Anda di halaman 1dari 6

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2019/2020

Kod Kursus / Code : QKU3053

Nama Kursus / Course : PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN BANTU


MULA

Kumpulan / Group : A

Nama Pensyarah / : DR. AZALI BIN RAHMAT

Nama Pelajar / Student’s Name : MOHAMAD HARIS BIN AB RAHIM

No. Matrik / Matric No. : D20181084487

Semester Semasa / Current Semester: Semester 5

Fakulti / Faculty : FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

Soalan 1
Situasi: Anda merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani yang sedang mengajar sekumpulan
pelajar dalam kemahiran bola sepak. Tiba-tiba seorang pelajar kelihatan terjatuh berhampiran
dengan tiang gol. Beberapa pelajar lain dilihat cuba untuk membantu pelajar tersebut. Anda
dimaklumkan oleh rakan-rakan pelajar tersebut yang kepala mangsa dilihat telah terhantuk tiang gol.
Setelah diperiksa, anda dapati mangsa masih tidak sedarkan diri dan kelihatan dahinya membengkak
kehitaman.
Soalan: Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkemahiran di dalam pertolongan cemas
dan bantu mula, apakah yang perlu untuk membantu mangsa tersebut? Nyatakan secara ringkas
(mengikut urutan) tindakan yang akan diambil berdasarkan prinsip-prinsip pertolongan cemas,
bermula daripada kejadian tersebut hinggalah mangsa di bawa ke klinik kesihatan yang berhampiran.
Sila senaraikan rujukan yang anda gunakan di helaian akhir.

Jawapan 1

Jika saya dapati pelajar atau mangsa yang mengalami dahi yang bengkak dan lebam tersebut, saya
akan melakukan dan mengaplikasikan teknik atau prinsip R.I.C.E kepada mangsa atau pelajar
tersebut. Terlebih dahulu saya akan melakukan prosedur kecemasan iaitu DRABC kerana mangsa
tidak sedarkan diri

i. Danger: Saya akan mengalihkan mangsa supaya berada dalam keadaan yang selamat.
ii. Response: Saya akan memeriksa respon atau tindak balas daripada mangsa dengan
menepuk-nepuk bahu mangsa. Sekiranya mangsa tidak respon, saya perlu memeriksa
airways atau saluran pernafasan
iii. AIrways: Saya akan membuka saluran pernafasan mangsa dengan cara mendongakkan
kepala mangsa dan memastikan tiada objek yang tersekat dalam saluran pernafasan mangsa.
iv. Breathing: Saya akan memeriksa pernafasan mangsa dengan cara mendekatkan pipi dengan
hidung dan mulut mangsa di samping melihat dada mangsa bagi melihat dan merasa
pernafasan mangsa.  Jika mangsa tiada pernafasan, bantuan pernafasan perlu dilakukan
dengan menghembuskan nafas ke dalam mulut mangsa.
v. Circulation: Saya akan melakukan tekanan dada jika mangsa tiada pernafasan. Tekanan dada
perlu diberikan sebanyak 30 kali tekanan dada dan 2 kali hembusan.

Setelah saya selesai melakukan DRABC tesebut, saya akan melakukan teknik RICE bagi membantu
mangsa yang berada dalam keadaan kepala lebam.

 R (rest) sekali lagi saya akan memastikan pelajar berada dalam keadaan yang selamat supaya
pelajar atau mangsa tesebut berada dalam keadaan yang rehat dan saya akan meletakkan
kepala mangsa tersebut berada di atas peha saya.
 I (ice) Seterusnya saya akan melatakkan atau melakukan tuam ais pada bahagian luka
mangsa tersebut supaya mengekang berlakunya bengkak yang teruk di kepala mangsa
tersebut. saya akan melakukan tuaman ais pada kepala mangsa tersebut selama 10 minit.
 C (compress) Selepas itu, saya akan melakukan tekanan pada bahagian kepala mangsa yang
bengkak tersebut menggunakan kain atau bandage supaya dapat memberikan tekanan
kepada kepala mangsa dari membengkak dengan lebih teruk.
 E ( Elevation ) seterusnya saya akan meletakkan kepala mangsa berada di atas bantal supaya
mangsa dapat berehat dengan baik
 Setelah melakukan teknik tersebut saya akan membawa mangsa pergi ke klinik kesihatan
yang terdekat. Saya akan memastikan mangsa berada dalam keadaan terbaring dan kepala
tidak bergerak supaya bengkak mangsa tidak terkena pada objek lain.
Soalan 2
Situasi: Ketika anda sedang mengajar pendidikan jasmani di padang, anda terdengar seorang guru
perempuan menjerit meminta tolong sambil menunjukkan seorang pelajarnya yang sedang terbaring
di tepi padang. Anda berlari ke arah guru tersebut dan melihat seorang pelajar perempuan sedang
memegang kepala sambil menangis. Darah kelihatan banyak mengalir keluar disebelah kanan
kepalanya.
Soalan: Sebagai seorang guru Pendidkan Jasmani yang berkemahiran di dalam pertolongan cemas
dan bantu mula, apakah tindakan segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan mangsa?
Nyatakan secara ringkas (mengikut urutan) tindakan yang akan diambil berdasarkan prinsip-prinsip
pertolongan cemas, bermula daripada kejadian tersebut hinggalah mangsa di bawa ke klinik
kesihatan yang berhampiran. Sila senaraikan rujukan yang anda gunakan di helaian akhir.

Jawapan 2

Jika saya melihat seorang pelajar perempuan atau mangsa yang mengalami luka yang mengalir darah
yang sangat banyak di kepalanya, saya akan melakukan rawatan kecil sebelum dihantar ke klinik
kesihatan.

i. Pertama sekali, saya akan memastikan mangsa berada di tempat yang selamat, sekiranya
mangsa tersebut berada di tempat yang tidak selamat saya akan mengalihkan mangsa
tersebut berada dalam keadaan dan tempat yang selamat.
ii. Seterusnya, saya akan membersihkan atau mencuci pada bahagian luka di kepala mangsa
tersebut menggunakan air yang bersih.
iii. Seterusnya, saya akan memotong rambut mangsa tersebut pada jarak dua sentimeter pada
bahagian luka tersebut supaya luka tersebut tidak diganggu oleh rambut.
iv. Seterusnya, saya akan membalut luka pelajar perempuan tersebut menggunakan kain anduh
atau pembebat steril yang mantap supaya dapat menghentikan pendarahan pelajar atau
mangsa tersebut.
v. Seterusnya saya akan membantu mangsa supaya berada dalam keadaan yang baring dengan
kepala dan bahu diangkat sedikit ke atas daripada aras jantung.
vi. Akhir sekali saya akan menghantar mangsa tersebut ke klinik yang berdekatan supaya
mendapat rawatan susulan.
Soalan 3
Situasi: Ketika anda bersama beberapa rakan anda sedang minum petang di sebuah warung tepi
jalan, tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat datang dari arah hadapan kedai. Satu
kemalangan telah berlaku di antara sebuah kereta dan lori tangki. Kerosakan yang dialami oleh
kereta tersebut kelihatan amat teruk dan didapati dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak di
dalamnya. Pemandu kereta dilihat tidak sedarkan diri dan kelihatan kepalanya mengalir darah yang
banyak. Manakala penumpang dibahagian sebelah pemandu kelihatan sedang mengerang kesakitan
dan dilihat ada kesan lebam di dahi. Sementara dua orang kanak-kanak yang berada di bahagian
belakang kereta dilihat tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya menangis kerana terkejut.
Soalan: Sebagai seorang guru Pendidkan Jasmani yang berkemahiran di dalam pertolongan cemas
dan bantu mula, apakah tindakan segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan mangsa?
Nyatakan secara ringkas (mengikut urutan) tindakan yang akan diambil berdasarkan prinsip-prinsip
pertolongan cemas, bermula daripada kejadian tersebut hinggalah mangsa di bawa ke klinik
kesihatan yang berhampiran. Sila senaraikan rujukan yang anda gunakan di helaian akhir.

Jawapan 3

Jika saya berada di tempat kejadian saya akan menolong kesemua mangsa mengikut prinsip-prinsip
kecemasan iaitu DRABC. Saya akan mengeluarkan kesemua mangsa termasuk penumpang di
belakang supaya dapat mengalihkan ke tempat yang lebih selamat. walau bagaimanapun saya akan
membantu atau melakukan rawatan kecil kepada mangsa yang tidak sedarkan diri terlebih dahulu .

Mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di kepala:

i. Perkara pertama yang saya akan lakukan ialah mengalihkan dan memastikan mangsa berada
dalam keadaan selamat dan jauh dan jauh dari objek-objek bahaya yang boleh
mendatangkan keburukkan kepada saya dan mangsa dan meminta bantuan orang sekeliling
untuk memanggil bantuan kecemasan dari pihak hospital.
ii. Setelah dari itu, saya akan membersihkan luka di kepala mangsa dengan air bersih supaya
tiada benda asing yang terdapat di luka mangsa
iii. Seterusnya saya akan merawat luka mangsa dengan memberi tekanan pada bahagian luka
supaya dapat memberhentikan pendarahan
iv. Setelah dari itu, saya akan membalut luka di kepala mangsa dengan kain atau pembebat.
v. Setelah selesai membersihkan luka dan memberhentikan darah di kepala mangsa, saya akan
melakukan DRABC kepada mangsa kerana mangsa tidak sedarkan diri.
vi. (Danger) Pertama sekali, saya akan pastikan kedudukan mangsa tersebut berada dalam
keadaan selamat dan jauh dari objek-objek bahaya yang boleh mendatangkan keburukkan
kepada saya dan mangsa.
vii. (Response) Seterusnya, saya akan menepuk bahu mangsa untuk melihat tindak balas
mangsa, sekiranya mangsa tidak memberi tindak balas saya perlu membuat pemeriksaan
salur pernafasan
viii. (Airways) Setelah itu, saya akan mula membuka salur pernafasan mangsa dengan cara
mendongakkan kepala mangsa dan memastikan tiada objek yang tersekat di saluran
penafasan mangsa
ix. (Breathing) Seterusnya, saya akan membuat pemeriksaan pernafasan mangsa dengan cara
mendekatkan pipi dengan hidung dan mulut mangsa di samping melihat dada mangsa bagi
melihat dan merasa pernafasan mangsa.  Jika mangsa tiada pernafasan, bantuan pernafasan
perlu dilakukan dengan menghembuskan nafas ke dalam mulut mangsa.
x. (Circulation) Setelah dari itu, saya akan melakukan tekanan pada dada mangsa  jika mangsa
tiada pernafasan, Tekanan dada perlu diberikan sebanyak 30 kali tekanan dada dan 2 kali
hembusan.
xi. Setelah dari itu, saya akan meminta pertolongan untuk melakukan tekanan dada sehingga
bantuan perubatan tiba kerana saya ingin membuat rawatan kecil kepada mangsa
seterusnya.

Mangsa yang sedarkan diri dan lebam di dahi

i. Untuk mangsa yang mengalami lebam di dahi saya hanya melakukan teknik RICE kepada
beliau.
ii. Pertama sekali saya akan pastikan mangsa dan saya berada dalam keadaan yang selamat dan
jauh dari benda yang boleh mendatangkan bahaya.
iii. (Rest) pertama sekali saya akan merehatkan bahagian kepala mangsa dengan meletakkan
mangsa pada keadaan yang terbaring.
iv. (Ice) Seterusnya, Seterusnya saya akan melatakkan atau melakukan tuam ais pada bahagian
lebam mangsa tersebut supaya mengekang berlakunya bengkak yang teruk di kepala
mangsa tersebut. saya akan melakukan tuaman ais pada kepala mangsa tersebut selama 10
minit.
v. (Compression) seterusnya, saya akan melakukan tekanan pada bahagian kepala mangsa yang
lebam tersebut dengan menggunakan kain atau bandage untuk membantu mengekang
berlakunya bengkak yang teruk dan mempercepatkan proses penyembuhan.
vi. (Elevation) Seterusnya, saya akan menyuruh mangsa berada dalam keadaan duduk dan rehat
disamping menunggu bantuan dan rawatan susulan tiba.
Rujukan

Head Injury. https://www.healthline.com/health/head-injury#overview1. Accessed October


23, 2017.
Head Injuries: Causes and Treatments. https://www.webmd.com/fitness-
exercise/guide/head-injuries-causes-and-treatments#3-7. Accessed October 23, 2017.

Anda mungkin juga menyukai