Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)


GGGB 5023
KAJIAN TINDAKAN

KELAS: STEM SET 22 (2022/2023)

TUGASAN 2: KUMPULAN 5

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGELAS JENIS MAKANAN


UNTUK MURID TAHUN TIGA MELALUI PERMAINAN HUNGRY PLATE

NAMA PENSYARAH : DR. MUMTAZ BEGAM BINTI ABDUL KADIR

NAMA AHLI KUMPULAN :

NAMA NO MATRIK

NUR AFIFAH HAKIMAH BINTI LOKMAN P123909

NURSHUHADAA BINTI RAMDAN MOHAMED P122864

NURHIDAYAH BINTI ABDULLAH P122487

NUR FARAHAH BIN ABDUL MANAF P122474

NUR AMIRA BINTI SARIMAN P122293


ABSTRAK

Kelas makanan merupakan salah satu subtopik Bab 3, iaitu Manusia, dalam mata pelajaran Sains
Tahun 3, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian tindakan yang saya jalankan ini
bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid yang kurang
mahir dalam mengelas jenis makanan. Ilmu pengetahuan berkaitan pemakanan yang sihat harus
diterapkan dalam kalangan kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi. Umum mengetahui
bahawa mata pelajaran Sains banyak menggunakan kaedah mengingat, menghafal dan
memahami sesuatu isi pelajaran. Seramai 10 orang murid Tahun 3 Alfa dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran mengelaskan
jenis makanan mengikut kelas makanan yang betul melalui aktiviti intervensi selaras dengan
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Kajian ini menggunakan Model Gelung Kemmis &
McTaggart yang melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Tinjauan awal
yang dilakukan adalah melalui kaedah pemerhatian, ujian pra dan soal selidik. Dapatan dari
tinjauan awal menunjukkan pencapaian murid Tahun 3 Alfa bagi mata pelajaran Sains berada
pada tahap yang rendah di mana 10 orang murid didapati gagal dalam Ujian 1 yang lalu.
Masalah utama yang dapat saya kenalpasti adalah 80% daripada murid tersebut gagal untuk
menjawab dengan betul khususnya soalan berkaitan kelas makanan. Mereka sering keliru akan
tujuh jenis kelas makanan dan berasa ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Justeru, satu kajian
tindakan menggunakan Hungry Plate dihasilkan bagi membantu meningkatkan kefahaman dan
ingatan murid terhadap topik pengelasan jenis makanan. Lapan sesi pengajaran dan pembelajaran
(30 minit setiap sesi) akan dijalankan 2 kali seminggu dalam tempoh 4 minggu iaitu murid
belajar kemahiran tersebut melalui model konkrit dan modul latihan berpandu secara kumpulan.
Aktiviti intervensi ini diharapkan dapat menarik minat murid dan memberikan impak yang
positif kepada pembelajaran mereka, di samping memperbaiki amalan guru.
ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan

1.0 REFLEKSI AWAL

2.0 FOKUS KAJIAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN (UMUM, KHUSUS)

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINJAUAN AWAL

6.0 PELAKSANAAN

7.0 JADUAL PERLAKSANAAN

8.0 ANGGARAN
1.0 REFLEKSI AWAL

Saya telah diamanahkan untuk mengajar Tahun 3 Alfa bagi mata pelajaran Sains.
Baru-baru ini, murid-murid telah menduduki Ujian 1 bagi sesi persekolahan 2022/2023.
Keputusan Ujian 1 bagi mata pelajaran Sains kelas 3 Alfa berada pada tahap
rendah di mana terdapat 10 daripada 25 orang murid gagal. Saya mendapati 80%
daripada murid tersebut gagal untuk menjawab soalan berkaitan topik kelas makanan.
Dalam soalan ujian tersebut, mereka tidak dapat memadankan makanan mengikut
pengelasan yang betul seperti roti dipadankan dengan kelas makanan protein manakala
ikan pula dipadankan dengan kelas makanan karbohidrat. Kegagalan murid menjawab
soalan ini adalah sangat menyedihkan.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh murid-murid apabila sesi perbincangan
dijalankan bersama-sama saya. Ketika sesi soal jawab dijalankan berkaitan dengan kelas
makanan terhadap keseluruhan 25 orang murid dalam kelas 3 Alfa ini di mana terdapat
10 orang murid dapat menjawab dengan tepat, 5 orang boleh menjawab dengan
bimbingan, 5 orang murid keliru manakala 5 orang tidak dapat menjawab langsung.
Apabila ditanya kepada murid-murid ini mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan
tersebut, mereka menjawab, “saya dah cuba hafal, tapi tak ingat semula”. Saya
juga sering terdengar ayat “tak faham la teacher, macam mana nak buat?” begitu sinonim
sekali setiap kali pembelajaran Sains. Semasa saya bertanya soalan untuk menguji
kefahaman murid tentang topik yang diajar, murid-murid yang tidak dapat menjawab
soalan akan menunjukkan muka yang gelisah dan memberikan jawapan yang tidak
berkenaan. Mereka juga gagal menulis jawapan yang tepat semasa membuat latihan yang
saya berikan.
Berdasarkan hasil pemerhatian, saya mendapati murid tidak memberi tumpuan
sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Malah,
mereka juga lebih cenderung untuk bersembang dengan rakan dan tidak menunjukkan
minat terhadap pengajaran serta tiada keyakinan diri untuk memberikan jawapan secara
lisan apabila saya menyoal mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
membezakan kelas makanan dengan betul dan keliru untuk memadankannya dengan
jenis-jenis makanan. Mereka juga tidak dapat menghafal pelbagai jenis makanan. Hal ini
demikian kerana keupayaan murid sangat terhad walaupun telah diajar berulang kali
topik tersebut. Tidak dinafikan bahawa istilah-istilah Sains ini baru diperkenalkan kepada
murid. Justeru, mereka mungkin tidak dapat mengingati kesemua istilah tersebut dalam
masa yang singkat tanpa teknik PdP yang tepat.
Adakah cara saya mengajar topik kelas makanan ini membosankan atau kerana
sememangnya mereka tidak ambil kisah? Apakah yang boleh saya lakukan untuk
menarik minat murid agar lebih memahami topik pemakanan ini? Semua ini menjadi
persoalan saya. Saya berasa tidak berpuas hati dan sebagai seorang guru saya
bertanggungjawab untuk mengubah keadaan ini. Kepentingan pemakanan yang sihat
kepada murid - murid mendorong saya mencuba dan terus mencuba untuk memberikan
pemahaman sebaiknya kepada murid mengenai topik pengelasan makanan ini. Saya perlu
memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran saya dengan merangka pelbagai
strategi, teknik, kaedah dan bahan bantu mengajar yang lebih menarik serta sesuai dengan
aras kognitif murid-murid saya.
Dapat dirumuskan bahawa kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita
mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka. Oleh itu,
saya mengambil inisiatif untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid
menguasai kemahiran mengelaskan jenis-jenis makanan mengikut kelas makanan dengan
memperkenalkan sebuah permainan iaitu Hungry Plate. Kaedah pengajaran ‘belajar
sambil bermain’ ini diharapkan dapat menarik minat murid dan memberikan impak yang
positif kepada pembelajaran mereka, sekali gus meningkatkan prestasi individu dalam
ujian yang akan datang.
2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun terdapat masalah lain yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan
memberi fokus kajian ini terhadap masalah penguasaan kemahiran mengelaskan jenis
makanan dalam kalangan murid Tahun 3 Alfa. Murid saya masih belum menguasai
sepenuhnya berkaitan topik mengelas makanan yang mana mereka masih tidak mengenali
jenis-jenis makanan mengikut kelas makanan yang betul dan tepat. Kesilapan yang kerap
dilakukan oleh murid saya ialah mereka sering membuat kesalahan dalam mengelaskan
makanan. Sebagai contoh, mereka mengelaskan roti kepada kumpulan protein, sedangkan
roti adalah dari kelas makanan karbohidrat. Mereka sering terkeliru untuk mengelaskan
makanan tersebut. Dengan memberi bantuan kepada murid saya melalui permainan
Hungry Plate ini, saya yakin murid saya boleh mengingat, memahami dan mampu
mengelaskan makanan mengikut jenis makanan dengan betul. Secara tidak langsung,
ianya dapat membantu murid saya untuk lulus dalam ujian sains yang akan datang dan
menyumbang kepada peningkatan peratus lulus murid sekolah saya bagi mata pelajaran
sains khususnya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan murid lulus dalam ujian
dan meningkatkan peratus lulus subjek sains.

3.2 Objektif Khusus

Tujuan kajian ini adalah untuk:

1) Menarik minat murid dalam memahami topik kelas makanan mata


pelajaran Sains Tahun 3.
2) Memastikan murid dapat mengelaskan makanan melalui permainan
Hungry Plate.
3) Memastikan murid lulus dalam ujian bagi topik mengelas makanan
melalui Ujian Taksir Khas.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian tindakan ini, kumpulan sasaran saya ialah 10 orang murid Tahun 3 Alfa.
Mereka terdiri daripada 6 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki. Murid-murid
ini tergolong dalam kategori murid kurang mahir dalam mengelaskan makanan mengikut
kelas makanan. Jadi penekanan yang lebih akan diberikan kepada 10 orang murid ini bagi
meningkatkan kemahiran mereka. kajian tindakan ke atas murid-murid ini agar mereka
menyedari bahawa mereka mampu untuk mencapai kejayaan sekiranya mereka meminati
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta berusaha untuk cemerlang.
5.0 TINJAUAN AWAL (PENILAIAN YANG MERANGKUMI)

Menurut Livesha Singgaravi Sha 2019, kepentingan tinjauan awal ialah mengenal pasti
punca pelajar gagal dalam penguasaan kemahiran suku kata terbuka dan suku kata
tertutup, dan pemerhatian dilihat terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar dalam aspek
sikap dan kesediaan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dalam kelas. Untuk melaksanakan kajian tindakan ini, terdapat beberapa kaedah yang
saya gunakan bagi mengenalpasti masalah dengan lebih terperinci. Saya menggunakan
kaedah pemerhatian, ujian pra dan soal selidik.

1. Pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, saya dapati kaedah hafalan menjadi masalah kepada murid-murid lemah
kerana terdapat pelbagai jenis makanan dan kelas yang berbeza. Walaupun diajar
berulang kali, saya dapati murid masih tidak dapat mengingat dengan betul kerana
keupayaan mereka sangat terhad. Tatacara analisis bagi kaedah pemerhatian adalah
mencatatkan tingkah laku murid semasa sesi pembelajaran di jalankan. Berikut
merupakan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh guru terhadap murid semasa sesi
pembelajaran di jalankan.

Jadual 1: Analisa Pemerhatian

Aspek Pemerhatian
Bil Nama Pelajar
Berbual Menganggu Memberi
dengan murid lain perhatian
murid lain

1 Shuhadaa / / X

2 Afifah / / X

3 Hidayah / / X

4 Amirah / / X
5 Farahah X X /

6 Siti / / X

7 Syahmi X X /

8 Shahrul X X /

9 Shazwan / / X

10 Habib / / X

Jumlah 7 (70.0%) 7 (70.0%) 3 (30.0%)

Petunjuk / (YA) , X (Tidak)

Berdasarkan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh saya di dalam bilik darjah semasa
sesi pembelajaran saya mendapati bahawa terdapat 7 orang atau 70.0 % daripada
kumpulan sasaran saya berbual dengan murid lain semasa sesi pembelajaran
dijalankan. Terdapat juga 7 orang atau 70.0 % daripada sasaran saya mengganggu
murid lain semasa sesi pembelajaran di jalankan. Oleh hal yang demikian, hanya
terdapat 3 orang murid atau 30.0 % sahaja yang dapat memberikan perhatian yang
sepenuhnya semasa saya mengajar. Oleh hal yang demikian, saya merasakan perlu
melakukan sesuatu untuk menarik perhatian murid saya ini untuk minat belajar topik
mengelas makanan.

2. Ujian pra

Saya turut mengedarkan latihan yang mengandungi 10 soalan kepada murid-murid


berkaitan dengan mengelaskan makanan. Struktur soalan adalah berbentuk mengisi
tempat kosong. Setelah diberikan latihan tersebut sebanyak dua kali dan Ujian Pra
dijalankan kepada 10 orang murid sasaran ini dengan menggunakan set soalan yang
sama, didapati bahawa murid sasaran ini masih gagal menjawab kesemua soalan
tersebut dengan betul. Masih ada yang keliru dalam mengisi jawapan terhadap soalan
yang diberikan. Keputusan ujian pr yang dilakukan oleh saya adalah seperti di bawah:
Jadual 2: Analisa Ujian Pra

Skor (%)
Bil Nama Pelajar
Ujian Pra 1 Ujian Pra 2

1 Shuhadaa 30 % 30 %

2 Afifah 20% 30%

3 Hidayah 40% 50%

4 Amirah 30 % 40 %

5 Farahah 20% 40%

6 Siti 40% 50%

7 Syahmi 40% 50%

8 Shahrul 30% 30%

9 Shazwan 30% 30%

10 Habib 50% 50%

Berdasarkan jadual 2 di atas, keputusan ujian pra yang dilakukan sebanyak dua kali ke
atas kumpulan sasaran saya, saya mendapat tidak banyak perubahan berlaku yang mana
mereka masih tidak dapat menjawab semua solana yang betul walaupun menggunakan
set soalan yang sama. Skor pemarkahan yang diterima oleh semua murid sasaran saya
adalah di bawah 50 %. Hal ini menunjukkan murid saya masih tidak menguasai topik
mengelaskan makanan. Mereka masih keliru dalam mengisi jawapan dan sering tertukar
kelas makanan.
3. Soal selidik

Saya juga menyediakan borang soal selidik dan diedarkan kepada murid sasaran
untuk mendapatkan maklum balas murid berkaitan topik kelas makanan. Borang soal
selidik ini diedarkan dua kali iaitu sebelum dan selepas Hungry Plate dijalankan.
Ianya bertujuan untuk melihat perubahan sebelum dan selepas tindakan dijalankan
terhadap 10 orang murid ini.

Jadual 3 : Analisa Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus

PILIHAN BILANGAN PERATUS (%)

1 Tidak suka mata pelajaran Sains 1 10.0

2 Tidak boleh ingat 2 20.0

3 Keliru 1 10.0

4 Tidak faham 5 50.0

5 Susah 1 10.0

jUMLAH 10 100.00

Berdasarkan Jadual 3 di atas, terdapat seorang murid sasaran (10.0%) tidak suka akan
mata pelajaran Sains, manakala 2 orang murid sasaran yang merangkumi 25.0% tidak
boleh mengingat mengenai kelas makanan, seorang murid sasaran pula menyatakan
keliru dalam mengelas jenis makanan yang meliputi 10.0%, terdapat juga seorang
murid sasaran (10.0%) menyatakan topik kelas makanan ini susah dan akhir sekali 5
orang murid sasaran yang lain merangkumi 50% menyatakan mereka tidak faham
akan topik kelas makanan ini.
6.0 TINDAKAN / PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI

Berdasarkan kajian dan pemerhatian awal yang telah dilakukan, sememangnya 10 murid
Alfa ini tidak berminat dengan mata pelajaran Sains. Malahan ada yang menganggap
Sains tidak penting dalam kehidupan mereka. Mereka juga sangat malas untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kerana tidak faham apa yang diajar di
dalam bilik darjah. Kebanyakan ibu bapa mereka juga tidak begitu menitikberatkan
tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian. Mereka juga sering
disalah anggap sebagai murid yang degil dan keras kepala sedangkan mereka sebenarnya
tidaklah seteruk yang diperkatakan.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk mencari jalan penyelesaian bagi
permasalahan ini. Anak-anak ini masih muda, masih mampu untuk diubah jika cara yang
digunakan adalah bersesuaian dengan mereka. Dengan itu tercetuslah idea untuk
mengintegrasikan aktiviti harian mereka ke dalam aktiviti PdPC supaya mereka sedar
bahawa sains adalah kehidupan. Berikut merupakan perincian bagi langkah yang diambil
untuk melaksanakan kaedah ini.

Perkara pertama yang akan saya lakukan sebelum memulakan sesi PdPC ialah
memilih aktiviti seharian yang bersesuaian dengan tajuk yang akan diajar pada hari
tersebut. Saya juga perlu menyediakan tayang video untuk menarik perhatian dan
pendedahan ilmu yang lebih luas. Lembaran berstruktur pula untuk membantu mereka
mencungkil lebih banyak idea berkaitan tajuk yang dipelajari dan seterusnya
memudahkan mereka untuk memahami konsep sains yang abstrak.

Saya juga menyediakan senarai semak bagi setiap murid untuk memastikan 10
murid ini terlibat dalam melakukan aktiviti yang telah ditetapkan. Senarai semak tersebut
akan dipegang dan dipantau oleh saya berdasarkan ciri kepimpinan dan ketegasan yang
ada dalam diri mereka.
Sebanyak tiga aktiviti dirancang untuk menarik minat murid dalam memahami
topik kelas makanan dalam mata pelajaran Sains Tahun 3, membantu meningkatkan
keupayaan murid dalam kemahiran mengelaskan makanan melalui permainan Hungry
Plate murid-murid kumpulan sasaran saya dan membantu murid mendapat markah yang
cemerlang bagi subjek sains dalam mengelaskan makanan. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

6.1 Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan
kaedah:

A. Analisa ujian (pre- test dan post-test)


B. Pendekatan teknologi dalam pembelajaran

6.2 Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah:

6.2.1 Aktiviti 1: Ujian Pre-test

A. Langkah 1: Guru menyediakan video berkaitan topik pembelajaran.


B. Langkah 2: Murid bersoal jawab berkaitan video yang ditonton.

6.2.2 Aktiviti 2: Bimbingan Individu

A. Langkah 1: Guru menerangkan tugasan yang perlu dilaksanakan


berdasarkan lembaran kerja Hungry Plate yang dipaparkan di skrin
LCD.
B. Langkah 2: Menguji kefahaman murid, jika murid masih kurang
faham, guru akan membimbing murid sehingga faham.
6.2.3 Aktiviti 3: Ujian Post-test

A. Menyediakan lembaran kerja sebagai ujian taksiran khas mengenai


topik kelas makanan.
B. Murid menjawab ujian taksiran khas yang disediakan.
C. Membuat analisis pre-test dan post-test bagi hasil kajian tindakan yang
dibuat.

Aktiviti 1: Untuk menarik minat murid dalam memahami topik Kelas Makanan
dalam mata pelajaran Sains Tahun 3

Bagi mengatasi masalah dalam kalangan murid saya dalam kemahiran mengelas makanan
beberapa tindakan akan dilakukan terhadap murid-murid saya. Bagi menarik minat murid
dalam memahami topik mengelas makanan ini, saya akan menayangkan video melalui
Youtube mengenai topik kelas makanan di pautan ini
https://www.youtube.com/watch?v=IecaEDO1NnM. Sesi tayangan video ini adalah
selama 2 minit. Semasa ditayangkan video, saya akan merekod reaksi murid di dalam
senarai yang telah dibuat melalui pemerhatian saya. Terdapat enam reaksi yang boleh saya
rekod hasil pemerhatian saya iaitu gembira, sedih, terkejut, marah, menangis dan risau.
Selepas itu, setiap murid akan diberikan kad bagi mendapatkan respon murid mengenai
tayangan video tersebut berkaitan dengan topik pembelajaran dengan menggunakan kad
(like dan unlike) dan saya akan merekod hasil respon tersebut. Jadual 1 di bawah
merupakan senarai rekod reaksi murid yang telah disediakan.
Jadual 1: Senarai rekod reaksi murid

BIL NAMA MURID REAKSI

1 Shuhadaa

2 Afifah

3 Hidayah

4 Amirah

5 Farahah

6 Siti

7 Syahmi

8 Shahrul

9 Shazwan

10 Habib

Kad respon yang akan disediakan untuk murid saya bagi mendapatkan maklumbalas hasil
tayangan video tersebut adalah seperti di bawah:

Rajah 1: Kad respon murid


Saya akan merekod respon yang diberikan oleh murid saya bagi melihat minat mereka
terhadap video yang ditayangkan yang mana akan memberikan perubahan kepada teknik
pengajaran saya pada masa akan datang. Hasil respon murid saya sangat penting untuk
melihat sejauh mana minat mereka terhadap sesi Pdpc yang akan dijalankan kerana ia
menyumbang kepada kefahaman murid saya. Borang rekod bagi respon murid saya adalah
seperti dibawah:

Jadual 2: Borang rekod respon murid

BIL NAMA MURID LIKE UNLIKE

1 Shuhadaa

2 Afifah

3 Hidayah

4 Amirah

5 Farahah

6 Siti

7 Syahmi

8 Shahrul

9 Shazwan

10 Habib
Aktiviti 2: Meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran mengelaskan
makanan melalui permainan Hungry Plate

Tindakan lain yang akan saya lakukan bagi meningkatkan kemahiran mengelaskan
makanan dalam kalangan murid saya ini ialah mengadakan permainan Hungry Plate. Saya
akan menerangkan kepada murid bagaimana cara permainan yang akan dijalankan. Murid
akan diberikan nombor 1 hingga 5. Kemudian murid akan diminta mencari pasangan
nombor yang diberikan. 5 pasangan akan terbentuk sebelum permainan bermula. Hungry
plate merupakan satu pinggan maya yang bersaiz besar yang dibuat menggunakan grafik
yang akan dipancarkan. Hungry Plate akan direkabentuk dengan membahagikan kepada 7
bahagian kelas makan iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin, air, dan
pelawas. Saya akan memberikan tiga kad bergambar iaitu kad yang mempunyai gambar
makanan kepada setiap murid untuk ditampal pada Hungry Plate mengikut kelas makanan
yang betul. Setelah itu, Hungry Plate akan ditayangkan menggunakan LCD ke papan
putih yang mana setiap pasangan akan menampal kad tersebut mengikut pengetahuan dan
kefahaman murid mengikut kelas makanan yang telah dipamerkan dalam tempoh 10
minit. Hasil aktiviti ini akan direkod pada borang kefahaman murid yang akan disediakan.
Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak 3 kali bagi satu sesi yang akan dijalankan. Rupa
bentuk hungry plate tersebut adalah seperti di Rajah 2 di bawah.
Rajah 2: Hungry Plate

Aktiviti 3: Memastikan murid lulus dalam ujian bagi topik mengelaskan makan
melalui Ujian Taksir Khas

Aktiviti 3 ini pula adalah sebagai penilaian bagi keberkesanan hasil kajian tindakan yang
saya telah lakukan. Saya memberikan ujian taksiran khas untuk menilai tahap kefahaman
10 murid ini. Ujian taksiran khas ini sebagai alat penilaian atau refleksi yang membantu
dalam menilai pemahaman murid dan dapat memberikan maklum balas segera tentang
pencapaian mereka.
Rajah 3: Ujian Taksir Khas
7.0 Jadual Pelaksanaan
8.0 ANGGARAN

Kos yang diperlukan untuk kajian tindakan ini adalah seperti berikut:

Bil Bahan Kuantiti Kos Per Unit Jumlah


(RM) (RM)

1 Kad manila tebal 2 0.80 1.60

2 Kertas A4 20 0.05 1.00

3 Pelekat Tack-It 1 3.50 3.50

4 Laminate 5 0.50 2.50

5 Kos percetakan 20 0.20 4.00

JUMLAH BESAR RM 12.60


LAMPIRAN

1. Ujian Pra
2. Soal selidik

SOAL SELIDIK MURID SASARAN


KAJIAN TINDAKAN SAINS 2023

Tandakan ( / ) di bawah Ya atau Tidak.

Bil Perkara Ya Tidak

1 Tidak suka mata pelajaran Sains

2 Tidak boleh ingat

3 Keliru

4 Tidak faham

5 Susah
3. Video pembelajaran

- Guru menayangkan video atas talian mengenai 7 kelas makanan di pautan


https://www.youtube.com/watch?v=IecaEDO1NnM.
4. Hungry Plate
5. Kad Bergambar
6. Ujian Taksir Khas

Anda mungkin juga menyukai