Anda di halaman 1dari 3

Tingkat 2,Plaza Serakai Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.

Tel : 09-7922772 Fax: 09-7922 770 Emel: sri_alhafeez@yahoo.com.my


_________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami :SRIAH 500 – 8/1 ()

Kepada,

Nama : MUHAMAD SABRI BIN IBRAHIM


No. Kad Pengenalan : 930423-03-5901
Taraf Jawatan : TETAP / KONTRAK*

KONTRAK PERJAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak lembaga pengelola telah bersetuju untuk menawarkan jawatan guru / staf * di
Sekolah Rendah Islam Al Hafeez Pasir Mas kepada tuan/puan dengan syarat-syarat seperti berikut:

i. Tempoh dan Bidang Tugas:

Tempoh perjawatan tuan/puan/cik adalah untuk satu (1) tahun bermula dari tarikh permulaan
melaporkan diri termasuk tempoh percubaan dan penilaian prestasi selama 3 bulan pertama dari tarikh
tersebut.

Selepas tamat tempoh tersebut ahli lembaga pengelola akan membuat penilaian semula prestasi dan
akan memutuskan samada perjawatan tuan/puan/cik akan disambung untuk tahun berikutnya atau
tidak berdasarkan penilaian tersebut.

Tugas utama anda adalah seperti yang terkandung dalam senarai tugasan guru yang telah dijelaskan
oleh guru besar SRI Al Hafeez. Selain itu, anda juga bertanggungjawab dalam pentadbiran pelajar,
kokurikulum, pembangunan profession perguruan dan juga pencadangan kepada aktiviti-aktiviti yang
di anjurkan oleh pihak SRI Al Hafeez berdasarkan pengalaman dalam bidang perguruan sepanjang
tempoh bertugas.

ii. Upah/Gaji Dan Elaun:

Pembayaran gaji akan dibayar satu(1) kali sebulan antara tarikh 1hb – 7hb setiap bulan berikutnya atau
bergantung kepada keputusan pihak pentadbir:

A. GAJI ASAS : RM 900 hingga RM 1000 (Percubaan/mengikut jam


bekerja/mengikut persetujuan kakitangan)
B. KWSP/SOCSO : Akta KWSP 1991 Seksyen 40,41,42,43 & 44A
C. KENAIKAN TAHUNAN/ : Berdasarkan laporan prestasi tahunan
ELAUN PRESTASI/ ( mengikut budi bicara pihak pergurusan)
KEBAJIKAN

Pembayaran gaji pada bulan Disember (cuti sekolah) bergantung kepada kerja sepanjang tempoh
tersebut dan juga dengan persetujuan dan kelulusan pentadbir tertinggi sekolah (mudir/mudirah).

iii. Waktu Bertugas Dan Kerja Lebih Masa

Waktu Bertugas

Anda tertakluk kepada peraturan waktu kerja sebagai berikut:


Waktu kerja harian
Ahad – Khamis : 7.40 pagi - 4.00 petang (bagi guru yang tidak bertugas pagi)
Ahad – Khamis : 7.15 pagi - 4.00 petang (bagi guru yang bertugas pagi)
Ahad – Khamis : 7.25 pagi - 4.00 petang (bagi guru yang bertugas dhuha)
Kerja lebih masa (OT)

Hanya boleh dilaksanakan dengan kelulusan Guru Besar.


Pembayaran elaun kerja lebih masa (OT) dibuat mengikut kadar elaun OT yang digariskan oleh
undang-undang buruh atau mengikut kadar yang dibenarkan pihak pengurusan.

Anda Wajib hadir ke kursus untuk tujuan kemahiran, penyatuan hala tuju dan pemantapan SRI Al
Hafeez seperti yang telah ditetapkan walaupun pada waktu cuti sekolah.

iv. Cuti Rehat Kerja/Cuti Kelepaskan/Cuti Tahunan/Cuti Sakit

Cuti Rehat Kerja

Bermaksud cuti mingguan (hari jumaat dan sabtu)

Cuti Kelepasan

Anda berhak mandapat sekurang-kurang 11 hari cuti kelepasan termasuk cuti-cuti kelepasan seperti
berikut:

1. Hari Keputeraan Sultan Kelantan


2. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
3. Hari Buruh
4. Hari Kebangsaan
5. Cuti- cuti umum perayaan

Anda juga tertakluk kepada cuti sekolah seperti yang diwartakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan.

Lain-lain cuti

Semua kakitangan yang disahkan jawatan berhak mendapat cuti seperti berikut:

A. Cuti Ehsan - 7 hari setahun (tertakluk kepada budi bicara pentadbir)


B. Cuti Sakit (MC) - 14 hari setahun ( 1 – 2 tahun bekerja tertakluk kepada budi
bicara pentadbir)
- 18 hari setahun ( 3 – 4 tahun bekerja tertakluk kepada budi
bicara pentadbir)
- 22 hari setahun ( 5 tahun ke atas bekerja tertakluk kepada
budi bicara pentadbir)
C. Cuti Sakit (jika masuk wad) - 60 hari (termasuk cuti MC dan perubahan tertakluk kepada
budi bicara pentadbir)
D. Cuti Bersalin - 3 bulan (2 bulan gaji penuh dan 1 bulan tanpa gaji –
perubahan tertakluk kepada penilaian prestasi dan budi
bicara pentadbir)

v. Penilaian Prestasi

Jawatan anda akan dinilai dari masa ke semasa bermula dari tarikh perlantikan. Dalam tempoh
tersebut, anda dinilai berdasarkan prestasi kepatuhan terhadap arahan, prestasi kerja individu, kerja
berkumpulan,disiplin diri dan juga sikap anda dalam bekerja.
vi. Terma Dan Syarat-syarat lain

Pihak pengurusan berhak untuk memanggil anda bertugas semasa cuti sekolah untuk mesyuarat,
program keguruan atau sebarang tugasan lain. Sepanjang bertugas semasa cuti sekolah tersebut tidak
akan dibayar sebagai OT.

Semasa cuti umum, semua guru tidak dibenarkan mengadakan sebarang kelas tambahan/kelas
intensif. Jika kelas tambahan/kelas intensif diadakan pada hari cuti umum, OT pada hari tersebut tidak
akan dikira dengan kadar cuti umum.

vii. Kerahsiaan

Sebagai salah seorang pekerja di SRI Al Hafeez, anda adalah terikat dengan maklumat kerahsian SRI
Al Hafeez. Oleh itu, anda tidak boleh sama sekali mendedahkan atau menyebarkan sebarang
maklumat, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung melainkan dengan kebenaran secara
bertulis daripada pihak SRI Al Hafeez.

viii. Penamatan Jawatan

Boleh dilakukan dengan memberi notis sekurang-kurangnya sebulan (1) bulan sebelum tarikh
berhenti atau membayar ganti rugi sebanyak sebulan (1) bulan gaji.

Pihak pengurusan berhak menamatkan jawatan anda dalam tempoh 24 jam sekiranya didapati rekod
prestasi dan tatatertib cik/puan tidak memuaskan setelah diberi surat amaran oleh pihak pengurusan.

ix. Kursus Perguruan

Setiap guru sama ada bertaraf kontrak mahupun tetap wajib mematuhi arahan pihak pentadbiran untuk
menyertai mana-mana kursus berkaitan dengan bidang tugas keguruan. Anda harus memberikan surat
tunjuk sebab kepada pentadbir tertinggi sekolah (mudir/mudirah) sekiranya anda enggan atau gagal
menghadiri kursus yang telah ditetapkan. Setiap guru wajib menyiapkan bahan-bahan persediaan
kursus dan juga laporan-laporan berkenaan selepas tamat kursus.

3. Kami berharap anda dapat meneliti segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak SRI
Al Hafeez. Pihak pentadbir berhak membuat perubahan bagi peraturan dan syarat-syarat di atas dari masa ke
semasa tertakluk kepada keadaan semasa.

4. Sekiranya anda bersetuju dengan kontrak ini, sila tandatangan dan kembalikan salinan kontrak ini untuk
tujuan pengesahan penerimaan dan perekodan.

Terima Kasih,

………………………………….
( SARENAWATI JAAFAR )
Guru Besar
b/p : Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola
Sek.Ren.Islam Al Hafeez

Saya mengesahkan bahawa saya menerima dan bersetuju mematuhi terma beserta syarat seperti yang
tersenarai di dalam kontrak atas.

…………………………………
Nama:
No.I/C:
Tarikh melapor diri :

Anda mungkin juga menyukai