Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 : SEJARAH SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Topik ini akan membincangkan sejarah bagi sistem penyejukan dan penyaman udara.

penyejukan
Makanan Dan Minuman
Sejarah

Penyaman Udara
Rumah/Bangunan
Kenderaaan

SEJARAH SISTEM PENYEJUKAN

1. Sebelum adanya peti sejuk,salji digunakan untuk menyimpan daging dan sebagainya supaya tahan
lebih lama.

2. Orang Greek menggunakan hamba abdi untuk mengangkut salji dari pergunungan untuk
disimpan bagi tujuan menyejukan makanan.

3. Manakala orang China pula merupakan orang yang pertama memperkenalkan ketulan ais batu
boleh menyegarkan minuman.

TAHUN HURAIAN SEJARAH

1626 Francis bacon – tercetus idea bahawa sistem penyejukan penting untuk
penyimpanan makanan.
Daging ayam disimpan di tempat yang diisi dengan salji dapat mengawal
pembiakan bakteria.

1834 Tercipta rekabentuk peti ais yang pertama.

1851 Dr John Gorrie memperkenalkan sistem penyejukan untuk tujuan perubatan.

1910 Sear reback telah mencipta domestic refrigerator yang pertama yang mampu
menghasilkan 11kg- 34 kg ais.
Mesin tersebut hanya boleh digunakan dalam waktu yang singkat.

1913 J.L Larsen mengeluarkan peti sejuk yang pertama secara manual.

1918 Kalvinator mengeluarkan peti sejuk yang pertama yang beroperasi secara
automatik.

4. Satu ketika dahulu sistem penyejukan hanya digunakan oleh golongan atasan sahaja.tapi pada
masa kini ia merupakan keperluan asas tidak kira golongan.
SEJARAH SISTEM PENYAMAN UDARA

1. Mengalirkan air melalui saluran air yang dibina di dalam dinding rumah.

2. Apabila dinding rumah menjadi sejuk,suhu udara di dalam rumah pun akan menjadi sejuk.

3. Menggunakan gas Ammonia. Apabila gas Ammonia dipanaskan dan dibiarkankan termeluwap,
wap yang terhasil menjadi sejuk.

4. Dr John Gorrie membuat mesin ais untuk menyejukan seluruh bangunan hospital.

5. Carrier menyempurnakan rekabentuk penyaman udara yang pertama seberat 30 tan.

SEJARAH SISTEM PENYAMAN UDARA KENDERAAN

TAHUN HURAIAN SEJARAH

1939 Sistem penyaman udara pada kenderaan mula diperkenalkan. Packard Motor
Company menjadi syarikat pertama menawarkan sistem A/C pada kenderaan
keluarannya.

Bagaimanapun, sistem A/C awal ada banyak kekurangan, terutama tiada kawalan
di papan pemuka untuk menghidupkan A/C dan mengawal suhu.

Pada masa itu, pemandu perlu menyahsambung tali sawat kompresor secara
manual daripada enjin untuk mematikan sistem.

1953 Chrysler menjadi pengeluar pertama yang menawarkan sistem A/C yang dapat
dioperasikan menerusi kawalan papan pemuka.

1969 Lebih separuh daripada semua kereta baharu yang dijual dilengkapkan dengan
A/C.

 Hari ini, terdapat lebih 99 peratus daripada semua kereta baharu mempunyai A/C.
 Masih ada kereta yang tiada A/C, iaitu model asas seperti Chevrolet Aveo; Honda Civic;
Hyundai Accent dan Elantra; Jeep Wrangler; Kia Forte dan Rio; Mazda 3; Mitsubishi Lancer;
Nissan Versa; dan Toyota Tacoma. Semua model itu ditawarkan di negara beriklim sejuk
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai