Anda di halaman 1dari 8

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA


Kuching , Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)

SESSION SEMESTER 1
CODE/ MES 10013 /
SHEET NO IS 02
COURSE ELECTRICAL INSTALLATION THEORY

LECTURER WEEK

TOPIC : UNIT 2 : WIRING ACCESSORIES

2.2 Symbol
2.2 Selection of Wiring Accessories
2.2.1 Lamp holder
SUB-TOPIC :
2.2.2 Plug
2.2.3 Switches
2.2.4 Socket Outlet

After completing the topic, students should be able to:


LEARNING
OUTCOME :
1. Describe the standard symbols, select the standard wiring accessories
according to their usage and rating.

Page 1 of 8
DPP B2(b)

CONTENT

2.1 SIMBOL

LUKISAN ELEKTRIK

Lukisan elektrik adalah tergolong didalam lukisan teknik. Perkara yang terkandung didalam
lukisan ini adalah simbol-simbol, pelan susun atur, litar skematik, gambarajah blok dan
gambarajah pendawaian. Melukis simbol-simbol elektrik adalah mudah dan ringkas yang
perlu difahami untuk memudahkan kerja melukis atau memberi keterangan sesuatu simbol
kepada objek, peranti, aksesori, konsep atau data seberapa ringkas yang diperlukan.

Simbol dalam lukisan elektrik

Garisan tertentu pada gambarajah pendawaian elektrik menunjukkan penyambungan


beberapa jenis peralatan elektrik. Adalah tidak praktikal dan membuang masa bagi melukis
peralatan elektrik tersebut dalam keadaan sebenarnya. Oleh itu simbol-simbol diwujudkan
dalam keadaaan yang sebenar. Simbol-simbol diwujudkan dengan kriteria seberapa ringkas
yang boleh dan mudah difahami serta ianya dapat menggambarkan alat-alat elektrik tersebut
dengan berkesan. Didalam lukisan elektrik kita perlu menunjukkkan keadaan nyata melalui
garisan-garisan dan simbol-simbol. Piawaian simbol lukisan elektrik adalah mengikut negara
pengeluar peralatan atau aksesori tersebut.

Tujuan utama simbol-simbol piawai ini diwujudkan ialah untuk menyeragamkan satu
persatu alat elektrik hanya menggunakan satu simbol pada tempat dan keadaan
tertentu. Jika kita kaji simbol-simbol elektrik piawai, didapati perkakas atau peralatan elektrik
yang digunakan berbeza pada litar dan pada lokasi.

Teknologi kini bertambah maju dan banyak lagi alat-alat elektrik yang baru telah direka.
Simbol-simbol yang sesuai bagi alat alat ini perlulah difikirkan dan diwujudkan bagi tujuan
rekabentuk, penyelanggaran dan sebagainya. Simbol elektrik piawai dilengkapkan dengan
keterangan yang ringkas dan mudah difahami.

Dalam modul ini juga mengandungi litar dan gambarajah yang berkaitan agar pelajar dapat
mengenalpasti, mentafsir dan melukis litar. Disamping memahami simbol-simbol elektrik
piawai untuk jurutera, juruteknik atau juruelektrik , kita digalakkan mengetahui simbol-simbol
kejuruteraan awam, senibina, jentera dan yang lain-lain bagi mempertingkatkan tahap kerja
yang kompeten.

Page 2 of 8
DPP B2(b)

MENGENALPASTI SIMBOL

Page 3 of 8
DPP B2(b)

Page 4 of 8
DPP B2(b)

Page 5 of 8
DPP B2(b)

2.2 Selection of Wiring Accessories

2.2.1 Lamp holder / Pemegang Lampu

Pemegang lampu dan ros siling tidak boleh digunakan dalam pemasangan di mana
voltan bekalan tidak melebihi 250V. Apabila tukup bayonet (bayonet cap) atau skru
Edison digunakan, kadar peranti perindungan adalah terhad kepada nilai yang
ditunjukkan dalam Jadual 1, kecuali pemegang lampu pendawaian yang berkaitan
terkandung di dalam penutup kalis apinatau ia mempunyai perlindungan arus lebih
yang berasingan dalam bentuk fius tempatan atau pemutus litar.

Ros siling hendaklah tidak lebih daripada satu kord boleh lentur yang disambungkan
kepadanya dan mesti tidak tertakluk kepada berat terampai yang lebih besar daripada

Page 6 of 8
DPP B2(b)

permit rekabentuknya. Pemegang lampu dalam bilik mandi hendaklah dipasang


dengan suatu perisai pelindung untuk mencegah sentuhan tukup semasa menukar
lampu itu.

2.2.2 Plug/Palam
Pengasingan Dan Pensuisan
• Dalam peraturan, mengkehendaki :
“Pengasingan dan pensuisan tidak automatik hendaklah disediakan untuk
mengelakkan atau menghilang bahaya berkaitan dengan pemasangan, peralatan
dan mesin elektrik
Jenis pengasing:
• Pengasing (Isolators/Disconnector)
• Suis pengasing(Isolating switch)
• Plug dan suis alur keluar
• Fius penyambung(Fuselink)
• Penyambung (link)
• Pemutus litar(bukan tujuan perlindungan)

2.2.3 Switches/Suis

 Bahagian peranti yang bergerak untuk semua kutub bagi peranti pelbagai kutub
haruslah digabung secara mekanikal supaya ia bertindak sama semasa penggunaan.
Bahagian neutral haruslah ditutup sebelum dan selepas membuka bahagian lain
peranti.
 Suis satu kutub tidak boleh disambung pada pengalir neutral. Pengecualian ini
tertakluk di dalam IEC 60364-5-53 dalam klausa 536.2.2.7 of. Jika digunakan, ia perlu
diselaras mengikut situasi.
 Suis satu kutub tidak boleh disambung kepada pengalir neutral kecuali ke masukkan
RCCB pada bahagian bekalan
 Peranti yang mempunyai lebih dari satu fungsi harus mematuhi semua peraturan
setiap fungsi yang berasingan.
 Jarak suis dari lantai haruslah tidak kurang dari empat kaki.

2.2.4 Socket Outlet/Soket alur keluar

 Semua pemasangan soket alur keluar haruslah berpandukan MS IEC 60364.


 Soket alir keluar haruslah mempunyai pengesahan SIRIM atau Suruhanjaya
Tenaga.
 Bagi litar soket alir keluar 13A, ianya haruslah mempunyai peranti perlindungan
arus bakinya sendiri dengan kepekaan 30mA.
 Saiz kabel pendawaian bagi soket alir keluar haruslah mengikur piawai yang telah
ditetapkan oleh MS IEC 60364 atau Suruhanjaya Tenaga atau mana pengeluar
aksesosri tersebut.

Page 7 of 8
DPP B2(b)

EXERCISE

1. Berikan piawai pemasangan suis elektrik dalam pendawaian elektrik.

REFERENCE :
1. Panduan Juruelektrik, John Whitfield, Glden Books Centre Sdn. Bhd.
2. MS IEC 60364, 2015.
3. Lukisan Elektrik Untuk Sekolah Menengah Vokasional.
( Abdul Samad bin Haji Hanif. Editor : Lim Bing Hai )
Penerbit : Pustaka Sistem Sendirian Berhad 2000

Page 8 of 8

Anda mungkin juga menyukai