Anda di halaman 1dari 2

Program Orientasi Sekolah.

Berikan jawapan dan pandangan anda tentang perkara-perkara berikut:

i. Senaraikan kaedah-kaedah pengajaran yang anda akan gunakan untuk sesi PdPc PJK
bagi topik-topik berikut?

- topik permainan

 Kaedah TFGU (teaching for games understanding)

- topik kecergasan

 Kaedah pembelajaran kolarulatif

- topik kesihatan

 Kaedah perbincangan

- topik olahraga

 Kaedah projek

ii. Apakah tindakan anda sekiranya pada waktu anda ingin menjalankan proses PdPc PJ,
anda mendapati alatan tiada? Nyatakan tindakan alternatif anda.

 Membuat suatu inovasi alatan untuk menggantikan alatan yang tiada tersebut.
sebagai contoh mengambil kotak untuk dijadikan sebagai pagar dalam acara lari
berpagar.

iii. Bagaimanakah anda menjaga hubungan baik anda dengan guru-guru senior di sekolah
anda?

 Saling membantu mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pengetua
 Saling bertegur sapa dan memberikan senyuman manis setiap kali berjumpa atau
berselisih dengan guru-guru senior di sekolah
 Menerima teguran dan nasihat dari mereka secara terbuka
 Meluangkan masa untuk makan bersama sewaktu masa rehat

iv. Apakah tindakbalas anda sebagai guru baharu apabila diminta kelas PJK anda digantikan
dengan kelas subjek lain yang berorientasikan peperiksaan bermula dari semester ke dua
(bulan julai - november) hingga hujung tahun?

 Pada pendapat saya sebagai guru baharu di sekolah, saya dididik untuk
menjalankan tugas saya sebagai guru PJK bagi mengajar subjek PJK kepada pelajar
di sekolah. Saya tidak akan memberi waktu pjpk saya kepada guru yang ingin
mengambil wakt tersebut. saya akan memberikan penjelasan kepada guru yang
ingin subjek pjpk ini tentang kelebihan dan kebaikan mengajar subjek pjpk mengikut
teori dan lunas-lunas yang ada dalam mata pelajaran pjpk. Oleh hal yang demikian,
keadaan fizikal murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan akan berada pada
keadaan yang sihat dan bersedia untuk menduduki peperiksaan. Di samping itu juga,
saya sebagai guru baharu perlulah berbincang dengan pihak sekolah tentang masa
dan waktu pembelajaran subjek PJK ini supaya tidak diganggu dan diambil alih oleh
guru mata pelajaran lain secara sesuka hati. Dalam pada itu, sebagai guru PJK
haruslah tidak mengajar sekadar membabi buta kerana akan menampakkan subjek
PJK ini hanyalah sekadar bermain sahaja dan tidak berkonsepkan apa-apa.
Kesimpulannya, subjek PJK ini memerlukan satu ruang yang tersendiri dimana
setiap pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai teori dan praktikal.

Anda mungkin juga menyukai