Anda di halaman 1dari 12

UNDANG-UNDANG UMUM

PEPERIKSAAN KPSL PENOLONG PEGAWAI TADBIR


TAHUN 2009
1.

a.
Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyo hasil pernikahan ibunya Puan Nana
Ika seorang
rakyat Malaysia dengan bapanya seorang jurutera syarikat
multinasional warganegara Jepun. Pada 14 Februari 2009, ketika
berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah dibawa kembali ke Malaysia oleh
ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah
membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya,
memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.
Sebagai seorang Pegawai Pedaftaran, jelaskan status kelayakan
Norika Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysia
dengan cara kuat kuasa undang-undang dan berikan
justifikasinya.
JAWAPAN :
Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada
Kerajaan Persekutuan oleh ibubapa atau penjaga seseorang yang
berumur kurang daripada 21 tahun, maka Kerajaan Persekutuan boleh
menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warganegara jika
sekurang-kurangnya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara.
(Ruj:
Undang-Undang
Umum
Jilid
Dua/Perlembagaan
Persekutuan/Bahagian III/Bab.1/Perkara 15(2) )
b.

Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama 2 tahun di


Christchurch sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf
pemastautin tetap din w Zealand. Setelah Berjaya memperolehi taraf
pemastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam kar Bord sekeluarga
telah pulang semula ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab
sebagai pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu.
Walau bagaimanapun. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia elah
membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga unutk mengundi
atas sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah Mahkamah telah pun
melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka. Encik Klam
Kar Bord tidak berpuashati dan bercadang untuk mencabar keputusan
Kerajaan Malaysia tersebut.

Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh


menjadi asas kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar
keputusan
Kerajaan
Malaysia
melucutkan
hak
kewarganegaraan Persekutuannya.
Nyatakan justifikasi yang
berkaitan.

JAWAPAN :
Sebelum membuat sesuatu perintah di bawah Perkara 24,25 atau 26,
Kerajaan Persekutuan hendaklah memberikan notis secara bertulis
kepada orang yang terhadapnya perintah itu dicadangkan hendak
dibuat memberitahu orang itu tentang alasan perintah itu dicadangkan
hendak dibuat dan tentang haknya untuk merujukkan kes itu kepada
suatu jawatankuasa siasatan di bawah Perkara ini.
Jika mana-mana orang yang kepadanya notis itu diberikan memohon
supaya kes itu dirujukkan seperti yang disebut terdahulu, maka
Kerajaan Persekutuan hendaklah, dan dalam apa-apa kes lain Kerajaan
Persekutuan boleh, merujukkan kes itu kepada suatu jawatankuasa
siasatan yang terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang
anggota lain yang dilantik oleh Kerajaan itu.
Dalam hal mana-mana rujukan sedemikian, jawatankuasa itu
hendaklah mengadakan suatu siasatan mengikut apa-apa cara
sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan
mengemukakan laporannya kepada Kerajaan itu, dan Kerajaan
Persekutuan hendaklah mengambil kira laporan itu dalam memutuskan
sama ada hendak membuat perintah itu atau tidak
(Ruj:
Undang-Undang
Umum
Jilid
Dua/Perlembagaan
Persekutuan/Bahagian III/Bab.2/Perkara 27(1) (2) (3)
c.

DYMM Yang Di Pertuan Agong dijadualkan menjalani pemeriksaan


kesihatan di Washington, Amerika Syarikat mulai 27 Jun 2009 hingga 6
Julai 2009. Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke Mekah, Arab
Saudi untuk menunaikan umrah sebelum kembali ke Malaysia pada 13
Julai 2009.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apakah tindakan tertentu
yang perlu dilakukan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong
sebelum Baginda berangkat meninggalkan Malaysia dan
berikan justifikasi tindakan tersebut.
JAWAPAN :

Yang Di-Pertuan Agong hendaklah mendapatkan persetujuan dari Majlis


Raja-Raja bagi meninggalkan Persekutuan selama lebih dari lima belas
hari kecuali lawatan negara ke suatu Negara lain.
Jika Timbalan Yang Di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain yang
diberi kuasa oleh undang-undang menjalankan fungsi Yang Di-Pertuan
Agong selama tempoh melebihi lima belas hari, maka fasal (1) hingga
(5) hendaklah terpakai baginya sepanjang tempoh itu sebagaimana
fasal-fasal itu terpakai bagi Yang Di-Pertuan Agong.

(Ruj:
Undang-Undang
Umum
Jilid
Dua/Perlembagaan
Persekutuan/Bahagian IV/Bab 1/Perkara 34(5) (7)
d.

Penduduk di negeri 2KPS meminta supaya Kerajaan Persekutuan yang


menguasai Parlimen selama ini supaya memberikan peruntukan
pembangunan yang sewajarnya bagi kawasan Parlimen di negeri
mereka sebagaimana yang telah dinikmati oleh rakan-rakan di negerinegeri yang lain. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan masih
lagi membekukan buat sementara peruntukan yang diminta oleh
penduduk negeri 2KPS itu. Keadaan ini menyebabkan penduduk
negeri 2KPS tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan tersebut.
Seorang peguamcara menyatakan bahawa tindakan Kerajaan
Persekutuan itu adalah mengikut lunas undang-undang. Nyatakan
sama ada anda bersetuju atau sebaliknya dengan pandangan
peguamcara tersebut.
Berikan asas anda kepada pilihan
keputusan tersebut.
JAWAPAN :
Saya bersetuju dengan pandangan peguamcara tersebut bahawa
tindakan Kerajaan Persekutuan adalah mengikut lunas undang-undang
dimana telah diperuntukan Persekutuan hendaklah memberi kepada
tiap-tiap satu Negeri bagi tiap-tiap satu tahun kewangan iaitu
pemberian, yang dinamakan pemberian mengikut bilangan orang yang
dikira mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh.
( Ruj: Perlembagaan Persekutuan/Bahagian 7/Perkara 109(1)
(a) )

2.

a.
Radharjo Slamet telah diberkas oleh pihak berkuasa dalam satu
operasi pencegahan
Pendatang Asing Tanpa Izin di sebuah kawasan pembinaan di Kepong.
Setelah di soalsiasat didapati bahawa Radharjo Slamet memasuki
Malaysia secara tidak sah dan sekeping kad pengenalan Malaysia telah

dijumpai dalam simpanannya.


Radharjo Slamet telah didakwa
melakukan satu kesalahan dan kesnya dibawa ke Mahkamah.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jelaskan kesalahan yang
telah dilakukan oleh Radharjo Slamet dan hukuman yang boleh
dikenakan kepadanya oleh Mahkamah.
JAWAPAN :
Adalah menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara selama
dua tahun atau denda sebanyak satu ribu ringgit atau kedua-duanya
bagi seseorang mempalsukan atau dengan tiada kuasa yang sah
mengubah sesuatu perakuan, sama ada dikeluarkan atau diberi di
Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, atau dengan tiada kuasa
yang sah menggunakan atau ada dalam miliknya sesuatu perakuan
yang telah dipalsukan atau diubah sedemikian; atau menyamar atau
dengan palsu merupakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang
yang kepadanya suatu perakuan, sama ada dikeluarkan di Persekutuan
atau di mana-mana tempat lain, telah dikeluarkan atau diberi dengan
sempurna
( Ruj: Perlembagaan Persekutuan/Jadual Kedua/Bhg.III[Perkara
31]/Seksyen 16(1) (b) (d)
b.

Seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan


Lembaga Keretapi Sabah telah menghantar satu surat aduan kepada
Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pengguna tersebut meminta
Kementerian Pengangkutan Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas
Lembaga Keretapi Sabah dan seterusnya mencadangkan supaya
Kerajaan Persekutuan menswastakan lembaga tersebut.
Jelaskan sama ada anda bersetuju dengan idea pengguna di
atas dan berikan alasan anda berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan.
JAWAPAN :
Saya bersetuju dengan idea pengguna untuk diswastakan kerana
perkhidmatan keretapi tidak mendatangkan kepuasan kepada
pengguna.
Cadangan boleh dikemukakan kepada Kerajaan
Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri kerana mereka adalah
mempunyai tanggungjawab dalam Senarai Bersama sebagaimana
diperuntukan di dalam Jadual Kesembilan
( Ruj: Perlembagaan Persekutuan/Jadual Kesembilan/Senarai
IIA)

c.

Seorang ahli Parlimen di Sarawak telah pun meninggal dunia akibat


serangan penyakit lemah jantung.
Justeru itu, YB OKB yang
merupakan seorang senator di Dewan Negara telah mengemukakan
permohonannya untuk bertanding sebagai seorang calon bebas dalam
pilihanraya kecil parlimen berkenaan.
Walau bagaimanapun,
permohonan itu telah ditolak dan YB OKB amat kecewa. Ini kerana
beliau berkeyakinan akan dapat memenangi pilihanraya kecil itu dan
seterusnya bergelar seorang ahli Dewan Rakyat.
Jelaskan faktor yang menyebabkan permohonan YB OKB untuk
bertanding sebagai seorang calon bebas dalam pilihanraya
kecil parlimen berkenaan itu ditolak.
JAWAPAN :
Seseorang tidak boleh pada masa yang sama menjadi ahli kedua-dua
Majlis Parlimen, dan juga tidak boleh dipilih ke Dewan Rakyat untuk
mewakili lebih daripada satu bahagian pilihanraya atau ke Dewan
Negara untuk mewakili lebih daripada satu negeri, dimana seseorang
ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah melepaskan
keahliannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang
ditujukan, jika dia seorang ahli Dewan Negara kepada Yang di-Pertua
Dewan Negara
(Ruj:
Undang-Undang
Umum
Jilid
Dua/Perlembagaan
Persekutuan/Bahagian IV/Perkara 49 dan 51)

d.

Puan Maria yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels, Belgium


telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung mereka
dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah syarikat penerbangan
Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Maria mengalami sakit perut dan
telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika
berada di ruang udara Thailand.
Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai
tempat kelahiran bayi lelaki Puan Maria dan berikan justifikasinya
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan Negara
tersebut.
JAWAPAN :
Kelahiran bayi lelaki Puan Maria itu didaftarkan atas nama Negara
Jerman. Dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa
di dalam Jadual Kedua Bagi maksud Bhg. I atau Bhg. II Jadual ini,

seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara


berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di tempat di mana kapal atau
pesawat udara didaftarkan, dan seseorang yang lahir di atas sesuatu
kapal atau pesawat udara tidak berdaftar kepunyaan Kerajaan manamana Negara hendaklah disifatkan telah lahir di dalam Negara itu
(Ruj:
Undang-Undang
Umum
Jilid
Dua
/Perlembagaan
Persekutuan/ Jadual Kedua/ Bhg. III/ Perkara 31,Sek.19A)
3.

Encik Harisan bin Noor merupakan seorang Renjer Hutan Gred G22. Beliau
telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pengawasan di Hutan Simpan
Belum. Seewaktu menjalankan tugas, beliau telah diserang oleh seekor
gajah lalu menemui ajal di tempat kejadian.
Mengikut Akta Pencen 1980, balu kepada Allahyarham Harisan layak
dipertimbangkan untuk menerima ganjaran terbitan, pencen terbitan dan
wang tunai bagi gentian cuti rehat.
Selain daripada itu, balu kepada
Allahyarham juga layak dipertimbangkan untuk menerima faedah persaraan
tambahan.

a.

Jelaskan secara terperinci faedah persaraan tambahan itu?

JAWAPAN :
Pencen bulanan yang dibayar kepada orang tanggungan selain dari pencen
terbitan bagi kes anggota yang mati kerana kemalangan dalam perjalanan
atau ditimpa bencana atau disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari
tugas rasminya.
Pencen tanggungan boleh diberi sebagai tambahan kepada pencen terbitan
dan ganjaran terbitan kepada orang-orang tanggungan seseorang pegawai
suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan itu jika
(a) Pegawai itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 17; dan
(b) Kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari
menanggung bencana atau mendapat penyakit itu

tarikh

ia

Pencen tanggungan diberi kepada :


(a) Balu pegawai selagi berkelakuan baik;
(b) Jika pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu bagi tiap-tiap anak
hingga enam orang
(c) Jika pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, bagi tiaptiap orang anak hingga enam orang

(d) Jika ibu pegawai yang mati bergantung sepenuhnya pada pegawai itu,
selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang
mencukupi
(e) Jika bapa pegawai yang mati bergantung sepenuhnya pada pegawai itu
( Ruj:
Akta 227/Akta
V/Peraturan 19(a) (f)
b.

Pencen

1980/Seksyen

Apakah syarat yang membolehkan


diberikan kepada balu?

faedah

18)(a)(b)/Bhg.

tambahan

itu

JAWAPAN :
Syarat yang membolehkan faedah tambahan ini diberikan kepada balu
(a) Mati dalam tempoh 7 tahun dari tarikh ia menanggung bencana
(b) Disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari tugas rasminya
c.

Jika sekiranya balu kepada Allarham Harisan bukan seorang


warganegara Malaysia, tetapi menetap kekal di Malaysia, layakkah
balu itu diberi pencen terbitan?

JAWAPAN :
Layak. Sekiranya isteri yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang
mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu
perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama,
adat atau kelaziman.
(
Ruj:
Akta
Pencen
1980/Bhg.I/Peraturan 2)
4.

1980/Peraturan-Peraturan

Pencen

Puan Kamilah merupakan seorang Ketua Pembantu Tadbir dari Jabatan Y telah
meninggal dunia dan meninggalkan seorang duda dan dua orang anak
perempuan. Unit Sumber Manusia di Jabatan Y perlu menyerahkan semua
dokumen persaraan kerana meninggal dunia dalam perkhidmatan dalam
tempoh lima hari.
Walau bagaimanapun, adik kepada Allahyarhamah, Cik Junaidah telah datang
ke pejabat dan mendakwa, semasa hayat, Allahyarhamah tidak pernah hidup
tenteram kerana suaminya adalah seorang pemabuk dan sering memukul
Allahyarhamah. Cik Junaidah juga telah menyerahkan surat wasiat yang
diuruskan oleh salah satu agensi wasiat yang menyatakan bahawa semua
pencen terbitan bahagian suami Allahyarhamah hendaklah diserahkan
kepada Cik Junaidah dan dua orang anak perempuannya.

Berdasarkan kepada wasiat berkenaan, pegawai di Jabatan Y telah


memasukkan nama Cik Junaidah sebagai salah seorang penerima pencen
terbitan dalam borang persaraan berkenaan.
a.

Bolehkah pegawai berkenaan berbuat demikian berdasarkan


kepada surat wasiat yang dikemukakan oleh Cik Junaidah?
Huraikan.
JAWAPAN :
Tidak boleh. Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan boleh diberi
kepada balu atau duda, anak, balu atau duda dan anak. Jika tidak
terdapat mana-mana orang sebagaimana yang disebutkan dalam
perenggan (1), hanya ganjaran terbitan boleh diberi kepada wakil diri
di sisi undang-undang yang mati.
(
Ruj:
Akta
Pencen
1980/Peraturan-Peraturan
1980/Bhg.III/Peraturan 15(1)(a)(b)(c) (3)

b.

Pencen

Jelaskan
keadaan-keadaan
yang
boleh
menyebabkan
pemberian pencen terbitan kepada dua orang anak perempuan
Allahyarhamah itu akan terhenti?
JAWAPAN :
Pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang diberi di bawah Akta
ini hendaklah terhenti jika penerimanya :
Seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang upaya
jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya
sendiri atau seorang anak berkahwin atau apabila mencapai umur dua
puluh satu tahun, mengikut yang mana lebih dahulu atau
Seorang anak yang sedang mendapat didikan di suatu institusi
pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju ke arah
ijazah pertama, apa bila tamat atau berhenti mendapat didikan itu
( Ruj: Akta Pencen 1980/Seksyen 16(1) (b) (c)

c.

Selain daripada anak kandung, jelaskan empat (4) lagi kategori


anak yang boleh dipertimbangkan untuk diberi pencen terbitan
menurut Akta Pencen 1980?
JAWAPAN :
i)
ii)
iii)

Anak yang lahir selepas kematian pegawai


Anak tiri tanggungan
Anak tak sah taraf

iv)

Anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di


bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan
pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman
dengan bukti memuaskan mengenai pengangkatan itu

( Ruj: Akta Pencen 1980/Seksyen 2(a)(i) (ii))


5.

Encik Faiz Muzaffar telah mengeluarkan sebahagian daripada caruman KWSP


beliau selepas membuat suatu perjanjian melalui firma guaman milik seorang
rakan persekolahannya untuk tujuan membina sebuah rumah di atas tanah
pusaka peninggalan allaharham bapanya. Walau bagaimanapun, Encik Faiz
Muzaffar telah menggunakan keseluruhan wang caruman KWSP itu untuk
membiayai perubatan isterinya yang disahkan oleh pakar perubatan telah
menghidapi penyakit kanser hati.
a)

Lembaga KWSP berpandangan kes di atas merupakan suatu penipuan


dan terdapat prima facie untuk membawanya ke mahkamah. Adakah
anda bersetuju sekiranya Lembaga KWSP membawa kes
tersebut ke mahkamah? Nyatakan alas an anda.
JAWAPAN :
Setuju Lembaga KWSP membawa kes tersebut ke mahkamah kerana
mana-mana orang atau Ahli Kumpulan wang yang
(a) Membuat, secara lisan atau bertulis atau menandatangani apa-apa
pengisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain yang
dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan
atau kaedah-kaedah di bawahnya yang tidak benar atau tidak betul
dalam apa-apa butir; atau
(b) Menggunakan atau mengemukakan apa-apa dokumen, yang
dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturan atau kaedah-kaedah di bawahnya yang adalah palsu;
dan
Amaun yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli Kumpulan Wang di
bawah Akta ini hendaklah digunakan semata-mata untuk maksud
baginya pengeluaran itu telah dibenarkan

( Ruj: Akta KWSP 1991/Bhg. VII/ Seksyen 59(1)(a) (c) dan


Seksyen 58A (1))
b.

Di antara Encik Faiz Muzaffar,firma guaman rakan persekolahan Encik


Faiz Muzaffar dan isteri Encik Faiz Muzaffar, siapakah yang akan
dinamakan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) oleh Lembaga KWSP
di mahkamah? Nyatakan alasan anda.
JAWAPAN :

Encik Faiz Muzaffar adalah Orang Kena Tuduh (OKT) kerana :


(a) Membuat, secara lisan atau bertulis atau menandatangani apaapa pengisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain yang
dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan
atau kaedah-kaedah di bawahnya yang tidak benar atau tidak
betul dalam apa-apa butir; atau
(b) Menggunakan atau mengemukakan apa-apa dokumen, yang
dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturan atau kaedah-kaedah di bawahnya yang adalah palsu;
dan
Amaun yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli Kumpulan Wang
di bawah Akta ini hendaklah digunakan semata-mata untuk
maksud baginya pengeluaran itu telah dibenarkan
( Ruj: Akta KWSP 1991/Bhg. VI/Seksyen 58A (1)/Bahagian
VII/Seksyen 59(1) (a) (c)
c.

Apakah hukuman yang boleh dikenakan oleh


sekiranya OKT berjaya disabitkan kesalahannya?

mahkamah

JAWAPAN :
OKT jika disabitkan kesalahannya, dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit
atau kedua-duanya. OKT yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di
bawah seksyen 59 (1) berhubung dengan pengeluaran yang dibuat di
bawah Akta ini hendaklah dalam masa enam bulan dari tarikh sabitan
itu mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini
atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang
dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahn dan jika tiada penalti
khas diperuntukan dengan nyata dalam Akta ini atau peraturanperaturan atau kaedah-kaedah apabila disabitkan boleh dipenjarakan
selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda
tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
( Ruj: Akta KWSP 1991/Bahagian VII/Seksyen 59(1) (2)/Seksyen
60)
6.

Encik WOW telah menjalankan perniagaan kraftangan atas nama MAI


Enterprise sebaik sahaja ia didaftarkan di Pendaftar Perniagaan (ROB) kirakira 6 bulan yang lalu. Perniagaan itu dibantu secara sukarela oleh Cik CUN
adik Encik WOW yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Atas
perasaan belas kasihan, Encik WOW juga telah mengupah lima orang remaja

daripada sekumpulan keluarga fakir miskin di kampungnya yang berumur di


antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk membantu perniagaannya selama ini.
a)

Encik WOW kini berada dalam keadaan sangat ketakutan kerana


seorang rakan telah memberitahu Encik WOW bahawa beliau boleh
didakwa di bawah Akta KWSP 1991 kerana kegagalannya
memberitahun Lembaga KWSP tentang pendaftaran MAI Enterprise
tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh pendaftaran MAI
Enterprise itu. Adakah anda bersetuju bahawa Encik Wow telah
melakukan kesalahan tersebut? Berikan justifikasi anda.
JAWAPAN :
Bersetuju bahawa Encik WOW telah melakukan kesalahan tersebut
bahawa telah diperuntukan dalam Akta KWSP 1991,Bahagian II,
Kaedah 9(1) setiap pertubuhan yang ditubuhkan atau didaftarkan di
bawah Akta Syarikat 1965 mengikut mana yang berkenaan, hendaklah,
tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh penubuhannya atau
pendaftarannya menghantar kepada Lembaga pemberitahuan itu
dalam Borang KWSP 2.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini
atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang
dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahn dan jika tiada penalti
khas diperuntukan dengan nyata dalam Akta ini atau peraturanperaturan atau kaedah-kaedah apabila disabitkan boleh dipenjarakan
selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda
tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
( Ruj: Akta KWSP 1991/Bahagian VII/Seksyen 60/Kaedah 9(1))

b)

Encik WOW bercadang menukar nama entity perniagaanya daripada


MAI Enterprise kepada MY Handicraft Sdn. Bhd. Dan mendaftarkannya
di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965.
Selaras dengan itu, Encik WOW keliru sama ada beliau perlu
membayar caruman bulanan KWSP bagi enam orang pembantunya
iaitu Cik CUN dan lima remaja berkenaan. Apakah nasihat anda
kepada Encik WOW berhubung kekeliruannya itu?
Berikan
justufikasi anda.
JAWAPAN :

Tiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudah pun didaftarkan


dengan Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam
bulan pertama yang di dalamnya dia membayar upah yang berkenaan
dengannya dia dikehendaki untuk membayar caruman di bawah Akta
ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara yang ditetapkan oleh
Lembaga.
Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan memberikan penyata
upah kepada setiap dan tiap-tiap orang pekerja dan penyata upah
tersebut hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana
yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
( Ruj: Akta KWSP 1991/Bahagian V/Seksyen 41(1),42(1)

Anda mungkin juga menyukai