The rule of thirds merupakan komposisi yang paling terkenal digunakan dalam setiap jenis
fotografi dimana prinsip ini memberikan panduan kepada jurugambar unutk menempatkan
elemen terpenting pada tampilan foto atau gambar menggunkan garis atau point dimana garis
tersebut memotong bahagian dalam gambar, dengan cara ini akan menambah keseimbangan
dan menjadikan gambar lebih menarik. Kamera digital dan telefon pintar pada masa kini
mempunyai fungsi “rule of thirds” yang boleh digunakan dengan mengaktifkan “Grid Lines” dalam
tetapan
BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN RULE OF THIRDS
DALAM FOTOGRAFI?
Jika kamu menempatkan point of interest (titik potret) di sepanjang garis, maka gambar
yang kamu ambil akan menjadi lebih seimbang. Kenapa? Kerana mata manusia secara
semulajadi akan mengarah ke salah satu titik tersebut ketika melihat gambar. Ketika kamu
melakukan framing terhadap gambar pemandangan yang kamu ambil, bayangkan
pemandangan itu dalam 9 bahagian dan dalam masa yang sama fikirkan elemen yang
paling penting yang perlu ditonjolkan dalam gambar tersebut