Anda di halaman 1dari 11

Logo company

Semua pekerja, JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU


SDN BHD

Buku panduan ini bertujuan memberikan maklumat mengenai


dasar-dasar dan faedah-faedah syarikat. Sebagai pekerja adalah
penting untuk memahami dan mengikuti dasar-dasar syarikat.

Dengan dasar-dasar ini, ia akan membantu anda


mempertingkatkan kualiti serta sumbangan terhadap matlamat
serta keperluan syarikat.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan anda boleh merujuk


kepada pengurus sumber manusia untuk keterangan lanjut.

Sekiranya anda pekerja baru, kami mengalu-alukan kedatangan


anda ke keluarga JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU
SDN BHD

BERSATU KITA TEGUH


BERPECAH JANGAN, APALAGI BERSENGKETA
SAMA-SAMA PASTIKAN SYARIKAT HARUS UTUH
AGAR TERJAMIN MASA DEPAN SEMUA

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 1
DASAR PERJAWATAN.

1) Bahagian Pentadbiran ,Perkeranian, Pemasaran, Kebajikan ,Pengeluaran,


Sumber Manusia/Akaun.- Kota Samarahan ,Sarawak -HQ

49 JAM / SEMINGGU
`
Isnin – Jumaat ( 9 jam ) Waktu utama - 8.00 pg – 5.00 ptg

Waktu Rehat 1 jam (antara 12.30pm – 1.30pm)

Sabtu (4 jam) Waktu utama - 8.00 pg – 12.00 tghari

Hari Minggu Cuti

2) Bahagian Pentadbiran ,Perkeranian, Pemasaran, Kebajikan ,Sumber


Manusia/Akaun.- Kuching Sentral ,Sarawak-HQ

49 JAM / SEMINGGU

Isnin – Ahad ( 9 jam ) Waktu utama - 10.00 pg – 7.00 ptg

Waktu Rehat 1 jam (antara 2.30pm – 3.30pm)

Hari Kerja dan Hari Cuti mengikut Shif

3) Bahagian Pentadbiran ,Perkeranian, Pemasaran, Kebajikan ,Pengeluaran,


Sumber Manusia/Akaun.- Puchong, Selangor

49 JAM / SEMINGGU

Isnin – Jumaat ( 9 jam ) Waktu utama - 8.00 pg – 5.00 ptg

Waktu Rehat 1 jam (antara 12.30pm – 1.30pm)

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 2
Sabtu (4 jam) Waktu utama - 8.00 pg – 12.00 tghari

Hari Minggu Cuti

4) Bahagian Pentadbiran ,Perkeranian, Pemasaran, Kebajikan ,Pengeluaran,


Sumber Manusia/Akaun - Melaka

49 JAM / SEMINGGU

Isnin – Jumaat ( 9 jam ) Waktu utama - 8.00 pg – 5.00 ptg

Waktu Rehat 1 jam (antara 12.30pm – 1.30pm)

Sabtu (4 jam) Waktu utama - 8.00 pg – 12.00 tghari

Hari Minggu Cuti

Namun demikian, atas keperluan operasi dan fungsi pekerjaan, pekerja-pekerja


mungkin dikehendaki untuk bekerja pada masa tertentu selepas waktu utama.

Sarapan Pagi & Waktu Rehat – Lunch Hour:

Sila rakamkan masa keluar/masuk anda pada waktu rehat tengahari. Pastikan
ada pekerja lain sekiranya anda ingin pergi berehat. Anda digalakkan
mengambil waktu rehat secara bergilir-gilir untuk memastikan ada pekerja
yang akan menjawab panggilan serta menjaga pejabat walaupun ketika waktu
rehat.

Semua pekerja tidak dibenarkan membeli atau menikmati sarapan pagi di luar
pejabat atau di ruang dapur pejabat selepas pukul 8.00 pagi. Ini bermakna,
selepas pukul 8.00 pagi, semua pekerja hendaklah memulakan tugasan masing-
masing.

HARI REHAT-OFF/REST DAY

HQ- Kuching Sentral & Kota Samarahan (SARAWAK): Anda diberikan separuh
hari pada hari sabtu dan (1) hari rehat setiap minggu KECUALI untuk Kuching
Sentral hari rehat mengikut jadual shif.

Branch MELAKA – Anda diberikan separuh haru pada hari sabtu dan (1) hari
rehat setiap minggu.

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 3
Branch Puchong, SELANGOR – Anda diberikan separuh hari pada hari sabtu dan
(1) hari rehat setiap minggu.

Penalti ke atas salahlaku kelewatan :

1. Lewat masuk melebihi 30 minit - penolakan gaji pokok sejam


2. Lewat masuk kurang 30 minit - penolakan gaji pokok mengikut minit
kelewatan.

3. Lewat 3 kali ke atas dalam sebulan - Surat Amaran dikeluarkan

PILIHAN WAKTU TENGAHARI JUMAAT (KAKITANGAN LELAKI BERAGAMA ISLAM)


Anda boleh mengambil waktu rehat antara 1.5 jam dari 1 tengahari – 2.30
tengahari.

Semua pekerja (Tetap Atau Sementara) adalah dalam kategori kadar gaji
bulanan atau gaji hari mengikut hari dan dibayar DUA (2) kali sebulan iaitu
pada setiap penghujung bulan (30hb @ 31hb) dan pada atau sebelum 7hb
melalui CIMB, Bank Hong Leong, Public Bank ,Maybank dan lain-lain.

PENGIRAAN GAJI

Semua pengiraan gaji adalah berdasarkan kad kedatangan anda. Anda


diwajibkan merekodkan kedatangan harian anda menggunakan mesin perakam
waktu yang sedia ada tidak kira di mana anda bertugas. Kad kedatangan yang
menggunakan tulisan tangan dianggap tidak sah tanpa tandatangan daripada
pihak atasan (Pengurus/Penyelia Jabatan Masing-Masing).

Tindakan yang dikenakan bagi anda yang merakam kedatangan sendiri tanda
pengesahan:

- dianggap tidak hadir kerja (penolakan gaji akan dibuat berdasarkan


jumlah hari)

Tindakan yang dikenakan bagi anda yang ditangkap merakam kad kedatangan
rakan anda yang tidak hadir bekerja atau datang lewat :
JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD
Page 4
- penolakan gaji sehari mengikut jumlah kesalahan

Anda dikehendaki mengambil gambar sendiri dan menghantar ke Group


Whatapps Family Nang Ori setiap kali waktu masuk dan keluar waktu
bekerja.

Tindakan - surat amaran diberi jika anda menghantar gambar dan masa yang
palsu.

Sekiranya anda tidak menghantar gambar waktu masuk atau keluar waktu
kerja, anda dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak
pengurus sumber manusia.

KELAYAKAN FAEDAH-FAEDAH

Semua kakitangan layak mendapat faedah-faedah syarikat namun bergantung


kepada tanggungjawab yang diberikan.

PENCAPAIAN KERJA DAN TATATERTIB

Bagi menjamin layanan yang adil dan saksama kepada semua pekerja, semua
kakitangan mendapat perlindungan daripada syarikat. Tindakan disiplin yang
diambil adalah sebagai langkah untuk memperbaiki keadaan dan bukan
bertujuan untuk menghukum seseorang pekerja.

LANGKAH-LANGKAH DISIPLIN

Pekerja Tetap

 perbincangan (lisan dan bertulis)


 bimbingan
 tempoh percubaan
 pemberhentian kerja

Pembuangan kerja disebabkan kesalahan tatatertib

Seseorang pekerja yang melakukan kesalahan besar boleh digantung dari kerja
untuk tempoh 2 minggu sehingga penyiasatan sepenuhnya dijalankan. Jika
persidangan mendapati bahawa pekerja tersebut bersalah, beliau mungkin:

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 5
Dibuang kerja, atau diturunkan pangkat, atau dikenakan hukuman yang
setimpal dengan kesalahannya.

Contoh kesalahan besar:

1. mencuri harta syarikat atau harta pekerja lain di dalam kawasan


syarikat
2. menyerang atau memukul kawan sekerja di kawasan syarikat
3. merosakkan dengan sengaja harta benda syarikat atau harta benda
pekerja lain.
4. memberikan maklumat mengenai bahan-bahan sulit kepada orang-
orang yang tidak berkenaan.
5. bersalah melakukan jenayah besar.
6. sengaja memberikan kenyataan palsu dengan tujuan untuk mendapat
pekerjaan.
7. sengaja melanggar peraturan keselamatan hingga membahayakan
keselamatan orang lain.
8. sengaja melambatkan kerja atau mengganggu kerja atau aktiviti
syarikat atau mempengaruhi pekerja lain supaya berbuat demikian.
9. memiliki senjata merbahaya dalam syarikat
10. di dalam tahanan polis
11. tidur sewaktu bertugas
12. sengaja memberikan laporan palsu
13. mengambil dadah
14. mengedar dadah atau minuman keras
15. menipu atau cuba menipu syarikat
16. berkelakuan tidak sopan
17. kesalahan tatatertib

ISU-ISU SENSITIF

Semua kakitangan dinasihatkan supaya TIDAK membincangkan isu gaji sesama


rakan sekerja. Sebarang isu gaji, sila berbincang dengan pihak pengurus sahaja.

MASALAH-MASALAH PERIBADI

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 6
Semua kakitangan dinasihatkan supaya mengetepikan masalah-masalah
peribadi semasa menjalankan tugas. Anda semua digalakkan saling berbincang
dan bertegur sapa antara satu sama lain.

KEGUNAAN PENGANGKUTAN SYARIKAT

Kegunaan pengangkutan syarikat hanya untuk urusan syarikat dan tidak


sepatutnya digunakan untuk hal peribadi kecuali dalam kecemasan.
Sebarang kemalangan atas kecuaian anda, maka anda harus membayar kos-kos
pembaikan.

POLISI KOMPUTER DAN INTERNET

Menerima atau menyalin (downloading) perlu dikawal bagi menghalang


kemasukan virus dalam komputer. Anda akan dipertanggungjawab menanggung
kos membaiki komputer sebanyak RM300 atas kerosakan komputer sekiranya
kerosakan tersebut adalah disebabkan kecuaian anda. Anda sama sekali tidak
dibenarkan memberikan orang luar menggunakan komputer syarikat. Anda juga
harus sentiasa memastikan komputer anda telah dimatikan sebelum anda
meninggalkan pejabat.

Anda juga dilarang untuk mengekses laman sesawang peribadi seperti facebook,
twitter,Instagram serta youtube pada waktu pejabat kecuali pada waktu rehat
dan di ATAS DASAR KERJA SAHAJA.

MENGGUNAKAN WAKTU PEJABAT UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN


PERIBADI

Anda dilarang sama sekali menggunakan waktu bekerja untuk menjalankan


aktiviti perniagaan peribadi. Pekerja yang didapati menggunakan waktu
bekerja untuk menjalankan perniagaan akan mengalami kemorosotan prestasi
dan memberi kesan tidak baik kepada syarikat.

Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pekerja yang melanggar arahan ini
dan surat tunjuk sebab hendaklah disertakan.

(CUTI TAHUNAN ATAU CUTI TANPA GAJI)

Setelah disahkan jawatan (1 – 2 tahun) - 08 hari setahun

Perkhidmatan 3 tahun – 4 tahun - 12 hari setahun


JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD
Page 7
lebih dari 5 tahun - 16 hari setahun

Semua kakitangan diwajibkan mengisi borang permohonan cuti 3 hari lebih


awal daripada tarikh cuti.

CUTI SAKIT - 14 hari setahun


CUTI HOSPITAL - 60 hari setahun

Anda diwajibkan menyerahkan SIJIL CUTI SAKIT sekiranya anda bercuti sakit.
Sekiranya anda bercuti sakit tetapi tidak menyerahkan CUTI SAKIT, maka cuti
anda akan dikategorikan CUTI TANPA GAJI (UPL).

Semua pekerja diwajibkan memberitahu majikan sekiranya pekerja mengambil


Cuti Kecemasan. Sebarang Cuti kecemasan perlu diberitahu dengan segera
tanpa melalui orang tengah.

PERINGATAN TEGAS

Mana-mana pekerja yang bercuti terlebih dahulu tanpa mengisi borang cuti,
maka anda dikategorikan sebagai ponteng kerja.

Semua pemberhentian perkhidmatan mesti dibuat secara bertulis bagi kedua-


dua pihak.

Kakitangan sementara - 24 jam sehingga dua minggu


(mengikut surat tawaran)

Kakitangan tetap - 1 @ 2 @ 3 bulan notis (mengikut surat


tawaran)

Anda perlu mengembalikan semua harta hak milik syarikat pada tarikh akhir
anda berkhidmat.

TIDAK HADIR DAN LAMBAT DATANG BEKERJA

Syarikat sedia menerima alasan munasabah bagi kakitangan yang tidak hadir
atau lewat ke tempat kerja jika disertakan dengan bukti yang kukuh atau sahih.
JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD
Page 8
TIDAK HADIR TANPA KEBENARAN
Jika anda tidak hadir berturut-turut 3 hari tanpa sebab yang munasabah, anda
dianggap telah melanggar perjanjian syarat-syarat perkhidmatan dan dianggap
sebagai telah berhenti kerja di atas kerelaan sendiri.

ETIKA PAKAIAN

Bagi menjaga reputasi syarikat, semua kakitangan pejabat diwajibkan


berpakaian kemas dan sopan. Syarikat telah menetapkan, etika pakaian adalah
Seperti di bawah :

Isnin = pakaian berwarna merah / merah jambu


Selasa = uniform Medo Group (Kuning) dengan seluar/skirt/gaun hitam
sekiranya ada.
Rabu = pakaian formal bagi pekerja wanita serta lelaki
Khamis = pakaian Batik sekiranya ada
Jumaat = baju kurung bagi pekerja wanita dan baju melayu /formal bagi lelaki

*Pemakaian di atas adalah tidak di wajibkan kecuali atas arahan atau Memo akan
dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk sebarang kemaskini.
Nota : semua pekerja DILARANG memakai seluar JEAN kecuali Pengarah Urusan
Syarikat.

KOMUNIKASI

Suasana kerja yang harmoni amat penting bagi mempertingkatkan kepercayaan


dan keyakinan antara satu sama lain di dalam syarikat. Anda digalakkan
berhubung samada secara bertulis atau bersemuka sekiranya menghadapi
sebarang masalah kerja.

Polisi pintu terbuka

Cara ini bagi mengalakkan anda berbincang dengan penyelia atau pihak atasan
mengenai masalah kerja.

Polisi bersemuka

Cara ini bagi mengalakkan anda berbincang secara bersemuka bagi bertukar
pandangan atau maklumat.

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 9
Polisi perbincangan berkumpulan

Cara ini bagi mengalakkan anda berbincang secara berkumpulan bagi


memudahkan maklumat dan maklamat tercapai. Cara perbincangan boleh
dibuat melalui Mesyuarat Kumpulan, Mesyurat Jabatan, Mesyuarat Syarikat,
Kajian soal selidik dan Papan Kenyataan.

FAEDAH TAMBAHAN

CUTI AM – berubah setiap tahun mengikut pilihan pihak atasan syarikat.

Cuti-cuti berikut adalah bergaji untuk Sesi 2021:-

1) Tahun Baru
2) Tahun Baru Cina
3) Good Friday
4) Hari Buruh/Hari Pekerja
5) Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
6) Hari Raya Puasa Aidilfitri
7) Hari Kebangsaan/Merdeka
8) Hari Raya Haji
9) Hari Malaysia
10)Sarawak Day
11) Hari Keputeraan Sultan Selangor/Sarawak/Pulau Pinang/Melaka
12) Sarawak Gabenor Day
13) Hari Krismas

Pekerja yang tidak hadir pada hari sebelum atau selepas cuti am atau hari
gantiannya tanpa kebenaran penyelia atau pihak atasan, atau tanpa sebab yang
munasabah tidak layak mendapat gaji pada hari cuti am tersebut.

**Cuti Umum adalah berbeza bagi setiap Negeri.Boleh rujuk Cuti Umum yang
telah di e-mail setiap awal tahun oleh Syarikat dan rujuk bahagian Sumber
Manusia jika perlu.

CUTI BERKAHWIN
Semua kakitangan layak mendapat cuti berkahwin selama 3 hari sekali sahaja.

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 10
CUTI BERSALIN
Untuk layak mendapat cuti bersalin, pekerja tersebut haruslah telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tempoh bersalin.

PERNILAIAN PENCAPAIAN KERJA

Pernilaian pencapaian kerja bergantung kepada budi bicara Pengarah Urusan


syarikat. Penilaian juga dibuat berdasarkan prestasi dan tanggungjawab
terhadap tugasan yang telah diamanahkan.

PERTUKARAN

Semua kakitangan adalah tertakluk kepada pertukaran atau perubahan tugas di


dalam atau antara bahagian, jabatan atau cawangan. Ini akan ditentukan oleh
kehendak atau keperluan operasi dari masa ke semasa.

BORANG KERJA LEBIH MASA @ OVERTIME

Setiap Overtime yang dilakukan haruslah direkodkan dalam Borang Kerja Lebih
Masa dan anda haruslah mendapatkan pengesahan dari pihak pengurus syarikat
pada hari tersebut atau keesokkan harinya. Overtime yang dibuat tanpa
pengesahan dianggap tidak sah.

BERSAMA MENINGKATKAN PRESTASI SYARIKAT UNTUK KEPENTINGAN SEMUA!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya ________________________________, No.Kad Pengenalan : ________________


mengaku telah membaca serta memahami isi kandungan Polisi Syarikat dan dengan ini
bersetuju untuk menandatangani tanpa sebarang paksaan baik dari segi fizikal dan
mental dari pihak syarikat.

………………………………….
Tarikh : Telefon No :

JOEYEES TRADING SDN BHD & CAMTOP BERSATU SDN BHD


Page 11

Anda mungkin juga menyukai