Anda di halaman 1dari 16

1.

2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Tugas hakiki seorang guru adalah mendidik muridnya. Apabila muridnya berjaya

memperoleh sesuatu ilmu, maka ia merupakan anugerah dan rahmat buat seorang guru.

Kejayaan ini merupakan sesuatu yang sukar untuk diukur. Namun, seandainya dalam

menyampaikan ilmu, terdapat murid yang tidak mampu menguasai apa yang diajar, adakah

itu bermaksud seseorang guru itu telah gagal dalam tugasnya?

Saya merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Awana,

Langgar. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Dunia Sains Dan

Teknologi Tahun 2 Inovatif. Murid-murid di dalam kelas tersebut terdiri daripada murid-

murid yang berada pada tahap sederhana dan lemah. Sepanjang pengajaran saya dalam mata

pelajaran tersebut, terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid ini

terutamanya dalam tajuk Makanan Dan Khasianya. Menurut rakan-rakan lain yang turut sama

mengajar Tahun 2, mereka juga mengalami masalah yang sama iaitu murid-murid sukar

untuk menguasai tajuk Makanan Dan Khasiatnya.

Kebanyakkan daripada murid gagal untuk memahami dan mengelaskan makanan

mengikut khasiatnya. Mereka sering meletakkan kedudukan makanan pada khasiatnya yang

salah walaupun beberapa kali telah diberi penerangan. Keadaan ini telah membimbangkan

saya. Ini membuatkan saya terfikir, adakah kaedah dan teknik pengajaran yang telah saya

gunakan selama ini kurang berkesan?

Mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu terutamanya di

dalam tajuk Makanan Dan Khasiatnya ini, saya sering menggunakan bantuan ICT iaitu

power point untuk menunjukkan jenis-jenis makanan dan khasiatnya kepada mereka. Saya

berpendapat, murid-murid akan dapat melihat dengan lebih jelas dan faham jenis makanan

tersebut melalui penggunaan gambar di dalam power point tersebut. Hal ini disokong oleh
Trkman dan Baloh (2003), yang menyatakan bahan teknologi seperti penggunaan koswer

dapat memberi peneguhan yang mantap kepada pelajar dalam memahami sesuatu konsep

yang tidak dapat dilihat secara nyata.

Selain itu juga, menurut Reiss (2007), pembina bahan media pengajaran mampu

mengawal tumpuan dan perhatian pembelajaran murid. Ini kerana penggunaan fungsi main

semula atau ‘playback function’ bagi video dan audio dapat merangsang bahagian otak.

Manakala, Macknight (1981) pula mengatakan bahawa penggunaan klip video sebagai bahan

pengajaran boleh membawa situasi sebenar dalam kehidupan ke dalam bilik darjah. Namun,

hal yang sebaliknya berlaku apabila murid-murid masih tidak dapat menguasai objektif yang

telah ditetapkan untuk topik makanan dan khasiatnya ini. Murid-murid hanya kelihatan

seronok melihat gambar pada video yang ditayangkan namun apabila disoal kembali

mengenai apa yang telah mereka tonton di dalam video tersebut, rata-rata murid tidak dapat

menjawab dengan baik.

Saya juga sering meminta murid untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Hal

ini kerana, saya berpendapat bahawa murid-murid akan lebih memahami tajuk yang diajar

dan dapat saling berbincang, berkongsi pandangan masing-masing serta saling bantu-

membantu apabila belajar secara berkumpulan. Gaya pembelajaran berkumpulan juga

dikenali sebagai pembelajaran koperatif. Menurut Slavin (1995), pendekatan pembelajaran

koperatif adalah merupakan pendekatan yang berstuktur dan sistematik yang boleh digunakan

dalam sebarang peringkat persekolahan serta sesuai untuk semua mata pelajaran.

Selain itu juga, satu tinjauan yang dilakukan oleh Gan (1999) telah mendapati

pelaksanaan pembelajaran secara koperatif telah membawa hasil yang menggalakkan.

Kebanyakkan murid suka bekerja dalam kumpulan. Namun begitu, terdapat sebilangan murid

yang tidak mengambil bahagian dengan sepenuhnya ketika sesi perbincangan kumpulan
dijalankan yang menyebabkan mereka kurang menguasai tajuk tersebut. Oleh itu, saya perlu

mengkaji semula dan menggunakan cara yang betul dalam mengaplikasikan pembelajaran

koperatif ini.

Justeru itu, setelah meneliti kesemua amalan-amalan pengajaran saya yang lepas, saya

merasakan perlu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki kelemahan

saya sendiri dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid di dalam kelas. Saya juga

terfikir untuk mencari satu altenatif lain untuk menambahbaik teknik pengajaran saya serta

mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu yang lebih baik dan berkesan bagi

menggantikan amalan lama saya yang kurang berkesan.

1.3 PENGUMPULAN DATA AWAL

Saya telah melaksanakan tiga kaedah pengumpulan data awal iaitu melalui kaedah

analisis lembaran kerja, ujian lisan dan ujian bertulis.

1.3.1 Analisis Dokumen (Lembaran Kerja)

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya telah mengedarkan satu set

soalan lembaran kerja (rujuk lampiran 1) yang berkaitan dengan tajuk Makanan Dan

Khasiatnya kepada semua murid setelah tamat pengajaran dalam tajuk tersebut. Lembaran

kerja tersebut mengandungi enam soalan padanan dan tiga soalan struktur. Semua soalan

merangkumi tajuk yang berkaitan dengan Makanan Dan Khasiatnya.

Berdasarkan dapatan dan pengumpulan data awal, didapati segelintir murid Tahun 2

Inovatif masih melakukan kesalahan terutamanya ketika memilih kumpulan makanan yang

bertepatan dengan khasiatnya.

Daripada analisis yang telah dibuat, daripada 23 orang murid hanya 11orang murid

sahaja yang boleh menjawab dengan tepat kesemua soalan yang telah diberikan. Manakala 4
orang murid langsung tidak menjawab soalan bahagian sturktur dan yang selebihnya

menjawab tetapi tidak memenuhi kriteria jawapan yang betul. Saya telah memilih sembilan

orang murid sebagai responden kajian memandangkan mereka telah melakukan kesalahan di

dalam lembaran kerja yang telah diberikan.

1.3.2 Ujian lisan

Ujian lisan dilakukan untuk membantu saya meneroka dan mendapatkan maklumat

secara langsung tentang tahap pemahaman dan penguasaan murid dalam tajuk Makanan Dan

Khasiatnya. Ia juga bertujuan merefleksi pandangan tentang kaedah pengajaran saya. Satu set

soalan ujian lisan (lampiran 2) telah dibina dengan berpandukan kepada analisis jenis soalan

yang tidak dapat dijawab dengan baik oleh murid-murid berdasarkan lembaran kerja yang

telah disemak. Antara soalan-soalan yang telah dikemukan secara lisan ini adalah apakah

jenis makanan yang dapat memberikan tenaga?

Selain itu, murid juga disoal mengenai jenis makanan yang dapat membantu

tumbesaran manusia serta jenis makanan yang memberikan kesihatan. Setelah melaksanakan

sesi ujian lisan kepada murid-murid yang telah dipilih sebagai responden, saya mendapati

masalah ini memang benar-benar wujud kerana mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan

yang diajukan dengan baik.

1.3.3 Ujian bertulis

Ujian bertulis dijalankan bagi mengumpul data mengenai pencapaian murid terhadap

penguasaan tajuk Makanan Dan Khasiatnya. Ujian bertulis ini mengandungi lima soalan

objektif dan lima soalan stuktur berkaitan tajuk ini (lampiran 3). Berikut merupakan

keputusan bagi ujian bertulis yang dijalankan kepada responden-responden yang terlibat:
Jadual 1.1

Markah Ujian Bertulis Bagi Pengumpulan Data Awal

BIL MURID MARKAH

1 A 24/100

2. B 20/100

3. C 34/100

4. D 32/100

5. E 40/100

6. F 46/100

7. G 48/100

8. H 36/100

9. I 48/100

Jadual 1.1 menunjukkan markah yang diperoleh semasa ujian bertulis yang telah

dijalankan pada 22 April 2014. Daripada ujian ini, saya mendapati responden-responden ini

kebanyakannya masih keliru untuk meletakkan makanan ke dalam kumpulan yang tepat.

Contohnya, mereka meletakkan telur ke dalam kumpulan makanan untuk kesihatan, tetapi

jawapan yang tepat adalah ke dalam kumpulan untuk tumbesaran. Ada juga responden yang

menjawab telur untuk tenaga.

Semua responden yang telah dipilih ini hanya berjaya mendapat markah di bawah

50/100. Ini bermakna mereka tidak berjaya mencapai tahap cemerlang mahupun baik di

dalam tajuk Makanan Dan Khasiatya. Lima daripada mereka hanya berada pada tahap

sederhana dan empat orang lagi berada pada tahap lemah.


2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Kajian saya ini dijalankan berdasarkan kepada tajuk makanan dan khasiatnya. Melalui

pengumpulan data awal yang dibuat, saya telah dapat mengesan kelemahan dan masalah yang

dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai tajuk makanan dan khasiatnya.

Setelah menjalankan proses pengumpulan data awal, antara kelemahan yang telah

saya kenalpasti daripada murid-murid adalah, terdapat beberapa orang murid yang masih

tidak dapat menyatakan dengan tepat jenis-jenis makanan mengikut kumpulannya. Mereka

juga kerap tertukar dan terkeliru antara makanan yang memberikan tenaga, makanan untuk

kesihatan dan makanan untuk tumbesaran. Oleh itu, saya ingin memfokuskan kajian saya ini

terhadap masalah murid dalam menguasai tajuk makanan dan khasiatnya.

Saya telah mencadangkan kaedah “ Poision Tree Map” yang dilaksanakan di dalam

kajian ini. “Poision Tree Map” bertujuan untuk membantu murid yang terlibat dalam

meningkatkan penguasaan mereka dalam tajuk Makanan Dan Khasiatnya. Selain itu, kaedah

ini juga adalah untuk membantu membaiki amalan pengajaran saya yang kurang berkesan.

“Poision Tree Map” adalah satu intervensi baharu yang menggabungkan pembelajaran

secara berkumpulan dengan permainan kotak beracun sebagai bahan utama dalam pengajaran

dan pembelajaran. Pembelajaran secara berkumpulan ini merupakan salah satu teknik dalam

pembelajaran koperatif yang dapat melibatkan semua murid dalam aktiviti yang dijalankan.

Pada pendapat saya, walaupun terdapat pelbagai bahan lain yang dapat digunakan

untuk pembelajaran ini, namun saya berpendapat permainan adalah merupakan salah satu

bahan pembelajaran yang mampu menarik minat murid-murid untuk belajar. Pendapat ini

disokong oleh Ahmad Mohd Salleh (2004) yang menyatakan bahawa permainan merupakan
satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk

menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Manakala, Ismail Zain (2003)

menyebut bahawa perbuatan melihat gambar dan visual boleh meningkatkan daya ingatan

seseorang itu kepada 40%. Hal ini bersesuaian dengan gambar makanan yang akan ditampal

oleh murid pada carta peta pokok i-think yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak.

Manakala kaedah kerja berkumpulan yang diilhamkan pula adalah kerana saya sering

menggunakan pembelajaran secara berkumpulan pada setiap kali sesi pengajaran dan

pembelajaran saya. Hasil kerja kumpulan pada sebelum ini tidak mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran kerana murid tidak melibatkan diri secara menyeluruh. Untuk

menyelesaikan masalah ini, saya telah melibatkan semua murid dalam permainan ‘Poision

Box’ bagi membantu saya agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Kepentingan kajian

Kajian ini penting dijalankan agar murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang

tajuk makanan dan khasiatnya. Ini akan membantu mereka dalam menjawab soalan

peperiksaan dengan lebih baik dan sekaligus akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Selain itu, kajian ini juga untuk membantu murid-murid lemah agar tidak ketinggalan dalam

pembelajaran sekaligus dapat membantu guru dalam mengurus aktiviti berkumpulan dengan

baik.

Kebolehtadbiran

Dari segi kebolehtadbiran pula, kajian saya ini mudah ditadbir kerana murid-murid

yang dipilih sebagai kumpulan sasaran merupakan murid-murid saya sendiri. Oleh itu, saya

lebih mengenali mereka dan mengetahui kelemahan serta kelebihan mereka berbanding

murid-murid lain yang tidak diajar. Bahan bantu mengajar juga adalah senang untuk
diperoleh kerana barang yang diperlukan mudah didapati manakala gambar makanan diambil

dari komputer. Selain itu, kajian ini juga tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk

melaksanakannya.

Kolaborasi

Dari segi kolaborasi pula, saya telah berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing

supaya kajian yang dijalankan berada pada landasan yang betul dan membuat kolaborasi

bersama guru yang mengajar matapelajaran sains untuk murid-murid yang dipilih sebagai

kumpulan sasaran bagi mendapatkan maklumat tentang prestasi murid-murid tersebut. Saya

juga membuat kolaborasi bersama rakan-rakan bagi bertukar-tukar pandangan dan pendapat

serta supaya dapat menjalankan kajian ini dengan lebih baik.

2.2 Intervensi

“Poision Tree Map” merupakan satu intervensi untuk meningkatkan tahap penguasaan

murid tahun 2 di dalam tajuk Makanan Dan Khasiatnya. Saya telah memilih untuk

menjalankan satu intervensi yang menggunakan permainan Poision Box sebagai bahan utama

dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Mengikut Jerome Singer (Spodek, 1987)

menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal

dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam

pemainan, murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam

menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Oleh yang demikian, pendekatan bersifat interaktif seperti permainan ini sudah pasti

mampu mengubah minda masyarakat kerana ia dilihat lebih terbuka, menghiburkan dan

bebas berbanding mentelaah buku teks yang tebal dalam kelas.

Poision Box ini mengandungi gambar-gambar makanan dalam tajuk yang ingin diajar.

Gambar-gambar makanan tersebut dicetak menarik dan bewarna warni bagi menarik
perhatian murid untuk mengekalkan tumpuan mereka di dalam pembelajaran. Hal ini

disokong oleh Noriati et.al (2009) yang menyatakan bahawa warna dapat memberikan

berbagai-bagai pengertian, estetik dan psikologi kepada pembacanya.

Menurut Vygostsky (1967) “main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.

Struktur otak akan membentuk membentuk melalui penggunaan symbol dan alat, ia juga

membantu dalam pembentukkan ini. Main juga memberi kebebasan kepada murid untuk

meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini murid dapat mengawal

situasi dan menyesuaikan dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi

proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.” (Spodek et al.1987, p.181)

Oleh itu, berdasarkan kata-kata individu-individu di atas dan kajian-kajian lepas, saya

berpendapat permainan merupakan salah satu bahan mengajar yang baik dan sesuai yang

boleh saya aplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mempermudahkan

murid-murid dalam memahami dan menguasai tajuk Makanan Dan Khasiatnya dengan lebih

baik.

Selain daripada hanya menggunakan bantuan poision box di dalam sesi pengajaran

saya, saya juga turut menyerapkan sedikit unsur pembelajaran koperatif yang diadaptasi

daripada teknik pembelajaran ‘Pusingan Meja’ ke dalam intervensi saya ini. Teknik

‘Pusingan Meja’ merupakan salah satu teknik yang terkandung dalam pembelajaran secara

koperatif. Teknik ini akan digunakan sebagai salah satu cara bagi menggalakkan penglibatan

semua murid di dalam aktiviti perbincangan yang dijalankan. Menurut Kagan (1992),

pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang banyak digunakan untuk memupuk

nilai kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan. Oleh itu, melalui penyerapan teknik ‘RP’ ini

semua murid berpeluang untuk mengemukakan pandangan dan jawapan di dalam kumpulan

masing-masing. Hal ini disokong oleh Senge (1994), yang menyatakan bahawa kerjasama
dalam pasukan sangat diperlukan supaya setiap individu dapat mencapai apa yang

dihasratkan dan memperoleh manfaat bersama.

Selain itu, menurut Slavin (1983), pembelajaran koperatif merupakan kaedah

pengajaran generik di mana murid-murid dari pelbagai tahap pencapaian bekerjasama sebagai

satu kumpulan untuk menyelesaikan masalah, menyempurnakan tugasan atau mencapai

sasaran kumpulan. Oleh yang demikian, teknik ‘RP’ ini juga merupakan salah satu teknik

yang berfokuskan kepada peranan setiap ahli kumpulan dalam menyumbang pendapat untuk

menyempurnakan sesuatu tugasan atau mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh ahli

kumpulan.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 2 dalam tajuk Makanan

Dan Khasiatnya menggunakan kaedah “Poision Tree Map”.

3.2 Soalan Kajian

Sejauh manakah “Poision Tree Map” ini dapat membantu murid tahun 2 dalam menguasai

tajuk Makanan Dan Khasiatnya?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini telah melibatkan seramai sembilan orang

responden. Mereka terdiri daripada lima orang responden lelaki dan empat orang responden

perempuan di mana semuanya merupakan murid tahun 2 Inovatif daripada Sekolah

Kebangsaan Taman Awana. Semua responden yang telah dipilih berbangsa Melayu. Daripada

hasil pengumpulan data awal, responden-responden ini berada pada tahap sederhana dan

lemah di dalam pencapaian bagi mata pelajaran Sains. Semua responden yang terlibat telah
dipilih berdasarkan hasil pencapaian yang terendah di dalam ujian bulanan yang telah

diedarkan.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Prosedur Pelaksanaan

Perlaksanaan kajian saya terdiri daripada empat peringkat.

Peringkat pertama (Pembinaan kumpulan)

Pada peringkat pertama kajian ini, saya telah membentuk tiga kumpulan baharu untuk

semua responden yang terlibat. Ini adalah kerana intervensi yang telah saya jalankan

memerlukan murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Oleh kerana jumlah responden

yang terlibat di dalam kajian saya ini ialah seramai sembilan orang, maka saya telah

membahagikan mereka kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada tiga orang responden bagi

setiap kumpulan. Mereka dikehendaki duduk dalam bentuk bulatan. Disebabkan pencapaian

setiap responden ini adalah hampir sama, maka pemilihan setiap ahli kumpulan hanya dibuat

secara rawak.

Pada peringkat ini, saya telah memperkenalkan dahulu kepada setiap responden

mengenai poision box yang akan dimainkan oleh mereka yang mengandungi gambar-gambar

makanan serta menerangkan apakah tugas yang mereka perlu lakukan sepanjang sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Peringkat kedua (Bermain “poision box”)

Pada peringkat kedua ini, poision box perlu beredar sewaktu guru memainkan muzik

dan berhenti apabila muzik dihentikan. Murid yang memegang kotak beracun perlu

mengambil kertas yang mengandungi gambar makanan dalam poision box tersebut dan
menampal pada carta i-think (tree map) yang dibina oleh guru (rujuk lampiran 4). Carta

tersebut ditampal oleh guru pada papan putih mengikut kumpulan murid. Di akhir permainan

tersebut, kumpulan yang mendapat markah paling tinggi akan diberi hadiah. Rasionalnya

guru mengadakan pertandingan antara kumpulan adalah untuk meningkatkan semangat

murid-murid untuk melibatkan diri dalam permainan tersebut.

Peringkat ketiga (teknik ‘RP’)

Apabila kesemua responden telah menguasai tajuk Makanan Dan Khasiatnya, setiap

kumpulan akan diedarkan dengan sehelai kertas dan suatu sampul. Di dalam sampul tersebut

mengandungi beberapa soalan berkaitan dengan tajuk Makanan Dan Khasiatnya. Setiap

kumpulan dikehendaki untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kertas

tersebut.

Pada peringkat ini, responden pertama di dalam setiap kumpulan memulakan dahulu

sesi menjawab soalan di atas kertas kemudian diikuti oleh responden yang seterusnya iaitu

responden kedua. Responden kedua akan menjawab soalan yang kedua dan membaca

jawapan yang ditulis oleh rakannya iaitu responden pertama kemudian akan menambah atau

membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh responden pertama tadi. Sesi mencatat idea ini

akan diterusnya oleh responden ketiga pula dan seterusnya akan balik semula kepada

responden pertama dan diteruskan sehingga tamat masa perbincangan. Pada akhirnya, saya

telah meminta setiap responden di dalam kumpulan masing-masing untuk sama-sama

berbincang kembali mengenai isi-isi penting yang telah mereka catatkan. (Cara perbincangan

menggunakan teknik ‘RP’ini adalah seperti rajah 1.1.


1 1 2
2

3 3

Kumpulan Marikh 1 2 Kumpulan Pluto


3

Kumpulan Bumi

Rajah 1.1 Cara pusingan menggunakan teknik ‘RP’.

Setelah selesai sesi tugasan kumpulan, guru mengambil alih sesi pengajaran dengan

mengadakan perbincangan bagi menyemak jawapan yang telah dicatat oleh semua responden.

Peringkat keempat (ujian bertulis dan ujian lisan)

Pada peringkat ini guru bertujuan untuk mengenalpasti sama ada responden dapat

menguasai tajuk Makanan Dan Khasiatnya ini setelah diperkenalkan dengan intervensi.

Langkah-langkah tindakan adalah seperti berikut:

1) Guru akan mengadakan ujian bertulis selepas kajian dijalankan kepada setiap

responden. Masa yang diperuntukkan untuk responden menjawab soalan adalah

selama 30 minit.

2) Guru juga akan menjalankan sesi ujian lisan bersama responden secara individu dan

mengisi borang analisis temu bual untuk melihat keyakinan dan kefahaman responden

ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukan.

5.2 Cara Mengumpul Data

Saya akan menggunakan tiga jenis kaedah pengumpulan data. Bentuk kaedah

pengumpulan data yang telah saya gunakan dalam kajian ini bagi memperoleh data-data

kajian ialah kaedah :


i Pemerhatian

ii Ujian bertulis

iii Ujian lisan

5.2.1 Pemerhatian

Saya memilih instrumen pemerhatian untuk mendapatkan data yang diperlukan. Saya

juga akan menggunakan borang pemerhatian ketika melakukan pemerhatian berstruktur

dengan memberi fokus kepada penglibatan dan respon murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran. (Rujuk Lampiran 6).

5.2.2 Ujian bertulis

Saya juga akan menjalankan ujian bertulis kepada semua responden selepas menjalankan

intervensi. Data tersebut adalah merangkumi perkembangan tahap penguasaan responden

sebelum dan selepas menggunakan kaedah Poision Tree Map untuk mengajar tajuk Makanan

Dan Khasiatnya.

Instrumen ini lebih menumpukan kepada pencapaian responden dalam menjawab

kesemua soalan yang diberikan dalam bentuk tulisan. Tujuan responden menjawab soalan ini

adalah untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

Poision Tree Map kepada tajuk Makanan Dan Khasiatnya.

5.2.3 Ujian lisan

Saya akan mengumpul data kajian dengan menggunakan instrumen ujian lisan

bersama responden. Tujuan ujian lisan adalah untuk mengenal pasti secara langsung tahap

penguasaan murid di dalam tajuk Makanan Dan Khasiatnya setelah mereka belajar dengan

menggunakan kaedah baharu iaitu Poision Tree Map. Saya juga akan merekod perbualan
kami menggunakan alat perakam suara sepanjang ujian lisan dijalankan. Hasil daripada data

tersebut, saya akan menanda hasil keputusan ujian lisan berdasarkan skor di dalam borang

analisis ujian lisan (lampiran 7).

5.3 Cara Menganalisis Data

Kesemua data yang diperoleh sepanjang kajian ini dilaksanakan akan dikumpul dan

dianalisis berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

5.3.1 Pemerhatian

Menurut Rosinah Edinin (2012), pemerhatian berstruktur yang menggunakan

senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk

membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Justeru, saya akan menganalisis senarai

semak pemerhatian terhadap responden dengan menggunakan borang pemerhatian dan data

dianalisis berdasarkan kepada beberapa soalan yang terdapat pada borang pemerhatian.

(Rujuk Lampiran 6).

Berdasarkan kepada senarai semak pemerhatian guru seperti di lampiran 6, terdapat

tujuh aspek pemerhatian yang dibuat kepada responden ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

5.3.2 Ujian bertulis

Saya akan menggunakan carta bar untuk menunjukkan gred pencapaian responden

untuk ujian bertulis manakala untuk menganalisis keputusan ujian tersebut, saya akan

menggunakan jadual yang menunjukkan tahap penguasaan responden sebelum dan selepas

menggunakan kaedah Poision Tree Map. (lampiran 8).


Saya juga akan mempamerkan skala tahap penguasaan dan gred keputusan ujian

seperti di dalam jadual 1.2.

Jadual 1.2

Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Ujian

MARKAH (%) GRED TAHAP PENCAPAIAN

80% – 100% A Cemerlang

60% – 79% B Baik

40% – 59% C Memuaskan

20% – 39% D Sederhana

0% – 19% E Lemah

5.3.3 Ujian lisan

Saya akan mengumpul data kajian menggunakan instrument ujian lisan bersama

responden. Saya juga akan merekod perbualan kami dengan menggunakan alat perakam suara

sepanjang ujian dilaksanakan. Data yang diperoleh akan ditanda pada borang analisis ujian

lisan (lampiran 7). Setiap skor yang diperoleh menerangkan tahap penguasaan responden

tersebut.

Anda mungkin juga menyukai