Anda di halaman 1dari 9

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bahagian ini akan dijelaska kerangka asas yang telah

dilaksanakan dalam kajian bagi merawat masalah yang saya ketengahkan

sebagai salah satu tugasan atau kerja kursus yang telah disyaratkan kepada

saya.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian penyelidikan yang dijalankan, saya telah memilih untuk

menggunakan kaedah eksperimen yang berdasarkan reka bentuk seperti

yang berikut :

Rajah 2 : Model Gelungan Kajian Tindakan

Kurt Lewin (1946)

Berdasarkan kepada reka bentuk kajian yang telah ditunjukkan di

atas, satu kumpulan murid seramai 5 orang telah terlibat sebagai sampel

kajian saya. Kumpulan murid ini merupakan kumpulan murid LINUS dari

Tahun 2 Bestari. Kumpulan murid ini masih ditempatkan di dalam kelas arus
perdana bersama murid-murid yang lain tetapi berada diletakkan dalam

kumpulan yang sama yang didedahkan kepada pengajaran dan

pembelajaran koperatif berdasarkan kepada bentuk permainan iaitu Sahibba

Linus.

Sebelum menjalani rawatan, setiap murid dalam kumpulan ini telah

menjalani ujian pra untuk menilai tahap kebolehan serta tingkat kemahiran

membaca mereka. Selepas menjalani rawatan selama 3 minggu

menggunakan kaedah serta teknik yang telah saya rancang, kumpulan murid

ini telah diberi ujian pos. Tujuan ujian pos adalah untuk mengetahui sama

ada terdapat atau tidak peningkatan murid ini dalam pencapaian bagi

kemahiran membaca gabungan dua suku kata terbuka, tertutup dan

gabungan kedua-dua suku kata terbuka dan tertutup.

3.3 Penyelidikan Lapangan

Penyelidikann lapangan merupakan cara atau langkah penyelidikan

yang saya jalankan ke atas sampel kajian dengan menggunakan kaedah

soal selidik dan pemerhatian.

3.3.1 Soal Selidik

Soal selidik selalunya digunakan untuk mendapatkan sesuatu

makluman atau menilai prestasi sampel kajian seperti menilai prestasi

akademik, maklumat serta latar belakang sampel kajian dan sebarang fakta

yang berkaitan dengan sampel kajian tetapi mestilah relevan dengan

persoalan kajian yang dijalankan.


Dalam proses membina dan memilih penggunaan soal selidik ini

sebagai suatu alat dalam kajian, beberapa factor tertentu haruslah

diambilkira oleh saya seperti menggunakan bahasa yang mudah serta

bersesuaian dengan aras serta peringkat umur dan kebolehan sampel kajian.

Dalam situasi kajian ini, saya telah membina suatu soal selidik yang

memerlukan jawapan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ sahaja. Selain daripada itu, saya

juga terpaksa membaca sepenuhnya soalan-soalan yang dikemukakan di

dalam borang soal selidik kerana resonden yang terlibat belum mempunyai

kemahiran membaca lagi.

3.3.2 Kaedah Pemerhatian

Kajian yang saya jalankan ini hanya melibatkan proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas dan juga masa terluang saya di sekolah

sahaja. Dalam kaedah ini, saya memerhati tindak balas atau respon yang

diberikan oleh murid-murid yang menjadi sampel kajian saya ini. Kaedah ini

telah membantu saya untuk mendapatkan maklumat tambahan sebagai

salah satu cara saya melakukan analisis dan rumusan berkaitan dengan

persoalan kajian ini.

3.4 Sampel Kajian

Sampel kajian telah dipilih melalui Ujian Saringan 1 Linus iaitu terdiri

daripada 5 orang murid Tahun 2 Bestari, Sekolah Kebangsaan Guar. Semua

sampel kajian ini dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam Ujian

Saringan 1 Linus yang telah dijalankan pada bulan Mac 2014. Pengumpulan

data adalah berpandukan kepada beberapa instrument seperti pemerhatian,


ujian pra dan ujian pos, temu bual dan soal selidik. Data-data tersebut

kemudiannya telah dikumpulkan untuk dianalisis mengikut sampel kajian

kajian.

Jantina Bilangan

Lelaki 3

Perempuan 2

Jumlah 5

Jadual 1 : Latar Belakang Demografi Sampel Kajian

3.5 Lokasi Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Bestari di

Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang, Kedah Darul Aman.

Pemilihan sampel kajian di sekolah ini adalah kerana skop kajian

penyelidikan yang saya jalankan ini hanya menumpukan perhatian kepada

satu sekolah sahaja. Sekolah ini menjadi pilihan saya kerana ianya

merupakan tempat saya berkhidmat sepanjang tempoh pengajian ini selain

kerana latar belakang murid yang kebanyakannya mempunyai latar belakang

yang sama dari segi ekonomi, social dan latar keluarga.

3.6 Instrumen Kajian

Untuk instrumen kajian bagi mendapatkan data penyelidikan, saya

hanya menggunakan ujian pra dan ujian pos. Selain itu saya juga telah

menggunakan data daripada Ujian Saringan 1 Linus sebagai instrument


untuk memilih sampel kajian dan juga sebagai instrument tambahan yang

akan digunakan ketika membuat rumusan dapatan kajian saya ini.

3.6.1 Ujian

Kelima-lima orang murid yang menjadi sampel kajian saya ini telah

diberikan ujian yang mengandungi 10 konstruk soalan di mana setiap

konstruk mengandungi 5 soalan penguasaan kemahiran membaca. Setiap

soalan adalah mengikut garis panduan seperti yang telah ditentukan dalam

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

a. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi rawatan bermula. Ianya bertujuan

untuk menilai kebolehan murid menguasai kemahiran membaca.

b. Ujian pos pula dijalankan selepas berakhirnya sesi rawatan murid.

Ianya bertujuan untuk menguji serta melihat tahap pencapaian murid

dalam menguasai kemahiran membaca. Bentuk dan struktur soalan

adalah sama seperti ujian pra.

c. Ujian Saringan 1 Linus merupakan sumber utama bagi saya

mengenalpasti masalah ini. Melalui keputusan Ujian Saringan 1 Linus

tersebut juga saya dapat membuat andaian dan rumusan awal

berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang

menjadi sampel kajian ini. Ianya dijalankan pada bulan Mac 2014

mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

3.6.2 Pentadbiran Ujian


Kelima-lima orang murid yang menjadi sampel kajian saya telah

diberikan satu ujian pra seperti pada Lampiran 1 sebelum proses rawatan

dijalankan manakala ujian pos seperti pada Lampiran 2 pula diberikan

selepas selesai sahaja proses rawatan dijalankan.

Kedua-dua ujian tersebut iaitu ujian pra dan ujian pos, telah dijalankan

secara formal mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan.

Kedua-dua ujian tersebut dijalankan selama 1 jam dan dikendalikan oleh

saya sendiri.

3.6.3 Memeriksa dan Menilai Ujian

Setiap ujian yang dijalankan dalam kajian ini telah disemak oleh saya

sendiri sebagai pengkaji. Markah-markah yang diperolehi hasil dari semakan

jawapan murid tersebut telah dikumpul dan dianalisis untuk langkah yang

selanjutnya. Keputusan ujian dan rumusan dari analisis dilakukan seteleh

semua peringkat kajian dijalankan bagi menentukan jawapan terhadap

persoalan kajian saya ini.

3.7 Prosedur Kajian

Kajian yang dijalankan ini ditumpukan khusus kepada masalah yang

dihadapi oleh murid iaitu tidak boleh menguasai kemahiran membaca dua

atau lebih gabungan suku kata-suku kata terbuka, suku kata tertutup dan

kedua-duanya sekali. Kajian yang dijalankan ini adalah mengikut prosuder

yang berikut :

i. Pemerolehan kebenaran Guru Besar SKGK dengan menggunakan

surat permohonan rasmi dengan disertakan kertas proposal kajian

yang akan dijalankan.


ii. Pemerolehan kebenaran Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa

Melayu SKGK melalui surat pemakluman setelah mendapat

kebenaran dan kelulusan daripada Guru Besar SKGK.

iii. Pemerolehan kebenaran daripada guru kelas dan guru mata pelajaran

lain melalui surat pemakluman.

3.8 Pentadbiran Kajian

Pada peringkat ini, saya telah membuat persediaan awal supaya

kajian saya berjalan dengan lancer dan tidak terganggu dengan sebarang

kekangan yang boleh merencatkan proses rawatan yang saya jalankan. Bagi

setiap pengkaji yang ingin membuat kajian, pentadbiran kajian ini merupakan

suatu keutamaan yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

3.8.1 Persediaan Lokasi Kajian

Sebelum melaksanakan kajian ini, saya telah membuat beberapa

beberapa persediaan yang penting. Antaranya adalah menyediakan soalan

ujian pra dan ujian pos, soal selidik, menulis surat permohonan dan

kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dan sebagainya. Selain itu,

semasa membuat perancangan untuk menjalakan kajian, saya juga telah

berbincang dengan guru-guru lain serta membuat rujukan berkaitan dengan

persoalan kajian terutamanya merujuk dengan pihak pensyarah yang

mengendalikan kursus ini.


3.8.2 Masa Kajian

Apabila semua perancangan dan persediaan awal dilaksanakan, saya

telah memulakan kajian ini selama 3 minggu bermula pada 7hb September

2014 sehingga 25hb September 2014.

Pada peringkat awal pelaksanaan kajian ini, rakan-rakan guru telah

banyak membantu dan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin. Saya

juga telah mendapat bimbingan dan tunjur ajar yang baik daripada pihak

pentadbiran sekolah dan sentiasa menyokong setiap aktiviti yang saya

jalankan. Ini menyebabkan saya sentiasa dapat menjalankan kajian dalam

keadaan tenang, terurus dan tanpa sebarang tekanan.

3.8.3 Alat Kajian

Dalam kajian ini, saya menggunakan soal selidik, set ujian pra dan

ujian pos sebagai alat kajian saya. Ketiga-tiga alat kajian ini merupakan

instrument yang amat penting bagi saya untuk mendapatkan data

keseluruhan serta untuk saya membuat rumusan dan kesimpulan hasil

daripada kajian yang saya jalankan.

3.9 Peringkat Analisis Data

Proses merekod dan menganalisis data saya jalankan sendiri dengan

merujuk kepada nota-nota yang diberikan oleh pensyarah serta sumber-

sumber rujukan daripada laman-laman sesawang yang tertentu. Data yang

saya perolehi juga telah disemak dari segi keesahannya di mana saya

memastikan setiap orang responden menjawab sendiri soalan ujian pra, ujian

pos dan soal selidik tanpa bantuan atau pengaruh daripada mana-mana
pihak. Pada peringkat analisis data pula, saya menggunakan kaedah statistic

deskriptif iaitu bilangan dalam peratus, jadual dan graf digunakan sepanjang

penulisan laporan kajian ini.

3.10 Kesimpulan

Sebagai pengkaji yang baru berjinak-jinak dalam bidang kajian

penyelidikan ini, saya cuba melakukan yang terbaik dan termampu dalam

menjelaskan serta menerangkan bagaimana perjalanan saya memperolehi

data bermula dengan peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat

pelaksanaan serta kaedah yang digunakan semasa membuat analisis hasil

kajian saya. Kajian ini saya jalankan berbentuk eksperimental dan ketika

membuat pengumpulan data saya hanya menggunakan 3 jenis instrument

iaitu soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Manakala pemilihan sampel kajian

pula saya menggunakan Ujian Saringan 1 Linus sebagai sumber utama

pemilihan responden.

Anda mungkin juga menyukai