Anda di halaman 1dari 19

BAB 4 : PELAKSANAAN TINDAKAN

4.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian tindakan ini, tinjauan masalah di buat melalui hasil :

i. Perbincangan dengan guru kelas dan murid yang terlibat.

ii. Pemerhatian.

iii. Ujian Pra

iv. Ujian Pos.

4.1.1 Analisis Ujian Bulanan

Analisis ujian bulanan merupakan sumber utama bagi saya mengenal pasti

masalah ini. Melalui keputusan ujian bulanan tersebut juga saya dapat membuat

andaian dan rumusan awal berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-

murid yang menjadi sampel kajian saya ini. Sebanyak empat ujian bulanan di ambil

sebagai data bagi saya menganalisis pencapaian murid iaitu ujian bulan Mac, April,

Jun dan Ogos.


Daripada analisis keempat-empat ujian tersebut saya dapat rumuskan bahawa

pencapaian murid bagi matapelajaran Kajian Tempatan amat rendah berbanding

dengan matapelajaran teras yang lainnya. Jadual 2 analisis tersebut jelas dapat dilihat

bahawa murid-murid yang menjadi sampel kajian saya ini bukanlah murid yang

lemah dalam pelajaran kerana pencapaian mereka dalam matapelajaran teras adalah

baik berbanding dengan matapelajaran Kajian Tempatan.

Hanya 8 orang atau 20% sahajah murid yang lulus dalam ujian bulan Mac, 9

orang atau 22.5% bagi ujian bulan April dan ujian bulan Jun. Ujian bulan Ogos pula

menunjukkan hanya 7 orang atau 17.5% sahaja murid yang lulus. Pencapaian ini

amatlah mendukacitakan jika dibandingkan dengan pencapaian matapelajaran teras

lainnya untuk setiap ujian tersebut. Berdasarkan Jadual 1, jelas menunjukkan bahawa

peratus kelulusan paling rendah adalah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dengan

jumlah murid lulus adalah 18 orang atau 45% sedangkan jumlah serta peratusan lulus

tertinggi bagi matapelajaran Kajian Tempatan Cuma 9 orang atau 22.5% sahaja.

Daripada analisis yang saya lakukan ini juga, saya dapat merumuskan bahawa

murid-murid yang menjadi bahan kajian saya ini adalah murid yang berpotensi tetapi

perlu diberikan penekanan samada dari segi teknik atau keadah penyampaian

sekiranya saya benar-benar inginkan peratusan kelulusan mereka menyamai atau

menandingi peratusan kelulusan bagi matapelajaran teras lainnya.


Rajah 2 : Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Bulanan Mengikut Gred
Pencapaian

Bulan Ujian
Bil Perkara
Mac April Jun Ogos
1 Lulus Pangkat A 0 1 0 0
2 Lulus Pangkat B 5 4 6 2
3 Lulus Pangkat C 3 4 3 5
4 Gagal Pangkat D 16 17 21 19
5 Gagal Pangkat E 16 14 10 14

Jadual 2 : Analisis Keputusan Ujian Bulanan Mengikut Gred Kelulusan


4.1.2 Perbincangan dan soal selidik dengan guru matapelajaran.

Selain ujian bulanan murid, saya juga merangka satu perbincangan dengan

guru-guru yang mengajar matapelajaran Kajian Tempatan. Tujuan perbincangan

tersebut adalah untuk mengenal pasti masalah atau kelemahan yang mungkin wujud

dalam proses pengajaran guru sendiri. Dalam perbincangan tersebut beberapa

persoalan saya timbulkan bagi mengenal pasti punca dan langkah untuk

mengatasinya. Seramai 7 orang guru yang mengajar matapelajaran Kajian Tempatan

terlibat dalam perbincangan tersebut. Ianya dijalankan secara formal di dalam bilik

gerakan sekolah secara tertutup.

Satu borang soal selidik perbandingan pengajaran dan pembelajaran Kajian

Tempatan berbanding matapelajaran teras diberikan kepada semua guru sebagai

panduan untuk mencari punca kepada masalah ini. Borang soal selidik ini diedarkan

kepada semua guru sebelum bermulanya perbincangan tersebut dan semua guru

matapelajaran Kajian Tempatan diminta mengisi boring tersebut dengan sejujur yang

mungkin.
MIN
BIL ITEM
KT TERAS
Pada pendapat saya, matapelajaran ini merupakan
1 1.4 4.7
matapelajaran yang penting dan perlu diberikan
penekanan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

2 Saya sentiasa membuat persediaan yang mencukupi 2.6 4.7


ketika mengajar matapelajaran Kajian Tempatan.

3 Saya sentiasa menyediakan aktiviti yang bersesuaian 2.9 4.9


ketika mengajar.

Saya sentiasa menggunakan pelbagai teknik untuk


4 2.3 4.3
menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

5 Saya sentiasa membimbing murid dalam proses 3.9 4.7


pengajaran dan pembelajaran.

6 Saya sentiasa menggunakan teknik penyoalan yang 3.3 4.7


merangsang pemikiran murid ketika mengajar.

Saya sentiasa memberikan soalan susulan yang


7 1.7 4.6
mencukupi sebagai latihan selepas tamat proses
pengajaran dan pembelajaran.

8 Saya sentiasa mengambil kira tahap kebolehan murid 1.6 4.3


dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

9 Saya sentiasa memberi peluang kepada murid 3.7 4.9


menjalankan aktiviti perbincangan kumpulan.

10 Saya sentiasa menerapkan kepentingan matapelajaran 1.4 5.0


ini setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.

11 Saya sentiasa risau sekiranya murid saya gagal dalam 1.6 4.7
setiap ujian yang dijalankan.

12 1.4 4.3
Saya amat berminat mengajar matapelajaran ini.

Jadual 3 : Analisis Soal Selidik Perbandingan Pengajaran dan Pembelajaran


Matapelajaran Kajian Tempatan dan Matapelajaran Teras
Rajah 3 : Graf Analisis Soal Selidik Perbandingan Pengajaran dan
Pembelajaran Matapelajaran Kajian Tempatan dan Matapelajaran Teras
Daripada analisis soal selidik perbandingan pengajaran dan pembelajaran

antara matapelajaran Kajian Tempatan dan matapelajaran teras yang diberikan

kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Kajian Tempatan dalam Jadual 3

diatas, kita dapat lihat bahawa min bagi matapelajaran teras menunjukkan

pencapaian yang tinggi dengan min pencapaian adalah antara 4.3 hingga 5.0

berbanding dengan min pencapaian matapelajaran Kajian Tempatan cuma berada

sekitar 1.6 hingga 3.9 sahaja.

Analisis soal selidik itu juga jelas menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan di antara matapelajaran Kajian Tempatan dengan matapelajaran teras.

Jelas menunjukkan guru-guru Kajian Tempatan bersetuju serta sangat bersetuju

dengan setiap soalan soal selidik yang dikemukakan berbanding jawapan tidak

bersetuju untuk matapelajaran Kajian Tempatan, manakala tiga soalan yang diajukan

iatu soalan 5, soalan 6 dan soalan 9 guru-guru lebih memilih kepada jawapan

berkecuali.

Rumusan

Sebagai rumusan analisis tersebut dapatlah saya katakana bahawa guru-guru

yang mengajar matapelajaran Kajian Tempatan sendiri kurang berminat serta

bersedia dengan persediaan yang cukup ketika menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Malah guru-guru yang menjadi respondan itu sendiri memilih jawapan

‘Sangat tidak bersetuju’ bagi jawapan soalan 12 dengan min hanya 1.4. Kesimpulan

yang dapat saya buat di sini ialah kurangnya minat guru terhadap matapelajaran

Kajian Tempatan itu sendiri menjadikan matapelajaran tersebut juga tidak dapat
menarik perhatian murid dan seterusnya menjadikan murid sendiri hilang minat

untuk belajar Kajian Tempatan.

Apa yang lebih jelas di sini ialah guru langsung tidak meletakkan kepentingan

matapelajaran Kajian Tempatan itu sendiri ssetaraf dengan matapelajaran teras yang

mereka ajar. Bukan itu sahaja, hasil respon guru-guru juga melibatkan proses

pengajaran di mana guru-guru yang mengajar itu langsung tidak memberikan

galakan serta dorongan kepada murid untuk melakukan proses pembelajaran yang

sama dengan matapelajaran teras. Ini amatlah mendukacitakan saya.

4.1.3 Soal Selidik Minat Murid

Sebelum memulakan kajian tindakan, setiap murid yang menjadi sampel saya

juga diberikan borang soal selidik. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas

berkaitan minat murid terhadap matapelajaran Kajian Tempatan berbanding

matapelajaran teras yang lainnya. Setiap murid di minta memberikan jawapan

dengan sejujur yang mungkin bagi mendapatkan analisis yang tepat. Murid bebas

untuk menandakan jawapan mereka tanpa sebarang tekanan. Setiap jawapan adalah

rahsia dan tidak akan didedahkan untuk sebarang tujuan kecuali digunakan untuk

kajian tindakan ini.

Setelah selesai menjawab semua soalan dalam borang soal selidik tersebut,

saya memeriksa dan menyemak setiap jawapan yang diberikan oleh setiap orang

murid saya. Semua respon yang murid-murid itu berikan saya kumpul mengikut

kumpulan jawapan yang sepatutnya seperti dalam Jadual 4. Dengan cara ini saya
senang untuk membuat analisis serta mengumpulkan maklumat berkaitan dengan

jawapan yang telah mereka berikan.

BIL MENGIKUT SKALA


BIL ITEM
1 2 3 4 5 6

1 Soalan 1 15 21 4

2 Soalan 2 26 10 4

3 Soalan 3 14 10 16

4 Soalan 4 23 12 5

5 Soalan 5 28 8 4

6 Soalan 6 16 11 13

7 Soalan 7 28 10 2

8 Soalan 8 25 9 6

9 Soalan 9 24 9 7

10 Soalan 10 23 11 6

11 Soalan 11 26 10 4

12 Soalan 12 17 11 12

13 Soalan 13 23 9 8

Jadual 4 : Analisis Soal Selidik Perbandingan Minat Murid


Rajah 4 : Graf Analisis Soal Selidik Minat Murid Terhadap Matapelajaran
Kajian Tempatan
Rumusan

Apa yang pastinya tiada seorang murid pun memberikan jawapan pada skala 4

dan 5. Jawapan pada skala 4 ialah ‘bersetuju’ dan ‘sangat bersetuju’ pada skala 5.

Jelas disini dapatlah saya katakan bahawa semua murid iaitu 100% murid benar-

benar tidak meminati atau menganggap matapelajaran Kajian Tempatan sebagai satu

matapelajaran yang perlu mereka tumpukan dalam proses pembelajaran mereka

setiap hari.

Dapatan analisis ini menunjukkan bahawa minat dan kesungguhan murid

tentang peri pentingnya matapelajaran Kajian Tempatan bukan sahaja disebabkan

factor murid itu sendiri tetapi faktor guru juga merupakan faktor penentu kepada

meningkat atau menurunnya minat murid. Ini dapat dibuktikan sebanyak 26 orang

atau 65 % dan 21 orang atau 52.5 % memberikan jawapan ‘sangat tidak setuju’dan

‘tidak setuju’, manakala baki 4 orang murid mengambil sikap berkecuali.

Berdasarkan analisis dalam Jadual 4 juga menunjukkan bahawa murid-murid

telah memilih jawapan yang menyatakan guru langsung tidak memberikan motivasi

kepada mereka untuk belajar matapelajaran Kajian Tempatan dengan dapatan

analisis adalah seperti berikut iaitu 16 orang atau 40% memilih jawapan pada skala 1

dan 11 orang atau 27.5% memilih jawapan pada skala 2, manakala baki lagi 13 orang

atau 32.5% mengambil sikap berkecuali dengan memilih jawapan pada skala 3.

Keputusan ini juga telah mempengaruhi respon murid bagi soalan nombor 13

berkaitan minat murid terhadap guru-guru Kajian Tempatan yang mengajar mereka.

Seramai 23 orang atau 57.5% langsung tidak meminati guru Kajian Tempatan
mereka dengan memberikan respon pada skala 1 dan 9 orang atau 22.5 %

memberikan respon jawapan pada skala 2, manakala baki 8 orang atau 20.0 %

mengambil sikap berkecuali.

Jelas di sini dapat saya lihat perkaitan yang signifikan antara respon guru dan

murid terhadap minat murid untuk belajar matapelajaran Kajian Tempatan adalah

saling berkait antara satu sama lain. Guru yang mengajar memberikan respon yang

negative terhadap matapelajaran tersebut malah langsung tidak memberikan satu

keyakinan kepada murid untuk belajar, atau berminat mempelajari matapelajaran

Kajian Tempatan. Kesan daripada tindakan tersebut maka murid juga mula

mengambil langkah yang serupa iaitu tidak memilih matapelajaran Kajian Tempatan

sebagai satu kepentingan dalam proses pembelajaran mereka. Peranan guru sebagai

pendidik serta pencetus minat murid untuk belajar tidak digunakan sepenuhnya

dalam mengajar matapelajaran tersebut malah guru memberikan pendpat bahawa

matapelajaran Kajian Tempatan bukanlah matapelajaran yang penting, malah jika

tidak diajar sekali pun tidak akan menjejaskan pencapaian murid dalam ujian-ujian

yang besar.

Selain mencari respon terhadap minat murid serta sikap guru ketika mengajar

matapelajaran Kajian Tempatan melalui soal selidik ini, saya juga telah merangka

soalan nombor 14 sebagai asas untuk melihat pilihan murid dalam memilih

matapelajaran kegemaran mereka. Rumusan analisis bagi pemilihan matapelajaran

Kajian Tempatan berbanding 5 lagi matapelajaran penting, hasilnya adalah seperti

dalam Jadual 5 berikut :


BIL MENGIKUT SKALA
BIL ITEM
1 2 3 4 5 6
Jika diberikan pilihan antara
matapelajaran Matematik, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,
Pendidikan Agama Islam dan Kajian
1 Tempatan, saya meletakkan 1 1 1 1 7 29
matapelajaran Kajian Tempatan di
tempat yang ke ____ dalam senarai
matapelajaran yang paling saya
minati.

Jadual 5 : Analisis Minat Murid Terhadap Kajian Tempatan Berbanding


Matapelajaran Teras Mengikut Kedudukan

Rajah 5 : Graf Ranking Minat Murid Terhadap Matapelajaran


Kajian Tempatan

4.1.4 Pemerhatian
Pemerhatian juga saya jadikan sebagai salah satu kaedah untuk saya

menganalisis serta mengenalpasti punca kelemahan murid dalam matapelajaran

Kajian Tempatan. Pemerhatian ini saya jalankan secara tidak formal dan sepanjang

masa terutamanya ketika waktu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kajian

Tempatan berjalan. Dengan menggunakan kaedah ini, apa yang saya perhatikan

adalah sikap serta tingkahlaku murid ketika berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran Kajian Tempatan di dalam kelas selain ketika masa

senggang murid kerana ketiadaan guru, masa rehat atau masa-masa tertentu yang

membolehkan murid mengulangkaji pelajaran secara bebas.

Hasil pmerhatian yang saya lakukan saya mendapati murid-murid saya tidak

pernah mengulangkaji atau membuat rujukan berkaitan apa-apa sekali pun bagi

matapelajaran Kajian Tempatan. Masa senggang tidak pernah digunakan untuk

matapelajaran tersebut malah papan kenyataan yang berkaiatan matapelajaran

tersebut juga langsung tidak dipedulikan. Apa yang lebih mendukacitakan,

kebanyakan murid langsung tidak memberikan tumpuan ketika sesi pembelajaran

berlaku samada murid saya sendiri atau murid kelas lainnya. Latihan-katihan yang

diberikan tidak disiapkan dengan baik, malah guru-guru juga tidak begitu mengambil

berat berkaitan perkara ini.

4.1.5 Ujian Pra


Ujian pra merupakan kaedah formal yang saya gunakan untuk membuat

analisis tahap pencapaian murid yang menjadi sampel kajian saya ini. Setiap murid

diberikan satu set soalan Kajian Tempatan yang mengandungi 25 soalan, terdiri

daripada 3 bahagian yang berikut :

i. Bahagian A - 15 soalan aneka pilihan

ii. Bahagian B - 5 soalan subjektif

iii. Bahagian C - 1 soalan gambarajah.

Tempoh masa selama 60 minit saya berikan kepada setiap murid untuk

menjawab soalan tersebut. Ketika ujian tersebut dijalankan, peraturan-peraturan

ketika murid menjalani ujian dilaksanakan sepenuhnya kerana saya berkehendakkan

murid merasakan betapa pentingnya ujian tersebut kepada mereka. Semasa ujian pra

ini dijalankan, saya juga menjalankan aktiviti pemerhatian dengan memerhati

bagaimana sikap dan kesungguhan murid ketika menjawab soalan yang diberikan.

Semangat serta ekspresi diri murid saya perhatikan seorang demi seorang bagi

mendapatkan hasil analisis yang lebih tepat. Mereka seolah-olah bermain-main dan

tidak langsung menunjukkan kesungguhan dan berlumba-lumba untuk mendapatkan

jawapan dengan betul dan terbaik buat mereka. Ada yang leka merenung luar kelas,

ada yang asyik dengan bermain alat tulis dan berbagai tingkahlaku yang kurang

membawa kepada sikap murid yang sebenar.

Bil Perkara Bilangan Peratus


Betul
Bahagian A : Soalan Aneka Pilihan

Betul 11 hingga 15 soalan 5 12.5


1
Betul 6 hingga 10 soalan 12 30.0

Betul 5 soalan ke bawah 23 57.5

Bahagian B : Soalan Subjektif

5 soalan betul 0 0.0

4 soalan betul 3 7.5

2 3 soalan betul 5 12.5

2 soalan betul 6 15.0

1 soalan betul 2 5.0

Salah semua soalan 24 60.0

3 Bahagian C : Soalan Gambarajah 7 17.5

Jadual 6 : Analisis Pencapaian Ujian Pra

Rumusan

Berpandukan Jadual 6, analisis pencapaian murid dalam ujian pra mengikut

bahagian adalah seperti berikut :

Rumusan Bahagian A : 5 soalan aneka pilihan. Dalam bahagian ini hanya 5

orang murid sahaja atau 12.5 % yang dapat menjawab dengan betul sebanyak 11

hingga 15 soalan dengan betul, 12 orang murid atau 30 % hanya Berjaya menjawab

sebanyak 6 hingga 10 soalan dengan betul. Manakala baki 23 orang murid atau 57.5

% hanya Berjaya menjawab sebanyak 5 soalan ke bawah dengan betul. Jelas


pencapaian ini amatlah tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan selari dengan

kedudukan atau prestasi sebenar murid-murid yang menjadi sampel saya ini.

Bahagian B : 5 soalan subjektif. Bahagian ini juga tidak menunjukkan

pencapaian yang memuaskan bagi saya. Hasil ujian tersebut tiada seorang pun murid

Berjaya menjawab betul kelima-lima soalan yang diberikan. Hanya 3 orang murid

atau 7.5 % sahaja yang Berjaya menjawab 4 soalan dengan betul, 3 orang murid atau

12.5 % pula hanya Berjaya menjawab 3 soalan dengan betul manakala 6 orang murid

atau 15 % pula hanya mampu menjawab 2 soalan dengan betul. Selain hanya 2 orang

atau 5 % sahaja yang menjawab 1 soalan dengan betul, baki 24 orang atau 60 %

gagal langsung menjawab kesemua soalan.

Bahagian C : 1 soalan gambarajah. Untuk bahagian ini, hanya 7 orang murid

atau 17.5 % sahaja yang mampu menjawab dengan betul manakala baki 33 orang

murid atau 82.5 % gagal atau langsung tidak menjawab soalan tersebut.

Kegagalan murid mencapai keputusan yang memuaskan ini juga membuatkan

saya bertambah bersemangat untuk merangka satu kajian bagi memberikan

kesedaran kepada murid-murid saya ini memperbaiki keputusan mereka dan

seterusnya mampu memperolehi pencapaian yang standing dengan matapelajaran

lain. Satu usaha yang berterusan, serta mampu menarik minat mereka untuk belajar

matapelajaran Kajian Tindakan perlu saya cari. Bagi saya, mereka bukan tidak

mampu atau tidak berkeupayaan untuk menjadi yang terbaik tetapi disebabkan

tiadanya kesedaran tentang pentingnya matapelajaran ini walaupun bukan salah satu

matapelajaran UPSR. Tiadanya motivasi dari guru-guru, pengaruh daripada rakan-


rakan kelas atas serta sikap guru sendiri yang tidak pernah membimbing mereka

mungkin menjadi punca berlakunya keciciran dalam matapelajaran ini.

4.2 Merancang Tindakan

Dengan berpandukan data yang telah saya kumpulkan daripada beberapa

tinjauan awal yang telah saya jalankan sebelumnya, saya telah menentukan aktiviti

yang perlu saya laksanakan bagi membolehkan murid-murid saya melakukan

persediaan serta menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan bagi meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam ujian-ujian bulanan

yang akan dijalankan selepas ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah :

i. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


ii. Inkuiri-penemuan
iii. Penyediaan Buku Skrap

Untuk menyempurnakan aktiviti tersebut, alatan atau bahan yang saya gunakan

antaranya adalah :

i. Bahan multimedia

ii. Kertas pendua

iii. Buku rujukan tambahan

iv. Nota panduan bagi topic-topik yang diajar.

v. Kertas aktivti

vi. Set soalan ujian post


Semua aktiviti yang dilaksanakan itu direkodkan dalam jadual senarai semak

pelaksanaan yang saya jadikan sebagai panduan sepanjang saya menjalankan Kajian

Tindakan ini. Ketiga-tiga tindakan atau aktiviti yang saya sebutkan di atas saya

jalankan secara serentak dan bersepadu bagi mengujudkan satu suasana pembelajaran

yang mampu mengembalikan minat murid terhadap matapelajaran Kajian Tempatan.

Anda mungkin juga menyukai