Anda di halaman 1dari 12

1

_________________________________________________________________

TUGASAN INDIVIDU: KERTAS CADANGAN KAJIAN


TINDAKAN
KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
_________________________________________________________________

NAMA PENSYARAH:
 DR ROZAIREEN BIN MUSZALI

NAMA PELAJAR
MOHAMAD HARIS BIN AB RAHIM
(D20181084487)
2

Isi kandungan

Senarai kandungan Muka surat


1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas 4

2.0 Isu keperihatinan 5

3.0 Objektif kajian 7


3.1 Objektif Am 7
3.2 Objektif khusus 7

4.0 Kumpulan sasaran 7

5.0 Pelaksanaan kajian 8


5.1 Tinjauan masalah 8
5.2 Analisis tinjauan masalah 8
5.3 Tindakan penyelesaian yang akan dijalankan 11
3

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KEBERKESANAN LATIHAN INTERVENSI SEGAK TERHADAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR PEREMPUAN YANG

BERMASALAH OBESITI

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat saya menyempurnakan tugasan kertas cadangan kajian tindakkan dalam mata pelajaran pendidikan
jasmani tersebut..

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Pihak sekolah dan pensyarah fakulti saya kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya pihak sekolah dan pensyarah fakulti saya atas budi bicara
beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
4

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan latihan intervensi SEGAK dalam kelas Pendidikan Jasmani sekali
seminggu dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan obes tingkatan empat di SMK
bukit jawa, pasir puteh Kelantan. Kajian ini terdiri daripada 263 orang pelajar perempuan Tingkatan 1 di SMK
Bukit jawa yang berumur purata 13 tahun. Kajian berfokuskan kepada tujuan untuk mengukur keberkesanan
latihan intervensi SEGAK dalam kelas Pendidikan Jasmani seminggu sekali dapat meningkatkan tahap kecergasan
fizikal pelajar-pelajar perempuan obes tingkatan satu. Program intervensi yang diberi juga telah memberikan
kesan terhadap satu komponen kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular. Tinjauan awal telah
dilaksanankan melalui data yang diperolehi daripada Guru kesihatan sekolah mempunyai 40 % pelajar
perempuan yang obes di Tingkatan 1.

1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas

Analisis keputusan ujian segak pertama yang dilakukan oleh para pelajar perempuan yang obes dari tingkatan
satu menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengalami penurunan
berat badan yang dihadapi oleh mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh penekanan guru yang kurang
terhadap komponen kecergasan pelajar perempuan yang mengalami masalah obesiti tersebut yang
menyebabkan mereka tidak dapat melakukan ujian segak dengan sempurna dan tepat.

Selain itu, ujian segak yang pertama yang dilakukan oleh mereka menunjukkan ketidaktepatan ujian kerana
prosedur ujian yang dilakukan oleh mereka berlaku kesalahan. sebagai contoh, ujian jangkauan melunjur yang
dilakukan oleh pelajar atau sampel ujian tidak membuka kasut sekolah atau kasut sukan sewaktu melakukan
ujian tersebut. Hal ini menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut yang menyebabkan data
yang diambil tidak menepati kriteria ujian segak.

Oleh hal yang demikian, Saya rasa terpanggil untuk melakukan pemurnian terhadap ujian segak dan mengubah
keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan meminta pelajar atau sampel untuk melakukan ujian
5

segak dengan tepat supaya data yang akan diambil dapat memberikan tanda-tanda yang baik untuk pelajar
perempuan yang mengalami masalah obesiti tersebut. Saya telah melihat maklum balas yang baik daripada
pelajar perempuan dari tingkatan satu tersebut dan hal ini telah mendorong saya untuk melakukan kajian
tindakan.

2.0 Isu keperihatinan

Pemahaman mengenai obesiti dan gaya hidup yang sihat penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ini kerana
obesiti akan mengakibatkan pelajar mengalami masalah dalam meneruskan kehidupan seharian untuk menjadi
pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan mental supaya mereka menjadi cemerlang dalam pelajaran. Lebihan
peratusan lemak badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa
yang tertentu. Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan bilangan antara kalori yang
diambil dan yang digunakan. Terdapat pelbagai punca yang dikaitkan dengan obesiti. Faktor sosial dan
persekitaran yang berkaitan dengan peningkatan pengambilan kalori berlebihan atau kekurangan aktiviti fizikal
memainkan peranan yang penting berlakunya gejala obesiti ini. Masalah obesiti boleh dikatakan terjadi dengan
peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal generasi muda dan yang berusia. Aspek
keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan obesiti mungkin salah satu sebab tetapi ianya sukar untuk
ditentukan.

Salah satu objektif Pendidikan Jasmani ialah melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk
membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal. kanak-kanak perlu dilibatkan dalam aktiviti fizikal pada
kebanyakan hari untuk jangka masa 30 hingga 60 minit dengan intensiti yang cukup supaya kebaikan kesihatan
dapat dicapai serta masalah obesiti dapat dikurangkan di kalangan pelajar. Rasionalnya ialah aktiviti fizikal
mempunyai potensi untuk memberi kesan pada peringkat dewasa, oleh yang demikian permulaan yang awal
akan memimpin mereka untuk mempraktiknya di kemudian hari dalam kehidupan mereka.

Kajian ini juga ingin menggunakan satu program intervensi yang dikenali sebagai latihan intervensi SEGAK yang
merangkumi lima set senaman tambahan berserta pengambilan indek jisim badan dalam kelas Pendidikan
Jasmani yang dijalankan sekali seminggu terhadap pelajar yang mengalami masalah obesiti . Lima jenis latihan ini
dipilih kerana ia menggunakan kumpulan otot besar di mana ia menekankan rantaian kardiorespiratori.
Tambahan lagi keempat-empat latihan ini tidak mengambil jangkamasa yang panjang dan tidak mengganggu
6

kelas Pendidikan Jasmani yang telah dijadualkan untuk pengajaran. Penyelidik memilih pelajar obesiti dalam
kajian ini, kerana tiada kajian yang dijalankan terhadap mereka.

Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan intervensi SEGAK terhadap
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan, kelenturan serta komposisi tubuh. Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar perempuan obes
Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit jawa, pasir puteh, Kelantan
7

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am
Secara umumnya kajian ini dilakukan adalah untuk melihat keberkesanan latihan intervensi SEGAK dalam kelas
Pendidikan Jasmani sekali seminggu dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan
yang obes tingkatan empat di SMK bukit jawa, pasir puteh Kelantan.

3.2 Objektif Khusus

1. Mengenalpasti tahap perbezaan kecergasan fizikal bagi kumpulan melalui pengajaran Pendidikan
Jasmani sekali seminggu tanpa latihan intervensi SEGAK terhadap 5 komponen kecergasan fizikal.

2. Mengenalpasti tahap perbezaan kecergasan fizikal bagi kumpulan yang melalui pengajaran Pendidikan
Jasmani sekali seminggu dengan latihan intervensi SEGAK terhadap 5 komponen kecergasan fizikal

3. Mengenalpasti tahap perbezaan kecergasan fizikal di antara kumpulan tanpa intervensi dan kumpulan
dengan intervensi yang melalui pengajaran Pendidikan Jasmani sekali seminggu terhadap 5 komponen
kecergasan fizikal.

4.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan kajian ini adalah terdiri daripada 263 orang pelajar perempuan Tingkatan 1 di SMK Bukit jawa yang
berumur purata 13 tahun. Rasional pemilihan populasi Tingkatan 1 ialah hasil kajian rintis pengkaji mendapati
ramai pelajar obesiti berada dalam lingkungan umur 13 tahun. Mengikut data yang diperolehi daripada Guru
kesihatan sekolah mempunyai 40 % pelajar yang obes di Tingkatan 1.
8

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan masalah

Tinjauan masalah dalam ujian ini dilihat berdasarkan Ujian Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) yang terdiri dari daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelenturan,
kekuatan otot dan komposisi badan. Secara khususnya kelima-lima komponen dan ujiannya dinyatakan di bawah:

a. Daya Tahan Kardiovaskular : Naik Turun Bangku (3 minit)

b. Daya Tahan otot : Tekan Tubi Suaian (1minit)

c. Kekuatan Otot : Ringkuk Tubi Separa

d. Kelenturuan : Jangkauan Melunjur

5.2 Analisis tinjauan masalah

Semua subjek telah berkumpul pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Mereka diberi borang skor individu
dan penerangan ringkas tentang cara pengisian borang, tujuan ujian dan masa yang diperuntukan. Subjek yang
mengalami masalah kesihatan dielakkan dari menyertai ujian ini. Semua subjek kajian diberikan latihan
memanaskan badan selama 5- 7 minit sebelum ujian dimulakan. Kesemua lima ujian dijalankan di dewan. Berat
dan tinggi subjek akan diambil sebelum mereka melakukan sesi memanaskan badan. Setiap subjek mempunyai
pasangan supaya skor dapat dikira secara selang seli. Empat orang guru yang terdiri daripada guru opsyen
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan membantu penyelidik dalam memastikan ujian dijalankan dengan
baiknya. Penerangan terperinci tentang setiap ujian dinyatakan di bawah.
9

Indeks Jisim Badan (BMI)

Tujuan : Untuk menilai komposisi badan

Prosedur : Subjek akan menimbang berat badan dalam kilo gram dan mngukur ketinggian dalam meter sebelum
melaksanakan sesi memanaskan badan . Kiraan indeks jisim badan berdasarkan formula di bawah:

BMI = BRT (Kg)


T(m) × T(m)58

Naik Turun Bangku

Tujuan : Untuk menguji daya tahan kardiovaskular

Prosedur :Subjek akan melaksanakan sesi memanaskan badan sebelum ujian dimulakan. Aktiviti ini dijalankan
secara berpasangan. Subjek berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di
atas bangku . Penguji akan memberikan isyarat “mula”. Subjek melakukan pergerakan naik dan turun
(kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). Subjek
melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3
minit. Selepas tamat subjek dikehendaki duduk serta merta. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
perlakuan dengan jangkamasa 1 minit.

Tekan Tubi Suaian

Tujuan :Untuk menguji kekuatan otot tangan

Prosedur :Ujian ini dijalankan secara berpasangan. Subjek mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan
berat
badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Badan diluruskan. Turun badan
dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Subjek luruskan tangan seperti
10

kedudukan sedia. Tekan tubi diteruskan sehingga subjek tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan
ditamatkan jika subjek tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan di atas. Pasangan
akan mengira dan merekod bilangan lakuan reponden.

Ringkuk Tubi Separa

Tujuan :Untuk menguji daya tahan otot abdomen

Prosedur :Ujian ini dilakukan secara berpasangan. Subjek akan baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit
kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki di buka seluas bahu. Kedua-dua tangan lurus di sisi dan hujung jari
menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya
jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah atau belakang
badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal sebelum melakukan ulangan yang
seterusnya. Pasangan subjek akan mengira ulangan perlakuan.

Jangkauan Melunjur

Tujuan :Untuk mengukur kelenturan

Prosedur :Subjek duduk melunjur tanpa kasut. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Tapak tangan kanan
ditindah di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur..Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Subjek diberi tiga
percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor.
11

5.3 Tindakan penyelesaian yang akan dijalankan

Setelah selesai kesemua ujian, segala keputusan yang diperolehi akan dikumpulkan dan direkodkan dalam
borang yang telah disediakan oleh penyelidik. Keputusan skor ujian yang telah dikumpulkan akan dianalisis untuk
melihat tahap keberkesanan ujian intervensi segak bagi pelajar perempuan yang mengalami masalah obes
tersebut. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis min dan sisihan piawai untuk skor ujian pelajar yang
mengalami masalah obes tersebut. Seterusnya, perbandingan dibuat antara pelajar yang menjalani kelas
pendidikan jasmani tanpa ujian intervensi segak tersebut untuk melihat tahap dan kelebihan pelajar yang
mengambil ujian inervensi segak.
12

Bibiliografi
Abd Rahman, U. N. (2009). Pembangunan Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid sekolah Malaysia (segak) (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia).

Awang, Z., & KEJURULATIHAN, F. S. S. D. (2018). Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen naik turun bangku
untuk pengujian daya tahan kardiovaskular (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Skudai, B. J. B. D. B. (2009). Persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Di Sekitar.

Anda mungkin juga menyukai