Anda di halaman 1dari 4

ARAHAN PERBENDAHARAAN

PARA 9, PENDAHULUAN AP Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan . Kurang pengetahuan mengenai AP tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya AP tidak dipatuhi, atau pun jika berlakunya apa-apa kehilangan Wang Awam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan kepada AP

ARAHAN PERBENDAHARAAN
AP 100 (a) Tuntutan perjalanan mengikut Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam & Pek. Perbendaharaan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 hb dalam bulan berikutnya (b) Hanya satu tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam boleh dibuat bagi satu-satu bulan. Jika perjalanan dimulakan pada atau hampir hujung bulan dan disempurnakan dalam bulan berikutnya, hitungan km pergi dan balik hendaklah dianggap sebagai perjalanan bagi bulan perjalanan itu disempurnakan

ARAHAN PERBENDAHARAAN
(c) Tuntutan hendaklah di antaranya memberi butirbutir penuh mengenai tarikh, masa, jarak, kadar, jawatan pegawai dan gaji pokok, cara perjalanan, jenis tugas & sebagainya (d) Tuntutan bagi perjalanan rasmi dalam negeri atau luar negeri dan perpindahan rumah hendaklah masing-masing dibuat pada suatu tuntutan yang berasingan

ARAHAN PERBENDAHARAAN
AP 103 (a) Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah meminta supaya semua bil dan tuntutan disampaikan segera. Mereka hendaklah memastikan bahaw bil itu dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai