Anda di halaman 1dari 6

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bahagian ini menghuraikan takrifan tentang teknik latih tubi,

kemahiran membaca, keperluan kepada kemahiran membaca dan kajian-

kajian serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan rapat

dengannya melalui model pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa

keistimewaan dan kelebihan menggunakan teknik latih tubi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran tetapi sekiranya teknik tersebut di olah dan

diberikan beberapa perubahan yang boleh menarik minat murid maka

keistimewaan dan kelebihan tersebut akan menjadi lebih terserlah.

Penggunaan teknik latih tubi ini juga bukan sahaja digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tetapi banyak digunakan

dalam mata pelajaran lain terutamanya mata pelajaran Matematik, Sains,

Bahasa Inggeris dan sebagainya.

2.2 Pembelajaran Koperatif

Menurut Slavin (1982), pembelajaran koperatif merujuk kepada

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid dari pelbahai

kebolehan bekerjasama di dalam satu kumpulan yang kecil untuk mencapai

satu matlamat yang sama. Ianya bermaksud setiap murid di dalam kumpulan

tersebut perlu bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas


rakan mereka semasa berlakunya proses pembelajaran dan tidak hanya

menjalani proses pembelajaran secara bersendirian.

Bagi menjayakan pembelajaran koperatif, pengajaran rakan sebaya

memainkan peranan yang sangat penting. Setiap murid mempunyai peranan

masing-masing ketika proses pembelajaran ini berlaku di mana

pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi sesame ahli

kumpulan secara aktif di dalam kumpulannya. Ini membolehkan perkongsian

idea dan semakan idea yang disampaikan dalam suasana yang tidak

terancam serta sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Ganjaran akan

diberikan kepada individu atau kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini

selain mempunyai kemahiran social yang baik.

Pembelajaran koperatif telah banyak dibuktikan sebagai satu cara

pengajaran yang dapat melibatkan murid secara aktif dan berkesan dalam

pembelajaran. Melalui strategi-strategi yang ada, murid-murid didapati lebih

bermotivasi belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran mereka

sendiri.

, “The teacher is the heart of “Teach Less, Learn More” (TLLM).


TLLM is not a call for “teacher to do less.” It is a call to educators
to teach better, to engage our students and prepare them for life,
rather than to teach for tests and examinations. This is why
TLLM really goes to the core of quality in education. It is about a
richer interaction between teacher and student — about touching
hearts and engaging minds.” ( Encik Tharman Shanmugaratnam,
Mantan Menteri Pendidikan Singapura )

2.2.1 Ciri-ciri pembelajaran koperatif


Pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang

membolehkan proses pengajaran dapat dikurangkan dan proses

pembelajaran dapat ditingkatkan kerana ia dapat membantu murid belajar

secara berdikari, mewujudkan semangat berkumpulan, menekankan

semangat kerjasama selain menggalakan murid berkomunikasi serta

kemahiran social sesame mereka. Jacobs, Power dan Loh (2002) telah

mengemukakan 8 prinsip utama dalam melaksanakan pembelajaran

koperatif, iaitu :

i. Bekerjasama sebagai satu nilai

ii. Kumpulan pelbagai jenis

iii. Kebergantungan Positif

iv. Akauntabiliti Individu

v. Perinteraksian serentak

vi. Peluang saksama untuk penyertaan

vii. Pengajaran kemahiran kolaboratif

viii. Autonomi berkumpulan

2.3 Kajian Mengenai Pembelajaran Koperatif

Sejak tahun 1898, hamper 600 eksperimen dan lebih daripada 100

penyelidikan yang telah dijalankan di Barat berkaitan dengan pembelajaran

koperatif ini. Selain daripada dijalankan di Barat, kajian dan penyelidikan

tersebut juga telah dijalankan di Negara kita Malaysia. Dapatan daripada

kajian-kajian ini telah saya jadikan panduan dalam membuat kajian yang

saya jalankan ini walaupun terdapat beberapa kelainan pada sampel yang

dikaji.
Gan (1999) dalam tinjauan yang dilakukannya mendapati

pelaksanaan pembelajaran koperatif telah membawa hasil yang

menggalakkan. Kebanyakan murid yang mengikut pembelajaran ini suka

bekerja dalam suasana kumpulan yang menyeronokkan.

Meriam Ismail (1997) pula telah mengkaji pembelajaran koperatif ke

atas sikap murid terhadap mata pelajaran Matematik di Sarawak. Walaupun

dalam kajian yang beliau jalankan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

bagi sikap yang diperolehinya tetapi kajian beliau menunjukkan terdapat

peningkatan yang agak ketara dalam pencapaian Matematik dan kehadiran

murid ke sekolah.

Cheah Tong Tiat et. Al. (2007), telah menjalankan kajian untuk

meninjau keberkesanan pembelajaran koperatif dan pebelajaran tradisional

terhadap pencaiapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa

Tamil. Dapatan kajian beliau telah menunjukkan bahawa pembelajaran

koperatif yang dijalankan di kalangan murid SJK(C) dan SJK(T) lebih

berkesan daripada pembelajaran tradisional. Manakala dapatan daripada

kajian Zakaria Kassim (2003) mendapati kaedah pembelajaran koperatif

telah menyumbang kepada peningkatan murid jika dibandingkan dengan

kaedah pembelajaran tradisional bagi mata pelajaran perdagangan.

Pembelajaran koperatif bukan sahaja memberikan kesan positif

kepada pencapaian akademik tetapi juga membawa kesan kepada

hubungan social antara kaum serta sikap dan minat terhadap mata

pelajaran. Dapatan ini diperolehi daripada kajian yang dijalanan oleh Sharan

(1980), Johnson et al. (1990) dan Pensri & Krongthong (1995)Menurut

Sharan (1980), Johnson et al. (1990) dan Pensri & Krongthong (1995), selain
dari pencapaian akademik, pembelajaran koperatif juga membawa kesan

yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat

terhadap pembelajaran. Bukan itu sahaja, murid juga didapati saling tolong

menolong, bekerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap

tanpa membezakan antara kaum sesame mereka.

Kajian Masitah Zainuddin (2005) juga telah membuktikan

keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dlam penulisan karangan

Bahasa Melayu di kalangan murid tingkatan dua di sebuah sekolah di Perlis.

Dapatan kajian beliau telah menunjukkan terdapat peningkatan terhadap

kualiti penulisan dalam karangan setelah murid diberikan sesi rawatan

melalui pembelajaran koperatif ini.

D.W. Johnson dan R.T. Johnson (1989) telah membuat satu rumusan

hasil daripada 375 kajian luar Negara yang dijalankan dalam tempoh 90

tahun telah mendapati bahawa pendekatan koperatif merupakan kaedah

pembelajaran paling berkesan dalam situasi yang memerlukan murid berfikir,

idea-idea yang kreatif, mengaplikasikan dalam dunia yang sebenar dan

sentiasa berfikir. Mereka juga telah mendapati bahawa hubungan antara

individu menjadi lebih baik bukan sahaja sesame mereka tetapi juga di

kalangan mereka yang berbeza dari segi kebolehan, kum;pulan etnik, kelas

social dan keadaan fizikal.

2.4 Kesimpulan

Berdasarkan kepada hasil tinjauan beberapa kajian lepas berkaitan

dengan pembelajaran koperatif jelas menunjukkan terdapat perubahan yang

positif terhadap diri murid apabila pembelajaran ini telah digunakan oleh
guru-guru ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi

menggantikan kaedah pengajaran secara tradisional. Ia jelas menunjukkan

bahawa terdapat kesan yang amat positif bukan sahaja dari segi

pembelajaran tetapi juga terhadap hubungan komunikasi sesame murid.

Dapatan ini penting untuk dimanfaatkan oleh setiap guru kerana

secara amnya murid-murid kita agak sukar untuk berinteraksi secara aktif di

dalam kelas terutamanya murid-murid yang mempunyai masalah dalam

pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai