Anda di halaman 1dari 53

0

PEMARKAHAN

KLR 3043

LATIHAN ILMIAH

TAJUK KAJIAN

SAHIBBA LINUS : TEKNIK LATIH TUBI KEMAHIRAN MEMBACA SUKU


KATA TERBUKA DAN TERTUTUP MURID LINUS TAHUN 2 BESTARI
____________________________________________________________

KUMPULAN UPSI 07 ( A 142 PJJ )

PROGRAM: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

SEMESTER 8 SESI 2014/2015

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

SALWA BINTI OMAR D20111049603 019-4121431

PENSYARAH PENYELIA : DOKTOR ZULKIFLI BIN OSMAN

TARIKH SERAH : 23 MARCH 2015.

KANDUNGAN
1

MUKA
BAB PERKARA
SURAT

BAB 1 ( PENDAHULUAN )

BAB 1 1.0 Pengenalan 3

1.1 Latar Belakang Kajian 6

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Kerangka Konseptual Kajian 8

1.4 Tujuan Kajian 10

1.4.1 Objektif Kajian 10

1.4.2 Persoalan Kajian 11

1.5 Rasional Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Batasan kajian 12

1.8 Tafsiran Istilah 12

1.8.1 Pendekatan Koperatif 13

1.8.2 Teknik Latih tubi 11

1.8.3 Sahibba Linus 12

1.8.4 Pencapaian 13

1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 ( TINJAUAN LITERATUR )

BAB 2 2.0 Pendahuluan 15

2.1 Pembelajaran Koperatif 15

2.1.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif 16

2.2 Kajian Mengenai Pembelajaran Koperatif 17

2.3 Kesimpulan 19
2

BAB 3 ( METODOLOGI KAJIAN )

BAB 3 3.1 Pendahuluan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Penyelidikan Lapangan 24

3.3.1 Soal Selidik 24

3.3.2 Kaedah Pemerhatian 25

3.4 Sampel Kajian 25

3.5 Lokasi Kajian 26

3.6 Instrumen Kajian 26

3.6.1 Ujian 26

3.6.2 Pentadbiran Ujian 27

3.6.3 Memeriksa Dan Menilai Ujian 27

3.7 Prosuderr Kajian 28

3.8 Pentadbiran Kajian 29

3.8.1 Persediaan Lokasi Kajian 29

3.8.2 Masa Kajian 29

3.8.3 Alat Kajian 30

3.9 Peringkat Analisa Data 30

3.10 Kesimpulan 30

BAB 1
3

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di dalam masyarakat yang serba moden ini, proses pembelajaran diuruskan

dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Tanpa proses yang sistematik ini, proses pengajaran dan pembelajaran

berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan sempurna. Menurut Khalid (1993),

pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta

optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran

untuk kejayaan paling maksima. Salah satu tanggungjawab sebagai seorang guru ialah

perlu memikirkan kaedah pengajaran yang efisyen dan berkualiti supaya proses

pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkesan. Seorang guru perlu

memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu murid menyelesaikan

sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka.

Guru bahasa sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar serta memerlukan

kesabaran yang tinggi dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran bahasa

terutamanya Bahasa Melayu. Bukan semua guru terutamanya guru bahasa bahasa

berjaya mencapai objektif yang mereka inginkan setelah selesai mengajar bahasa

kepada murid-muridnya. Begitu juga dengan murid, tidak ramai juga yang berjaya

mengikuti serta memahami apa yang di ajar oleh guru mereka walaupun telah di ajar

berulang-ulang kali.
4

Menurut Koh Boh Boon (1989), bahasa ialah kunci pintu khazanah ilmu

manakala bacaan ialah jaminan untuk mendapatkan ilmu. Dalam masyarakat yang

serba moden ini masih terdapat ramai lagi murid yang buta huruf, di mana mereka tidak

tahu membaca serta menulis dalam bahasa Melayu. Menurut Lapiran Pelan Indu

Pembangunan Pendidikan 2006-2010, kajian Kementerian Pelajaran Malaysia

mendapati seramai 165 000 murid di Negara ini masih buta huruf. Dari jumlah tersebut,

125 000 daripadanya adalah murid-murid sekolah rendah dan selebihnya pula adalah di

sekolah menengah. Mereka yang mempunyai pencapaian membaca dan menulis yang

rendah ini kemudiannya diberi label murid-murid ‘lembam’ oleh para pendidik (Jais

Sahok dan Mat Nor Hussin, 1990).

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan

menengah mengikut apa yang dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996. Tujuan

utama kurikulu Bahasa Melayu digubal ialah untuk melahirkan insan-insan yang cekap

dalam berbahasa manakala matlamat kurikulum Bahasa Melayu pula adalah untuk

melengkapkan murid-murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bukan

itu sahaja, BM telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi

Negara Malaysia. Malah menurut catatan dalam Artikel 152 Perlembagaan 1957, Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pelajaran 1961, Bahasa Melayu telah

dijadikan sebagai bahasa pengantar utama pendidikan persekolahan dan institusi

pengajian tinggi Negara.

Bagi memastikan setiap murid terus dapat menimba ilmu pengetahuan,

membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting untuk dikuasai dan dipelajari.

Sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran ini, pastinya sukar bagi mereka
5

untuk meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Menurut Buku Panduan

KIA2M, defisit akademik akan berlaku sekiranya sekiranya kegagalan menguasai

kemahiran asas membaca ini berlaku dari peringkat awal lagi terutamanya dalam

kalangan murid sekolah rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia begitu bersungguh-sungguh berusaha bagi

menghapuskan gejala ini dengan melaksanakan pelbagai kaedah dan menelan belanja

yang tinggi. Kegagalan serta kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca

pada peringkat rendah perlu dilihat dengan lebih serius selain memerlukan kaedah-

kaedah yang tertentu untuk mengatasinya. Gejala ini jika tidak diatasi dengan segera

dan bersungguh-sungguh boleh memberikan kesan yang buruk kepada murid

terutamanya dari segi akademik dan social. Ini kerana jika mereka ketinggalan dalam

bidang akademik atau memperolehi pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran

bahasa Melayu secara tidak langsung mereka juga akan memperolehi pencapaian yang

rendah dalam mata pelajaran lainnya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi rendah

diri dan seterusnya akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar, atau

terus tidak suka untuk ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca

mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain (Khathijah

Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan Mohd Jelas, 1993). Akibatnya juga, daripada segi

psikologi, keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa kecewa, bosan dan tidak

gemar membaca (Noran Fauziah Yaakub, 1992).

1.2 Latar Belakang Kajian


6

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang terpenting di

dalam bilik darjah. Kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran

bergantung sepenuhnya di atas bahu setiap orang guru yang bertanggungjawab

memegang amanah untuk melaksanakan proses tersebut. Menurut Abu Bakar Nordin

dan Ikhsan Othman (2008), guru merupakan teras kepada pelaksanaan proses

pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa kehadiran

guru.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka guru

memainkan peranan yang sangat besar dalam merealisasikan hasrat yang terkandung

dalam falsafah itu sendiri. Falsafah Pendidikan Negara ini amat penting dalam

pelaksanaan pendidikan Negara. Ianya menjadi panduan kepada semua pihak untuk

memastikan perterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan Negara untuk untuk

melahirkan warganegara yang cemerlang dalam semua segi dan seterusnya menjadi

modal insan yang bakal mewarisi kedaulatan Negara Malaysia.    

Perlu kita semua fahami, tidak semua murid yang berada di sekolah mempunyai

pencapaian akademik yang sama. Justeru, tidak dapat kita nafikan wujudnya

sebahagian kecil murid yang lemah dalam pelbagai bidang terutamanya kemahiran

membaca. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap murid-muridnya,

pelbagai kaedah dan pendekatan perlu dilakukan untuk melahirkan murid-murid yang

boleh menguasai kemahiran membaca. Walau bagaimana sekali pun usaha yang guru

laksanakan tetapi masih terdapat murid-muridnya yang ketinggalan dalam menguasai

kemahiran tersebut.
7

Menyedari hakikat tersebut maka kajian ini dijalankan untuk membantu merawat

dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca seperti murid yang lain. Kajian

ini hanya hanya tertumpu kepada kemahiran membaca sahaja dengan melihat

kecelaruan berbahasa yang dilakukan oleh murid ketika aktiviti mengeja, menggabung,

membaca dan membunyikan suku kata-suku kata terbuka, tertutup dan gabungan suku

kata tersebut.

Kajian ini dijalankan berikutan masalah membaca murid Tahun 2 Bestari di

Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang, Kedah Darul Aman iaitu sebuah

sekolah Gred A Luar Bandar. Seramai 28 orang murid Tahun 2 telah menduduki Ujian

Saringan 1 Literasi iaitu suatu bentuk ujian yang ditentukan oleh pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia di bawah NKRA Pendidikan. Daripada jumlah yang menduduki ujian

tersebut, seramai 5 orang murid telah dipilih sebagai murid LINUS kerana murid-murid

ini telah dikenalpasti gagal menguasai kebanyakan konstruk soalan yang disediakan

terutamanya tidak boleh membaca perkataan-perkataan yang terdiri daripada suku

kata-suku kata terbuka (KV), tertutup (KVK) dan gabungan suku kata terbuka dan

tertutup (KV+KVK).

Berfokuskan kepada keputusan ujian saringan tersebut, keputusan ujian yang

telah dijalankan mengikut keperluan pihak Kementerian Pelajaran itu telah digunakan

sebagai data untuk dianalisis bagi melihat pencapaian dan kebolehan murid tersebut.

Keputusan ujian saringan ini juga telah dijadikan sebagai bantuan dalam proses

memilih sampel kajian untuk dilaksanakan proses rawatan yang telah dijalankan

mengikut tahap kebolehan dan pencapaian mereka.


8

1.3 Pernyataan Masalah

Pendekatan yang selalu digunakan oleh guru Bahasa Melayu adalah pengajaran

berbentuk kelas, berpusatkan guru dan latih tubi yang kurang berfokus. Tinjauan awal

melalui pemerhatian mendapati bahawa sebilangan murid masih salah ketika membaca

perkataan yang mempunyai gabungan suku kata terbuka, tertutup dan gabungan

kedua-dua suku kata tersebut. Walaupun hampir keseluruhan murid di dalam kelas

yang terlibat boleh menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai

gabungan suku kata tersebut tetapi terdapat sebilangan kecil murid masih tidak dapat

membacanya dengan betul sedangkan pengetahuan mengenai bunyi suku kata

gabungan tersebut sudah ada sejak mereka berada di tahun satu lagi.

Hasil pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya dapati terdapat murid yang

gagal membaca dengan betul. Kelemahan murid–murid ini akan mengganggu proses

pembelajaran mereka dalam semua bidang ilmu. Keadaan ini adalah disebabkan oleh

pelbagai faktor seperti faktor genetik, persekitaran yang tidak memberangsangkan

untuk pembelajaran yang baik, kurang dorongan dari keluarga dan masyarakat sekitar.

Selain itu, rata-rata pelajar yang lemah ini didapati tidak mendapat pendedahan

pendidikan awal yang sempurna disebabkan kemiskinan dan sebagai.

1.4 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian yang dijalankan oleh saya ini menunjukkan pembolehubah bebas adalah

pendekatan koperatif. Pembolehubah bersandar bagi kajian ini pula adalah dalam

bentuk hasil pembelajaran atau penguasaan kemahiran iaitu dari segi domain kognitif

dan afektif. Domain kognitif adalah kebolehan murid menguasai kemahiran membaca
9

manakala domain afektif pula merangkumi sikap dan penerimaan murid terhadap mata

pelajaran Bahasa Melayu. Rajah 1 di bawah menunjukkan secara kasar kerangka

konsep untuk kajian yang saya jalankan ini.

Pembelajaran Pembelajaran
Koperatif Tradisional

 Tingkatkan kemahiran membaca


gabungan suku kata-suku kata
terbuka, tertutup dan gabungan
kedua-duanya melalui permainan
Sahibba Linus.
 Tingkatkan pencapaian murid
dalam kemahiran membaca.
 Mengubah sikap dan minat murid
terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu.

Rajah 1 : Kerangka konsep kajian

1.5 Tujuan Kajian

Memandangkan kepentingan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu amnya dan kemahiran membaca khasnya maka kajian ini

bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknik latih tubi melalui kaedah
10

permainan Sahibba Linus, dan keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap

pencapaian serta sikap murid Tahun 2 Bestari terutamannya murid Linus dalam

menguasai kemahiran membaca gabungan suku kata bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Di samping itu, kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti

sama ada kaedah pembelajaran koperatif melalui teknik latih tubi menggunakan kaedah

permainan lebih berkesan berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran

tradisional serta peningkatan terhadap sikap dan minat murid yang menjadi sampel

kajian terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu secara amnya.

1.5.1 Objektif Kajian

Secara terperincinya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut

i. Murid dapat membunyi dan menyebut suku kata-suku kata hasil dari cantuman

kad-kad suku kata dengan jelas.

ii. Murid dapat mengingat bunyi-bunyi yang dihasilkan dari gabungan suku kata

yang dicantumkan tanpa bantuan gambar atau ilustrasi.

iii. Murid dapat menyebut dan membunyikan perkataan-perkataan gabungan suku

kata terbuka, tertutup dan gabungan kedua-duanya dengan lancer dan jelas.

iv. Murid dapat meneruskan proses pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu di dalam kelas arus perdana.

1.5.2 Persoalan Kajian


11

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan

teknik latih tubi yang diberikan nafas baru berkonsepkan permainan cantuman kad-kad

suku kata dan gambar atau ilustrasi yang dinamakan Sahibba Linus dalam modul

pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran membaca gabungan suku kata terbuka,

tertutup dan gabungan kedua-duanya di kalangan murid-murid Linus Tahun 2 Bestari.

Secara khususnya, kajian ini cuba mencari jawapan kepada persoalan berikut :

i. Sejauh manakah amalan pendekatan pembelajaran koperatif di dalam kelas

dapat meningkatkan kemahiran membaca murid.

ii. Sejauh manakah penggunaan kaedah permainan cantuman kad dapat

meningkatkan tahap mengingat murid dalam kemahiran membaca.

iii. Adakah sikap dan amalan pengajaran guru membantu mempengaruhi minat

murid untuk mengikuti proses pembelajaran.

1.6 Rasional Kajian

Salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah ialah terdapat murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran membaca. Kekurangan atau kegagalan murid menguasai kemahiran

membaca ini bukan sahaja boleh mengganggu proses pengajaran bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu sahaja tetapi juga memberi kesan sampingan kepada mata pelajaran

yang lainnya Justeru, kaedah pengajaran lain yang lebih berkesan perlu digunakan

untuk mengatasi masalah ini.

Pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu cabang utama dalam kurikulum

pendidikan di Malaysia. Ianya bukan sahaja menjadi mata pelajaran yang wajib
12

dipelajari tetapi menjadi bahasa pengantar utama di sekolah serta pusat-pusat

pengajian di Negara kita selain menjadi bahasa rasmi yang dipertuturkan oleh setiap

warganegara. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, khasnya kemahiran membaca,

terdapat pelbagai kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah mengeja, kaedah soal

jawab, kaedah perbandingan, kaedah latih tubi, kaedah induktif dan sebagainya.

Keperluan kepada kaedah-keadah yang betul dan sesuai tidak boleh dipandang remeh

dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini akan dapat digunakan untuk membantu penyelidik :

i. Mengetahui sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah permainan kad

cantuman Sahibba Linus dalam meningkatkan kemahiran murid ketika menjalani

proses pembelajaran.

ii. Merancang pelbagai aktiviti pengajaran melalui teknik permainan serta pelbagai

kaedah lain yang boleh membantu meningkatkan tahap penguasaan,

pemahaman serta minat murid dalam setiap mata pelajaran yang di ajar.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada 5 orang sampel kajian yang menjadi sampel

kajian. Kelima-lima sampel ini terdiri daripada murid Tahun 2 Bestari di Sekolah

Kebangsaan Guar Kepayang. Kesemua mereka ini merupakan murid Linus iaitu murid-

murid yang gagal dalam Ujian Saringan 1 Linus. Kajian ini juga tidak mengawal

beberapa pembolehubah seperti status ekonomi, sosial, guru serta pembolehubah lain
13

yang mungkin boleh menjejaskan kajian ini. Selain daripada itu, kajian ini juga tidak

menggunakan sebarang peruntukan penyelidikan yang khusus. Kajian ini dijalankan

mengikut peruntukan waktu mengajar yang telah ditentukan oleh pihak pentadbiran

sekolah serta waktu-waktu yang terluang sahaja.

1.9 Tafsiran Istilah

Berikut adalah merupakan tafsiran atau define kepada istilah-istilah yang

digunakan di dalam kajian ini.

1.9.1 Pendekatan Koperatif

Kajian yang saya jalankan ini menggunakan pendekatan koperatif melalui

kaedah permainan secara latih tubi. Pendekatan pembelajaran ini merupakan satu set

proses yang membantu murid berinteraksi antara satu sama lain untuk memcapai satu

matlamat khusus yang mempunyai kaitan dengan isi kandungan sesuatu mata

pelajaran.

1.9.2 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi berfungsi sebagai persediaan latihan dan peneguhan yang

secukupnya kepada murid-murid terhadap sesuatu pembelajaran secara spesifik agar

murid-murid boleh menyebut dan mengingati setiap maklumat yang diterima apabila

diminta. Ia sebenarnya merupakan aktiviti pengulangan maklumat atau fakta yang telah

dipelajari. Ia bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran serta menjamin

kekekalannya dan sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Namun begitu,

teknik latih tubi ini mungkin akan membisankan jika ianya dilakukan secara berterusan
14

tanpa sebarang tambahan aktiviti yang boleh mengembalikan tumpuan murid terhadap

pelajaran. Untuk mengelak supaya tidak berlaku kebosanan dan kurangnya kosentrasi

murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh diolah untuk diamalkan seperti menjadikannya

dalam bentuk permainan.

Mengikut teknik latih tubi ini, perhatian mestilah diberikan kepada 5 aspek

kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

a. Sebutan

b. Tatabahasa

c. Perbendaharaan kata

d. Kefasihan

e. Kefahaman

1.9.3 Sahibba Linus

Sahibba Linus merupakan permainan berteraskan teknik latih tubi. Melalui

permainan ini, kad-kad suku kata, ilustrasi atau gambar akan dicantumkan

menggunakan petak-petak atau tapak-tapak yang disediakan sebagai panduan kepada

murid bagi mendapatkan cantuman yang betul. Setiap kali cantuman tersebut betul,

murid akan menyebut berulang-ulang kali perkataan yang terhasil daripada cantuman

itu.

1.9.4 Pencapaian

Pencapaian yang digunakan dalam kajian saya ini diukur dengan menggunakan

data perbandingan ujian pra dan ujian pos. Setiap keputusan ujian dianalisis
15

menggunakan format pemarkahan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Gred

pemarkahan tersebut juga digunakan oleh semua mata pelajaran yang di ajar di SK

Guar Kepayang.

Markah Gred Tafsiran

80 – 100 A Baik

60 – 79 B Sederhana

40 – 59 C Lemah

20 – 39 D Sangat Lemah

0 – 19 E Gagal

Jadual 1 : Gred Pemarkahan mengikut bahagian / tafsiran

1.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya pada bab ini saya telah menerangkan mengenai

pengenalan serta latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian dijalankan,

rasional saya menjalankan kajian ini, kepentingan kajian, batasan yang ada ketika

menjalankan kajian dan definisi bagi istilah yang saya gunakan dalam kajian ini. Kajian

ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan gabungan suku kata

terbuka dan tertutup secara latih tubi dengan menggunakan permainan Sahibba Linus

khasnya dan menaik minat murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca secara amnya.


16

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bahagian ini menghuraikan takrifan tentang teknik latih tubi, kemahiran

membaca, keperluan kepada kemahiran membaca dan kajian-kajian serta pendekatan


17

pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan rapat dengannya melalui model

pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa keistimewaan dan kelebihan menggunakan

teknik latih tubi dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi sekiranya teknik

tersebut di olah dan diberikan beberapa perubahan yang boleh menarik minat murid

maka keistimewaan dan kelebihan tersebut akan menjadi lebih terserlah. Penggunaan

teknik latih tubi ini juga bukan sahaja digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu tetapi banyak digunakan dalam mata pelajaran lain

terutamanya mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya.

2.2 Pembelajaran Koperatif

Menurut Slavin (1982), pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid dari pelbahai kebolehan

bekerjasama di dalam satu kumpulan yang kecil untuk mencapai satu matlamat yang

sama. Ianya bermaksud setiap murid di dalam kumpulan tersebut perlu bekerjasama

untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas rakan mereka semasa berlakunya proses

pembelajaran dan tidak hanya menjalani proses pembelajaran secara bersendirian.

Bagi menjayakan pembelajaran koperatif, pengajaran rakan sebaya memainkan

peranan yang sangat penting. Setiap murid mempunyai peranan masing-masing ketika

proses pembelajaran ini berlaku di mana pembelajaran koperatif menggalakkan murid

berinteraksi sesame ahli kumpulan secara aktif di dalam kumpulannya. Ini

membolehkan perkongsian idea dan semakan idea yang disampaikan dalam suasana

yang tidak terancam serta sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Ganjaran akan
18

diberikan kepada individu atau kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini selain

mempunyai kemahiran social yang baik.

Pembelajaran koperatif telah banyak dibuktikan sebagai satu cara pengajaran

yang dapat melibatkan murid secara aktif dan berkesan dalam pembelajaran. Melalui

strategi-strategi yang ada, murid-murid didapati lebih bermotivasi belajar dan

bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

, “The teacher is the heart of “Teach Less, Learn More” (TLLM). TLLM is not
a call for “teacher to do less.” It is a call to educators to teach better, to
engage our students and prepare them for life, rather than to teach for tests
and examinations. This is why TLLM really goes to the core of quality in
education. It is about a richer interaction between teacher and student —
about touching hearts and engaging minds.” ( Encik Tharman
Shanmugaratnam, Mantan Menteri Pendidikan Singapura )

2.2.1 Ciri-ciri pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang membolehkan proses

pengajaran dapat dikurangkan dan proses pembelajaran dapat ditingkatkan kerana ia

dapat membantu murid belajar secara berdikari, mewujudkan semangat berkumpulan,

menekankan semangat kerjasama selain menggalakan murid berkomunikasi serta

kemahiran social sesame mereka. Jacobs, Power dan Loh (2002) telah mengemukakan

8 prinsip utama dalam melaksanakan pembelajaran koperatif, iaitu :

i. Bekerjasama sebagai satu nilai

ii. Kumpulan pelbagai jenis

iii. Kebergantungan Positif


19

iv. Akauntabiliti Individu

v. Perinteraksian serentak

vi. Peluang saksama untuk penyertaan

vii. Pengajaran kemahiran kolaboratif

viii. Autonomi berkumpulan

2.3 Kajian Mengenai Pembelajaran Koperatif

Sejak tahun 1898, hamper 600 eksperimen dan lebih daripada 100 penyelidikan

yang telah dijalankan di Barat berkaitan dengan pembelajaran koperatif ini. Selain

daripada dijalankan di Barat, kajian dan penyelidikan tersebut juga telah dijalankan di

Negara kita Malaysia. Dapatan daripada kajian-kajian ini telah saya jadikan panduan

dalam membuat kajian yang saya jalankan ini walaupun terdapat beberapa kelainan

pada sampel yang dikaji.

Gan (1999) dalam tinjauan yang dilakukannya mendapati pelaksanaan

pembelajaran koperatif telah membawa hasil yang menggalakkan. Kebanyakan murid

yang mengikut pembelajaran ini suka bekerja dalam suasana kumpulan yang

menyeronokkan.

Meriam Ismail (1997) pula telah mengkaji pembelajaran koperatif ke atas sikap

murid terhadap mata pelajaran Matematik di Sarawak. Walaupun dalam kajian yang

beliau jalankan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap yang diperolehinya

tetapi kajian beliau menunjukkan terdapat peningkatan yang agak ketara dalam

pencapaian Matematik dan kehadiran murid ke sekolah.


20

Cheah Tong Tiat et. Al. (2007), telah menjalankan kajian untuk meninjau

keberkesanan pembelajaran koperatif dan pebelajaran tradisional terhadap

pencaiapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dapatan

kajian beliau telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif yang dijalankan di

kalangan murid SJK(C) dan SJK(T) lebih berkesan daripada pembelajaran tradisional.

Manakala dapatan daripada kajian Zakaria Kassim (2003) mendapati kaedah

pembelajaran koperatif telah menyumbang kepada peningkatan murid jika

dibandingkan dengan kaedah pembelajaran tradisional bagi mata pelajaran

perdagangan.

Pembelajaran koperatif bukan sahaja memberikan kesan positif kepada

pencapaian akademik tetapi juga membawa kesan kepada hubungan social antara

kaum serta sikap dan minat terhadap mata pelajaran. Dapatan ini diperolehi daripada

kajian yang dijalanan oleh Sharan (1980), Johnson et al. (1990) dan Pensri &

Krongthong (1995)Menurut Sharan (1980), Johnson et al. (1990) dan Pensri &

Krongthong (1995), selain dari pencapaian akademik, pembelajaran koperatif juga

membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan

minat terhadap pembelajaran. Bukan itu sahaja, murid juga didapati saling tolong

menolong, bekerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa

membezakan antara kaum sesame mereka.

Kajian Masitah Zainuddin (2005) juga telah membuktikan keberkesanan teknik

pembelajaran koperatif dlam penulisan karangan Bahasa Melayu di kalangan murid

tingkatan dua di sebuah sekolah di Perlis. Dapatan kajian beliau telah menunjukkan
21

terdapat peningkatan terhadap kualiti penulisan dalam karangan setelah murid

diberikan sesi rawatan melalui pembelajaran koperatif ini.

D.W. Johnson dan R.T. Johnson (1989) telah membuat satu rumusan hasil

daripada 375 kajian luar Negara yang dijalankan dalam tempoh 90 tahun telah

mendapati bahawa pendekatan koperatif merupakan kaedah pembelajaran paling

berkesan dalam situasi yang memerlukan murid berfikir, idea-idea yang kreatif,

mengaplikasikan dalam dunia yang sebenar dan sentiasa berfikir. Mereka juga telah

mendapati bahawa hubungan antara individu menjadi lebih baik bukan sahaja sesame

mereka tetapi juga di kalangan mereka yang berbeza dari segi kebolehan, kum;pulan

etnik, kelas social dan keadaan fizikal.

2.4 Kesimpulan

Berdasarkan kepada hasil tinjauan beberapa kajian lepas berkaitan dengan

pembelajaran koperatif jelas menunjukkan terdapat perubahan yang positif terhadap diri

murid apabila pembelajaran ini telah digunakan oleh guru-guru ketika menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah pengajaran secara

tradisional. Ia jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan yang amat positif bukan

sahaja dari segi pembelajaran tetapi juga terhadap hubungan komunikasi sesame

murid.

Dapatan ini penting untuk dimanfaatkan oleh setiap guru kerana secara amnya

murid-murid kita agak sukar untuk berinteraksi secara aktif di dalam kelas terutamanya

murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka.


22

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan
23

Dalam bahagian ini akan dijelaska kerangka asas yang telah dilaksanakan dalam

kajian bagi merawat masalah yang saya ketengahkan sebagai salah satu tugasan atau

kerja kursus yang telah disyaratkan kepada saya.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian penyelidikan yang dijalankan, saya telah memilih untuk

menggunakan kaedah eksperimen yang berdasarkan reka bentuk seperti yang berikut :

Rajah 2 : Model Gelungan Kajian Tindakan

Kurt Lewin (1946)

Rajah 2 : Reka Bentuk Kajian

Berdasarkan kepada reka bentuk kajian yang telah ditunjukkan di atas, satu

kumpulan murid seramai 5 orang telah terlibat sebagai sampel kajian saya. Kumpulan

murid ini merupakan kumpulan murid LINUS dari Tahun 2 Bestari. Kumpulan murid ini

masih ditempatkan di dalam kelas arus perdana bersama murid-murid yang lain tetapi
24

berada diletakkan dalam kumpulan yang sama yang didedahkan kepada pengajaran

dan pembelajaran koperatif berdasarkan kepada bentuk permainan iaitu Sahibba Linus.

Sebelum menjalani rawatan, setiap murid dalam kumpulan ini telah menjalani

ujian pra untuk menilai tahap kebolehan serta tingkat kemahiran membaca mereka.

Selepas menjalani rawatan selama 3 minggu menggunakan kaedah serta teknik yang

telah saya rancang, kumpulan murid ini telah diberi ujian pos. Tujuan ujian pos adalah

untuk mengetahui sama ada terdapat atau tidak peningkatan murid ini dalam

pencapaian bagi kemahiran membaca gabungan dua suku kata terbuka, tertutup dan

gabungan kedua-dua suku kata terbuka dan tertutup.

3.3 PROSUDER KAJIAN

Kajian ini dijalankan oleh pengkaji dengan menggunakan model Kajian Tindakan

Kurt Lewin di mana kitaran kajiannya yang mempunyai empat langkah seperti yang

telah diterangkan pada bab yang terdahulu. Rajah 4 berikutnya adalah carta aliran

berdasarkan kepada model Kurt Lewin (1948).

Rajah 4 : Carta Aliran Kajian Tindakan Model Kurt Lewin (1948)

Mengenalpasti idea Tinjauan Awal atau


awal atau idea umum Pencaraian Fakta
25

Mengambil langkah Merancang


tindakan pertama

Menilai Pembetulan
Perancangan

3.3.1 Peringkat 1 : Merancang

Peringkat yang pertama dalam kitaran kajian ini adalah merancang.

Sebelum itu, pengkaji telah menjalankan ujian pra yang mengandungi soalan-

soalan berkaitan kemahiran membaca perkataan-perkataan yang mengandungi

gabungan suku kata terbuka dan tertutup di dalam 5 konstruk yang berlainan.

Selain ujian pra, pengkaji juga telah meneliti dokumen-dokumen setiap murid

tersebut bagi mendapatkan data untuk dianalisis dan seterusnya mengenalpasti

masalah yang memerlukan rawatan.

Setiap data dari ujian pra dan penelitian dokumen tersebut dikumpul dan

dibuat analisis. Selain itu, data atau maklumat daripada pemerhatian juga di

ambil kira sebagai salah satu maklumat untuk mengenalpasti masalah yang

berlaku serta untuk mendapatkan gambaran awal yang lebih jelas berkaitan

dengan masalah tersebut. Setelah semua data-data tersebut dianalisis dan

masalah telah dikenalpasti, pengkaji mula membuat perancangan dengan

mencari idea berkaitan dengan teknik atau kaedah yang terbaik serta
26

bersesuaian bagi melaksanakan kajian, seterusnya memberikan rawatan kepada

sampel kajian yang mengalami masalah tersebut.

3.3.2 Peringkat 2 : Tindakan

Peringkat tindakan ini merupakan peringkat yang terpenting dalam kitaran

kajian. Pada peringkat ini, setiap perancangan dan aktiviti yang telah

dirancangkan akan dilaksanakan mengikut prosuder-prosuder yang telah

ditetapkan oleh pengkaji sendiri. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga hendaklah

bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi oleh sampel kajian pengkaji.

Bagi kajian ini, pengkaji telah merancang untuk melaksanakan penggunaan kad-

kad Sahibba Linus dalam usaha pengkaji merawat setiap orang murid yang

menjadi sampel kajian pengkaji dalam usaha meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka

dan tertutup.

Proses pelaksanaan tindakan atau perjalanan aktiviti Sahibba Linus

tersebut mengambil masa selama 3 minggu untuk proses rawatan di mana

pengkaji menjalankan aktiviti tersebut setiap hari semasa berlakunya proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta setiap hari Khamis bagi

rawatan intensif kepada murid yang terlibat.

Sahibba Linus merupakan kad-kad suku kata yang dibuat atau dicetak

mengikut warna yang tertentu. Setiap kad suku kata tersebut di potong mengikut

ukuran yang berbeza supaya dapat dicantumkan dengan kad-kad suku kata
27

tertentu untuk membentuk satu perkataan yang mempunyai maksud tertentu.

Setiap kad suku kata tersebut akan dicantumkan di atas tapak yang telah

disediakan dan di atas tapak tersebut pula mengandungi ruangan untuk gambar

atau ilustrasi bagi membantu murid membaca dan membunyikan perkataan

tersebut. Kad-kad suku kata tersebut diwarnakan mengikut suku kata berikut :

i. Merah untuk suku kata terbuka pertama (kv)

ii. Biru untuk suku kata terbuka kedua ( kv )

iii. Hijau untuk suku kata tertutup pertama ( kvk )

iv. Kuning untuk suku kata tertutu kedua ( kvk )

Langkah pelaksanaan aktiviti rawatan menggunakan kad-kad Sahibba Linus

adalah seperti berikut :

Langkah 1 :

Langkah 1 ini dijalankan pada minggu yang pertama pelaksanaan tindakan.

Pada peringkat ini, pengkaji mengambil langkah menggunakan teori

pembelajaran kognitif yang menekankan proses mental melibatkan pengamatan,

pengetahuan dan pemahaman. Bahan aktiviti yang digunakan oleh pengkaji

adalah mengikut prinsip kognitif di mana setiap bahan aktiviti tersebut di susun

mengikut peringkat kesukaran.

Dalam langkah 1 ini, pengkaji menjalankan aktiviti pada tahap kesukaran

yang rendah. Setiap murid dipandu untuk melekatkan kad-kad suku kata terbuka

dan tertutup ( kv+kvk) pada peringkat mudah dengan meletakkan gambar atau

ilustrasi pada tapak Sahibba Linus sebagai panduan kepada murid untuk
28

membaca dan membunyikan perkataan tersebut. Contoh tapak Sahibba Linus

dan kad-kad suku kata adalah seperti ilustrasi Rajah 5 di bawah..

Rajah 5 : Contoh tapak Sahibba Linus Tahap Mudah

ka tak

Setiap murid akan di pandu oleh guru untuk menyebut dan membunyikan

setiap suku kata mengikut warna yang telah diletakkan oleh murid di dalam tapak

Sahibba Linus. Selepas itu, murid akan memilih satu kad perkataan yang sama

bersamaan dengan kad-kad suku kata tersebut dan membaca perkataan

tersebut. Setiap bacaan yang betul bagi perkataan-perkataan tersebut akan

ditandakan dalam borang Sahibba Linus seperti contoh pada Lampiran X. Bagi

memastikan murid menguasai kemahiran membaca perkataan tersebut,

sebanyak 5 kali ulangan menyebut dan membaca perkataan itu dilakukan

sepanjang tempoh 3 minggu pelaksaan aktiviti. Murid yang dapat membacanya


29

sebanyak 5 kali berturut-turut ditandakan sebagai ‘Telah Menguasai’. Contoh kad

perkataan pula adalah seperti pada Rajah 6 di bawah.

Rajah 6 : Kad perkataan Sahibba Linus

katak

Langkah 2

Langkah yang kedua pula dijalankan sepanjang menggu kedua mengikut jadual

atau ketetapan masa yang telah diterangkan sebelum ini. Untuk langkah ini, suku

kata-suku kata perkataan yang digunakan adalah pada tahap sederhana iaitu

melibatkan kad-kad suku kata tertutup dahulu dan diikuti dengan suku kata

terbuka (kvk + kv). Langkah aktiviti yang dijalankan adalah sama seperti aktiviti

pada Langkah 1 di atas.

Rajah 7 : Contoh tapak Sahibba Linus Tahap Sederhana


30

lem bu

lembu

Langkah 3

Langkah ketiga ini dijalankan pada minggu ketiga aktiviti kajian dijalankan. Masa

melaksanakan aktiviti adalah seperti yang dilakukan pada Langkah 1 dan

Langkah 2. Namun begitu, pada peringkat ini atau dikatakan tahap sukar, kad-

kad suku kata yang digunakan adalah gabungan suku kata-suku kata tertutup

( kvk + kvk ). Pengkaji juga tidak lagi menggunakan kad gambar atau ilustrasi

ketika menjalankan aktiviti bagi perkataan yang menggunakan gabungan suku

kata terbuka dan tertutup ( kv + kvk dan kvk + kv )

Pada peringkat ini juga, murid yang berjaya menguasai ketiga-tiga tahap

kesukaran boleh mencantumkan kad-kad suku kata yang disediakan bagi

membentuk perkataan-perkataan yang mempunyai lebih daripada dua gabungan


31

suku kata samada suku kata terbuka atau tertutup dan membaca perkatan

tersebut dengan lancar dan jelas berdasarkan pada gambar atau ilustasi yang

diletakkan pada tapak Sahibba Linus. Pada peringkat pengkayaan ini,

kedudukan warna pada kad-kad suku kata tidak lagi diambilkira ketika

membentuk perkataan. Contoh peringkat pengkayaan tersebut adalah seperti

pada Rajah 7 di bawah.

Rajah 7 : Contoh Pengkayaan Sahibba Linus

ke re ta

Setiap langkah yang dilaksanakan dalam aktiviti Sahibba Linus dijalankan

secara ulangan atau latih tubi. Setiap orang murid yang terlibat akan

menjalankan aktiviti yang sama secara berulang-ulang dengan menggunakan

gambar atau ilustrasi yang berlainan. Setiap aktiviti yang dijalankan tersebut

adalah selaras dengan konsep pembelajaran kognitif iaitu proses pembelajaran

yang bergantung kepada bagaimana seseorang itu berfikir dan mengamati

sesuatu, memproses maklumat yang diperolehi dan mengusun serta


32

membezakan pengalaman dalam pemikiran dan persepsi mereka. Setiap

perubahan ini dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap pemikiran

seperti meningkatkan ilmu pengetahuan dan keupayaan setiap murid.

Pengulangan atau latih tubi yang dilakukan semasa aktiviti Sahibba Linus

dijalankan juga menyebabkan berlakunya perubahan dalam diri murid itu sendiri

disebabkan berlakunya interaksi murid dengan persekitaran hidup serta situasi

pembelajaran yang dialami melalui aktiviti-aktiviti berupa pemulihan dan

pengayaan yang diwujudkan melalui Sahibba Linus. Menurut Tengku Zawaw

Tengku Zainal (1997), aktivti pemulihan merupakan aktivtti pengajaran yang

berusaha menolong murid untu mengatasi masalah pembelajaran manakala

akiviti pengayaan ialah aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan

mencabar.

3.3.3 Peringkat 3 : Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan proses untuk mendapatkan bukti

perubahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan aktiviti kajian. Data-data

tersebut boleh diambil samada semasa proses rawatan berlaku, selepas proses

rawatan atau sepanjang berlakunya rawatan. Terdapat pelbagai kaedah

dilakukan untuk mendapatkan data atau maklumat kajian. Namun begitu,

pengkaji hanya menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pos dan kaedah soal

selidik bagi mendapatkan data tersebut. Setiap data yang telah diperolehi akan
33

dilakukan proses analisis menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai supaya

pengkaji dapat membuat rumusan terhadap kajian yang telah dijalankan.

3.3.4 Peringkat 4 : Refleksi

Menurut Dewey (1993) seperti yang tercatat di dalam bukunya How We

Thinks telah menghuraikan refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi

bermasalah. Bagi Hanipah (2004), beliau menghuraikan refleksi sebagai satu

alas an bagi amalan yang dilakukan oleh seseorang untuk memastikan

ketetapan atau keakurannya kepada sesautu peraturan yang telah ditentukan

manakala Shulman (1987) mendefinisikan refleksi mengikut konteks keguruan

sebagai kebolehan membuat transformasi dan membolehkan guru sentiasa

mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah

dilaluinya.

Dalam kajian ini, pengkaji melakukan refleksi dengan menilai keberhasilan

aktiviti rawatan yang telah dijalankan melalui proses analisis setiap data dan

maklumat yang telah diperolehi. Selain dapat membuat rumusan hasil daripada

analisis data tersebut, melalui peringkat refleksi ini pengkaji berupaya untuk

melihat kekuatan dan kelemahan yang berlaku sepanjang proses rawatan

dijalankan samada objektif kajian ini tercapai atau sebaliknya. Refleksi ini juga

akan digunakan oleh pengkaji sebagai panduan untuk merancang aktiviti pada

gelungan yang seterusnya.


34

3.4 Penyelidikan Lapangan

Penyelidikann lapangan merupakan cara atau langkah penyelidikan yang saya

jalankan ke atas sampel kajian dengan menggunakan kaedah soal selidik dan

pemerhatian.

3.4.1 Soal Selidik

Soal selidik selalunya digunakan untuk mendapatkan sesuatu makluman atau

menilai prestasi sampel kajian seperti menilai prestasi akademik, maklumat serta latar

belakang sampel kajian dan sebarang fakta yang berkaitan dengan sampel kajian tetapi

mestilah relevan dengan persoalan kajian yang dijalankan.

Dalam proses membina dan memilih penggunaan soal selidik ini sebagai suatu

alat dalam kajian, beberapa factor tertentu haruslah diambilkira oleh saya seperti

menggunakan bahasa yang mudah serta bersesuaian dengan aras serta peringkat

umur dan kebolehan sampel kajian. Dalam situasi kajian ini, saya telah membina suatu

soal selidik yang memerlukan jawapan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ sahaja. Selain daripada itu,

saya juga terpaksa membaca sepenuhnya soalan-soalan yang dikemukakan di dalam

borang soal selidik kerana resonden yang terlibat belum mempunyai kemahiran

membaca lagi.

3.4.2 Kaedah Pemerhatian


35

Kajian yang saya jalankan ini hanya melibatkan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dan juga masa terluang saya di sekolah sahaja. Dalam

kaedah ini, saya memerhati tindak balas atau respon yang diberikan oleh murid-murid

yang menjadi sampel kajian saya ini. Kaedah ini telah membantu saya untuk

mendapatkan maklumat tambahan sebagai salah satu cara saya melakukan analisis

dan rumusan berkaitan dengan persoalan kajian ini.

3.5 Sampel Kajian

Sampel kajian telah dipilih melalui Ujian Saringan 1 Linus iaitu terdiri daripada 5

orang murid Tahun 2 Bestari, Sekolah Kebangsaan Guar. Semua sampel kajian ini

dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam Ujian Saringan 1 Linus yang telah

dijalankan pada bulan Mac 2014. Pengumpulan data adalah berpandukan kepada

beberapa instrument seperti pemerhatian, ujian pra dan ujian pos, temu bual dan soal

selidik. Data-data tersebut kemudiannya telah dikumpulkan untuk dianalisis mengikut

sampel kajian kajian.

Jantina Bilangan

Lelaki 3

Perempuan 2

Jumlah 5

Jadual 1 : Latar Belakang Demografi Sampel Kajian

3.6. Lokasi Kajian


36

Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Bestari di Sekolah

Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang, Kedah Darul Aman. Pemilihan sampel kajian di

sekolah ini adalah kerana skop kajian penyelidikan yang saya jalankan ini hanya

menumpukan perhatian kepada satu sekolah sahaja. Sekolah ini menjadi pilihan saya

kerana ianya merupakan tempat saya berkhidmat sepanjang tempoh pengajian ini

selain kerana latar belakang murid yang kebanyakannya mempunyai latar belakang

yang sama dari segi ekonomi, social dan latar keluarga.

3.7 Instrumen Kajian

Untuk instrumen kajian bagi mendapatkan data penyelidikan, saya hanya

menggunakan ujian pra dan ujian pos. Selain itu saya juga telah menggunakan data

daripada Ujian Saringan 1 Linus sebagai instrument untuk memilih sampel kajian dan

juga sebagai instrument tambahan yang akan digunakan ketika membuat rumusan

dapatan kajian saya ini.

3.7.1 Ujian

Kelima-lima orang murid yang menjadi sampel kajian saya ini telah diberikan

ujian yang mengandungi 10 konstruk soalan di mana setiap konstruk mengandungi 5

soalan penguasaan kemahiran membaca. Setiap soalan adalah mengikut garis


37

panduan seperti yang telah ditentukan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran (DSKP)

a. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi rawatan bermula. Ianya bertujuan untuk

menilai kebolehan murid menguasai kemahiran membaca.

b. Ujian pos pula dijalankan selepas berakhirnya sesi rawatan murid. Ianya

bertujuan untuk menguji serta melihat tahap pencapaian murid dalam menguasai

kemahiran membaca. Bentuk dan struktur soalan adalah sama seperti ujian pra.

c. Ujian Saringan 1 Linus merupakan sumber utama bagi saya mengenalpasti

masalah ini. Melalui keputusan Ujian Saringan 1 Linus tersebut juga saya dapat

membuat andaian dan rumusan awal berkaitan dengan masalah yang dihadapi

oleh murid-murid yang menjadi sampel kajian ini. Ianya dijalankan pada bulan

Mac 2014 mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

3.7.2 Pentadbiran Ujian

Kelima-lima orang murid yang menjadi sampel kajian saya telah diberikan satu

ujian pra seperti pada Lampiran 1 sebelum proses rawatan dijalankan manakala ujian

pos seperti pada Lampiran 2 pula diberikan selepas selesai sahaja proses rawatan

dijalankan.
38

Kedua-dua ujian tersebut iaitu ujian pra dan ujian pos, telah dijalankan secara

formal mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan. Kedua-dua ujian

tersebut dijalankan selama 1 jam dan dikendalikan oleh saya sendiri.

3.7.3 Memeriksa dan Menilai Ujian

Setiap ujian yang dijalankan dalam kajian ini telah disemak oleh saya sendiri

sebagai pengkaji. Markah-markah yang diperolehi hasil dari semakan jawapan murid

tersebut telah dikumpul dan dianalisis untuk langkah yang selanjutnya. Keputusan ujian

dan rumusan dari analisis dilakukan seteleh semua peringkat kajian dijalankan bagi

menentukan jawapan terhadap persoalan kajian saya ini.

3.8 Prosuder Kajian

Kajian yang dijalankan ini ditumpukan khusus kepada masalah yang dihadapi

oleh murid iaitu tidak boleh menguasai kemahiran membaca dua atau lebih gabungan

suku kata-suku kata terbuka, suku kata tertutup dan kedua-duanya sekali. Kajian yang

dijalankan ini adalah mengikut prosuder yang berikut :

i. Pemerolehan kebenaran Guru Besar SKGK dengan menggunakan surat

permohonan rasmi dengan disertakan kertas proposal kajian yang akan

dijalankan.
39

ii. Pemerolehan kebenaran Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu SKGK

melalui surat pemakluman setelah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada

Guru Besar SKGK.

iii. Pemerolehan kebenaran daripada guru kelas dan guru mata pelajaran lain

melalui surat pemakluman.

3.9 Pentadbiran Kajian

Pada peringkat ini, saya telah membuat persediaan awal supaya kajian saya

berjalan dengan lancer dan tidak terganggu dengan sebarang kekangan yang boleh

merencatkan proses rawatan yang saya jalankan. Bagi setiap pengkaji yang ingin

membuat kajian, pentadbiran kajian ini merupakan suatu keutamaan yang perlu

diberikan perhatian yang sewajarnya.

3.9.1 Persediaan Lokasi Kajian

Sebelum melaksanakan kajian ini, saya telah membuat beberapa beberapa

persediaan yang penting. Antaranya adalah menyediakan soalan ujian pra dan ujian

pos, soal selidik, menulis surat permohonan dan kebenaran daripada pihak pentadbiran

sekolah dan sebagainya. Selain itu, semasa membuat perancangan untuk menjalakan

kajian, saya juga telah berbincang dengan guru-guru lain serta membuat rujukan

berkaitan dengan persoalan kajian terutamanya merujuk dengan pihak pensyarah yang

mengendalikan kursus ini.


40

3.9.2 Masa Kajian

Apabila semua perancangan dan persediaan awal dilaksanakan, saya telah

memulakan kajian ini selama 3 minggu. Jadual 2 di bawah menunjukkan perjalanan

masa kajian yang telah saya jalankan.

Tarikh Perkara

6hb Okt 2014 Ujian Pra

8hb Okt 2014 Soal Selidik 1

12 hingga 30hb Pelaksanaan Kajian


Oktober 2014 - Sesi rawatan bermula

2hb Nov 2014 Ujian Pos

3hb Nov 2014 Soal Selidik 2

4 – 6 Nov 2014 Analisis Dapatan

Jadual 3 : Waktu Pelaksanaan Kajian

Buat jadual nanti

Jadual 2 : Waktu Pelaksanaan Kajian

Pada peringkat awal pelaksanaan kajian ini, rakan-rakan guru telah banyak

membantu dan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin. Saya juga telah

mendapat bimbingan dan tunjur ajar yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah dan

sentiasa menyokong setiap aktiviti yang saya jalankan. Ini menyebabkan saya sentiasa

dapat menjalankan kajian dalam keadaan tenang, terurus dan tanpa sebarang tekanan.
41

3.9.3 Alat Kajian

Dalam kajian ini, saya menggunakan soal selidik, set ujian pra dan ujian pos

sebagai alat kajian saya. Ketiga-tiga alat kajian ini merupakan instrument yang amat

penting bagi saya untuk mendapatkan data keseluruhan serta untuk saya membuat

rumusan dan kesimpulan hasil daripada kajian yang saya jalankan.

3.10 Peringkat Analisis Data

Proses merekod dan menganalisis data saya jalankan sendiri dengan merujuk

kepada nota-nota yang diberikan oleh pensyarah serta sumber-sumber rujukan

daripada laman-laman sesawang yang tertentu. Data yang saya perolehi juga telah

disemak dari segi keesahannya di mana saya memastikan setiap orang responden

menjawab sendiri soalan ujian pra, ujian pos dan soal selidik tanpa bantuan atau

pengaruh daripada mana-mana pihak. Pada peringkat analisis data pula, saya

menggunakan kaedah statistic deskriptif iaitu bilangan dalam peratus, jadual dan graf

digunakan sepanjang penulisan laporan kajian ini.

3.11 Kesimpulan

Sebagai pengkaji yang baru berjinak-jinak dalam bidang kajian penyelidikan ini,

saya cuba melakukan yang terbaik dan termampu dalam menjelaskan serta

menerangkan bagaimana perjalanan saya memperolehi data bermula dengan peringkat

perancangan sehinggalah ke peringkat pelaksanaan serta kaedah yang digunakan

semasa membuat analisis hasil kajian saya. Kajian ini saya jalankan berbentuk
42

eksperimental dan ketika membuat pengumpulan data saya hanya menggunakan 3

jenis instrument iaitu soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Manakala pemilihan sampel

kajian pula saya menggunakan Ujian Saringan 1 Linus sebagai sumber utama

pemilihan responden.
43

BAB 5

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Pada bab yang terakhir ini, saya akan menjelaskan secara ringkas dapatan

kajian yang telah saya jalankan, implikasi daripada kajian tersebut dan cadangan kajian

saya seterusnya.

5.2 Kesimpulan

Berdasarkan kepada data serta analisisis pencapaian murid yang dikumpulkan

serta perbezaan yang ketara antara data ujian pra yang dilakukan sebelum proses sesi

rawatan berlaku dan ujian pos yang dijalankan selepas selesainya sesi rawatan kepada

lima orang murid Linus, saya dapat dapat membuat kesimpulan bahawa :

i. Murid mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk menguasai kemahiran

yang di ajar oleh guru terutamanya kemahiran membaca gabungan suku kata

terbuka, tertutup serta gabungan kedua-dua suku kata terbuka dan tertutup

sekira guru memilih serta menggunakan teknik yang betul ketika menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini jelas

memperlihatkan bahawa proses rawatan yang dijalankan telah berjaya

meningkatkan penguasaan murid terhadap persoalan masalah kajian ini.

ii. Berdasarkan kajian ini juga saya membuat kesimpulan bahawa kaedah

pembelajaran koperatif dengan menjadikan Sahibba Linus sebagai model


44

atau alat pembelajaran adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan

kaedah pembelajaran tradisional. Berdasarkan kepada perbandingan soal

selidik yang telah dijalankan sebelum dan selepas proses rawatan berlaku,

maklum balas yang diterima daripada kelima-lima murid tersebut adalah lebih

berkesan dalam membantu mereka menguasai kemahiran yang dipelajari

serta lebih menarik minat mereka untuk menjalani proses pembelajaran. Ini

kerana melalui kaedah tersebut, mereka tidak jemu untuk melakukan latih

tubi membaca perkataan-perkataan yang diberikan kerana mereka boleh

bermain dengan kad-kad perkataan tersebut sambil mengasah kemahiran

yang sedang mereka pelajari. Dengan kata lainnya, walaupun tetap berlaku

aktiviti latih tubi tetapi dengan adanya corak permainan dalam proses

pembelajaran mereka, maka proses tersebut menjadi lebih menyeronokkan.

5.3 Implikasi Kajian

Berdasarkan kepada dapatan tersebut juga, saya merasakan bahawa setiap

keputusan yang diperolehi daripada kajian yang saya jalankan ini membuktikan bahawa

guru perlu mencari sesuatu idea yang lebih kreatif dan dapat enarik minat murid ketika

melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap aktiviti yang ingin dijalankan

oleh guru haruslah mampu menarik minat murid kerana ianya mampu mempengaruhi

pencapaian serta penguasaan murid terhadap kemahiran yang mereka pelajari.

Dapatan dan kesimpulan daripada kajian ini juga memberikan beberapa implikasi

penting kepada beberapa pihak yang terlibat seperti :

i. Murid
45

Sikap yang ditunjukkan terutamanya dari segi minat dan kesungguhan

dalam proses pembelajaran terutamanya pembelajaran Bahasa Melayu

amat penting dalam membantu proses pembelajaran mereka. Ini adalah

kerana sekiranya murid bersikap positif serta menunjukkan minat yang

mendalam maka secara tidak langsung ianya akan memotivasikan diri

mereka sendiri dan seterusnya akan menguatkan lagi minat mereka

terhadap setiap mata pelajaran amnya dan Bahasa Melayu khasnya.

ii. Guru

Guru menjadi tunggak dan penggerak yang paling utama dalam memupuk

minat murid untuk belajar. Kaedah dan teknik serta cara penyampaian

guru ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

penentu kepada berjaya atau tidak setiap murid mereka menguasai

kemahiran yang ingin disampaikan. Guru yang mempunyai daya kreativiti

yang tinggi serta mampu mempelbagaikan teknik pengajaran mereka

mampu menarik minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh

manakala bagi guru yang menyampaikan pengajaran mereka secara

tradisional, stereotaip dan kaku akan menyebabkan murid hilang minat

untuk belajar. Kesannya, tahap pencapaian murid dalam setiap kemahiran

akan menurun dan seterusnya akan menyebabkan murid tersebut gagal

dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, setiap guru haruslah diberikan

latihan serta persediaan yang mencukupi supaya mereka mempunyai

keyakinan, kemahiran serta mampu mengetengahkan kreativiti yang

seiring dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang ini.


46

iii. Sekolah

Tidak hanya guru semata-mata, sekolah juga mempunyai tanggungjawab

serta peranan yang amat penting dalam usaha meningkatkan penguasaan

murid dalam setiap kemahiran yang mereka pelajari. Berdasarkan kepada

tanggungjawab serta peranan tersebut, pihak sekolah perlulah

menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi, kelengkapan

peralatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta

menggalakkan semua guru melakukan kajian bagi mencari titik kekuatan

dalam menyampaikan pengajaran. Budaya pengajaran yang baik dan

terbukti mampu meningkatkan pencapaian murid hendaklah didedahkan

kepada semua guru terutamanya penyediaan teknik-teknik serta kaedah-

kaedah yang mampu menarik minat murid dan juga pendedahan kepada

pendekatan koperatif melalui aktiviti perkembangan staf.

Bersandarkan kepada ketiga-tiga implikasi kajian yang telah saya terangkan di

atas, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam pengajaran Bahasa Melayu hendaklah diberi tumpuan serta

menjadi focus utama agar matlamat untuk melihat kebolehan serta penguasaan setiap

kemahiran yang dipelajari oleh setiap murid dapat dipertingkatkan.

5.4 Cadangan

Kajian yang saya jalankan ini hanya terbatas kepada lima orang murid Linus

Tahun 2 Bestari di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang, Kedah. Kajian ini
47

juga hanya berfokuskan kepada kemahiran membaca gabungan suku kata terbuka,

tertutup dan gabungan kedua-dua suku kata tersebut sahaja. Berdasarkan kepada

kejayaan hasil daripada kajian yang saya jalankan ini, saya merangka beberapa

cadangan bagi kajian saya yang seterusnya. Antara cadangan tersebut ialah :

i. Kajian ini diteruskan pada kemahiran yang lebih tinggi konstruknya seperti

kemahiran membaca ayat-ayat pendek yang melibatkan pelbagai gabungan

suku kata.

ii. Kajian ini juga sesuai digunakan untuk mata pelajaran yang lainnya. Oleh itu,

saya mencadangkan agar kajian saya ini dijadikan sebagai modul bagi

melaksanakan kajian untuk mata pelajaran yang lainnya.

iii. Saya juga bercadang untuk meneruskan gelungan yang berikutnya dengan

melibatkan lebih ramai responden yang mempunyai pelbagai kelemahan dalam

penguasaan kemahiran terutamanya berkaitan dengan kemahiran membaca.

Melalui cara ini, saya berharap agar dapat menjadikan sekolah saya sifar Linus

dan seterusnya setiap murid mampu bersaing dalam proses pembelajaran

mereka di dalam kelas arus perdana.

Oleh yang demikian, saya amat mengharapkan melalui kajian-kajian yang akan

dating bukan sahaja dapat memberikan impak yang berguna kepada murid tetapi

membantu guru-guru lain serta sekolah saya sendiri dalam usaha mempertingkatkan

pencapaian keseluruhan murid di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang,

Kedah Darul Aman.


48

5.5 Rumusan dan Kesimpulan

Sebagai rumusan dan kesimpulannya, terdapat banyak kajian dan penyelidikan

yang dijalankan telah membuktikan pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah

pengajaran yang bukan sahaja menarik minat murid tetapi dapat menimbulkan

keseronokan serta minat bukan sahaja kepada murid-murid yang menghadapi masalah

tetapi kepada murid-murid lain yang berjaya di dalam kelas arus perdana. Bukan sahaja

murid, pembelajaran koperatif ini juga dapat membantu guru menangani masalah di

dalam bilik darjah. Saranan menyarankan agar guru-guru yang mengajar mata

pelajaran Bahasa Melayu khasnya dan mata pelajaran lain amnya haruslah lebih kerap

dan mahir menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran mereka.

Biar pun teknik latib tubi dianggap membosankan bagi kebanyakan murid dan

mudah membuat mereka jemu serta bosan tetapi jika diolah dengan baik serta

menggunakan pendekatan yang sesuai seperti kaedah pembelajaran koperatif, ianya

secara tidak langsung akan mengubah lanskap murid dalam mengikuti proses

pembelajaran mereka.

Akhirnya, saya berharap setiap aktiviti yang dijalankan ini dapat djadikan

panduan kepada guru-guru lain untuk sama-sama berfikir dan mengubah corak

pengajaran mereka kepada kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan lebih kreatif.

Semoga dengan perubahan ini secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian

kemahiran murid khasnya dan pencapaian sekolah amnya.


49
50

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahmi Abd. Rashid (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik


Darjah. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd.

Arbain Miswan (1998), Kajian Tindakan: Meningkatan Kemahiran Pelajar


Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara Dalam Proses
Membina Rumusan (Petikan Rencana). Tidak Diterbitkan.

_____________(2002), Pendidikan Sepanjang Hayat: Memartabatkan


Profesion Perguruan, dalam Sinar Budi. Edisi Ke-9. 2002. Pejabat Pelajaran
Daerah Johor Bahru.

Yahya Othman (2004), Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi Panduan


Meningkatkan Kemahiran Membaca. Bentong. PTS

Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala


Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin
& Kamarul Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi


Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Dishon, D., & O’Leary, W (1984 ). A Guidebook for coorperative learning : A


technique for creating more effective schools. Holmes Beach, FL: Learning
Publications.

Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi
Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.
51

KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin


Press Sdn Bhd. Kuala Lumpur . 1989.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar
Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman
Malaysia Snd. Bhd.

Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam


Bahasa Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010

Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd. Selangor. 2008.

Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran


Bahasa, Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd

Panel Penulis (1990), Siri Risalah Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSM,
Jilid 1hingga 7. Kuala Lumpur. DBP

Sandra F. Rief (2007), Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak


ADD/ADHD (Terj). Kuala Lumpur. ITNB.

Sarifah Md. Nor (2000), Keberkesanan Sekolah: Satu Perspektif Sosiologi.


Serdang. Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Jim


Murphy. Pearson Sdn. Bhd. Singapore. 2003.
52

Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 02 Febuari 2015


http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum

Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03


mac 2015.

Rozelan Mohd, Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 Febuari 2015


http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri

Anda mungkin juga menyukai