Anda di halaman 1dari 1

WAKTU MENGAJAR

PINDAAN KEPADA PEKELILING PENTADBIR BIL. 3/1967 (Petikan)

1. GURU BESAR

Guru Besar diperlukan mengajar sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu


selain daripada tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah.

2. GURU PENOLONG KANAN DAN PENYELIA PETANG

Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-


kurangnya dua belas (12) waktu seminggu. Ia hendaklah membantu Guru Besar
dalam melicinkan tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah.

3. GURU PERPUSTAKAAN, SETIAUSAHA SUKAN DAN GURU MEDIA

Guru-guru perpustakaan, Setiausaha Sukan dan guru media hendaklah


menjalankan tugas-tugas dalam bidang-bidang berkenaan bagi membantu
meninggalkan lagi kualiti pelajaran di sekolah. Guru-guru ditugaskan dalam
bidang-bidang yang disebutkan di atas hendaklah mengajar sekurang-kurangnya
18 waktu seminggu dan yang lainnya hendaklah ditumpukan kepada tugas-tugas
dalam bidang-bidang yang ditentukan kepadanya.

4. GURU PANDUAN

Untuk mencapai matlamat perkhidmatan panduan dengan sepenuhnya, beban


mengajar guru panduan ialah 12 waktu seminggu. Waktu-waktu yang lain
hendaklah ditumpukan kepada kerja-kerja panduan. Kelonggaran ini hanya
diberikan kepada peringkat Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Vokasional
dan Sekolah Menengah Teknik sahaja.

5. GURU PEMULIHAN

Jawatan guru pemulihan hanya diberikan kepada sekolah-sekolah rendah sahaja.


Tugas guru ini adalah mengajar murid-murid lemah.

105

Anda mungkin juga menyukai