Anda di halaman 1dari 10

TUGAS JK INDUK

TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM SEKOLAH

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).

 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

 Menentukan dasar pelaksanaan dan peraturan kokurikulum sekolah.

 Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

 Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.

 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat


daerah / negeri / kebangsaan.

 Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.

 Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan


Kokurikulum dan kegiatan lain berkaitan kokurikulum.

 Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

 Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan dilaksanakan
di sekolah.

 Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan


digunakan.

 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

 Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar  dari semasa ke semasa.
TUGAS SU KOKURIKULUM

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum sekolah.

 Menyediakan takwim dan aktiviti kokurikulum yang sesuai dengan aktiviti daerah dan
negeri.

 Membantu Guru Besar  dan GPK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-
guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam unit beruniform dan
Persatuan.

 Menetapkan pelajar dalam unit beruniform dan Persatuan.

 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan unit
beruniform dan sukan dan permainan.

 Mengurus dan menyelaras pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti unit


beruniform dan  Persatuan di luar sekolah.

 Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.

 Memastikan rekod dan data berkaitan kokurikulum diselenggara dengan baik.

 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan kokurikulum sekolah.

 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum.

 Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum.

 Memastikan borang-borang berkaitan kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan


dan mencukupi.

 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.

 Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan  GPK Kokurikulum untuk kepentingan
kokurikulum sekolah.

 Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku / Fail
Rekod Pencapaian Kokurikulum Sekolah.
 Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.

 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum
dari semasa ke semasa.

TUGAS SU SUKAN

Tanggungjawab Setiausaha Sukan

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.

 Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti


MSSK/MSSN/MSSM.

 Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum  dalam pengagihan tugas kepada guru-
guru,perancangan,pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam sukan dan permainan.

 Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan.

 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan


sukan dan permainan.

 Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti sukan di


luar sekolah.

 Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan permainan


dipatuhi.

 Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.

 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.

 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.

 Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.

 Memastikan borang-borang berkaitan sukan yang digunakan dikemaskinikan dan


mencukupi.

 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod.

 Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan  GPK Kokurikulum untuk kepentingan
sukan sekolah.

 Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah.

 Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti sukan dan mengadakan
latihan dengan mereka.

 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum
dari semasa ke semasa.

TUGAS PENYELARAS

Tanggungjawab Penyelaras Kokurikulum / Sukan

 Membantu GPK Kokurikulum :

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Mengatur dan menyelia perjalanan badan beruniform / Persatuan serta sukan dan
permainan.

 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

 Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai badan


beruniform / Persatuan serta sukan dan permainan.

 Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh
yang ditetapkan.

 Menguruskan dan mengagihkan Buku Laporan Kokurikulum kepada guru penasihat.


 Menguruskan dan mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum daripada guru
penasihat untuk tujuan semakan oleh Guru Besar. 

 Mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum pada akhir tahun untuk simpanan
dan rekod bilik kokurikulum.

 Menguruskan dan menyediakan borang-borang  yang berkaitan dengan aktiviti


kokurikulum dan sukan.

 Mengumpulkan rancangan tahunan daripada guru penasihat  untuk edaran, rujukan dan
rekod.

 Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum


sekolah.

 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum
dari semasa ke semasa.

TUGAS GURU PENASIHAT

Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin Unit Beruniform dan Persatuan

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.

 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

 Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.

 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

 Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.

 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Unit Beruniform dan


Persatuan.

 Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.

 Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam unit


beruniform dan persatuan.

 Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

 Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

 Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan dipatuhi.

 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah, PPD dan JPN.

 Menganjurkan pertandingan kokurikulum antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat


sekolah.

 Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan /


daerah / negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.

 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.

 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.

 Mendaftarkan Unit Beruniform dan Persatuan dengan pihak berkaitan. (jika ada)

 Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan pelajar.

 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk


mempertingkatkan pencapaian.

 Merekodkan nama murid dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil


daerah/negeri dan negara)
 Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

 Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.

 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum 
dari semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB GURU KELAB PERMAINAN / RUMAH SUKAN

 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling


yang berkaitan dengan kokurikulum.

 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam
kalangan murid.

 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

 Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.

 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan 

 Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.

 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Sukan dan Permainan.

 Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.

 Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.

 Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

 Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
 Memastikan undang-undang sukan dan perlawanan dipatuhi.

 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah, PPD dan JPN.

 Menganjurkan pertandingan sukan antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.

 Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan /


daerah / negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.

 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.

 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

 Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.

 Mendaftarkan sukan dan permaianan dengan pihak berkaitan. (jika ada)

 Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk


mempertingkatkan pencapaian.

 Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri,


wakil daerah/negeri dan negara)

 Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

 Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.

 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum 
dari semasa ke semasa.
TUGAS JPSS

JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN FIZIKAL SUKAN SEKOLAH


 Merancang pembangunan Fizikal Sukan Sekolah.

 Menyediakan Kemudahan fizikal sukan yang berkualiti.

 Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan boleh
digunapakai.

 Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan
untuk dibaikpulih.

 Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.

JAWATANKUASA KECIL PENGGALAK SUKAN SEKOLAH


 Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan

 Menyediakan kertas konsep untuk aktiviti sukan yang akan dijalankan

 Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.

 Memberi dorongan kepada murid supaya mempunyai minat terhadap sukan

 dan permainan.

JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA SUKAN SEKOLAH


 Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan.

 Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan permainan
yang dijalankan dan disertai.

 Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya. 

 Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan sukan dan
permainan.

JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SEKOLAH

 Memantau semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan.


 Membuat Post Mortem ke atas semua aktiviti sukan permainan yang dijalankan dan
disertai.

 Membuat Laporan semua aktiviti sukan dan permainan yang disertai oleh sekolah pada
peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME


 Merancang aktiviti seperi mengadakan kursus, seminar untuk guru-guru dan murid-
murid berkaitan dengan sukan bertujuan meningkatkan kemajuan sukan di sekolah.

 Mengenalpasti guru-guru berpotensi dalam sesuatu bidang sukan untuk diketengahkan


ke peringkat lebih tinggi.

 Bekerjasama dan berhubung dengan pihak agensi luar bagi mendapatkan kepakaran
dalam bidang sukan untuk membantu meningkatkan taraf professional guru dalam
bidang sukan.

 Melaporkan setiap kegiatan yang dijalankan kepada pihak Guru Besar.

JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN SUKAN SEKOLAH


 Membantu pihak sekolah dari segi kewangan yang diperlukan dalam pengurusan sukan
di sekolah.

 Membantu pihak sekolah mendapatkan dana dan sumbangan dari pihak luar untuk
digunakan dalam pengurusan pembangunan sukan sekolah.

 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan bagi pembangunan sukan sekolah


mencukupi untuk menjalankan aktiviti sukan dan permainan di sekolah.

JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL SUKAN SEKOLAH


 Memberi bantuan dari segi kepakaran dan tenaga yang diperlukan oleh pihak sekolah
dalam menguruskan aktiviti sukan dan permainan di sekolah

 Membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti sukan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai