Anda di halaman 1dari 4

SOAL & JAWAB

UNIT PERKHIDMATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

S : Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama,


adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi dalam
jawatan baru?

J : Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat
kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan yang sama
dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.

S : Bagaimanakah cara untuk memohon cuti jaga anak dan berapa hari
kelayakannya?

J : Permohonan cuti jaga anak perlu dibuat secara rasmi kepada Pendaftar melalui
Ketua Jabatan dan kelayakan cuti jaga anak adalah berdasarkan PP Bil. 17/2007
sama ada secara putus atau berterusan dengan kadar maksimum sebanyak
1825 hari.

S : Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi
bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?

J : Pemberian cuti berkenaan tertakluk kepada syarat sama ada kemudahan


tersebut diperuntukkan dalam perjanjian kontrak yang telah ditandatangani oleh
anggota. Sekiranya ada, dan anggota telah menggunakan kemudahan itu, maka
pengiraan ganjarannya hendaklah dibuat secara prorata (proportionate), di mana
tempoh cuti tanpa gaji tidak diambilkira dalam pengiraan tersebut.

S : Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?

J : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai


wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin
selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam
Kerajaan.
S : Bilakah tarikh pergerakan gaji saya?

J : Di dalam setahun (Januari – Disember) terdapat empat (4) kali pergerakan gaji
secara biasa iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober bergantung kepada
tarikh lantikannya. Contohnya:

i. Lantikan 1/1 – 31/3 pergerakan gaji adalah pada Januari


ii. Lantikan 1/4 – 30/6 pergerakan gaji adalah pada April
iii. Lantikan 1/7 – 30/9 pergerakan gaji adalah pada Julai
iv. Lantikan 1/10 – 31/12 pergerakan gaji adalah pada Oktober

S : Bagaimanakah saya hendak memohon elaun pakaian panas?

J : Permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua Jabatan dan tuntutan
elaun pakaian panas adalah tiga (3) tahun sekali.

S : Saya telah berkhidmat di UPSI selama dua (2) tahun, bilakah saya boleh
membuat opsyen untuk memilih Pencen?

J : Opsyen akan diberikan tiga (3) bulan lebih awal sebelum genap tiga (3) tahun
perkhidmatan kakitangan berkenaan.

S : Sebelum saya berkhidmat di UPSI saya pernah berkhidmat di agensi


kerajaan lain dan telah memilih Skim KWSP, bolehkah saya membuat
pertukaran dari skim KWSP ke skim Pencen?

J : Boleh. Setiap kakitangan awam yang bertukar agensi perlu diberi opsyen KWSP
semula berdasarkan PP 15/2001.

S : Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan ke luar agensi?

J : Permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Pendaftar melalui Ketua


Jabatan.

S : Saya ingin meletakkan jawatan kerana ingin berkhidmat di agensi kerajaan


yang lain. Apakah prosedur yang perlu dipatuhi supaya perkhidmatan saya
di UPSI boleh diambilkira untuk tujuan faedah persaraan?

J : Oleh kerana Pihak Berkuasa Melantik yang berbeza, maka notis peletakan
jawatan perlu dinyatakan peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin bagi
mengambilkira tempoh perkhidmatan di UPSI.
S : Bolehkah saya menyemak buku rekod perkhidmatan?

J : Buku Rekod Perkhidmatan boleh dilihat dan disemak oleh kakitangan berkenaan
di Unit Perkhidmatan sahaja.

S : Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan


gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan?

J : Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005, pegawai yang


cuti tanpa gaji mengikut pasangan akan:

1. hilang kekananan selama tempoh cuti tanpa gaji;


2. layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatannya sebelum cuti
tanpa gajinya bermula; dan
3. layak mendapat pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga
(3) kali dalam tempoh perkhidmatan.

S : Apakah syarat untuk membuat pinjaman perumahan kali pertama?

J : Syarat untuk membuat pinjaman perumahan kali pertama adalah pegawai perlu
terlebih dahulu disahkan dalam jawatan.

S : Bilakah perakuan pengesahan dalam jawatan akan dihantar kepada Ketua


Jabatan saya?

J : Perakuan pengesahan dalam jawatan akan dibuat tiga (3) kali setahun iaitu pada
bulan Januari, Jun dan Disember bagi mereka (kakitangan bukan akademik)
yang telah melengkapkan kesemua syarat-syarat pengesahan dalam jawatan.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang telah lengkap semua syarat selepas
dari bulan yang dinyatakan, mereka boleh menghubungi BSM untuk tindakan
BSM selanjutnya. Bagi kakitangan akademik, perakuan pengesahan dalam
jawatan hanya akan dihantar kepada Ketua Jabatan setelah mereka
melengkapkan semua syarat termasuklah penyelidikan (mereka perlu
menghubungi BSM setelah lengkap penyelidikan) dan mereka akan melalui
proses temuduga yang dipengerusikan oleh Dato’ VC. Panel-panel lain terdiri
daripada TNC (A & A), Pendaftar, wakil fakulti samada dekan, timbalan dekan
atau Ketua Jabatan serta Timbalan Pendaftar Kanan selaku urus setia
temuduga.
S : Apakah yang dimaksudkan dengan pelanjutan tempoh percubaan? Dan
apakah kesan jika saya diberikan pelanjutan tempoh percubaan dengan
denda?

J : Apabila seseorang pegawai telah melalui tempoh percubaan 1 – 3 tahun dan


masih belum disahkan dalam jawatan, maka satu perakuan khas akan dibuat
sama ada pegawai diberikan pelanjutan tempoh percubaan tanpa denda atau
dengan denda. Jika seseorang pegawai telah diberikan pelanjutan tempoh
percubaan dengan denda, maka:

1) hilang kekananannya dalam tempoh pelanjutan tempoh tersebut.


2) Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh
tersebut
3) Tarikh pergerakan gajinya akan berubah mengikut tarikh pengesahannya
berkuat kuasa.

S : Apakah jenis rumah yang memerlukan borang penilaian perumahan?

J : Jenis-jenis rumah yang memerlukan borang penilaian perumahan ialah:

1) Rumah jenis I – Membeli rumah yang telah siap (bukan atas pemaju)
2) Rumah jenis II – Membina rumah di atas tanah sendiri

S : Apakah kelayakan pinjaman perumahan saya?

J : Kelayakan pinjaman perumahan boleh dilihat di dalam Jadual borang pinjaman


perumahan perbendaharaan Malaysia iaitu kelayakannya adalah berdasarkan
gaji pokok sahaja tidak termasuk apa-apa elaun. Rujukan juga boleh dibuat di
http://bpp.treasury.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai