Anda di halaman 1dari 6

Ilmu Asas Pertolongan Cemas (First Aid)

Ilmu Asas Pertolongan Cemas (First Aid)


Pertolongan cemas atau lebih dikenali sebagai first aid sangat membantu di dalam situasi genting.
Walaupun pengamalannya biasanya berdasarkan logik dan common sense, tetapi seringkali ianya
sangat membantu di dalam pelbagai situasi kecemasan. Menggunakan rawatan asas berdasarkan
ilmu pertolongan cemas barangkali sudah mencukupi bagi sebahagian kes kecederaan, manakala
pada sebahagian situasi yang lain ianya menjadi asbab nyawa mangsa berjaya diselamatkan.
Cuaca politik Mesir semakin mendung dan masih tidak kembali cerah. Demonstrasi terus dijalankan
dengan giat daripada kalangan mahasiswa Mesir. Ana berpandangan, seharusnya mahasiswa
Malaysia didedahkan dengan ilmu dan kemahiran pertolongan cemas supaya dapat digunakan andai
diperlukan suatu masa nanti (naudzubillah min dzalik).
Ana tidak bercadang untuk menulis semua yang berkaitan dengan pertolongan cemas, ana hanya
akan memilih beberapa sahaja berdasarkan keperluan situasi dan ana akan menggunakan bahasa
yang mudah difahami kerana artikel ini adalah untuk rujukan pembaca yang tidak mempunyai asas
ilmu perubatan.
In sha Allah ana akan sentuh berkenaan:
1) Cardiopulmonary resuscitation (CPR)
2) Recovery Position
3) Patah tulang (Fracture)
4) Pendarahan (Bleeding)
-Minor
-Major (Tikaman dan tembakan)
5) Pengsan
6) Melecur (Burn)
Langkah Pertama
Apabila berhadapan dengan situasi yang terdapat mangsa mengalami kecederaan. Perlu dipastikan
dahulu kawasan di sekeliling anda dan mangsa tersebut selamat dan tiada ancaman lain sebelum
anda mendekati mangsa tersebut.
Kenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mangsa, jika kecederaan yang dialami oleh mangsa
adalah berat dan serius, sila hubungi dengan segera nombor kecemasan (123: Ambulan Mesir, 122:
Polis Mesir, 180: Bomba Mesir dan nombor pihak berkaitan (Kedutaan/ pegawai negeri/ Lajnah
Kebajikan PMRAM atau PERUBATAN/ YDP BKAN/ Ketua Hisbah atau JAKSI) bagi memohon
bantuan rawatan lanjut. Sekiranya mangsa dilihat tidak bermaya atau tidak sedarkan diri, periksa
pernafasan mangsa.
Anda boleh memeriksa pernafasan mangsa melalui cara:
1) Mengesan hembusan angin daripada saluran penafasan dengan mendekatkan pipi anda.
2) Melihat pergerakan dada.
Sekiranya pesakit itu tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, lakukan CPR kepadanya.

Cara-cara melakukan CPR


1) Mulakan dengan Bismillah
2) Pastikan tiada sebarang perkara yang menghalang saluran pernafasan mangsa (longgarkan
butang baju, buang benda yang terdapat di dalam mulut *sekiranya ada)
3) Letakkan kedua-dua tapak tangan anda di bahagian tengah dada mangsa (antara dua dada).
Tekan dada mangsa sedalam 5 cm dengan kadar tetap (dua tekanan dada pada satu saat). Prinsip
asas bagi tekanan dada adalah Push Hard, Push Fast.
4) Selepas mengenakan 30 kali tekanan pada dada (chest compressions), lakukan bantuan
pernafasan mulut ke mulut sebanyak dua kali. (sekiranya anda tidak selesa untuk melakukannya,
anda boleh memilih untuk tidak melakukannya dan terus dengan melakukan chest compressions)
- Dongakkan kepala mangsa dengan menggunakan dua jari anda pada dagu mangsa (elakkan
menekan pada leher mangsa)
- Picit hidung mangsa dan pastikan saluran pernafasannya melalui hidung telah ditutup rapi.
- Letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan lakukan hembusan. Pastikan dada mangsa bergerak
naik apabila hembusan dilakukan.
-Lakukan sebanyak dua kali hembusan.
5) Sekiranya mangsa masih tidak bernafas, teruskan dengan 30 chest compressions dan 2 rescue
breathssehingga mereka sudah boleh bernafas atau bantuan tiba.
6) Jika mangsa sudah boleh bernafas, posisikan mangsa di dalam keadaan recovery position supaya
mangsa dapat bernafas dengan mudah dan baik.

Recovery Position?
Sekiranya mangsa yang anda temui sedang menghadapi permasalahan di dalam pernafasan,
badannya lemah akibat sukar bernafas atau mampu bernafas tetapi tidak sedarkan diri, maka sila
posisikan tubuh badan mangsa ke Recovery Position.
Ana tak pasti apakah istilahnya di dalam Bahasa Malaysia.

Recovery Position penting bagi memastikan saluran pernafasan mangsa sentiasa terbuka dan
mangsa dapat melakukan pernafasan dengan lebih mudah.
Terdapat pelbagai bentuk dan kaedah Recovery Position yang digunakan di seluruh dunia, tetapi
semua kaedah tersebut menepati dan memenuhi 6 asas penting ini:
1) Mangsa perlulah berada dalam keadaan mengiring.
2) Posisi mangsa perlulah stabil.
3) Perlu hilangkan sebarang gangguan atau tekanan kepada dada.
4) Kaedah tersebut perlulah mudah untuk memusingkan badan mangsa daripada posisi terlentang
kepada posisi mengiring mahupun sebaliknya.
5) Mudah untuk melakukan pemerhatian pada saluran penafasan mangsa.
6) Posisi itu sendiri tidak membawa kepada kecederaan tambahan mangsa.
Cara-cara Meletakkan Mangsa Pada Recovery Position:
1) Mulakan dengan Bismillah.
2) Pastikan anda berada di sebelah kiri mangsa yang sedang terlentang.
3) Posisikan tangan kiri mangsa pada lantai di sisi kepala mangsa dalam keadaan dilipat sikunya
pada 90 darjah.

4) Ambil tangan kanan mangsa dan silangkan tangan kanannya di


hadapan wajah mangsa. Temukan belakang telapak tangan kanan mangsa dengan pipi kirinya.
5) Lipat kaki kanan mangsa dan mengiringkan tubuh mangsa ke arah anda dengan menarik pada
kaki mangsa. (mangsa sepatutnya lebih mudah digerakkan dengan cara ini)
6) Stabilkan posisi mangsa yang sudah kini dalam posisi mengiring.
7) Dongakkan kepalanya dan pastikan mangsa dapat bernafas dengan selesa.
Patah Tulang (Bone Fracture).
Sekiranya mangsa yang anda temui mengalami kepatahan tulang, sila hubungi nombor kecemasan
dengan segera sekiranya:
1) Pendarahan serius.
2) Kesakitan dirasai walaupun dengan sentuhan yang lembut.
3) Sendi kelihatan tidak normal.
4) Tulang tertusuk keluar.
5) Tulang yang disyaki patah adalah di leher, kepala atau tulang belakang.
6) Tulang yang disyaki patah adalah di pinggang.
Sila pastikan anda tidak menggerakkan tubuh badan mangsa kecuali sekiranya perlu. Ini adalah
untuk mengelakkan sebarang kecederan tambahan.
Apa yang anda boleh lakukan:

1) Hentikan pendarahan (sekiranya ada), tekan luka mangsa dengan kain yang bersih sekadar
untuk hentikan pendarahan. Jangan terlalu kuat.
2) Tidak menggerakkan kawasan yang cedera. Pastikan kawasan cedera tersebut dalam keadaan
yang stabil dan tidak terlalu banyak pergerakan berlaku. Sekiranya anda terlatih atau mengetahui
cara-cara untuk membuat dan memakaikan anduh, maka pakaikan kepada mangsa.
3) Gunakan pek ais. Jangan gunakan ais secara langsung pada kulit mangsa. Balutkan dengan kain.
Tekap pada kawasan cedera untuk kurangkan bengkak dan kesakitan.
4) Sekiranya mangsa seakan lemah semangat, bernafas pendek dan cepat. Sila baringkan mangsa
dan tinggikan sedikit kaki mangsa (sekiranya boleh).
Pendarahan (Bleeding)
Seringkali semasa pertembungan antara pihak keselamatan dan demonstran akan berlaku kecederan
berdarah. Samada pendarahan yang minor seperti luka kecil dan calar mahupun pendarahan yang
major atau serius seperti luka tikaman dan tembakan.
Sekiranya luka yang dihadapi oleh mangsa adalah kecil dan tidak serius, anda boleh ikuti langkahlangkah ini:
1) Mulakan dengan Bismillah.
2) Basuh dan bersihkan tangan anda terlebih dahulu.
3) Gunakan sarung tangan atau lapik tangan anda dengan sebarang plastik atau kain.
4) Bersihkan luka mangsa, sekiranya terdapat kekotoran, dengan air mengalir. Keringkan luka
mangsa dengan kain yang bersih. Letakkan anggota badan yang luka tersebut lebih tinggi daripada
paras jantung (Heart Level) *Sekiranya boleh.
5) Sapukan iodine.
6) Tutup luka mangsa dengan dressing atau plaster. (ikut kesesuaian)
Jika mangsa menghadapi masalah pendarahan yang serius dan kritikal, anda hendaklah hubungi
nombor kecemasan dengan segera dan ikuti langkah-langkah ini:
1) Mulakan dengan Bismillah.
2) Gunakan sarung tangan atau lapik tangan anda dengan sebarang plastik atau kain.
3) Tekan kawasan luka dengan kain untuk hentikan pendarahan berterusan.
4) Baringkan mangsa.
5) Sekiranya pendarahan berlaku pada anggota badan seperti tangan dan kaki, anda boleh tinggikan
anggota badan yang berkenaan lebih tinggi daripada paras jantung. Sila pastikan mangsa terlebih
dahulu tidak disyaki menghadapi kepatahan tulang.
6) Balut luka mangsa, tetapi jangan terlalu ketat. Sekiranya darah menembusi balutan ini, tambah
balutan baru di atas balutan yang pertama. Tetapi jika darah tetap menembusi, buka semula ikatan
dan ulang semula proses balutan menggunakan kain baru.
Terdapat situasi di mana mangsa ditikam atau badannya tertusuk dahan pokok atau sebagainya yang
mengakibatkan objek tersebut melekat pada tubuh mereka dan pendarahan pada masa yang sama.
Sekiranya mangsa yang anda temui menghadapi kecederaan seperti ini, Sila pastikan anda:
1) Mulakan dengan Bismillah.
2) Hubungi nombor kecemasan.
3) Biarkan objek yang tertusuk tersebut. Jangan cuba cabut atau menggerakkannya. Stabilkan
kedudukan objek itu dan pastikan objek tersebut tidak terdedah pada sebarang pergerakan.

4) Tekan dengan sederhana sekitar kawasan tusukan untuk menghentikan pendarahan.


5) Balut kawasan luka tanpa mengeluarkan objek tersebut.
Di dalam kes kecederaan yang serius disebabkan oleh tembakan, maka anda perlu seharusnya
membawa mangsa dengan pantas ke pusat rawatan yang paling hampir.
Kebiasaannya tembakan yang mengenai kepala membawa kepada maut serta merta. Tetapi
sekiranya masih mempunyai harapan, pastikan kepala mangsa dalam keadaan tegak dan lebih tinggi
daripada paras dada dan segera ke hospital.
Sekiranya tembakan tersebut mengenai muka ataupun leher. Tekan kawasan luka untuk
menghentikan pendarahan, tetapi sila pastikan anda tidak menyebabkan mangsa sukar untuk
bernafas. Bagi luka yang berada di leher, elakkan daripada tertekan pada carotid artery sehingga
menyebabkan darah tidak sampai ke kepala.
Bagi luka tembakan di tangan dan kaki, sekiranya darah tidak berhenti mengalir setelah anda
menekannya, anda boleh hentikan pendarahan tersebut dengan mengenakan tekanan di pangkal
lengan atau kaki melalui ikatan.
Ana tidak akan menerangkan cara pertolongan cemas untuk mereka yang ditembak di dada mahupun
badan, kerana ianya agak rumit untuk dijelaskan melalui penulisan. Disini ana sertakan pautan video
untuk rujukan.
Pertolongan cemas hanya untuk tempoh yang sementara sahaja. Mangsa hendaklah dibawa ke
hospital dengan segera. Sebarang kelewatan hanya akan menyebabkan mangsa semakin kehilangan
darah dan boleh membawa kepada maut.
Pengsan (faint)

Suasana yang cemas dan merimaskan kadangkala menyebabkan


sebahagian mangsa pengsan. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, anda perlu baringkan
mangsa pada lantai dan tinggikan kaki mangsa menggunakan kerusi atau apa-apa sahaja objek yang
bersesuaian.
Biarkan mangsa berada di dalam posisi tersebut sehingga 10-15 minit.
Berikan jus buah atau manisan pada mangsa sejurus sahaja mangsa kembali sedar.
Sekiranya muka dan bibir mangsa kebiruan, mempunyai degupan jantung yang sangat perlahan dan
mempunyai masalah dalam pernafasan, sila bawa mangsa dengan segera ke hospital yang
berdekatan.

Luka Melecur (Burns)


Sebelum kita mengetahui jenis rawatan asas bagi luka melecur, kita perlu mengenali jenis-jenis luka
melecur terlebih dahulu.
Luka melecur kebiasaannya akan terbahagi kepada dua:
1) Kecederaan Minor (Luka melecur tahap pertama dan kedua)
2) Kecederaan Major (Sebahagian luka melecur tahap kedua dan luka melecur tahap ketiga)
Kecederaan minor biasanya adalah luka yang kecil saiznya dan hanya melibatkan lapisan kulit
pertama dan yang kedua sahaja.
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1) Letakkan kawasan melecur di bawah aliran air bersuhu sederhana. Sekiranya tiada air yang
mengalir (paip dan sebagainya), rendamkan kawasan kulit yang melecur itu atau memadai menekap
kulit yang melecur tersebut dengan kain yang telah dibasahkan dengan air sejuk. Lakukannya di
dalam tempoh 10-15 minit atau sehingga kesakitan beransur hilang.
2) Tutup atau balut kawasan kulit yang melecur dengan kain yang bersih. Jangan guna kain yang
boleh melekat dengan luka mangsa.
Kecederaan minor atau ringan ini biasanya akan pulih dengan sendirinya tanpa perlu melalui rawatan
lanjut. Tetapi, sekiranya terjadi jangkitan kuman pada bahagian yang luka, sila bawa mangsa ke
hospital.

blister

Diingatkan agar anda tidak menggunakan ais secara langsung pada kulit yang sedang melecur dan
elakan daripada memecahkanblister.
Sekiranya anda berhadapan dengan mangsa yang mempunyai kecederaan melecur major atau
serius, sila hubungi nombor kecemasan dengan segera atau membawa mangsa tersebut ke hospital
untuk mendapat rawatan segera.
Anda dinasihatkan agar tidak menanggalkan pakaian mangsa dan jangan merendamkan kawasan
kulit yang melecur ke dalam air.

Anda mungkin juga menyukai