Anda di halaman 1dari 20

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA JAYA

KOTA TINGGI, JOHOR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

CARA MENGHAFAL FAKTA TENTANG ALIRAN MAKANAN DALAM


SISTEM PENCERNAAN MANUSIA MELALUI KAEDAH
‘SERONOK BELAJAR SAMBIL MENYANYI’

MOHD AZIZOL BIN MOHAMED

SITI AISHAH BT CHE MAT


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Selama kami mengajar sains Tingkatan 2 kami mendapati murid-murid sukar


untuk mengingati fakta-fakta yang ada dalam subjek ini. Jadi kami berasa ada
satu kekurangan dari kaedah pengajaran. Persoalan yang timbul adalah
mengapa sebahagian besar murid tidak boleh mengingati fakta-fakta dalam
subjek sains terutamanya yang melibatkan huraian dan item - item yang jarang
mereka dengari. Setiap kali ujian dan peperiksaan dijalankan, ada murid yang
gagal dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Hampir separuh dari jumlah
murid tingkatan 2 yang sering mendapat markah rendah dan tidak dinafikan, rata-
rata murid dari kelas ini agak lemah dalam semua mata pelajaran.

Beberapa siri pemerhatian dan perbincangan oleh kami dan mendapati


punca kegagalan mereka dalam menjawab soalan-soalan berbentuk fakta adalah
kerana mereka tidak dapat memahami dan mengingati fakta-fakta dalam subjek
sains. Kami tidak mahu mereka terus ketinggalan dalam mata pelajaran Sains.
Oleh itu kami perlu memikirkan satu pendekatan baru atau mengubahsuai kaedah
pembelajaran supaya dapat membantu murid-murid ini untuk meningkatkan
kompetensi mereka dalam pembelajaran sains sekaligus meningkatkan
pencapaian mereka.

Kami meneliti sukatan matapelajaran bagi tingkatan 2 dan mendapati


bahawa objektif dan hasil pembelajaran adalah berfokus kepada fakta yang perlu
murid fahami dan seterusnya menghafal fakta tersebut. Banyak dari topik di dalam
sukatan pelajaran ini boleh dikaitkan dengan cara pembelajaran yang lebih
menarik seperti belajar sambil menyanyi. Oleh sebab itu kami telah mengambil
keputusan untuk menggunakan kaedah ‘seronok belajar sambil menyanyi’ untuk
membantu murid meningkatkan kemahiran memahami dan menghafal fakta
dalam sains.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Berdasarkan latihan (Quizizz) yang di jalankan semasa PdPR bulan Mac,kami


dapati hampir 70% murid tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan tindakan
enzim pencernaan dan hasil akhir pencernaan (Bab 3:Nutrisi - Sistem
Pencernaan Manusia)

(Sila Rujuk Lampiran I)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian 12 orang murid tingkatan


2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya dalam memahami dan
menghafal fakta dalam subjek sains.Secara khususnya pula kajian ini dijalankan
adalah untuk :

1. Memastikan setiap murid dapat melabel struktur bagi sistem pencernaan


manusia dengan betul .
2. Memastikan bahawa murid boleh memahami dan menghafal bagaimana
makanan mengalir melalui saluran pencernaan.

3. Memastikan murid dapat memahami dan menghafal semua enzim,


makanan yang dicerna dan hasil perncernaan yang terlibat dalam sistem
pencernaan manusia .

4. Memastikan murid dapat mengenalpasti organ - organ yang terlibat dalam


sistem pencernaan dan bagaimana organ itu berfungsi semasa proses
pencernaan berlaku.

4.0 SOALAN KAJIAN

Adakah dengan menggunakan kaedah ‘seronok belajar menyanyi’ dapat


meningkatkan kebolehan murid tingkatan 2 untuk memahami dan seterusnya
menghafal sistem pencernaan manusia?
5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan dengan hanya melibatkan12 orang murid tingkatan
2 sebagai kumpulan sasaran. Mereka terdiri daripada 4 lelaki dan 8 perempuan.
Secara amnya umur sample ini berada dalam linkungan 14 tahun dan dari
pelbagai kaum.

Walaubagaimanapun dari segi pencapaian untuk subjek sains pencapaian


mereka adalah pada tahap memuaskan tetapi masih boleh diperbaiki dengan
sedikit usaha. Kesemua sampel mengikuti sesi pembelajaran secara PdPR iaitu
sekali seminggu.

6.0 MERANCANG TINDAKAN

6.0 Pengenalan.

Tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah. Setelah


membuat pemerhatian dan mengenal pasti punca permasalahan murid, kami
telah membuat keputusan untuk menggunakan keadah ‘seronok belajar sambil
menyanyi’ sebagai cara penyelesaian masalah. Dengan menjalankan kaedah ini,
murid secara automatik akan menjana idea dan membina pengetahuan sendiri
berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

6.1 Perancangan Langkah Tindakan

Kami telah memilih empat pendekatan khusus yang disesuaikan untuk


digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu
pendekatan ini juga dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran memahami
dan menghafal fakta dalam sains. Langkah - langkah adalah seperti berikut:

1. Pengajaran semula.

2. Ujian Pra

3. Murid merakam lagu nyanyian ‘pencernaan makanan’ secara individu dan


membuat latihan nyanyian secara kendiri
4. Ujian Pos
6.1.1 Pengajaran semula

Setiap hari murid akan belajar banyak perkara baru dan saya yakin murid -
murid pasti susah untuk mengingati apa yang telah dipelajari tambahan pula yang
melibatkan perkara yang mereka jarang dengar dan kurang pendedahan.Jadi,
pengajaran semula disini bermaksud mengajar semula tentang struktur
pencernaan manusia dan aliran makanan dalam salur pencernaan.

Langkah 1: Pengenalan kembali kepada sistem pencernaan manusia.

Langkah 2: Menggunakan Power Point bergambar untuk mengajar tajuk sistem


pencernaan.

6.1.2 Ujian Pos

Murid diberi link untuk ujian ini dan diberi masa 15 minit untuk

menyelesaikannya.Ujian yang dijalankan menggunakan aplikasi Google Form.

6.1.3 Aktiviti ‘seronok belajar Menyanyi’

Murid tidak berminat untuk menghafal fakta yang terlalu rumit bagi mereka
tambahan pula yang melibatkan istilah yang mereka jarang dengari jadi kami
mencari alternatif atau satu cara untuk memudahkan pelajar mengingati fakta
tersebut iaitu melalui nyanyian. Pelaksanaan kaedah ini adalah seperti berikut

Langkah 1 : Murid diberi lirik lagu ‘Proses pencernaan’dan mereka mesti berlatih
serta merakam lagu ini dengan iringan muzik ‘Labah -Labah’

(Lirik lagu “Proses pencernaan” Sila rujuk lampiran II)

6.1.4 Ujian Pos

Murid sekali lagi diberi link untuk ujian kedua dan diberi masa 15 minit untuk

menyelesaikannya.
6.2 Pengumpulan Data

Dalam menjalankan kajian ini, kami menggunakan dua instrumen khusus


untuk mengumpul data dan maklumat. Dua instrumen khusus yang telah dipilih
adalah Ujian Pra dan Ujian Pos serta Pemerhatian.

6.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian pra dan dan ujian pos merupakan satu rangkaian soalan bagi menguji
kesan tindakan rawatan ke atas sample menggunakan bahan iaitu soalan . Di
antara ujian pra dan ujian pos terdapat selang masa bagi perlaksanaan tindakan
rawatan. Instrumen ini dapat digunakan untuk memberi gambaran kepada guru
tentang keberkesanan proses tindakan rawatan yang telah diambil.
Kebolehpercayaan dan kesahihan menggunakan kaedah ‘uji dan uji semula´.
Dapatan ujian pra, boleh dijadikan rujukan atau gambaran awal tentang
pengukuran penguasaan murid terhadap kebolehan murid untuk mengenal pasti
pembolehubah. Selepas itu tindakan rawatan akan dilaksanakan dan disusuli
dengan ujian pos. Daripada kedua-dua ujian ini kita dapat melihat sama ada akan
berlaku perubahan atau tidak ke atas sample selepas berlakunya tindakan
rawatan. Analisis akan dilakukan menggunakan analisis peratus perubahan
peningkatan atau penurunan.
(Sampel ujian pra https://forms.gle/CNbdVYVnQYmYGXJU7)
(Sample ujian pos https://forms.gle/VcmWW2CtVbpSeiSs8 )

6.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu lagi instrumen pengumpulan data yang telah
dijalankan sepanjang kajian ini. Satu senarai semak yang ringkas telah dibina bagi
memantau perkembangan murid sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Beberapa aspek dinilai berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah
pemerhatian yang berstruktur kerana pemerhatian dibuat adalah berdasarkan
senarai semak.
Sepanjang tempoh kajian saya telah melakukan pemerhatian secara terus
dengan memantau sample setiap kali murid melakukan ujikaji. Sekurang-
kurangnya sepanjang tempoh kajian, saya telah membuat pemerhatian secara
langsung sebanyak tiga kali sepanjang tempoh tindakan rawatan dijalankan.
Berikut merupakan senarai semak yang telah dibina bagi tujuan pemerhatian.
Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif berdasarkan
senarai semak seperti dibawah.

No. Aspek Tarikh

1 Sesi PdPR 12 Julai 2021

2 Kuiz Pra 12 Julai 2021

Komitmen dan kerjasama murid dalam merakan 16 Julai 2021 –


3
video seronok belajar “menyanyi” 24 Julai 2021

4 Kuiz Pos 25 Julai 2021

(Video Nyanyian Murid-murid - Rujuk pautan

https://drive.google.com/drive/folders/1r9nvpuUC2qrh7r9jwHdv4Ax04-

9VaKz?usp=sharing )

6.3 Analisis Data Dan Interpretasi


Dalam analisis dan interpretasi data saya telah melakukan penganalisian
terhadap semua data mentah yang telah dikumpul sepanjang tempoh
perlaksanaan kajian.

6.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pos


Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos kesemua sample seramai 12 orang telah
terlibat dalam menjawab soalan bagi kedua-dua ujian ini. Ujian ini dilakukan
sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas tindakan rawatan diambil. Soalan
untuk Kuiz Pra dan Kuiz Pos adalah hampir sama. Perubahan yang dibuat dari
segi susunan soalan bagi mengelakkan murid menjawab secara hafalan. Segala
dapatan yang dikumpul akan dikategorikan mengikut bahagian dapatan sebelum
tindakan dan selepas tindakan. Jadual dibawah menunjukkan dapatan selepas
ujian dilaksanakan. Data yang dikumpul telah dianalisis mengunakan kaedah
analisis kuantitatif mudah dan peratus.

Perbandingan Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Peratus
Bil Nama Skor Kuiz 1 Skor Kuiz 2
Peningkatan

1 Hannah Najlaa 17 / 20 18 / 20 +1
2 Kirtiga A/P Saravanan 11 / 20 18 / 20 +7
3 Mohamad Daniel Hakimi 7 / 20 12 / 20 +5
4 Nurin Irdina 9 / 20 14 / 20 +5
5 Nurul Izzati 18 / 20 20 / 20 +2
6 Nurul Syazwanie Binti Abdul Malek 9 / 20 14 / 20 +5
7 Nurwanizayani 17 / 20 20 / 20 +7
8 Rajkiran A/L Muniappan 20 / 20 20 / 20 0
9 Sasvi Raj A/L Anbarasu 15 / 20 20 / 20 +5
10 Sharumathi A/P Gulothungan 7 / 20 14 / 20 +7
11 Thiviya A/P Theigarajan 11 / 20 18 / 20 +7
12 Wan Ismail Rahmat 12 / 20 20 / 20 +8

Graf Analisis Markah Pelajar


25

20

15

10

Skor Kuiz 1 Skor Kuiz 2 Peratus Peningkatan

(Graf analisis soalan – sila rujuk Lampiran III)


6.3.2 Pemerhatian

Berpandukan senarai semak, pemerhatian telah dibuat ke atas murid untuk


memperolehi data yang akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif mudah
dengan menggunakan senarai semak. Melalui senarai semak ini, segala maklumat
yang diperolehi ini dicatatkan untuk menunjukkan sebarang perubahan yang
berlaku sepanjang tempoh tindakan rawatan. Melalui dapatan ini saya telah
melakukan analisis mudah dengan menggunakan kaedah analisis kualitatif mudah
menggunakan senarai semak . Saya telah membandingkan antara dapatan pada
awal tindakan dan akhir tindakan selesai dijalankan.Semua maklumat dan
keputusan dicatatkan dalam bentuk jadual dan graf untuk tujuan interpretasi.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian ini menunjukkan secara umumnya mendapati terdapat perbezaan


yang signifikan di antara sebelum tindakan dan selepas tindakan rawatan diambil.
Melalui data yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pos yang telah dianalis, juga
mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara bagi perbandingan markah
diantara kedua-dua ujian tersebut. Dalam ujian pra kesemua 10 orang murid gagal
dan keuputusan ujian pos menunjukkan peningkatan lulus kepada 7 orang dalam
ujian pos. Dari pemerhatian yang telah dilakukan dengan menggunakan senarai
semak yang dibina. Saya dapat melihat perubahan positif terhadap kebolehan murid
di dalam menghafal aliran dalam sistem pencernaan manusia. Ini di buktikan
dengan penambahbaikan yang telah dicapai di dalam setiap ujikaji yang telah
dijalankan.Berdasarkan kajian dua instrumen ini, jelaslah menunjukkan bahawa
ujikaji ini dapat digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menghafal
fakta sains. Selain itu saya juga telah melihat bahawa murid juga dilihat tertarik
untuk mengikuti sesi pengajaran yang dijalankan kerana mereka secara aktif
terlibat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.Rumusan daripada kajian ini
telah menunjukkan bahawa ujikaji telah dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam menghafal fakta sains. Diharapkan bahawa strategi pengajaran ini dapat
dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang akan datang
supaya di samping sesi pengajaran menjadi berkesan, murid juga berasa seronok
untuk mempelajari sains.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa penggunaan kaedah “seronok belajar


sambil menyanyi” dapat meningkatkan kebolehan murid dalam menghafal fakta –
fakta sains.
Sebagai kesimpulan, diharapkan strategi pembelajaran menggunakan kaedah
‘seronok belajar sambil menyanyi’ dapat diaplikasikan oleh guru sains bagi
meningkatkan kemahiran murid dalam menghafal fakta - fakta dalam sains dan
seterusnya menarik minat murid untuk mempelajari sains.
Lampiran I
Lampiran II

Proses Pencernaan
Tema lagu: Didi and Friends - Labah-labah

Mula dari Mulut gigi hancurkan makanan,


Amilase liur menguraikan kanji,
Kanji diuraikan kepada Maltosa,
Di Esofagus prosesnya Peristalsis.

Perut ada Protease dan Asid hidroklorik,


Asid hidroklorik membunuh bakteria,
Enzim Protease pula mencernakan Protein,
Protein diurai kepada Polipeptida.

Duodenum pula ada jus pankreas,


Jus pankreas ada enzim amilase, protease
Amilase cerna kanji kepada maltosa,
Protease cerna polipeptida ke dipeptida.

Duodenum juga ada jus hempedu,


Jus hempedu ada enzim lipase,
Lipase cerna lemak jadi asid lemak,
Jadi asid lemak bersama gliserol.

Usus kecil ada enzim maltase dan protease,


Maltase cerna maltosa kepada glukosa,
Protease cerna dipeptida ke asid amino,
Makanan tak tercerna pergi usus besar.

Usus besar serap air dan mineral,


Seterusnya disimpan di dalam rektum
Dalam rektum ianya dipanggil tinja,
Disingkir keluar melalui dubur.
Lampiran III

Graf analisi soalan (Ujian Pos)


Graf analisi soalan (Ujian Pos)
BIBLIOGRAFI

1. Buku Teks Sains Tingkatan 2; Jariah Bt. Khalib, Maznah Bt. Omar, Badariah
Bt. Hamzah, Shamsulikram B. Abdul Hamid; Karangkraf Network sdn. Bhd.;
2017

2. Modul PAK21 Sains Tingkatan 2; Noriza Awang, Ala Zolkifflee; Nilam


Publication sdn. Bhd.

3. Laporan Lokus Cartesian SMArT 2020; Ruhaya Bt. Mohamed, Minah Bt.
Selamat, Sulizah Bt. Lakimon; 2020

4. LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SAINS.pdf - Google Drive


https://drive.google.com/file/d/0B-ASNcROzOBZaWtNbWQtYnNLbFU/view

Anda mungkin juga menyukai