Anda di halaman 1dari 21

Baucar bayaran bertarikh 5 Mac 2002 berjumlah RM8,800.

00 beserta bil dan Pesanan


Tempatan bertarikh 15 November 2001 dan lain-lain dokumen yang telah lengkap diisi
telah dikemukakan ke Pejabat Pembayar pada bulan Mac 2002. Apakah tindakan
yang perlu diambil oleh Pejabat Pembayar sebelum meluluskan bayaran ke atas
baucar tersebut?

A Meluluskan bayaran di bawah Akaun Kena Bayar dengan menggunakan


peruntukan tahun lepas

B Meluluskan bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 58 (a) dengan


menggunakan
peruntukan tahun semasa

C Meluluskan bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 58 (a) dengan


menggunakan peruntukan tahun lepas

D Meluluskan baucar tersebut dengan menggunakan peruntukan tahun semasa

E Baucar bayaran tidak boleh diluluskan kerana akaun tahun lepas telah ditutup

Soalan 2 dan 3 merujuk kepada kenyataan berikut:-

Encik Hasan bin Husin, seorang pegawai Gred W3 bertugas di Kementerian


Pendidikan, Kuala Lumpur telah diarah menjalankan tugas rasmi di Kota
Kinabalu dan Sandakan Sabah. Pada 20 Mac 2001 jam 8.30 pagi beliau
bertolak ke KLIA dengan menaiki teksi. Beliau menaiki kapalterbang dengan
menggunakan waran perjalanan kapalterbang pergi dan balik dan sampai ke
Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi. Di Kota Kinabalu beliau mendaftar di hotel
pada jam 2.30 petang. Beliau bertolak ke Sandakan pada 24 Mac 2001 jam
2.00 petang dan tidak menginap di hotel. Pada 28 Mac 2001 berliau berangkat
balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang dari Sandakan jam 2.30
petang dan sampai di Kota Kinabalu jam 4.30 petang. Penerbangan balik ke
Kuala Lumpur telah di tangguh sehingga jam 8.00 malam kerana kerosakan
kapalterbang. Beliau sampai ke KLIA jam 12.00 malam, seterusnya menaiki teksi
ke rumah dan tiba pada jam 1.00 pagi.

Maklumat Tambahan

Gaji Encik Hasan bin Husin : RM 2,230.80


Kelayakan elaun hotel : RM 145.00
Bil hotel Kota Kinabalu : RM 120.00
Elaun makan : RM 50.00
Elaun lojing : RM 54.00

2. Apakah elaun-elaun yang boleh dituntut oleh Encik Hasan bin Husin.

I Tambang Pengangkutan Awam


II Bayaran sewa hote III Elaun makan
IV Elaun harian
V Elaun lojing
VI Elaun gantian tetap
VII Elaun perjalanan kenderaan

A. I, II , III dan VII


B. I, II, III, IV dan V
C. I, II dan III
D. I, II, III, VI dan VII
E. Semua di atas

3. Berapakah jumlah elaun makan dan elaun lojing yang boleh dituntut oleh
Encik Hasan bin Husin ?

A RM 616.00
B RM 695.00
C RM 595.00
D RM 650.00
E RM 716.00
4. Mengikut Arahan Perbendaharaan 118 (a), mana-mana cek yang tidak di
tunaikan pada akhir tempoh tiga bulan dari tarikh ianya di keluarkan hendaklah
disifatkan sebagai terbatal. Apakah catatan beregu untuk urusniaga tersebut?

A Debit – Akaun Penyelesaian Cek Tebatal


Kredit – Akaun Tunai

B Debit - Akaun Tunai


Kredit - Akaun Penyelesaian Cek Terbatal

C Debit - Akaun Penyelesaian Cek Terbatal


Kredit - Akaun Amanah/Hasil

D Debit - Akaun Amanah/Hasil


Kredit – Akaun Penyelesaian Cek Terbatal

E Debit - Buku Vot


Kredit – Akaun

5. Pilih kenyataan yang BETUL mengenai Panjar Wang Runcit

I Mana-mana jabatan yang memerlukan Panjar Wang Runcit hendaklah


mengemukakan permohonan kapada Akauntan Negara Malaysia

II Perbelanjaan yang dibenarkan melalui Panjar Wang Runcit adalah


perbelanjaan yang segera yang melebihi RM 200.00 bagi setiap perbelanjaan

III Bagi Panjar Wang Runcit yang melebihi RM500.00, Jabatan yang memegang
panjar itu hendaklah membuka akaun bank bagi menyimpan panjar itu.

IV Baucar rekupmen hendaklah di sokong dengan baucar-baucar kecil atau resit-


resit mengenai perbelanjaan yang telah dibuat
V Pemegang panjar hendaklah merekodkan segala perbelanjaan yang dibuat
ke dalam Buku Tunai Wang Runcit

A I sahaja
B I , II , III dan V
C I , IV dan V
D I, II dan V
E semua di atas

6. Syarikat G Enterprise Sdn Bhd telah menghantar barang yang dipesan oleh
Encik Ahmad bin Ismail dari JANM. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh
beliau sebelum membuat bayaran kepada syarikat tersebut?

I. Semak nota serahan, inbois dan borang pesanan kerajaan dengan teliti

II. Pastikan kualiti dan kuantiti barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi
seperti yang terdapat di dalam borang pesanan kerajaan

III. Rekodkan barang-barang yang diterima dengan tepat dan betul ke dalam
buku stok dengan merujuk kepada bil dan salinan asal borang pesanan
kerajaan

IV. Rekodkan inbois ke dalam buku daftar bil

V. Inbois, borang pesanan kerajaan dan nota serahan dikepilkan dengan baucar
bayaran untuk dibuat bayaran

A I, II , III dan IV
B I, II dan III
C I, II, III dan V
D V sahaja
E semua di atas
7. Pegawai Pengawal telah mengemukakan baucar bayaran berjumlah
RM7,800.00 beserta borang kawalan kelompok dan lain-lain dokumen
sokongan kepada Pejabat Pembayar. Apakah tindakan oleh Pegawai
Pembayar sebelum meluluskan baucar bayaran tersebut.

I Memastikan borang kawalan kelompok lengkap diisi dan disertakan dengan


bilangan baucar bayaran yang secukupnya

II Memastikan butir-butir pada baucar bayaran adalah sama dengan pesanan


kerajaan dan inbois/bil

III Memastikan baucar bayaran telah disediakan, disahkan dan diperakui oleh
pegawai yang diberi kuasa

IV Memastikan baucar bayaran disokong oleh salinan asal pesanan kerajaan,


inbois, nota serahan dan lain-lain dokumen sokongan

A I, II dan IV
B I dan III
C II, III dan IV
D I, II dan III
E semua diatas

8. Takrif Kerja Siang bagi pembayaran elaun lebih masa ialah sebarang giliran
bertugas tambahan yang dibuat diantara jam …..

A 8.00 pagi – 4.15 petang


B 7.30 pagi – 4.00 petang
C 6.00 pagi – 10.00 malam
D 8.15 pagi – 4.45 petang
E 4.45 petang – 12.00 malam
9. Encik Omar seorang pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kuala
Lumpur bergaji RM 801.90 sebulan. Beliau telah di arahkan menjalankan kerja
lebih masa oleh pegawainya. Berikut adalah kenyataan kerja lebih masa yang
telah dijalankan:-

Tarikh Waktu kerja lebih masa

1 April 2001 8.00 pagi – 11.00 pagi


( Ahad – bukan Hari kelepasan Am )

7 April 2001 1.00 tgh – 4.00 ptg


(Sabtu) 4.00 ptg – 7.00 mlm

8 April 2001 8.00 pagi – 12.00 tgh


( Ahad – bukan hari kelepasan Am )

Sila hitungkan elaun lebih masa yang layak dituntut oleh Encik Omar

A RM 56.16
B RM 87.36C
C RM 99.84
D RM 74.80
E RM 62.40

10. Potongan WAJIB dalam pembayaran gaji terdiri daripada potongan-potongan


berikut :-

I Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


II Tabong Haji
III Biro Angkasa
IV Cukai Pendapatan

A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
E Semua di atas

11. Seorang pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh yang
disyaratkan dan kemudian meninggalkan jawatan yang dipangkunya selama
28 hari atau lebih berturut-turut termasuk hari kelepasan am, maka pegawai
berkenaan tidak layak dibayar elaun pemangkuan bagi tempoh berkenaan
KECUALI:-

I Menghadiri kursus yang diarahkan oleh kerajaan

II Meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi

III Dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit

IV Bercuti rehat

A I sahaja
B I dan II sahaja

C I, II dan III sahaja

D IV sahaja
E Semua di atas
12. Encik Ahmad bin Saad seorang pegawai Gred M3 bergaji RM 2025.10 telah
menanggung kerja Encik Zulkifli bin Saleh pegawai Gred M3 di Bahagian
Pembangunan Organisasi, JPA mulai 16 Disember 2000 hingga 15 Februari 2001.
Gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja ialah sebanyak RM 1516.90
sebulan. Gaji yang diterima oleh Encik Zulkifli bin Saleh RM 2025.10. Berapakah
elaun tanggung kerja yang diterima oleh Encik Ahmad bin Saad dalam tempoh
tersebut?

A RM 778.12
B RM 1516.90
C RM 2025.10

D RM 508.20

E RM 379.23

13 Belanjawan Negara mengandungi dua komponen utama iaitu:

A Hasil Negara dan Perbelanjaan Negara


B Hasil Negara dan Perbelanjaan Mengurus
C Perbelanjaan Pembangunan dan Perbelanjaan Mengurus
D Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Tanggungan

E Perbelanjaan Bekalan dan Perbelanjaan


Tangungan

14. Sila nyatakan perbelanjaan bekalan dari senarai berikut:-

I Gaji anggota perkhidmatan awam


II Perbelanjaan perjalanan anggota perkhidmatan awam
III Bayaran utiliti seperti air dan elektrik
IV Bayaran sewa pejabat kerajaan
V Perbelanjaan kerana hutang Negara

A I, II, III dan IV


B I, II, III dan V
C I, II, IV dan V

D II, III, IV dan V

E Semua di atas

15. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2001 menerangkan penyediaan


cadangan perbelanjaan untuk tempoh …….. tahun

A Satu
B Dua

C Tiga

D Empat
E Lima

16. Kerajaan Persekutuan mengamalkan konsep Kumpulanwang Disatukan di


mana semua terimaan dan bayaran di buat ke dalam dan dari akaun tersebut
KECUALI:-

I Kumpulanwang Hasil Disatukan


II Kumpulanwang Amanah Disatukan
III Kumpulanwang Kena Bayar Disatukan
IV Kumpulanwang Pinjaman Disatukan
V Kumpulanwang Zakat Disatukan
A I dan II
B II da IV
C II dan V
D III dan V
E Semua di atas

17. Parlimen memberi kuasa kepada kerajaan untuk melakukan perbelanjaan


dari Kumpulanwang Hasil Disatukan melalui :-

A Akta Acara Kewangan ( 1957 )


B Akta Perbekalan
C Arahan Perbendaharaan
D Menteri Kewangan Malaysia
E Perlembagaan

18. Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu projek di bawah


peruntukan pembangunan. Projek tersebut di jangka siap tahun 2001.
Kontraktor telah mengemukakan tuntutan bayaran kemajuan tahun 1999 pada
bulan Februari tahun 2000. Pilih kenyataan yang BETUL di bawah:-

A Bayaran kemajuan tersebut boleh dibayar dalam tahun 2000 dengan


menggunakan peruntukan pembangunan tahun 2000
B Bayaran hendaklah di buat di bawah Arahan Perbendaharaan 58 (a)
C Bayaran hendaklah di buat di bawah Arahan Perbendaharan 59
D Bayaran kemajuan tersebut hanya boleh di bayar dengan menggunakan
peruntukan pembangunan tahun 2001
E Bayaran kemajuan tersebut boleh di bayar dalam tahun 2000 tetapi
menggunakan peruntukan pembangunan tahun 1999

19. Apakah yang dimaksudkan Akaun Kena Bayar di bawah asas perakaunan
tunai ubahsuai?
A Membenarkan bekalan dan perkhidmatan yang di terima sehingga 31
Disember sesuatu tahun di bayar dan di kenakan kepada akaun tahun
berikutnya

B Membenarkan bekalan dan perkhidmatan yang diterima pada sesuatu tahun


di bayar selewat-lewatnya di dalam bulan Disember tahun berkenaan

C Membenarkan bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31


Disember sesuatu tahun di bayar di dalam bulan Januari tahun berikutnya dan
dikenakan kepada akaun tahun di mana bekalan perkhidmatan itu diterima

D Tidak membenarkan bekalan dan perkhidmatan yang diterima pada tahun


sebelumnya di bayar sehingga mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan

E Satu akaun amanah yang bersifat sementara dan di dalamnya di


perakaunkan semua amaun bagi bekalan dan perkhidmatan yang masih
belum di bayar.
20. Manakah kenyataan berikut yang BETUL bagi Akaun Amanah Disatukan bagi
Kerajaan Persekutuan

I Sebahagian Akaun Amanah mempunyai peruntukan yang diluluskan di


Parlimen

II Baki di akhir tahun luput dan tidak di bawa ke tahun berikutnya

III Satu kod perakaunan Akaun Amanah perlu diwujudkan sebelum Akaun
Amanah dapat digunakan

IV Setiap Akaun Amanah ditadbir melalui tatacara pengendalian Akaun Amanah


seperti tercatat di dalam Arahan Perbendaharaan

A I, II dan IV
B I, III dan IV
C III dan IV
D IV sahaja

E Semua di atas

21. Kedudukan kecairan sesuatu organisasi boleh diukur daripada …..

A Bilangan cek yang di keluarkan


B Baki tunai di bank
C Bilangan baucar bayaran yang belum diproses

D Baki pelaburan di dalam pasaran saham

E Bilangan cek yang di bankkan

22. Nyatakan instrumen pembayaran yang digunakan oleh kerajaan :

I Cek
II Pemindahan telegraf
III Nota debit
IV Surat kredit

A I dan II
B I, II dan III
C I dan III

D I, II dan IV

E Semua di atas

23. Penyediaan baucar jurnal adalah untuk ……

A Memperakaunkan terimaan cek ke dalam Buku Tunai


B Memperakaunkan bayaran bagi pengeluaran cek
C Melaras urusniaga perakaunan di dalam lejar
D Melaras urusniaga dividen di dalam Buku Tunai
E Memperakaunkan perbezaan di antara Buku Tunai dengan penyata bank

24. Semua urusniaga kerajaan di akaunkan mengikut asas tunai iaitu berasaskan
…….

A Terimaan dan bayaran


B Akaun belum bayar dan akaun belum terima
C Akaun Kena Bayar
D Terimaan dan tanggungan perbelanjaan
E Kutipan hasil

Soalan 25 dan 26 adalah berkaitan dengan rencana di bawah

Pembiayaan komputer yang di pohon oleh Encik Tuah bin Jebat telah di
luluskan oleh Ketua Jabatannya dalam tahun 1994. Harga belian komputer
yang telah dikemukakan bersama permohonannya adalah RM 5,560.00. Beliau
telah menjelaskan bayaran deposit. Cek pembayaran pembiayaan dikeluarkan
atas nama beliau dalam bulan Mei 1994. Bayaran balik komputer selama 48
bulan adalah teratur dan mengikut jadual. Dalam bulan Disember 1997, beliau
bercadang untuk meningkatkan keupayaan komputer peribadinya dengan
menambah aksesorinya dengan memohon pembiayaan komputer kali kedua

25. Bayaran balik pembiayaan komputer melalui potongan gaji bulanan Encik
Tuah bin Jebat selewat-lewatnya di mulakan dari gaji bulan ………. 1994.

A Mei
B Jun
C Julai
D Ogos
E September
26. Adakah beliau layak untuk memohon pembiayaan komputer kali kedua
dalam tahun 1997?

A Tidak layak : bayaran balik pinjaman pertama belum habis

B Layak :bayaran balik pinjaman pertama telah


melebihi 36 bulan

C Tidak layak : tempoh pinjaman pertama belum cukup 60 bulan

D Layak : baki pinjaman pertama diselesaikan dan boleh mengambil


pinjaman kedua

E Tidak layak : pembiayaan komputer hanya diberikan sekali sahaja dalam


tempoh perkhidmatannya.

27. Semua kenyataan berikut adalah benar bagi mengurus deposit KECUALI :-

A Akaun deposit hendaklah dibuka mengikut jenis deposit yang di terima


B Resit hendaklah diberi kepada pendeposit apabila sesuatu deposit diterima
C Deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 12 bulan hendaklah di wartakan
D Buku tunai dan daftar deposit hendaklah dikemaskini pabila deposit di terima
E Baucar bayaran balik deposit hendaklah disertakan dengan resit asal atau surat
sumpah sekiranya resit asal hilang
28. Apakah tindakan yang boleh di ambil oleh pusat tanggungjawab jika sesuatu
barang / perkhidmatan yang dipesan oleh pegawai awam telah dibekalkan
dengan sempurna tetapi tidak mematuhi peraturan?

A Menolak bil bagi barangan tersebut tanpa membuat pembayaran

B Bil hendaklah dibayar dengan segera dan di pertanggungkan kepada


peruntukan yang diluluskan.

C Bil hendaklah di bayar dengan segera dan di pertanggungkan kepada Akaun


Kumpulanwang Pendahuluan Diri atas nama pegawai awam yang
bertanggungjawab/ Pegawai Pengawal

D Bil hendaklah dibayar dengan segera dan di pertanggungkan kepada Akaun


Kumpulanwang Pendahuluan Diri atas nama Pegawai Pengawal selama 65 hari

E Menerima bil dan barangan dan pembayarannya selepas 30 hari dari tarikh
penerimaan
29. Seseorang pegawai tidak boleh menerima wang awam KECUALI setelah di
beri ..

A Arahan dari ketua unit


B Arahan secara lisan dari pemungut
C Kebenaran bertulis dari pemungut
D Arahan dari pegawai atasan
E Arahan bertulis dari juruwang yang bercuti

30 Pusat Tanggungjawab / Jabatan perlu melakukan penyesuaian akaun hasil


atas sebab-sebab :-

I Memastikan ketepatan pengakaunan amaun dan kod jenis hasil

II Memastikan segala hasil yang direkod dalam Buku Tunai jabatan telah
sebenarnya dimasukkan ke dalam bank
III Memastikan semua pungutan yang telah dimasukkan ke bank telah
diakaunkan dengan betul oleh Pejabat Perakaunan

IV Melaporkan urusniaga yang tidak sah kepada Pejabat Perakaunan

A I dan II
B I, II dan III
C I dan III
D I, III dan IV
E Semua di atas

31 Berikut merupakan kewajipan pemungut untuk memastikan akaun mereka


adalah betul KECUALI :-

A Menyemak semua catatan dalam resit, buku tunai dan lain-lain buku akaun
setiap hari

B Menandatangani ringkas dan mencatat tarikh semak di Buku cerakinan

C Menyemak semua resit yang dikeluarkan dari stor setiap hari

D Menyemak laporan pungutan yang dikeluarkan oleh pejabat Perakaunan

E Menyemak jumlah bayaran masuk bank

32. Dalam Sistem Perakaunan Mikro, komponen kos output terdiri daripada ……..

I Kos bahan langsung


II Kos buruh langsung
III Kos langsung lain
IV Kos tak langsung
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D III dan IV
E Semua di atas

32 Cik Rosnah bt Johari ialah seorang kerani yang bertanggungjawab menulis


resit bagi terimaan wang di Kementerian Pendidikan. Dalam satu urusan, beliau
telah tersilap catat amaun terimaan RM 50.00 sebagai RM 500.00 dalam resit.
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh beliau dalam kes ini?

I Meminda amaun pada resit berkenaan dan menandatangani ringkas


II Batalkan resit yang silap dan keluarkan resit yang baru
III Musnahkan resit yang silap
IV Simpan resit silap beserta salinannya untuk tujuan audit

A I
B II
C II dan III
D II dan IV
E Semua di atas

33 Polis Diraja Malaysia ingin membuat pembelian pakaian bagi misi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu kepada anggota-anggotanya yang menyertai misi
tersebut. Anggaran perbelanjaan bagi bekalan tersebut berjumlah RM
180,000.00. Anda dikehendaki menasihati jabatan ini kaedah perolehan dan
syarat yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan perolehan tersebut.

A Membuat belian terus daripada pembekal bartaraf Bumiputra yang diketahui


menawarkan harga yang berpatutan

B Mempelawa sebutharga di kalangan lima (5) syarikat pembekal bertaraf


Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

C Mempelawa sebutharga di kalangan lima (5) syarikat pembekal yang berdaftar


dengan Kementerian Kewangan
D Mempelawa tender terbuka

E Mempelawa tender di kalangan syarikat pembekal bertaraf Bumiputra


34 Barang-barang yang diimport oleh Jabatan/Agensi untuk serahan di Malaysia
sama ada melalui, darat, laut atau udara adalah dilindungi oleh Akaun
Amanah Wang Insuran Barang-barang Kerajaan. Takat liputan Akaun Amanah
ini adalah seperti berikut KECUALI:-

A Penghantaran barang-barang ke lokasi cawangan dalam Malaysia


selepas di terima oleh destinasi terakhir

B Semua risiko sebagaimana yang ditetapkan di dalam Institute Cargo Clauses

C Daripada gudang atau kilang di luar negara kepada stor kerajaan di Malaysia

D Perjalanan pergi ke negara pembekal untuk gantian

E Perjalanan balik ke destinasi terakhir apabila barang itu dipulangkan oleh


pembekal selepas dibaiki

36. Pilih kenyataan yang BETUL mengenai Bayaran Pendahuluan bagi kontrak kerja
:
I Bayaran Pendahuluan adalah di benarkan bagi kerja yang dibuat oleh
kontraktor tempatan sahaja

II Jumlah Bayaran Pendahuluan adalah sama dengan Jaminan Bank

III Jumlah Bayaran Pendahuluan adalah 15% daripada nilai kerja tertakluk kepada
had maksimum RM 5 juta sahaja

IV Bayaran Pendahuluan boleh dibuat tidak lebih dari 3 kali dalam tempoh 4
bulan pertama selepas keluarnya Surat Setuju Tawaran dan sebelum perjanjian
di tandatangani secara rasmi

A I, II dan IV
B I, II dan III
C I, III dan IV
D II dan IV
E Semua di atas

37. Sebelum sesuatu Lembaga Perolehan mempertimbangkan sesuatu tender,


terdapat beberapa proses yang perlu dipatuhi oleh setiap Jabatan yang ingin
membuat perolehan. Susun proses tersebut mengikut urutan :-
I Pengiklanan Tender

II Penilaian Tender

III Perancangan Tender

IV Penyediaan Penentuan

V Penerimaan/Pembukaan Tender

VI Penyediaan Dokumen Tender

A III, II, I, IV, V dan VI


B I, IV, VI, V, III dan II
C II, III, IV, V, I dan VI
D III, IV, VI, I, V dan II
E VI, V, IV, III, II dan I

38. Getah Scrub Sdn Bhd merupakan pembekal tilam dan bantal yang telah
mengikat kontrak dengan Kerajaan Malaysia bagi pembekalan dan
penghantaran tilam dan bantal getah foam kepada semua Kementerian dan
jabatan Kerajaan bagi tempoh 1 Oktober 1999 hingga 30 September 2001.
Pesanan tempatan telah dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan pada 2
Mac 2001 dan barang perlu dibekalkan pada 16 April 2001. Walau
bagaimanapun Getah Scrub Sdn. Bhd hanya menyerahkan barang pada 23
April 2001. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh agensi berkenaan?

A Perlu dibuat pengiraan denda kerana penyerahan lewat dan ditolak dari
bayaran yang patut diterima

B Tidak perlu pengiraan denda kerana hanya lewat 7 hari etapi masih dalam
tempoh kontrak

C Tempoh penyerahan diubah/dipinda ke tarikh penyerahan barang dan tiada


pengiraan denda

D Melaporkan kelewatan penyerahan barang kepada Perbendaharaan

E Menolak serahan barang tersebut

39. Peruntukan untuk Perkhidmatan Bandar telah diluluskan sebanyak RM 17 juta


dalam Belanjawan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) bagi tahun 1999.
Pada 31 Julai 1999, peruntukan didapati tidak mencukupi sebanyak RM 3 juta
dan Majlis perlu memohon peruntukan tambahan. Namakan pihak berkuasa
yang meluluskan anggaran tambahan?

A Mesyuarat Penuh MPSA

B Jawatankuasa Kewangan Majlis MPSA

C Mesyuarat Majlis Kerajaan negeri

D Lembaga Tender Majlis MPSA

E Jawatankuasa Sebutharga Majlis MPSA


40. Belanjawan tambahan Pembangunan Kerajaan Negeri hendaklah disediakan
oleh Pegawai Kewangan Negeri. Belanjawan tersebut hanya boleh
dibelanjakan setelah mendapat kelulusan……………

A Setiausaha Kerajaan Negeri

B Menteri Besar/Ketua Menteri

C Majlis Kewangan Negeri

D Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri

E Dewan Undangan Negeri

Anda mungkin juga menyukai