Anda di halaman 1dari 2

Laporan Penyedian Solan Ujian Pengamatan dan

Pelaksanaan Ujian Diagnostik Pengamatan

Pada Program Berasaskan Sekolah (PBS) kali kedua ini saya

ILAMMAAREN A/L RAMADASS bernombor kad pengenalan 900925 – 14

– 6209 dari unit PISMP Pemulihan (Bahasa Tamil) ambilan Jan 2010 telah

ditugaskan untuk melaksanakan satu ujian diagnostik pengamatan

daripada senarai pengamatan yang diberi.

Menggunakan senarai pengamatan itu sebagai panduan saya telah

memilih pengamatan turutan yang berpusatkan deria visual bagi

menghasilkan ujian diagnostik saya. Soalan yang telah saya hasilkan ada

dua bahagian yang mempunyai tahap – tahap yang berbeza. Soalan

pertama adalah tahap yang rendah dimana kanak – kanak dikehendaki

untuk mengisi ruangan kosong dengan mengikut turutan. Terdapat tiga

soalan dalam bahagian pertama dan satu soalan dalam bahgian kedua.

Soalan pertama dalam bahgian pertama ialah untuk menguji daya ingatan

kanak – kanak dalam mengenali abjad mengikut urutan yang betul. Soalan

yang seterusnya pula adalah untuk menyuruh kanak – kanak untuk

memikirkan perkara – perkara yang dibuat sebelum dan selepas makan ,

juga perkara yang dibuat selepas bangun pagi.


Kertas solan ini telah diambil oleh 6 orang pelajar sewaktu di sesi

percubaan yang telah dilaksanakn di sesi P&P dahulu di kelas. Pada masa

itu saya dapat mengenali situasi kelas pemulihan dan dapat menyediakan

diri saya bagi menghadapi kelas pemulihan yang sebenar.

Pada sesi tersebut juga saya dapat mengecam kesilapan dan

kesalahan juga kecacatan yang terdapat dalam soalan saya. Kemudianya

saya telah memperbaiki soalan saya.

Anda mungkin juga menyukai