Anda di halaman 1dari 9

KEMUDAHAN CUTI

(a) Cuti Sambilan


(Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bilangan 3 Tahun 1995)

1. Diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas sebagai


Guru serta mengajar di Sekolah/Maktab/Institusi sahaja (termasuk
Pengetua dan Guru Besar), Guru Kontrak dan Guru Sandaran Terlatih.

2. Tidak melebihi 7 hari setahun.

3. Diberi sehari sahaja (ditambah sehari untuk pergi dan sehari untuk balik
jika untuk perjalanan) untuk setiap satu tujuan.

4. Untuk tujuan seperti berikut:


4.1 menziarahi ahli keluarga yang rapat (anak, suami/isteri sendiri atau
ibu bapa, adik-beradik, mertua, datuk dan nenek suami/isteri) yang
sakit tenat atau meninggal dunia.
4.2 upacara/perayaan tahunan agama yang tidak diperuntukan Cuti
Umum oleh Kerajaan (seperti Deepavali dan Thaipusam).
4.3 keadaan kecemasan atau kemalangan (kebakaran, banjir dan
sebagainya).
4.4 menghadiri majlis suaikenal Kursus Luar Kampus (untuk guru
sendiri).
4.5 menghadiri majlis konvokesyen (guru sendiri/anak/suami/isteri).
4.6 menghadiri temuduga bagi perlantikan dalam Perkhidmatan
Pendidikan oleh SPP, JPA, JPNS dan SPA.
4.7 sebagai tambahan kepada tempoh Cuti Haji yang tidak mencukupi.
4.8 menghantar ahli keluarga yang rapat menunaikan fardu haji.
4.9 mendaftar anak ke Institusi Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama
Penuh.
4.10 perkahwinan (guru sendiri atau anaknya sahaja)
4.11 (Diberi selepas tamat berkursus yang melebihi 12 bulan jika masih
ada baki sebelum pergi berkursus Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9
Tahun 1991)

(b) Cuti Tanpa Rekod


(Perintah Am Bab C Perkara 41 46 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun
1991)

1. Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan pasukan sukarela (seperti pada


LAMPIRAN A Perintah Am) tidak melebihi 30 (+2) hari
setahun.

2. Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan persatuan/pertubuhan dalam


Malaysia sahaja (seperti pada LAMPIRANB Perintah Am) tidak
1
melebihi 14 (+2) hari (jika lebih, gunakan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa
Gaji).

2.1 kemudahan yang sama untuk menghadiri kursus anjuran Kementerian


Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kursus Kesatuan Sekerja yang
diluluskan oleh Kementerian Sumber Malaysia.
2.2 bagi kursus ke luar negeri, pertimbangan JPA.

3. Untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan/luarbiasa, khemah latihan


tahunan, seminar dan aktiviti sukan/pertubuhan/persatuan di Malaysia.

4. Untuk mengambil peperiksaan (pada hari-hari peperiksaan sahaja).


Tempoh/hari lain kelayakan Cuti Rehat Tanpa Gaji)

5. Untuk mengambil bahagian dalam sukan/olahraga di peringkat


Negeri/Antarabangasa tidak melebihi 30 hari. Juga bagi ahli
Majlis/Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri/Antarabangsa itu
menghadiri mesyuarat AJK.

6. Untuk anggota lelaki semasa isteri bersalin tidak melebihi 3 hari (termasuk
hari atau tarikh isteri bersalin).

7. Selama 7 hari untuk anggota yang diberi anugerah Perkhidmatan


Cemerlangan Perkhidmatan Awam.

8. Apabila diminta hadir oleh/di Mahkamah (termasuk 1 hari untuk pergi dan
1 hari untuk balik) Pekeliling JPA(S)223/8/3-3

9. SK.4/(11) bertarikh 26.7.1994.


a. Diberi kepada ahli-ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri
Persidangan Perwakilan di peringkat Kebangsaan dan
Antarabangsa yang diadakan di dalam negeri dan untuk
menghadiri mesyuarat-mesyuarat agung tahunan/luar biasa di
peringkat Kebangsaan (tanpa menambah bilangan hari Cuti Tanpa
Rekod yang sudah dibekalkan).
b. Cuti Tanpa Rekod tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai
Kesatuan Sekerja untuk menjalankan urusan-urusan Kesatuan
Sekerja.
Surat Ruj: JPA(S) 177/4/3/Klt.2/(60), 25 Januari 1985.

(c) Cuti Tanpa Gaji


(Perintah Am Bab C Perkara 4/Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991)

1. Diberi kerana sebab-sebab persendirian yang sahih lagi mustahak


dilakukan pada waktu/hari bekerja.

2. 30 hari bagi setiap (genap) setahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi


tidak 360 hari.
2
3. Layak memohon apabila sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan
selepas lantikan rasmi ke jawatan tetap.

4. Cuti ini juga layak dipohon oleh pegawai yang mengikuti pasangannya yang
dihantar bertugas/berkursus di dalam dan di luar negeri yang mengambil
tempoh tidak kurang daripada 6 tahun. Tempoh terhad kepada 3 tahun
sahaja. (Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bil. 1 Tahun
1992).

5. Bagi menjaga anak sehingga 90 hari sebaik sahaja tempoh 60 hari Cuti
Bersalin tamat. 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

6. Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah/hujung/cuti
umum akan terus dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji. (Perintah Am Bab C
52)

7. Anggota yang ingin memohon Cuti Tanpa Gaji diminta mengambil perhatian
tentang syarat keperluan pentadbiran di samping menyedari risiko yang
berkaitan seperti berikut:
(a) segala pinjaman (yang sebelum/selama itu dibayar secara potongan
bulanan) hendak terus dijelaskan secara tunai.
(b) melibatkan pembayaran dan kelayakan menerima bonus penuh.
(c) melibatkan perkiraan ganjaran dan pencen kerana tempoh Cuti
Tanpa Gaji tidak dikira sebagai perkhidmatan yang melayakkan
faedah-faedah persaraan.
(d) melewatkan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi anggota
yang masih dalam tempoh percubaan.
(e) hilang kekananan dalam perkhidmatan untuk sepanjang tempoh Cuti
Tanpa Gaji.

8. Cuti Tanpa Gaji tidak boleh diambilkira untuk tujuan Notis Perletakan
Jawatan. (JPA. 173/9 Klt. 7/(34) bertarikh 23.9.1996)

Latar Belakang.

Perintah Am 61(a), Perintah-Perintah Am Bab A 1973 menetapkan bagi


anggota yang hendak meletakkan jawatan dikehendaki memberi sebulan
notis bagi anggota sementara atau dalam percubaan, atau tiga bulan notis
bagi anggota tetap yang telah disahkan, atau mengikut syarat dalam
kontrak bagi anggota kontrak atau membayar balik sebulan gaji sebagai
ganti notis. Perintah Am tersebut tidak pula menjelaskan sama ada cuti
tanpa gaji boleh digunakan sebagai sebahagian atau keseluruhan tempoh
notis yang dimaksudkan itu.

3
Peraturan Baru.

Setelah mengkajinya dengan teliti Jabatan ini bersetuju memutuskan


bahawa semua jenis cuti tanpa gaji tidak boleh diambilkira untuk tujuan
notis perletakan jawatan. Dengan kata lain tempoh notis yang ditetapkan
dalam Perintah Am 61(a) Bah A itu tidak termasuk tempoh cuti tanpa
gaji.

(d) Cuti Separuh Gaji


(Perintah Am Bab C Perkara 13 bagi anggota bukan guru dan Perkara 51 bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan).

1. Diberi kerana sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada


anggota sahaja.
1.1 14 hari maksimum
1.2 Yang lebih daripada 14 hari perlu pertimbangan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan.

2. 30 hari bagi setiap (genap) setahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180
hari.

3. Cuti Separuh gaji yang meliputi kedua-dua tempoh penggal sekolah


hendaklah dikira sebagai Cuti Separuh Gaji yang bersambungan (Perintah
Am Bab C Perkara 51 (c) ).

(e) Cuti Sakit


(Perintah Am Bab C Perkara 15 21 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun
1991)

1. Perlu ada Sijil Sakit (jika tidak, dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji).

2. Sijil daripada doktor swasta tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut


setiap kali, dan hanya untuk sejumlah 15 hari setahun.

3. 90 hari pada satu-satu masa/dalam setahun (Januari ~ Disember) oleh


Ketua Jabatan berdasarkan perakuan doktor Kerajaan. Tempoh tambahan
90 hari lagi diluluskan oleh pihak Kementerian. Selepas (180 hari bergaji
penuh) itu, gunakan baki Cuti Rehat yang masih ada bagi yang layak.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (yang tiada Cuti Rehat) boleh diberi
sebanyak 25 hari tambahan Cuti Sakit. (Tanpa Sijil Sakit, akan dikenakan
Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh menunggu laporan Lembaga Perubatan).
Jika masih belum sihat tetapi diperakukan ada harapan untuk sembuh oleh
Lembaga Perubatan, boleh diberi tidak melebihi 90 hari lagi Cuti Tanpa
Gaji dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan Separuh Gaji. Kemudahan

4
ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas itu dibersarakan dengan
perakuan Lembaga Perubatan.

4. Apabila lebih daripada 45 hari setahun untuk 3 tahun berturut-turut akan


diperiksa oleh Lembaga Perubatan.

5. Setiap Cuti Sakit perlu diluluskan oleh pihak Pengarah Pendidikan Negeri.
(Sijil Sakit hanya mengesahkan anggota itu sakit serta memperakukan
tempoh anggota perlu berehat).

6. Anggota yang jatuh sakit semasa bercuti Tanpa Gaji/Separuh Gaji/Bersalin


tidak layak mendapat Cuti Sakit.

(f) Cuti Tibi, Kusta dan Barah


(i) Cuti Sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk
pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi
dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana
penyakit-penyakit lain.
(ii) Kemudahan (i) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan
penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan ang
panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah
diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
(iii) Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii) anggota boleh mengambil Cuti
Rehat yang masih layak dinikmatinya.
(iv) Cuti Separuh Gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah
tamatnya cuti di (i) hingga (iii) dan
(v) Setelah menghabiskan kesemua cuti di (i) hingga (iv) tiada cuti boleh
diberi lagi melainkan atas budi bicara Ketua Setiausaha, Kementerian
Pendidikan (setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan) yang boleh
menimbangkan apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau
separuh gaji, atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

(f) Cuti Bersalin


(Perintah Am Bab C Perkara 25 26)

1. 60 hari sekali mulai tarikh bersalin (berdasarkan Sijil Bersalin).

2. 5 kali bergaji penuh sepanjang perkhidmatan.

3. Untuk kelahiran ke 6 dan seterusnya, 14 hari Cuti Separuh Gaji dan 28


hari berikutnya Cuti Tanpa Gaji.

4. Bagi pegawai/guru wanita yang berada di bawah Sistem Saraan Baru, Cuti
Menjaga Anak (tanpa gaji) sehingga 90 hari boleh digunakan mulai hari ke
61 dari tarikh bersalin. Ini bermakna Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji)
tidak boleh diluluskan jika kemudahan ini diambil mulai hari ke 62 dari
tarikh bersalin. Jika sebahagian daripada 90 hari cuti tersebut tidak
5
digunakan, baki cuti tersebut yang tidak digunakan akan luput secara
automatik. Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) diberi sebanyak
lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatannya.

(h) Cuti Haji


(Perintah Am Bab C Perkara 34 35 dan Pekeliling Perkhidmatan)

1. Sekali di dalam/sepanjan tempoh perkhidmatan;


2. Berjawatan tetap dantelah disahkan dalam jawatan. Jika pegawai
sementara sudah berkhidmat terus-menerus tahun ke atas:
3. Selama 40 hari bergaji penuh;

(i) Cuti Rehat Tahunan


(Perintah Am Bab C Perkara 7 12 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9
Tahun 1991).

1. Untuk anggota tetap sahaja.


(PPP guru yang berkhidmat di sekolah tidak layak cuti ini).

2. Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak diambil kira.

3. Bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan sahaja, dikira ke setengah


hari yang berhampiran.

4. Baki dari 2 tahun yang terdahulu boleh dikumpul/dibawa ke tahun ketiga


tetapi baki dari tahun pertama itu akan luput pada akhir tahun ketiga.

5. Baki cuti yang tidak dapat dipergunakan kerana kepentingan perkhidmatan


boleh diganti dengan Wang tunai (sebagai salah satu faedah persaraan)
dengan syarat tidak melebihi separuh (atau maksimum 15 hari) daripada
kelayakan tahunan setiap kali tetapi tidak melebihi 90 hari sepanjang
tempoh perkhidmatan.

6. (Pekeliling Perkhidmatan Rujuk Lampiran Kadar Cuti Rehat Tahunan


untuk kelayakan anggota).

7. (Anggota Sambilan yang bekerja lebih daripada 27 hari dalam sebulan


layak satu hari tetapi tidak boleh lebih daripada 7 hari setahun Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1994)

(j) Cuti Belajar


1. Anggota tetap yang telah disahkan dalam jawatan serta sudahpun
berkhidmat (genap) 3 tahun.
(Bagi guru dikira mulai tarikh lantikan tetap oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan).

6
2. Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang
setaraf dengannya.

3. Umur tidak melebihi 43 tahun pada tarikh sesi pengajian bermula. (Syarat
ini akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dari semasa ke
semasa).

4. Mengikuti bidang pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian


Pendidikan serta ditawarkan tempat di Pusat Pengajian Tinggi yang
diiktirafkan oleh Kerajaan.

5. Bagi pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti tempatan, perlu


memperolehi surat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan terlebih
dahulu sebelum mengemukakan permohonan memasuki institusi
berkenaan.

6. Selepas berjaya mendapat tempat, anggota perlu memohon Pelepasan


Jawatan daripada Pengarah Pendidikan di samping mengemukakan
permohonan Cuti Belajar ke Kementerian Pendidikan melalui Jabatan
Pendidikan Negeri.

7. Bagi program peringkat Sarjana, kebenaran dan permohonan Cuti Belajar


perlu dikemukakan terus kepada Kementerian Pendidikan selepas
mendapat tawaran daripada Universiti serta Pelepasan Jawatan daripada
Pengarah Pendidikan.

8. Jenis Cuti Belajar


Bergaji Penuh kursus ditawarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan
Separuh Gaji Ijazah pertama di Universit tempatan
Tanpa Gaji
(Ijazah Kedua/Sarjana di Institusi tempatan/luar negeri yang
diambil secara persendirian /pilihan sendiri. Juga untuk Ijazah
pertama di Institusi luar negeri).
Tanpa Gaji dan Tanpa Biasiswa
Walau bagaimanapun, semua jenis Cuti Belajar akan ditentukan
serta diluluskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Anggota yang bercuti belajar diminta meneliti serta menuruti


segala syarat kelulusan Cuti Belajar masing-masing dan bersedia
menanggung sebarang risiko akibat kegagalan dan kecuaian
berbuat demikian.

(k) Pelepasan
Kemudahan /kelulusan pelepasan diberi untuk kes-kes yang tidak terkandung di
dalam peruntukan Perintah Am dan Pekeliling Perkhidmatan seperti
7
membenarkan tempoh yang munasabah untuk pegawai membuang undi dalam
Pilihanraya, apabila diminta hadir di Mahkamah, dan untuk urusan tertentu atas
kepentingan Negara.

(l) Perakuan Tidak Hadir Di Pejabat


(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986)
1. Diberi kerana sebab-sebab kecemasan (seperti banjir, tanah runtuh, gempa
bumi, jabatan runtuh, matapetaka dan bencana alam, perintah berkurung
dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan
terhalangnya perjalanan ke pejabat/tempat kerja biasa).
2. Anggota perlu mengemukakan perakuan (Lampiran A) sebaik sahaja
anggota bergugas semula.
3. Kebenaran/kelulusan oleh Ketua Pejabat (Pengetua/Guru Besar di
sekolah, PPB/PPD/KPP/PPK dsb di pejabat) sahaja. Tidak perlu
memohon cuti.
4. Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan (selepas
melakukan siasatan). Kelayakan Cuti Rehat anggota boleh dipotong
ataupun dikenakan Cuti Tanpa Gaji.

(m) Cuti Penggal Persekolahan


(Perkara 49 50 Perintah Am Bab C)
Hanya guru berkelayakan mendapat cuti ini dengan syarat Ketua Jabatan boleh
memanggil balik guru untuk menjalankan tugas selain mengajar yang tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.

(n) Cuti Gantian


(Perkara 40 Perintah Am Bab C)
1. Untuk anggota bukan guru sahaja.
2. Diberi kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, cuti
umum atau hari kelepasan mingguan.
3. sebagai gantian kerana tidak berkelayakan mendapat bayaran untuk
tempoh tersebut.

(o) Cuti Isteri Bersalin Di Bawah Perenggan 58.2


(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991).
1. kemudahan cuti isteri bersalin sebanyak tiga hari diberi kepada pegawai-
pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang dia berkelayakan pada tarikh
isterinya bersalin dan bukannya telah kehabisan semua cuti rehat
tahunannya;
2. pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang daripada tiga hari pada
tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti tanpa rekod sebanyak baki
tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, dua hari cuti tanpa rekod diberi
sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan satu hari
cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak dua hari.

8
3. cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin
atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seseorang pegawai itu bersalin
selepas waktu pejabat;
4. semua hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh dalam
tempoh cuti ini hendaklah diambilkira; dan
5. kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
6. kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada pegawai
perkhidmatan pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal
persekolahan. Dalam pada itu, pegawai perkhidmatan pendidikan yang
bertugas semasa penggal sekolah juga layak diberi kemudahan ini. (Di
bawah SSM kemudahan cuti isteri bersalin ialah 7 hari).

Anda mungkin juga menyukai