Anda di halaman 1dari 29

Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Bahasa Tamil

Dengan Menggunakan
Pendekatan Kontekstual Bagi Pelajar Tahun 5 Thamarai
Di
SJK(T) TASEK PERMAI

KAVITA A/P RAMALINGAM


PPGBT00098/2011/I/KI
840715-07-5578

KIRKBY INTERNATIONAL COLLEGE

2014
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

……………………………
21 NOVEMBER 2014 KAVITA A/P RAMALINGAM
840715-07-5578
PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya


menyempurnakan kajian ilmiah saya ini. Sepanjang menjalankan kajian ini, pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam
hidup saya sebagai seorang guru dan pelajar.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjalankan kajian ilmiah ini. Terutamanya, Dr. Murali
dan Dr. Puspa kerana beliau berdua telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini.

Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan modal bagi
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan – rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua, kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Tajuk : Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Bahasa Tamil Dengan
Menggunakan Pendekatan Kontekstual Bagi Pelajar Tahun 5 Thamarai
Di SJK(T) TASEK PERMAI

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana penguasaan tatabahasa Bahasa


Tamil dengan menggunakan pendekatan kontekstual. Sampel kajian terdiri daripada
para pelajar 5 Thamarai. Seramai 25 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pengkaji
ingin mengetahui keberkesanan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan
penguasaan, sikap dan motivasi para pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Satu
set soalan iaitu ujian pra telah diberikan kepada responden untuk menguji tahap
penguasaan tatabahasa sebelum penggunaan pendekatan kontekstual. Soalan yang
sama telah diberikan kepada responden sebagai ujian pos selepas menggunakan
pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah
memerhatikan responden sepanjang kajian. Satu set soal selidik telah diberikan kepada
responden untuk mengetahui sikap dan motivasi terhadap mata pelajaran Bahasa Tamil
sebelum dan selepas penggunaan pendekatan kontekstual. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa pendekatan koperatif dapat meningkatkan pencapaian para
pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Tamil terutamanya kertas pemahaman.
ISI KANDUNGAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang kajian 2
1.3 Pernyataan masalah 4
1.4 Objektif kajian 5
1.4.1 Objektif umum 5
1.4.2 Objektif khas 5
1.5 Soalan kajian 5
1.6 Kepentingan kajian 6
1.7 Batasan kajian 6
1.8 Definisi pembolehubah 7
1.9 Rumusan 8

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR


2.1 Pendahuluan 9
2.2 Pendekatan koperatif 9
2.3.Teori – teori pembelajaran koperatif 10
2.4 Kelebihan pendekatan koperatif 11
2.5 Kajian-kajian lepas 11
2.5.1 Kajian Luar Negara 12
2.5.2 Kajian di Malaysia 13
2.6 Rumusan 13
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 15
3.2 Reka bentuk kajian 15
3.3 Sampel kajian 16
3.4 Instrumen kajian 16
3.4.1 Pemerhatian 16
3.4.2 Soal selidik 16
3.4.3 Ujian pra 17
3.4.4 Ujian pos 17
3.5 Prosedur pengumpulan data 17
3.6 Analisis data 18
3.7 Rumusan 19
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 20
4.2 Latarbelakang pelajar
20
4.2.1 Skema Permarkahan 23
4.3 Dapatan kajian 24
4.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pos 25
4.3.2 Pemerhatian 34
4.3.3 Soal selidik 38
4.4 Rumusan
40
BAB 5 : PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
5.1 Pendahuluan 41
5.2 Ringkasan kajian 41
5.3 Perbincangan dapatan kajian 42
5.4 Kesimpulan dapatan kajian 43
5.5 Implikasi dapatan kajian 44
5.6 Cadangan kajian lanjutan 47
5.7 Penutup
48
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 5
BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat


dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan
untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk
dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,
agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan,
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan
perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui
sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian
serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya
hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam
keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya system pendidikan
tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.

Pendidikan di Malaysia merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan.


Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan dari pra-sekolah hingga
pengajian tinggi. Pendidikan pra-tertiari (dari pra-sekolah hingga pendidikan menengah)
adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia manakala
pendidikan tertiari pula adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Visi kerajaan ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan
Pendidikan.

Pendidikan sekolah rendah (selama 6 tahun) dan sekolah menengah (selama 6


tahun) adalah percuma. Umur kemasukan ke sekolah rendah Tahun Satu ialah tujuh
tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan suatu kewajipan untuk murid-murid
berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Para pelajar akan menduduki
peperiksaan umum pada akhir sesi pengajian sekolah rendah, sekolah menengah
rendah dan sekolah menengah atas.

Setelah penamatan pendidikan menengah, para pelajar boleh melanjutkan


pelajaran ke peringkat menengah lanjutan selama 1 hingga 2 tahun yang merupakan
kursus persediaan untuk memasuki universiti.

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu


diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan
satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan
untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang
akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan
kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori
pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu
pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan
mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual


itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan
konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan eharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat
kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat
dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan
motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan
(iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu
untuk memudahkan mereka mengaitkannya .

1.2 Latar Belakang Kajian

Bahasa Tamil ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah SJKT dan
elektif di sekolah menengah. Bahasa tamil berperanan sebagai bahasa ibundabagi
segelintir rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Tamil berhasrat membina rasa bangga
terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi pemikiran rakyat, juga berperanan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh
semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Tamil sekolah rendah juga
bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan (Akta Pendidikan, 1996).
Kementerian Pelajaran adalah pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan cita-
cita negara berlandaskan kepada Falsafah Pendididkan Negara melalui pengajaran
yang disampaikan di sekolah-sekolah yang menjadi pusat segala perkembangan ilmu.

Kajian ini telah dijalankan ke atas para pelajar tahun 5 Thamarai di SJK(T)
Tasek Permai. Seramai 25 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Melalui temubual
dan pemerhatian didapati pelajar- pelajar dari kelas ini datang dari keluarga bersosio
ekonomi yang berbeza. Selain itu, kebanyakkan ibu bapa tidak meluangkan masa untuk
mengajar dengan anak-anak mereka kerana masalah ekonomi yang melanda di negara
kita sekarang kita.. Menurut temubual, para ibu bapa memberi keutamaan kepada
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di rumah. Mereka
berpendapat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang penting
daripada bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil. Jadi sebahagian daripada pelajar- pelajar
di kelas ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah. Ini
adalah menjadi salah satu punca para pelajar tidak minat dan tidak menguasai
tatabahasa dengan cekap dalam Bahasa Tamil. Daripada pemerhatian pengkaji,
segelintir pelajar sekolah ini fasih Bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa ibunda.
Daripada tinjauan awal yang dibuat oleh pengkaji di SJK(T) Tasek Permai
memang terdapat berbagai-bagai masalah dalam mempelajari bahasa Tamil oleh
murid-murid berketurunan India.  Antara masalah yang timbul dan dapat dikesan secara
am ialah murid-murid India menghadapi masalah sebutan huruf ‘r’ semasa
pembelajaran bahasa Tamil.

             Pertukaran bunyi-bunyi tertentu mengakibatkan terjadinya proses penggantian


konsonan, proses penghilangan konsonan dan proses menambah bunyi hentian glottis.
Masalah percampuran kod (code mixing) antara bahasa Tamil dengan bahasa lain turut
membantutkan pembelajaran bahasa Tamil murid-murid India. Masalah ini berkait
dengan kemunculan unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dari semasa ke semasa
ketika murid-murid berkenaan menggunakan bahasa lain.

Pembelajaran kontekstual merupakan satu pendekatan pembelajaran yang


melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian untuk
menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep
kerjasama dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan
Salvin(1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam
kumpulan akan dapat belajar dengan lebih cemerlang dan berupaya meningkatkan
prestasi mereka. Melalui pendekatan kontekstual juga pelajar dari pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Pendekatan kontekstual juga menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar


yang terdiri daripada 4 atau 5 orang pelajar. Melalui pendekatan kontekstual para
pelajar dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran yang meliputi saling bergantung
antara satu sama lain secara positif , saling berinteraksi secara bersemuka dan
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.Setiap individu dalam kumpulan
dikehendaki menunjukkan kefahaman masing- masing dan memainkan peranan yang
berbeza secara bergilir-gilir. Dalam pendekatan ini, tugasan tentang topik diberi kepada
unsur-unsur kecil supaya semua ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing.
Maka setiap ahli kumpulan harus bersedia dengan tugasan yang diberikan. Setelah
bersedia dengan hasil kerja, maka mereka perlu membantu ahli lain dalam kumpulan
masing-masing supaya semua ahli kumpulannya menguasai hasil kerja tersebut.
Selepas itu, satu aktiviti dijalankan untuk menguji samada semua ahli kumpulan telah
memahami dan menguasai kemahiran tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Para pelajar sering menghadapi masalah dalam penguasaan Tatabahasa yang


terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil Tahun 5. Sekiranya tatabahasa tidak
dikuasai oleh para pelajar maka timbul masalah dalam Kertas 1 Pemahaman. Menurut
analisis pencapaian Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Tahun 5 Thamarai hanya
segelintir pelajar sahaja dapat menguasai bahagian tatabahasa dan mencapai prestasi
yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Ia bermaksud pelajar- pelajar lain
kurang membaca dan menghafal fakta tatabahasa. Murid -murid juga tidak
menunjukkan minat terhadap bacaan. Pelajar-pelajar yang lemah selalu menghadapi
masalah untuk menghafal dan menulis fakta tatabahasa. Para pelajar juga kurang
meneliti tatabahasa dan menghadapi kesukaran semasa membina ayat. Selain itu, para
pelajar berasa bosan semasa menghafal fakta tatabahasa secara individu. Oleh
itu,para pelajar tidak menunjukkan minat terhadap bahagian tatabahasa. Maka sebagai
seorang cikgu yang beropsyen Bahasa Tamil, saya telah menggunakan teknik yang
berbeza bagi meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa para pelajar. Oleh itu,
pengkaji telah menganggap bahawa Bahasa Tamil boleh menjadi satu mata pelajaran
yang mudah dan digemari oleh para pelajar sekiranya menggunakan pendekatan
kontekstual.

Gred A B C D E LULUS GAGAL


% %

Bil 5 7 2 7 4 14 11

% 20 28 8 28 16 56 44
Analisis Markah bagi Matapelajaran Bahasa Tamil (pemahaman)

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.4.1 Objektif Umum

i) Seramai 25 pelajar 5 Thamarai dapat meningkatkan peratus kelulusan


mata pelajaran Bahasa Tamil khususnya dalam kerta sPemahaman.

1.4.2 Objektif Khas

i) Untuk menilai keberkesanan pendekatan kontekstual dalam pengajaran


dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan tatabahasa.
ii) Untuk mengenalpasti kesan positif terhadap sikap pelajar dalam
menguasai tatabahasa.

iii) Untuk meninjau perkembangan pelajar semasa membuat latihan


berkaitan tatabahasa.

1.4.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, persoalan-persoalan utama yang menjadi


kajian ini ialah:
i. Apakah tahap pemahaman guru-guru Bahasa Tamil terhadap konsep pengajaran
dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran Bahasa Tamil?
ii. Apakah tahap pemahaman guru-guru Bahasa Tamil terhadap strategi pengajaran
dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran Bahasa tamil?
iii. Adakah guru-guru Bahasa tamil mendapat pendedahan dan latihan bagi
melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam mata
pelajaran Bahasa tamil?
iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Tamil semasa
melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada semua guru yang mengajar Bahasa ibunda di sekolah
SJKT.Hasil kajian ini nanti difikirkan boleh dijadikan panduan untuk sebarang
perubahan kurikulum yang hendak dilakukan. Ia dapat  dan mungkin boleh dijadikan
sebagai asas untuk mengadakan sebuah buku panduan atau rujukan untuk guru-guru
bahasa yang hendak mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil dengan menggunakan
pendekatan yang sesuai. Bidang bermasalah akibat perbezaan tersebut dapat diketahui
melalui perincian hasil penulisan murid-murid . Maklumat  daripada perincian itu dapat
membantu guru meramalkan masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Selanjutnya
guru dapat melakukan kerja pembetulan latihan bahasa dengan lebih berkesan.   Kajian
ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar bahasa Tamil. Juga
menjadi panduan kepada Panitia mata pelajaran Bahasa Tamil di sekolah. Pihak panitia
boleh memikirkan cara mengintepretasi kandungan kurikulum ke dalam bentuk yang
sesuai dengan latar belakang murid-murid.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan 25 orang responden dari


Tahun 5 Thamarai. Semua aktiviti kajian telah dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini
hanya tertumpu kepada pendekatan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Tamil khususnya dalam topik tatabahasa. Soalan – soalan ujian
diambil daripada topik yang diajar pada masa itu. Namun, beberapa aspek telah
menjadi penghalang semasa kajian dijalankan. Antaranya ialah :-

i) Motivasi dan minat pelajar berbeza


ii) Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Tamil adalah berbeza

iii) Aktiviti sekolah yang mungkin menganggu semasa kajian.

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Pra
Dijalankan pada 15 Julai 2014 untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam
penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk
yang terkandung sukatan pelajaran Bahasa Tamil tahun 5.

Ujian Pasca
Dijalankan pada 1 Ogos 2014 untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui sama
ada pelajar benar-benar memiliki kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan
telah diambil. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk yang terkandung sukatan
pelajaran Bahasa Tamil tahun 5.Ujian pra dan ujian pasca ini saya sediakan dengan
dibantu oleh guru-guru bahasa Tamil yang lain di bawah bimbingan Ketua Panitia
Bahasa Tamil. Kami telah berbincang dan menyediakan soalan–soalan tatabahasa bagi
ujian pra dan ujian pasca. Semasa menyediakan soalan ini kami juga menghadapi
beberapa masalah. Beliau membantu kami dengan menyemak soalan –soalan yang
saya sediakan. Selain itu, saya berasa amat bangga dan gembira kerana dapat
menyediakan soalan tatabahasa ini. Saya juga berazam untuk menangani masalah
penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil di kalangan murid tahun 5 sekolah saya. Ini
kerana murid-murid ini akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.
LANGKAH – LANGKAH TINDAKAN
Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ini diadakan
pada 15 Julai 2014. Manakala, ujian pasca diadakan pada 1 Ogos 2014. Guru bahasa
dan ketua panitia Bahasa Tamil berganding bahu dalam menyediakan ujian-ujian ini.
Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra, maka guru dapat memahami tentang
kelemahan murid dalam penguasaan tatabahasa. Guru telah menjalankan beberapa
tindakan untuk mengatasi kelemahan tatabahasa murid dalam Bahasa Tamil.
Permainan bahasa dipilih sebagai alat yang penting dalam mengatasi kelemahan
murid. Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz , mencantum kad dan latih tubi.
Permainan Bahasa
1. Kuiz
Guru–guru menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa. Soalan–soalan
kuiz ini dibincang dan disediakan oleh guru–guru Bahasa Tamil. Kuiz ini dijalankan
pada 18 Julai 2014. Semasa menjalankan kuiz ini murid-murid tahun 5 dibahagikan
kepada lima kumpulan yang berasingan dan diberi nama berasingan . Setiap kumpulan
diberikan masa 1 minit untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Markah bagi
kumpulan pertama yang menjawab dengan betul ialah sebanyak 3 markah. Manakala,
bagi kumpulan yang kedua menjawab soalan dengan betul diberikan 1 markah. Kuiz ini
dijalankan selama 1 minggu dan setiap hari soalan kuiz berbeza iaitu berdasarkan
tajuk–tajuk yang berbeza.

2. Mencantum Kad
Guru-guru bahasa juga mengadakan permainan mencantum kad. Permainan ini
diadakan pada 22 Julai 2014. Dalam kad manila ditulis soalan-soalan tatabahasa dan
jawapannya ditulis berasingan dalam kad manila yang lain. Murid-murid dibahagikan
dalam 2 kumpulan . Satu kumpulan diberikan soalan dan satu lagi kumpulan diberikan
jawapan. Murid-murid dikehendaki membaca soalan dan mencari jawapan pada rakan
mereka. Kemudian mereka akan mencantumkan kad manila tersebut dan melekatkan
kad manila tersebut di hadapan kelas.

3. Latih Tubi
Selain daripada soalan kuiz dan permainan mencantum kad, murid-murid juga diberi
latih tubi. Latih tubi ini diadakan pada 24 Julai 2014. Dalam latih tubi ini murid-murid
diberikan 10 soalan tatabahasa dan mereka diminta menjawab soalan-soalan ini dalam
masa yang ditetapkan. Dalam melaksanakan langkah-langkah tindakan seperti yang
disebut di atas guru-guru menghadapi pelbagai masalah. Contohnya, menyediakan
soalan kuiz. Walau bagaimanapun, murid-murid berasa gembira dan cenderung untuk
terlibat dalam kuiz. Mereka berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz. Begitu juga
semasa permainan mencantum kad, murid-murid begitu aktif menjawab soalan. Walau
bagaimanapun, murid-murid tidak aktif menjawab soalan latih tubi.
KEPUTUSAN
Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk menentukan
kelemahan murid dalam aspek tatabahasa Bahasa Tamil pelbagai langkah telah
diambil. Ujian Pra berupa soalan tatabahasa diadakan pada 15 Julai 2014 untuk
menentukan dan melihat tahap pemahaman murid tentang tatabahasa Bahasa tamil.
Guru telah menyediakan beberapa soalan tatabahasa Bahasa Tamil.

KEPUTUSAN UJIAN PRA

Gred A B C D E LULUS GAGAL


% %

Bil 5 7 2 7 4 14 11

Jadual 1 di atas menunjukkan


% 20 28 8 28 16 56 44
tentang keputusan ujian pra.
Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 11 (44%) murid gagal menjawab soalan
tatabahasa yang diberikan. Markah lulus yang ditetapkan ialah 40 %. Apa yang
mengecewakan ialah 11 daripada 25 murid gagal mendapat kurang dari 40 markah.
44% adalah satu peratus yang besar bagi sekolah kami. Hanya 14 orang murid sahaja
yang berjaya mendapat markah diantara 60-100. Ini bermakna separuh murid tidak
dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Tamil dengan baik. Daripada analisis ini,
didapati bahawa murid-murid Tahun 5 terlalu lemah dalam aspek tatabahasa Bahasa
Tamil.

MASALAH PENGAJARAN TATABAHASA


 Membosankan
Menurut Awang Sariyan (2009), aspek tatabahasa sering dianggap orang sebagai
subjek atau aspek yang kering , membosankan dan kadang kalanya menakutkan.
Tatabahasa dianggap ‘kering dan membosankan kerana kononnya ia hanya terdiri
daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya seperti matapelajaran Matematik.
Disebabkan itulah , tidak ramai murid yang dapat menguasai aspek ini walaupun
mereka sudah mempelajarinya sejak dari tahun 1.

 Kesalahan Bahasa
Pelbagai kesalahan bahasa dapat dikesan dalam latihan atau jawapan murid, bukan
sahaja dalam penulisan karangan, malahan juga dalam konteks lisan. Menurut
Raminah Hj. Sabran (1987), kesalahan bahasa bermaksud bentuk bahasa yang
menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang
digunakan dalam hubungan formal. Bentuk ini benar – benar mematuhi tatabahasa dan
bebas dari pengaruh dan bahasa pertuturan yang tidak formal.

 Kurangnya kesantunan bahasa


Selain itu, kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi juga kurang diambil
perhatian. Kesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan penggunaan bahasa
terhadap peraturan bahasa yang digunakan olehsesuatu masyarakat. Secara umum, ia
merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
berbicara. Namun, masyarakat kita hari ini hanya sekadar menyampaikan idea dengan
menggunakan bahasa yang memperlihatkan kesombongan, kengkuhan, ketidak
acuhan, keegoan, tidak beradat dan kurang ajar terutamanya dalam konteks lisan.

 Menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja


Selain itu, terdapat juga guru yang mengajarkan aspek tatabahasa dengan
menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja. Guru yang hanya member penekanan
kepada penguasaan rumus-rumus tatabahasa akan lupa untuk menerapkan tatabahasa
dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai. Manakala, guru yang taksub
kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa pula memandang remeh akan
ketepatan bahasa daripada segi rumus tatabahasa.

TUJUAN PENGAJARAN TATABAHASA


Bagi menangani masalah ini, , guru Bahasa Tamil perlu mengambil sikap
terbuka. Mereka perlu memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat
murid dan dapat membantu murid bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan
berbahasa sama ada lisan ataupun tulisan bukan sahaja di dalam kelas, malahan
juga dalam konteks lingkungan yang lebih luas.

 Menarik minat
Salah satu tujuan ialah untuk menarik minat murid. Menarik minat yang
dimaksudkan ialah dapat merangsang atau menarik perhatian murid untuk
menyertai dan melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh
guru di dalam bilik darjah.dalam hal ini, motivasi dan rangsangangan
daripada gurulah yang memainkan peranan penting. Dengan kata lain, guru
perlu mengembangkan minatmurid untuk mempelajari tatabahasa bukan
sahaja terhad di bilik darjah , tetapi apa yang lebih penting ialah, minat itu
dapat dibangkitkan secara berterusan dan diarahkan kepada sesuatu
matlamat tertentu yang akan dapat membawanya jauh melebihi daripada
pengalaman yang digunakan sebagai penggerak atau motivasi kea rah
pembelajaran selanjutnya.

 Meningkatkan mutu bahasa murid


Selain itu, tujuan lain pengajaran tatabahasa perlu diperbaiki ialah untuk
meningkatkan mutu bahasa murid ketika berkomunikasi. Dengan kata lain,
bahasa yang digunakan oleh murid perlu mempunyai kualiti dan nilai yang
tinggi sama ada digunakan dalam konteks lisan mahupun tulisan. Dalam hal
ini, kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja mementingkan ketertiban dari segi
morfologi, fonologi, sintaksis dan semantic, malahan juga mementingkan dari
segi ketertiban atau kesantunan bahasa.

UJIAN PASCA

Jadual 2 menunjukkan tentang keputusan ujian pasca yang dijalankan. Ujian pasca
dilaksanakan selepas tindakan diambil. Berikut adalah hasil analisis pencapaian Ujian
pasca selepas pengajaran dan pembelajaran yang diadakan pada 1 Ogos 2014.

Keputusan Ujian Pasca

Gred A B C D E LULUS GAGAL


% %

Bil 6 8 10 1 0 24 1

% 24 32 40 4 0 56 4
Dari keputusan di atas
didapati hampir semua murid dapat memahami dan menjawab soalan tatabahasa
dengan mudah selepas ujian pasca. Ini kerana kaedah pendekatan kontekstual yang
meliputi permainan bahasa yang dijalankan selepas ujian pra amat berkesan dan
mendapat respon yang baik daripada murid. Daripada keputusan di atas didapati
bahawa 24 murid telah lulus dalam ujian pasca ini. Seramai 14 murid telah berjaya
mendapat pangkat A dan B. Pencapaian ini amat memberangsangkan dan
menunjukkan bahawa murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Tamil.
Pencapaian ini juga menunjukkan bahawa permainan bahasa yang dibuat oleh guru
selepas ujian pra amat berkesan dan murid-murid dapat menguasai aspek tatabahasa
Bahasa Tamil.

Analisa Keputusan
Jadual 3 menunjukkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca secara terperinci.
Daripada jadual di atas didapati dalam ujian pra, 14 murid daripada 25 murid sahaja
yang lulus iaitu berjaya mendapat markah 40%. Bakinya iaitu 11 murid gagal dalam
ujian pra ini. Ini menunjukkan bahawa hampir 25% murid gagal dalam ujian pra.
Bagi mengatasi masalah ini maka guru bahasa bersama-sama dengan guru-guru
lain berganding bahu. Melalui perbincangan, kami membuat keputusan untuk
mengadakan permainan bahasa bagi mengatasi masalah ini. Permainan bahasa ini
dibahagikan kepada 3 iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi. Setelah murid-murid
menguasai tatabahasa Bahasa Tamil maka ujian pasca pula diadakan. Keputusan ujian
pasca ini agak memberangsangkan dan menggembirakan. Ini kerana hampir kesemua
murid telah lulus dalam ujian pasca ini. Terdapat 6 murid yang berjaya mendapat
pangkat A dan 8 murid berjaya mendapat pangkat B. Manakala, seramai 10 murid atau
20% murid berada pada tahap pencapaian C. Hanya seorang murid sahaja yang masih
gagal.

REFLEKSI TINDAKAN

Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Tamil


tentang masalah pelajar dan kelemahan pelajar dalam penguasaan tatabahasa dalam
Bahasa Tamil. Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada
penyelidik dan membantu penyelidik mencari cara penambahbaikan. Di samping itu,
penyelidik juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan
pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran
guru. Walaupun penyelidik mempunyai banyak tugasan lain yang terpaksa
dilaksanakan, namun dengan semangat untuk memperbaiki kelemahan murid dengan
penuh ikhlas dan tanggungjawab, kajian ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang
dirancangkan.
Sebagai kesimpulannya, saya telah berjaya dalam kajian ini. Hampir keseluruhan
murid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa Bahasa Tamil. Jadi saya sebagai
guru Bahasa Tamil Tahun 5 Thamarai berasa gembira atas pencapaian murid-murid.
Saya juga berazam untuk memastikan para pelajar saya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti bagi mata pelajaran Bahasa Tamil. Saya
sebagai penyelidik ingin mengesyorkan permainan bahasa ini kepada semua guru
bahasa bagi mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil. Hasilnya tentu
baik. Saya juga telah mencadangkan kepada pentadbiran sekolah supaya meminta
semua guru Bahasa Tamil supaya menggunakan cara permainan bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka. Misalnya guru-guru yang mengajar tahap 1 iaitu
tahun 1 hingga tahun 3 sepatutnya mengunakan permainan bahasa ini.
Sebagai tindakan lanjutan saya akan menggunakan teknik permainan bahasa ini
untuk mengajar tajuk-tajuk yang lain. Misalnya menggunakan kaedah ini untuk
mengajar penulisan Bahasa Tamil.

PENUTUP

Kaedah kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran Kertas Pemahaman Bahasa


Tamil ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian ini
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar tetapi dapat juga memperbaiki teknik
pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Penyelidik berbangga dapat menjalankan
kajian tindakan ini pada gelungan pertama. Oleh yang demikian, penyelidik berharap
dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa akan datang dan
akan cuba menerapkan dalam tajuk lain yang akan diajar. Diharapkan kajian ini dapat
memberi manfaat yang berguna kepada penyelidik sebagai tenaga pengajar yang
bertanggungjawab untuk melihat kejayaan pelajarnya dalam bidang bahasa.
Rujukan

Asmah Hj. Omar (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Abdullah Hamid Mahmood, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Haji Musa.
(2010). Kamus Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: DBP.

Azman Wan Chik (1989). Kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
DBP.

Chuah Kim Hwa. (2007). Teknik pengumpulan data kualitatif penyelidikan tindakan.
Bahan Kursus/ Bengkel Penyelidikan Tindakan Peringkat Asas (Fasa II) Tahun
2007 di bawah Kursus Pendek Kelolaan Institut, Institut Perguruan Batu
Lintang, 9 – 11 Mei 2007 di Pusat Kegiatan Guru, Sri Aman.

Isahak Haron (2001). Mudah Membaca dan Menulis. Shah Alam: Fajar Bakti.
Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, 2000.Tatabahasa Dewan Jilid 2:
Perkataan; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Prof. Madya Dr. Rahman Daud (2005), Proses dan strategi membaca berkesan.
Serdang: enerbitan Universiti Putra Malaysia
LAMPIRAN 1

Kertas ujian yang digunakan untuk Ujian Pra dan Ujian Pos

¾¡¦ºì ¦À÷Á¡ö ¾Á¢úôÀûÇ¢


14120 º¢õÀ¡í «õÀ¡ð
LAMPIRAN 2

Maklumat responden
Sila tandakan [ / ] dalam ruangan yang disediakan.

1. Jantina Lelaki [ ]
Perempuan [ ]

2. Tempat Tinggal Rumah Teres [ ]


Rumah Bertungkat dua [ ]
Rumah Banglo [ ]

3. Pendidikan ibubapa Berpendidikan Tinggi [ ]


Berpendidikan Menengah [ ]
Berpendidikan Rendah [ ]
Tidak berpendidikan [ ]

4. Pertuturan bahasa Bahasa Tamil sahaja [ ]


Bahasa Malaysia sahaja [ ]
Bahasa Inggeris sahaja [ ]
Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia sahaja [ ]
Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sahaja [ ]
Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris sahaja [ ]

LAMPIRAN 3

Borang pemerhatian yang digunakan sebelum dan selepas penggunaan pendekatan


koperatif
Responden perlu mengisi perkara dibawah dengan tandakan (√) pada ruang yang
disediakan

Perkara Nota Pemerhatian


Minat dan suka Neutral Tidak suka
Perkara Perkara soal selidik
Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju setuju
Setuju
Saya selalu bersedia untuk belajar
Bahasa Tamil sebelum guru memasuki
kelas
Keinginan saya untuk mempelajari
Bahasa Tamil bertambah
Saya lebih cenderung membuat kerja
rumah Bahasa Tamil berbanding subjek
lain
Saya lebih berkeyakinan terhadap
Bahasa Tamil setelah guru
menggunakan cara ini.
Saya akan membeli banyak buku latihan
terutama buku latihan Bahasa Tamil
Saya berazam mendapat A bagi
matapelajaran  Bahasa Tamil dalam
UPSR.

Anda mungkin juga menyukai