmatan penting telah
berjalan semula, atau apabila kedua-duanya
lepas daripada gangguan atau ancaman.
KADAR BAYARAN LEBIH MASA
(P.A. 13 BAB ‘G’)
Kadar bayaran bagi kerja-kerja di
Perintah Am 12 adalah dikira dengan
mendarab bayaran sejam dengan
gandaan bayaran seperti dalam
Lampiran A. Bayaran sejam bagi
seseorang pegawai adalah diperolehi
dengan membahagi gaji tahunannya
dengan faktor 313 x 8.

[Gaji Pokok x 12 x Jumlah Gandaan]


313 x 8
PEKELILING PERKHIDMATAN
BI. 2 TAHUN 1977

KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIH MASA


(P.A. 13)

Berikut ialah kadar gandaan bayaran lebih


masa mengikut jenis kerja lebih masa.
GANDAAN BAYARAN

Hari Bekerja Hari Rehat Hari


Biasa Biasa Kelepasan

Kerja Siang 1 1/8 kali 1 1/4 kali *1 3/4 kali

Kerja Malam 1 1/4 kali 1 1/2 kali *2 kali

Kerja Kecemasan

Pegawai Sedang
bertugas
Bagi baki masa 1 1/2 kali 1 1/2 kali 1 3/4 kali
Dalam giliran (Siang) Siang) (Siang)

1 3/4 kali 1 3/4 kali 2 kali


(Malam) (Malam) (Malam)
GANDAAN BAYARAN

Hari Bekerja Hari Rehat Hari


Biasa Biasa kelepasan

Setelah tamat *1 3/4 kali *1 3/4 kali *1 3/4 kali


giliran (Siang) Siang) (Siang)

*2 kali *2 kali
*2 kali
(Malam) (Malam)
(Malam)

Pegawai Tiada *1 3/4 kali *1 3/4 kali *1 3/4 kali


Bertugas (Siang) Siang) (Siang)
*2 kali
*2 kali *2 kali
(Malam)
(Malam) (Malam)

Pegawai boleh mendapat bayaran minima tidak kurang


daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas itu tidak
sampai 2 jam.
PELBAGAI
KETUA JABATAN BOLEH
MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT
DI LUAR MASA BIASA

Walau apapun perbekalan-perbekalan lain


dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah
Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan
atau pejabat boleh menghendaki mana-
mana pegawainya bertugas di luar masa
yang ditetapkan apabila pada
pandangannya ini adalah untuk kepentingan
awam atau kepentingan perkhidmatan.
KETUA JABATAN BOLEH
MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT
DI LUAR MASA BIASA

Ini termasuklah kehadiran ke pejabat lebih


awal atau tinggal di pejabat lebih lewat
daripada masa yang ditetapkan, atau hadir
di pejabat pada hari-hari minggu atau
kelepasan am.

[PERINTAH AM, 17, BAB ‘G’]


BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA
(P.A. 17 BAB ‘G’)

Walau apapun perbekalan-perbekalan lain


dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah
Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan
atau Pejabat boleh menghendaki mana-
mana pegawainya bertugas di luar masa
yang ditetapkan apabila pada
pandangannya ini adalah untuk kepentingan
awam atau kepentingan perkhidmatan.
PERMULAAN DAN AKHIR TUGAS
(P.A. 19 BAB ‘G’)

Di mana tempat bekerja adalah jauh


daripada tempat melapurkan diri, pegawai-
pegawai adalah dianggap mulai bekerja di
tempat mereka melapurkan diri dan
dianggap menamatkan kerja di tempat yang
sama.
TUNTUTAN PERJALANAN DAN KERJA LEBIH
MASA

Elaun perjalanan dari rumah ke pejabat


dan sebaliknya kerana bertugas lebih masa
tidak layak dituntut melainkan untuk tugas
secara khas.

Surat Pekeliling Perbendaharaan


Bilangan 18 Tahun 1982
• `Tugas `secara khas' ini dimaksudkan sebagai
kerja-kerja berupa cemas atau dharurat yang perlu
diselenggarakan dengan serta-merta bagi menjaga
kepentingan awam atau perkhidmatan. Kerja-kerja
tersebut juga tidak boleh ditangguhkan untuk
dilaksanakan di waktu-waktu bertugas biasa.
3 . Perjalanan-perjalanan yang mungkin terlibat
semasa menjalankan tugas rasmi selepas
waktu pejabat biasa itu adalah seperti berikut:-

(a) Perjalanan dari rumah ke pejabat dan


balik;
(b) Perjalanan dari rumah ke pejabat kemudian
ke tempat tugas atau ke tempat bertugas
dulu kemudian ke pejabat) dan balik ke
rumah
(c) Perjalanan dari rumah terus ke tempat
bertugas dan balik ke rumah
(d) Tuntutan Perjalanan dan Bayaran Lebih Masa
tidak layak dituntut.
BAYARAN LEBIH MASA DAN ELAUN-ELAUN
KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI DI
LUAR KAWASAN IBU PEJABAT

[ SURAT JPA(S)63/31 (SV 12) - 15 NOVEMBER 2001 ]

Pegawai berkelayakan adalah boleh menuntut


Bayaran Lebih Masa bersekali dengan elaun-
elaun kerana menjalankan tugas rasmi di luar
kawasan Ibu Pejabat, seperti Elaun Harian,
Elaun Makan, Elaun Lojing, Elaun Perjalanan
Kenderaan dan sebagainya di bawah
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1992 dengan
tertakluk kepada peraturan dan syarat yang
ditetapkan.
[ SURAT JPA(S)63/31 (SV 12) - 15 NOVEMBER 2001 ]

Bagi seseorang pegawai selain daripada


pemandu, masa perjalanan di luar masa Kerja
boleh dikira sebagai Kerja Lebih Masa jika
tempoh waktu bertugas di luar kawasan
pejabat itu adalah kurang daripada tempoh
24 jam.
Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka
seseorang pegawai tersebut adalah tidak
layak dibayar bayaran Lebih Masa bagi masa
dalam perjalanan.
MASA DALAM PERJALANAN

Seseorang pemandu yang diarah Bekerja


Lebih Masa di luar kawasan pejabat adalah
layak menuntut bayaran Lebih Masa
termasuk masa perjalanan kerana tugas
memandu adalah tugas hakiki pemandu
berkenaan.
CUTI GANTIAN

Seseorang pegawai yang tidak


berkelayakan mendapat bayaran kerana
bekerja lebih masa atau sebarang bayaran
khas lain boleh diberi cuti gantian kerana
di panggil bertugas lebih masa pada hari
bekerja biasa, hari cuti am atau kelepasan
mingguan.

PERINTAH AM 40, BAB ‘C;


CUTI GANTIAN

Cuti Gantian hendaklah sama banyak


dengan masa yang dipanggil bertugas lebih
masa itu.

[ PERINTAH AM, 40, BAB ‘C’ ]


CUTI GANTIAN

Satu hari Cuti Gantian hendaklah


bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa,
sama ada diberi pada hari bekerja penuh
atau pada hari bekerja separuh.
CUTI GANTIAN

Bagi tujuan cuti gantian:-

(i) Kerja lebih masa boleh dikumpul untuk


tempoh dua bulan

(ii) Cuti hendaklah digunakan dalam tempoh 6


bulan dari tarikh diluluskan oleh pegawai
- sekira tidak digunakan dalam tempoh
ini, cuti tersebut akan luput
BAYARAN LEBIH MASA DI GANTI
DENGAN CUTI GANTIAN

Ketua Jabatan boleh dengan


budibicaranya untuk memberi Cuti
Gantian kepada pegawai yang memohon
supaya kerja-kerja lebih masa yang telah
dilakukannya digantikan dengan Cuti
Gantian tertakluk kepada kepentingan
awam atau kepentingan perkhidmatan.
BAYARAN LEBIH MASA DI GANTI
DENGAN CUTI GANTIAN

Ketua Jabatan tidak boleh memaksa


seseorang pegawai untuk diberi Cuti
gantian bagi Bayaran Lebih Masa yang
dilayakinya.
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA

Ketua Jabatan/Pejabat hendaklah


mentadbir kerja-kerja Lebih Masa
supaya jumlah tuntutan Bayaran Lebih
Masa dalam sebulan bagi seseorang
pegawai/ kakitangan itu tidak melebihi
1/3 daripada gaji bersih bulanannya.

[P.P. Bil. 2/1977 – Perenggan 9 Lampiran D,


S.P.P. Bil. 1/1980)]
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Pegawai/kakitangan boleh diberi Bayaran


Lebih Masa yang jumlahnya melebihi 1/3
daripada gaji bulanan dengan syarat-syarat
berikut -
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Semua pekerja yang terlibat dalam


sesuatu urusan di tempat yang sama
telah menjalankan kerja lebih masa
yang melibatkan pelangkauan had 1/3
daripada gaji bersih bulanan.
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Pekerja yang tidak mahu membuat


kerja-kerja lebih masa telah membuat
pengakuan sebegitu dengan surat.

Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-


sangat munasabah tetapi terkeluar
daripada panduan di atas.
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Tuntutan hendaklah dipersijilkan oleh


Pegawai Tingkatan tertinggi dalam
Kumpulan A (Gred 48).

[ S.P.P. Bil. 21/1977]


HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Bayaran Elaun Lebih Masa kepada Drebar


Menteri / Timbalan Menteri adalah tidak
terhad kepada 1/3 daripada sebulan gajinya.

[ S.P.P. Bil. 24/1977]


TEMPOH MINIMA MELAKUKAN KERJA LEBIH MASA

• Pegawai penyelia yang mengarahkan pegawai


dibawahnya apabila melakukan kerja lebih masa
hendaklah bagi tempoh minima sekurang-
kurangnya 1 jam.
TUNTUTAN LUAR KAWASAN PEJABAT

Bagi seseorang pegawai yang bertugas di


luar kawasan pejabatnya, maka kadar
tuntutan bayaran Lebih Masa hendaklah
dikira berdasarkan Waktu Bekerja dimana
terletaknya kawasan pejabat seseorang
pegawai berkenaan.
TUNTUTAN LUAR KAWASAN PEJABAT

• Contoh :
Pegawai yang beribu pejabat di Putrajaya telah
diarahkan untuk bertugas di Kelantan pada hari
Jumaat hingga ke hari Isnin.

Pegawai dianggap menjalankan kerja lebih masa


apabila pegawai menjalankan tugas pada hari
Ahad yang merupakan hari bekerja di Kelantan.

Bertugas pada hari Jumaat ?


BAYARAN LEBIH MASA SEBENAR

Bayaran Lebih Masa dibayar berdasarkan


Masa Kerja Lebih Masa yang sebenar
telah dilakukan oleh seseorang pegawai
tidak termasuk masa tidak menjalankan
tugas seperti rehat, makan dan masa
sembahyang.
BERTUGAS DALAM TEMPOH WAKTU
REHAT
Seorang pegawai yang menjalankan tugas
pada Masa Rehat hendaklah diganti Masa
Rehat pada hari yang sama.

Sekiranya masa Rehat tersebut tidak


dapat diganti pada hari yang sama
pegawai boleh dibayar Bayaran Lebih
Masa.
TUNTUTAN HARI KELEPASAN AM
(WAKTU BEKERJA PEJABAT)

• Seseorang pegawai yang diarah menjalankan


tugas rasmi pada hari Rehat Mingguannya
layak diberi Bayaran Lebih Masa atas kadar
Hari Rehat
• Sekiranya seorang pegawai diarah untuk
menjalankan tugas rasmi pada Hari Kelepasan
Am, maka beliau layak diberi Bayaran Lebih
Masa atas kadar Hari Kelepasan Am.
• Sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari
rehat mingguan pegawai, maka Hari Kelepasan
Am tersebut akan ditangguhkan ke hari bekerja
yang berikutnya.
• Contoh:

Hari Pekerja yang merupakan Hari


Kelepasan Am jatuh pada Hari Ahad . Hari

Ahad adalah hari rehat mingguan bagi


kakitangan yang bertugas mengikut Waktu
Bekerja Pejabat.
Sekiranya seseorang pegawai telah diarah
untuk bertugas pada Hari Pekerja ini, maka
beliau layak menuntut Bayaran Lebih Masa
atas kadar Hari Rehat Biasa.

Sekiranya hari beliau diminta juga untuk


bertugas pada hari berikutnya, maka beliau
layak menuntut Bayaran Lebih Masa atas
kadar Hari Kelepasan Am.
TUNTUTAN HARI KELEPASAN AM
(WAKTU BEKERJA GILIRAN)

Jika hari giliran bertugas seseorang


pegawai jatuh pada Hari Kelepasan Am
maka seseorang pegawai layak menuntut
Bayaran Lebih Masa atas kadar Hari
Kelepasan Am bagi tempoh Waktu
Bekerja pada hari tersebut.
PENUNDAAN HARI KELEPASAN AM
(WAKTU BEKERJA GILIRAN)

Jika Hari Rehat Mingguan yang telah


ditetapkan bagi seseorang pegawai
bekerja giliran jatuh pada Hari Kelepasan
Am, maka Hari Kelepasan Am bagi
seseorang pegawai tersebut itu ditunda
pada hari bekerja berikutnya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Seseorang pemandu tidak layak


menuntut Bayaran Lebih Masa sekiranya
menjalankan tugas yang tidak berkaitan
dengan tugas rasmi jabatan atau tugas
rasmi pegawai yang dibawanya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Masa menunggu di luar Masa kerja bagi


seseorang pemandu kerana menjalankan
tugas rasmi jabatannya atau tugas rasmi
pegawai yang dibawanya adalah dikira
sebagai Kerja Lebih Masa. Walau
bagaimanapun Ketua jabatan hendaklah
memastikan bahawa tempoh menunggu
itu adalah munasabah.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Seseorang pemandu tidak layak


menuntut bayaran Lebih Masa bagi masa
perjalanannya dari rumah ke pejabat atau
ke tempat melapor diri untuk bertugas
dan sebaliknya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Seseorang pemandu layak menuntut


bayaran Lebih Masa bagi masa
perjalanannya dari rumah pegawai ke
pejabat atau sebaliknya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Pegawai yang menerima Elaun


Tanggungjawab Pemandu layak menuntut
Bayaran Lebih Masa di samping menerima
bayaran Elaun Tanggunggjawab Pemandu.
Bayaran itu layak diterima sekiranya tugas
tersebut dijalankan atas tugasan rasmi dan
berada di luar waktu bekerja biasa pegawai.
KURSUS, SEMINAR, BENGKEL DAN
SEUMPAMANYA

Peserta-peserta Kursus, Seminar,


Bengkel dan seumpamanya tidak layak
menerima Bayaran Lebih Masa atau Cuti
Gantian, walaupun ia melibatkan kerja-
kerja Lebih masa dalam tempoh kursus,
seminar dan bengkel tersebut.
BAYARAN SAGUHATI ATAU
BAYARAN LAIN
• Pegawai yang menjalankan tugas lebih masa
dan menerima Bayaran Saguhati atau bayaran
khas lain, tidak layak menuntut Bayaran Lebih
Masa.

• Contoh;

• Bayaran Penceramah, Bayaran Saguhati


Persidangan.
LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG MENANGGUNG
KERJA
(PEKEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17
TAHUN 2007)

Pegawai yang sedang menerima Elaun


Tanggungan Kerja adalah layak diberi
Bayaran Lebih Masa dengan syarat
ditolak 2 jam 15 min. dari tempoh Waktu
Bekerja Lebih Masa yang telah dijalankan.
LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG SEDANG
MEMANGKU

• Seorang pegawai yang sedang memangku kerja


boleh menjalankan kerja lebih masa dan kadar
bayaran kerja lebih masa untuk 1 jam adalah
berasaskan gaji pokok hakiki pegawai.
TIDAK HADIR BERTUGAS DAN LEBIH MASA

Perintah Am 11.

Bayaran lebih masa boleh dibayar kepada


pegawai yang dikehendakki menjalankan tugas
melebihi daripada masa bekerja yang
disyaratkan baginya.

Maksud:

Pegawai yang tidak hadir bertugas kerana


cuti/cuti sakit/ berkursus atau lain-lain sebab
tidak boleh dibayar Bayaran Lebih Masa apabila
menjalankan kerja lebih masa.

Anda mungkin juga menyukai