Anda di halaman 1dari 2

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA DI

SYARIKAT HANNAH QURBANAID SDN BHD

TUJUAN

1. Tujuan arahan waktu bekerja di syarikat Hannah QurbanAid sdn Bhd ini ditulis
adalah untuk memaklumkan kepada semua staf syarikat berkenaan waktu bekerja
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.

WAKTU BEKERJA BIASA

1. Waktu operasi kerja syarikat adalah dia antara jam [08:30 ke 17:35], Isnin hingga
Jumaat – dengan [1 Jam] rehat antara [12:00 ke 14:00] jam.

2. Semua staf QurbanAid diingatkan untuk mematuhi peraturan waktu bekerja dan
waktu rehat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat. Walaubagaimanapun,
syarikat tetap mengambilkira sebab-sebab yang menyebabkan pekerja hadir ke pejabat lebih
lewat atau keluar pejabat lebih awal. Sehubungan dengan itu, staf perlulah memastikan dan
merancang perjalanan untuk ke tempat kerja adalah bertepatan dengan waktu masuk, rehat
dan keluar pejabat yang telah ditetapkan.

3. Sekiranya terdapat sebab-sebab kecemasan yang menyebabkan staf tidak dapat hadir
ke pejabat pada waktu yang telah ditetapkan, staf perlulah memaklumkan pengurus syarikat
tentang sebab dan tempoh ketidakhadiran staf tersebut selewat-lewatnya sebelum jam
[09.30] pada hari yang sama. Sebarang tingkah laku atau rekod khadiran yang tidak
memuaskan akan diberi penalti potongan gaji mengikut masa bekerja yang tidak mencukupi
mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan.

4. Kad rekod kehadiran (timesheets/punchcard) adalah bukti dokumentari yang


merekodkan waktu bekerja staf di syarikat. Setiap staf dikehendaki untuk menyerahkan kad
rekod kehadiran bulanan beserta semua hak cuti yang telah digunakan kepada pihak
Pengurusan Sumber Manusia untuk disahkan dan kemudiannya digunakan untuk pengiraan
gaji staf.
CUTI TAHUNAN

Kelayakan cuti tahunan diberikan bergantung kepada tahap jawtan dan tempoh bekerja besama
syarikat.

1. Bagi pekerja di dalam tempoh percubaan 3 bulan atau lebih, tiada cuti tahunan
diberikan.

2. Bagi pekerja yang telah disahkan jawatan, cuti tahunan sebanyak sepuluh (10) hari
setahun dan maksimum dua (2) hari sebulan.

3. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-sekurangnya 1 minggu awal dari Tarikh cuti


yang ingin dipohon dan haruslah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan.

4. Walaubagaimanapun, pihak syarikat berhak membatalkan cuti yang telah diluluskan


bergantung kepada keperluan semasa.

Senarai Cuti Umum Yang Diambil oleh Syarikat:

CUTI UMUM TARIKH HARI


Awal Muharram

(Cuti Selangor)
Awal Muharram Good Friday Hari Deepavali
Hari Kebangsaan Hari Keputeraan YDP Agong Hari Krismas
Hari Malaysia Hari Nuzul Al-Quran Hari Pekerja
Hari Pertabalan Agong Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Haji
Hari Wesak Hari Thaipusam Hari Wilayah Persekutuan
Maulidur Rasul Tahun Baru Cina Tahun Baru

Anda mungkin juga menyukai